Thursday, August 7, 2008

Anwar bebas dengan jaminan RM20,000

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Beliau tidak perlu menyerahkan pasportnya sebagaimana yang diminta pendakwaraya kerana "dia nampaknya tidak akan melarikan diri", kata hakim mahkamah Sesyen, SM Komarthy.

Anwar diminta datang semula ke mahkamah pada 10 September di mana tarikh perbicaraannya akan ditetapkan dan akan dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Beliau tiba di mahkamah itu jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut berada di perkarangan mahkamah adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan hampir 500 penyokong.

Anwar didakwa di bawah seksyen 337B Penal Code iaitu atas tuduhan meliwat tanpa paksaan ke atas Saiful pada jam 3.01 hingga 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara, Kuala Lumpur.

"Ini tuduhan jahat dan saya tidak mengaku bersalah," kata Anwar menjawab pertuduhan itu.

Anwar dibela oleh tujuh peguam yang diketuai oleh Haji Sulaiman Abdullah. Peguam yang lain adalah R Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon and Leela J Jesuthasan.

78 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

siapa yang jahat?
siapa yang rancang?

itulah kata-kata dan soalan yang anwar dan Pakatan jelaskan. tidak berikan jawapan.

kenapa? nak tahu siapa yang jahat. anwar hanya memberitahu najib terbabit tapi selepas najib akan menyaman dia kalau fitnahnya, anwar diam seketika.

jadi anwar ikut suka hati hendak fitnah sesiapa?

bagaimana keadilan dalam kes ini? adakah kerana anwar parti pembangkang jadi dia mempunyai kuasa kebal macam Yang Dipertua Agung?

boleh komen tak?

Unknown said...

abe mie;

kuasa kebal apakah yang anda maksudkan? bukankah anwar telah didakwa di mahkamah?

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr abe mie

Tunggu sehingga tamat perbicaraan baru boleh buat komen.

Jangan buat komen tidak tentu arah mcm orang gila.

Tahu sangat kah anda apa yg sebenar nye berlaku? Ada kah anda melihat perkara ini berlaku?

Klu anda seorang Islam yg 'ber takqua dan beriman' dah tentu anda tidak akan buat komen sesuka hati.

Mengapa najib tidak berani saman RPK dan Bala?

Fidaiyyin said...

Syukur atas izin Allah swt..DSAI tetap boleh bertanding.Saya tetap menyakini kemenangan DSAI utk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh nanti.

Fokus/tumpuan sekarang adalah menjana jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan perjalanan PRK ini lancar dan undi kemenangan berpihak kpd DSAI.

Ini bukan soal taksub atau memikirkan hal2 fitnah yg berlaku,tetapi usaha bersama kita untuk memastikan pimpinan yg betul mentadbir negara.

Jika kita semua asyik terlalu memikirkan soal remeh sehingga menyebabkan akal buntu dan berserabut dengan telahan-telahan sampah,maka akan berterusanlah persoalan-persoalan yang menjejaskan tumpuan sebenar..

Be smart & wise thinking...jgn jadi KATAK YANG TERUS MELEKAP DI LELANGIT TEMPURUNG!

AJK-UMNO said...

tunggu dan lihat pelihanraya kecil permatang pauh nanti.. ini dapat memberi gambaran sama ada rakyat percaya atau tidak!! pada tuduhan yg dilemparkan kepada anuar..

roh_insan said...

Aku jg melahirkn rase syukur krn Dsai dpt BEBAS bertanding seterus nye melafazkn ceramah2 nye diserate pelosok Permatang Pauh.

Inilah yg dikatekn suratan takdir yg tdk terduge,umum menyangkekn yg Dsai pasti hanye akn menghantar songkok nye saje swkt ceramah2 yg diadekn.

Siape lah kite utk mendahulukn kehendak Allah,aku yakin sblm 10 sep,itu tibe sesuatu akn berlaku tampe disangke n diduge spt keputusan mahkamah ari ini.

Jom kite berkampung di Permatang Pauh bg membantu PR.(Dsai)

asalbayu said...

Hairan juga ya? Bila ada posting di laman ini berkenaan kes DSAI cepat-cepat abe mie respon. Tapi puas saya cari respon dia di blog kadirjasin dan kuda kepang tak jumpa pula. Kedua-dua blog berkenaan dikendalikan oleh tokoh wartawan terkemuka yang memiliki banyak maklumat politik dan sudah tentulah sentiasa mengikuti perkembangan semasa (tidak seperti anggapan 'budak' Ahmad Sabri Cheek terhadap Zulkifli dari akhbar SIASAH). Seorang adalah bekas ketua editor akhbar bepengaruh di Malaysia dan seorang lagi pernah menduduki kerusi parlimen. Mungkin juga posting abe mei yang penuh cacian dan kejian itu telah dibuang kerana tidak bermanfaat kepada khalayak.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Isu DSAI tidak menguntung kan mana2 pihak.

Malahan ianye menambah kan lagi kebencian orang melayu(Islam) terhadap kejaraan khusus nye UMNO.

Isu DSAI ini juge akan menambah kan lagi simpati kaum cina dan india terhadap DSAI.


BN akan mengalami kekalahan yg teruk di P. Pauh nanti jika sekira nye TV dan akhbar arus perdana terus menjadikan 'headline' isu DSAI ini.

fadlah said...

abe mie mu dah membace ke?jangan salah yb lak yer...wakakakaka

putra revolusi said...

Pada tahun 1998 dalam dramaa 'Liwat I' saya termuntah bila membaca butiran pertuduhan terhadap Anwar yang disiarkan dalam akhbar-akhbar kita kerana ada perkataan lucah disiarkan dalam semua akhbar. Hari ini apabila membaca pertuduhan terhadap Anwar dalam drama Liwat II, perkataan lucah yang sama diulang lagi oleh Pendakwa iaitu,"...memasukkan zakar di dalam dubur...".

Besok mungkin seperti tahun 1998 semua akhbar akan menyiarkan pertuduhan berbaur lucah tentang "zakar" dan "dubur" itu untuk menjatuhkan maruah Anwar. Bayangkan wajah senyum simpul anak-anak remaja kita yang membaca akhbar jika petikan pertuduhan itu disiarkan sepenuhnya oleh akhbar-akhbar kita esok. Harap-harap akhbar-akhbar kita lebih cerdik dari 10 tahun lepas!

putra revolusi said...

1. BENDA AJAIB DI MALAYSIA

Nampaknya Anwar telah dituduh pagi tadi di bawah Seksyen 377(b) Kanun Kesiksaan yang bermaksud mengadakan liwat secara sukarela. Anehnya jika pertuduhan mengadakan liwat secara sukarela di bawah seksyen itu dikenakan terhadap Anwar, mengapa budak Shamsul yang mengaku dirinya gay itu tidak dikenakan tuduhan di bawah seksyen yang sama? Jika benar ia satu pelakuan sukarela mengapa satu pihak sahaja yang dituduh?

Aneh betul negara 'Malaysia Boleh' ini. Masa belajar di sekolah dahulu cikgu ajar di dunia ini ada 7 benda ajaib sahaja (piramid, tembok besar Cina, menara Pisa dll), tapi di Malaysia nampaknya kita mempunyai lebih dari 10 perkara ajaib.

2. Dr. OSMAN MEMPERTAHANKAN LAPORAN PERUBATANNYA

Nampaknya Dr. Osman Pusrawi itu diberitakan telah membuat kenyatan bersumpah pada 1 Ogos 2008 yang tetap menyatakan bahawa hasil pemeriksaannya mendapati tiada kesan Shamsul diliwat. Syabas kepada doktor keturunan Myanmar itu yang tetap teguh dengan etika Islam yang berani berkata benar biarpun dia diasak hebat oleh tangan-tangan ghaib pihak berkuasa yang meminta laporan itu diubah.

AJK-UMNO said...

berita harian on line..

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan dituduh di mahkamah kerana beliau adalah pengadu serta saksi utama kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini berkata agak mustahil pengadu terhadap kes jenayah yang dilakukan terhadap dirinya didakwa di mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia, di sini, petang ini.

(bertapa bodoh nyer menteri luar kiter,, ) lepas nie aku nak pegi rogol org pastu aku pegi buat laporan,,.. aku sah takan kena tindakan sebab aku org yg mengadu.. dah jadi saksi... hahahaha

ALI MAIDIN said...

Mudahnya dubor saiful ditikam oleh anwar. pelik tu.

www.sokongpr.blogspot.com

jamal said...

MANA MENTERI UNDANG-UNDANG KITA (ZAID) TAK DENGAR APA2 PON. ASYIK2
MENTERI LUAR JE....

jamal said...

MANA MENTERI UNDANG-UNDANG(ZAID)?. ASYIK2 SYED HAMID JE MENCECEH....

bn@umno said...

menteri dalam negeri da. kang si bn@umno, dia tembak korang plak tak peka. aku saje je peringat kengkawan. si abe mie tu tak tahu bezakan kebal dan bebal. hehhehe

M.Sulaiman (utohkacil) said...

AKUAN BERSUMPAH OLEH DR DI PUSRAWI,

kuda-kepang.blogspot.com/

mat_terab said...

Kes ni menjadi bertambah pelik pulak sekejab-sekejab umno kata Anuar Meliwat saiful secara paksaan dan hari ni pulak pertuduhan lain pulak melakukan persetubuhan luar tabie....
maksudnya suka-sama sukala kalau persetubuhan...cuma yang salah masuk lubang belakang.....
Dan yang menjadi tanda tanya kenapa si saiful tak melawan kuat sangat ke Anuar ni.....?
Nampak sangat semua ni satu konspirasi puak-puak abe mie pencacai umno......

Perawi said...

Babe Mie yg bodoh macam kaldai yg jahat ....guna nama parti Pakatan Rakyat ...fahaman dakyah UMNO/BN.

Kalau kaya macam firaun padamlah, berbaloi masuk neraka. ini naik motor cub chai.

ini celakanya Saiful yg diupah oleh natang najib, Izam lari PKR sebab dia dah tahu planning BN

bonzer said...

Assalamualaikum

Liwat-suka sama suka.
Pertuduhan yang longgar
Perbicaraan pada 10 september
DSAI telah menjadi YB pada tarikh tesebut.

Pe Em Lah memang bijaksana

Dengan pertuduhan ini tamatlah cita-cita timbalan untuk memegang jawatan Pe Em.

Salah satu cara untuk menjatuhkan musuh dalam selimut.

Tugas menjatuhkan Timbalan akan diserahkan kepada DSAI

Jadi Disember bulan yang selamat untuk Pe Em.

Bijak ... bijak.....licik

Kita tunggu siapa yang akan menjadi mangsa atas isu ini.

bonzer said...

Satu lagi

Apakah cara Pe Em nak tolong DSAI untuk menjadi Ketua Pembakang. Inilah caranya.

Pengundi-pengundi akan memberi sokongan padu pada DSAI dalam pilihanraya nanti disebabkan kes ini.

Bukti - Perbicaraan 10 September selepas pilihanraya.

Pe Em pun sedar pemimpin yang ada dalam AMNO semuanya tidak boleh harap.

Saya yakin masih ada pemimpin BN yang masih sayangkan negara ini.Mereka inilah yang akan berhijrah ke PR setelah DSAI berada dalam Parlimen.

Sahabat-sahabat Blogger jgnlah risau.

aBiE aR said...

Wahai pemimpin BN sekalian,korang dah tak ada cerita yang lebih bodoh ke dari cerita liwat DSAI ni.?Aku pun tak faham dengan penyokong BN ni,contohnya macam abe mie tu.Sudah terang lagi bersuluh.Da banyak sangat bukti yang menunjukkan DSAI tak bersalah,tapi masih nak percaya yang DSAI tu meliwat.

Cerita pasal NajibAltantuya tu senyap je sekarang.Kenapa Najib tak disiasat sepenuhnya sedangkan sudah ada 2 akuan bersumpah. Takkan RPK je yang kena naik court,si Bala tu takkan nak sorok sampai kiamat kot..?Takkanlah Najib cuma membuat kenyataan dekat media yang dia tak bersalah polis sudah boleh tutup kes.?
Sungguh hebat perundangan Malaysia, sepatutnya DSAI pun patut diberi kelebihan begitu,malah keseluruhan rakyat.. Hari ini aku pergi rogol orang, esok lusa aku kena dakwa aku panggil wartawan dan beritahu seluruh rakyat Malaysia yang aku tak kenal budak tu dan tak pernah rogol budak tu.Lepas tu tutup kes..hahahaha

suparjo@blogspot.com said...

Kalau saya silap tolong betulkan. Kes liwat dulu, Dr Mumawar Anes didakwa di mahkamah kerana rela 'diliwat' Anwar. Munawar kena penjara enam bulan.

Kalau Saiful juga 'rela diliwat' oleh Anwar mengapa tidak dilakukan seperti Munawar?

Sekali lagi, kalau salah fakta di atas, tolong betulkan.

putra revolusi said...

--KENYATAAN BODOH HAMID ALBAR--

Syed Hamid Albar berkata dalam kes liwat suka sama suka, Saiful @ Say Fool tidak patut didakwa. Jadi jika sabit kesalahan, hanya sebelah pihak sahaja iaitu Anwar yang bakal menerima hukuman. Mungkin Syed Hamid terlupa dalam drama Liwat I pada 1998, Dr. Munawar Anes dan Sukmadarmawan telah dipenjarakan kerana dituduh terlibat melakukan liwat dengan DS Anwar.

Jika Dr. Munawar dan Sukma boleh dipenjarakan kerana dituduh secara suka sama suka melakukan liwat dengan Anwar pada 1998, apa istimewanya budak Saiful @ Say Fool itu? Dia bukan sahaja tidak akan dituduh di mahkamah tetapi juga sedang menerima layanan kelas pertama dalam perlindungan polis?

Nampak sangat ada double standard dalam drama Liwat I arahan Mahathir dan drama Liwat II arahan Pak Lah/Najib/Syed Hamid ini yang pastinya memperkukuhkan keyakinan rakyat bahawa memang wujud suatu konspirasi terancang untuk menafikan kebangkitan Anwar!


--PERAKUAN BERSUMPAH DR. OSMAN--

Dr. Osman dari Pusrawi dalam Akuan Bersumpah pada 1 Ogos 2008 menyatakan ASP Romsi Mat Derus telah meminta dia membuat kenyataan mengenai pemeriksaan perubatannya terhadap Saiful di Hospital Pusrawi. Dr. Osman membuat kenyataan asal dalam Bahasa Inggeris, tetapi kenyataannya telah diterjemah oleh ASP Romsi ke Bahasa Melayu dengan beberapa pindaan, antaranya memasukkan nama DS Anwar dalam kenyataannya sedangkan beliau tidak pernah menyebut nama Anwar dalam kenyataan asalnya. Dr Osman kemudiannya telah diugut oleh DSP Choo bahawa dia akan ditahan polis jika enggan bekerjasama dengan mereka. Kerana bimbang keselamatan terancam, Dr. Osman terpaksa pulang ke Myanmar bersama keluarganya.

Insiden tersebut jelas menunjukkan Liwat II yang akan mula dipentaskan di mahkamah pada 10 September depan akan dipenuhi dengan pelbagai cerita hebat mengenai konspirasi dan penipuan. Jika di planet bumi ini sudah ada 7 benda ajaib, selepas perbicaraan nanti pasti terbongkar lebih banyak kisah ajaib yang melayakkan Malaysia dianugerahkan sebagai benda kelapan terajaib di dunia!

opisboi said...

abe-mie ambo dok sakit perut sejak dapat berita pertuduhan doh ditukar mu gi ler jilat jubur pak lah pulok?

roh_insan said...

Suparjo,aku rase komen kamu tu yg paling layak utk MEMBETULKN nye Hamid Alba je lah.

Klu mengikut dakwaan Dato Mustafa Ali ade agenda utk menjatuh kn Dsai n Pak Lah dgn serentak,jd ape yg dikate bonzer tu kebarangkalian btl nye ade.

Apepun puk2 umno kene paham btl2 pertuduhan yg dibace di mahkamah hari ini,pertuduhan tu mahkamah yg buat,bkn PKR,PAS atau DAP,jd pertuduhan itu SAH n tdk diputar belit.

Buat abe mie n pengikut umno andai itu lah ungkapan nye,saiful itu tdk bolih tdk die WAJIB mengadekn 4 saksi,klu tdk terang2 kite menolak Quran n hadis.

Tahniah utk Dr Ahmed n Dr hospital besar kl yg tdk mau terlibat dgn fitnah.

roh_insan said...

putra revolusi.

Terime kasih atas penyedian akuan bersumpah tu,itu lah yg patut kite semue tau,terutame kpd yg mempercayai isu karut marut tu.

Kpd rakan2 blogger elok kite gune kn perkataan "say fool" tu ganti name pd saiful sprt yg di kate kn putra revolusi tu,bkn kite nak kate saiful tu bodoh,tp kite nak ingatkn pd saiful ni yg die dah ckp tu adelah perkare yg paling bodoh dlm hidup seorg insan yg bername manusie.

Cube kite bayangkn kite nak pg buat report polis yg kite kene liwat..eee...geli geleman ponggong aku.

paloi bin mulau!hang pi mana,hang da bg ka pelakung kat abe mie tu.hu..hu..

perahudarat said...

Apapun sama-sama tunggu keputusan Mahkamah...

Kita tunggu bila pulak polis umno nak tuduh sepol...dulu dia tuduh DSAI liwat lubang jubo dia..ni dah suka sama suka lak...tah benggali mana yang merobek lubang jubo dia selama ni pun tak tau...

Kalau dah mengaku diliwat.Lepas tu dituduh pula suka sama suka.Kenapa yang merelakan jobonya digerudi tak didakwa?Tak ke undang2 rimba namanya tu?

Kita tak bolehlah nak tuduh apa2..hanya jauhari yang mengenal manikam..so,DSWAzizah dah berpuluh tahun bersama DSAI.Hanya dia saja yang tahu,mengenali dan merasai segalanya......

Yang pasti kita tetap berpenghulukan Muhammad SAW disana nanti...

BOYOT said...

buat abe mie...

Tak yah nak sibuk-sibuk sapa yang jahat dan sapa rancang...

Gi balik umah tengok bapak kamu tengah meliwat mak kamu...

Mungkin diorang yang buat dan rancang kamu keluar dan dilahirkan...

Tapi tak pasti dari kamu keluar dari belah mana depan atau di operate... Tapi besar kemungkinan dari belakang... sebab fikiran kamu dan fahaman kamu seperti orang yang meletakkan otak di dubur...

Cuba kamu siasat...

aoazmi said...

Salam Semua,

Saya pelik bin ajaib dengan undang-undang di Malaysia ni. Kalau pertuduhan orang awam kepada pemimpin, dikatakan 'fitnah' melampau dan pihak polis tak perlu siasat cukup sekadar membuat kenyataan 'penafian' di akbar atau mana-mana media. Lepas tu diam seribu bahasa!

Di negara-negara lain termasuk Isreal, PM sendiri sanggup letak jawatan kalau ada sebarang pertuduhan walaupun belum dibuktikan 'kesalahan'nya.

Di Malaysia PM dan TPM dilindungi 'Kekebalan' undang-undang. Tiada siapa yang boleh mendakwa. Kenapa berlaku demikian? Jawapannya mudah. Mereka yang dilantik bukan terdiri dari pengamal undang-undang. Lain jadinya sewaktu Tengku,Tun Razak & Tun Hussein Onn. Mereka adalah dari bekas-bekas mejestret dan peguam. Oleh itu UMNO telah tersilap melantik orang-orang yang menggunakan undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di 'persada'. Undang-undang di permain-mainkan macam pasaran saham. Buat spekulasi dan manipulasi asalkan diri sendiri dapat kekal berkuasa.

Oleh itu saya tidak lagi heran bin ajaib akan berlaku lagi perkara-perkara yang tidak releven dalam pemerintahan sekarang tambahan pula polis dijadikan 'papet' untuk memuaskan hati dan nafsu sarakah segelintir pemimpin pemerintah!

Sekian. Terima kasih. Salam...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kat sini ramai penyangak yang penakut. ada tiada gambar atau tiada blog sendiri.berani mengutuk tapi tidak berani mendedahkan identiti sendiri.

kenapa? adakah kamu semua pondan IT? abe MIE cabar kamu, letak gambar, lepas tu hina orang..betul tak? kalau penakut buktinya kamu SEORANG PONDAN.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Apa perlu nye letak gambar.

Gambar beruk 'abe mie' yg pakai topi keledar tu elok benar ke?


Macam perompak bank aje.

roh_insan said...

abe mie.

Ini bkn soal pondan atau penakut,jgn la suke sgt menggunekn bahase yg kasar,andai ade diantare blogger2 yg nak meminte adik beradik perempuan atau isteri abe mie bg membuktikn mereke tak PONDAN ape mcm?,tak ke kite dah berbalah dgn care tak bermoral.

Udah la abe mie,elok kite berdebat bab2 yg membangun kn ummah,bkn yg melalut,kemukekn fakta bkn tuduhan.

Bonzer??,klu ditengok dr name nye sye percaye die ni bkn dr golongan yg abe mie katekn,cume abe mie kene berpijak dibumi M'sia yg nyate.

Ape jd dgn penarik beca,n ape jd dgn mereke2 yg berani menampilkn diri bg menyatekn kebenaran,akhir nye ke Taiping lah rumah mereke(ISA).Terkini ape jd dgn Dr Osman.

Tak pelah abe mie oi..nak kate pondan pun pondan lah..tunggu je lah andai Tuhan izinkn Dsai mnjd PM,mase tu kite tengok siape yg berani boh gambo n siape lak yg tak berani boh gambo.Setuju tak bloger2 semue?.

Klu abe mie tersinggung sye minte maaf.

BOYOT said...

abe MIE said...
http://pkrpasdap.blogspot.com

kat sini ramai penyangak yang penakut. ada tiada gambar atau tiada blog sendiri.berani mengutuk tapi tidak berani mendedahkan identiti sendiri.

kenapa? adakah kamu semua pondan IT? abe MIE cabar kamu, letak gambar, lepas tu hina orang..betul tak? kalau penakut buktinya kamu SEORANG PONDAN.

August 7, 2008 8:49 PM


abe MIE,

betul ke tu gambor ko...Ntah mana mamat comel macam "teddy bear" tu ko aniaya...

ko letak gambor dia...

Perut boyot macam aku gak...

X usah citer banyak, balik umah.. pegi check mak bapak ko kat umah..tanya diorang ko kuar dari lobang mana...?

Unknown said...

kpd ahli pas dan pkr,
berdoalah kita kpd allah kerana ia tuhan kita yang maha mengetahui dan berserahlah kita padanya dan janganlah kita jadi macam umno yang bertuhankan british(semestinya kafir) yang tidak ada halal haram dlm hidup mereka...

peon pencen said...

Pada kebiasaan nye UMNO akan berkokok dan bertempik sorak melaungkan akan mendapat kemenangan mudah apabila ada Pilihan Raya Kecil.

Melaungkan janji2 yg tinggi melangit, menaburkan bantuan wang ringgit dan membuat berbagai projek kpd penduduk kawasan undi dengan mewah sekali.

Scenario seperti di atas ini terlah pernah berlaku pada PRK di Ijok. BN menang.

Sekarang mampukah BN mengulangi kemenangan nye seperti di PRK Ijok?

Rendah diri said...

ini semua politikus2 bn punya keje. cubela jgn busuk hati sangat, bagi je la anwar jadi PM.

Tak payah nak fitnah2 dia. bodohnya umno! pentingkan kroni dari rakyat.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com


LIHAT DAN BACA LAH APA YANG DITULIS OLEH PENGIKUT HINGUS PAS YANG RENDAH AKHLAK. TIDAK LEBIH MELAINKAN MEMBURUK KAN ORANG ISLAM-MELAYU SAHAJA.MUNGKIN ORANG YANG SAMA TAPI NAMA BERLAINAN. GAMBAR BUNTUT PUN TAK ADA.

SURAH AZ-ZUKHRUF: 37
(terjemahan)

"DAN sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar, sedangkan mereka menyangkakan bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

putra revolusi said...

Bloggers Siasah yang cintakan keadilan,

Berdoalah kita agar saudara semuslim kita - Dr. Osman dan familinya - sentiasa berada di dalam keadaan selamat. Semoga beliau sabar menerima ujian Allah. Semoga Allah memberinya kekuatan untuk terus berkata benar biarpun harus menelan kepahitan. Dan semoga Dr. Osman diberi kekuatan agar tidak senasib dengan Balasubramaniam yang akuan bersumpahnya hanya bertahan sehari sahaja dan terpaksa mengubah akuan bersumpah pada hari kedua.

Unknown said...

kepada sesiapa yang berkenaan,

memperjuangkan kedaulatan islam sebagai perlembagaan atau menolak islam dan menjunjung perlembagaan ciptaan penjajah(british) yang kita tahu sememangnya kafir, mana yang betul?
umno nampak lebih percaya perlembagaan ciptaan orang kafir dari sistem islam yang diciptakan oleh allah swt yang telah termaktub dalam al-quran.iman-bermaksud kepercayaan.kalau percaya kepada orang kafir daripada allah seolah-olah seperti lebih beriman kepada orang kafir daripada allah.jadi fikir-fikirkanlah.allah bagi akal untuk berfikir bukan untuk diperbodohkan oleh kebodohan anda sendiri...

irfandina said...

salam...

rasanya kita semua telah mendapat isyarat awal bahawa perbicaraan kes dsai bebas dari sebarang campurtangan politik...buktinya dsai boleh diikat jamin malah pasportnya juga tidak ditahan...

yg selebihnya sama-samalah kita berdoa supaya Allah SWT akan membantu rakyat msia dengan memberikan keadilan kepada pihak yg sewajarnya...

saya pasti tidak ada seorang pun drpd kita yg tahu apa sebenarnya yg berlaku selain drpd dsai,saiful dan tentunya Allah SWT...

so...tak payahlah kita semua nak bergaduh besar kat sini...takda gunanya...

cuba kita menoleh sejenak apa yg sedang menanti kita pada esok hari...Bar Council sedang menguji tahap kesabaran umat islam dinegara ini...

inilah antara keuntungan awal yg sedang dinikmati oleh golongan2 yg anti islam dinegara kita pada ketika umat islam sedang berpecah-belah...mereka semakin berani untuk bersuara mempertikaikan sesuatu yg selama ini menjadi hak kita demi untuk kepentingan mereka...

jangankan Pak Lah...nasihat drpd Hj Hadi dan lain2 pimpinan pas supaya mereka jgn meneruskan niat untuk mengadakan forum juga tidak diambil kisah...

hari ini baru setakat mengadakan forum...esok2 entah apa pula rancangan golongan ini...dan pastinya golongan seperti ini akan semakin bergembira melihat umat islam terus berpecah-belah...

inilah harga yg perlu kita bayar apabila kita meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan umat....

suhaimi said...

salam.....

dgn politik berlandaskan islam saje dapat selamatkan bumi malaysia ini.bukan politik umno dan kuncu2nya.terutama si malaun abe mie al-jubury.bahaya manusia macam ni utk islam.......

allen said...

DSAI penyabar & bijak orgnye, aku mmg respect. Aku jangkakan kemenangan 100% PKR dalam by-election nanti..

bonzer said...

Pertembungan tiga penjuru antara DSAI,Pak Lah dan Najib.

Bang Mid ambil kesempatan untuk menunjuk hero dan memasti dia dicalunkan. Itu saja.

Pak Zaid - ditelan mati emak di luah mati bapak.

Polis,peguam dan hakim pelakun tambahan. Mereka mesti melakunkan watak yang telah diamanahkan oleh rakyat.Kalau tidak gaji yang diberi haram untuk di makan.

Adik Fool peranannya hampir tamat. Kemudian dia akan jadi anjing kurap.

Ceritanya mudah saja.Dua orang mesti dijatuhkan. Hanya seorang saja yang akan dapat.Tidak boleh seorang sahaja yang jatuh. Kalau seorang saja yang jatuh .kacau...kacau......kacau....

Siapa pun yang jatuh, drama ini paling mengotorkan. Memalukan bangsa Melayu hingga ke akhir zaman.

abdrahim kassim said...

Sdr. Bloger,

Bila tuduhan terhadap Anwar dipinda dari meliwat secara paksa kepada liwat suka sama suka dan kemudian Anwar sahaja yang didakwa tetapi Saiful tidak, ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah Badawi sedang merogol dan meliwat sistem perundangan dan sistem keselamatan negara ini.

Ini telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar bahawa Saiful tidak boleh didakwa kerana dia adalah orang yang membuat lapuran polis tentang kejadian liwat itu.

Kalau berjayalah Daeng Malik sekolahkan Arab botak ini dalam pemilihan bahagian Kota Tinggi nanti, bagus juga...

TokBatin X said...

Ha! HA1 HA! Siapa yang sughuh tengok drama? kan dah kena! keh!keh! keh! Manusia hanyelah pelakun2, 'Puppets on the string'

Berape banyak air mate orghang melayu melimpah, bile die orghang tengok cerghite Hindustan kat TV.Kalu na' dikighe 4 atau 5 tangki treler ade Kot. Bile Di belah TV ape ya ADE? wire2 ade le.

Semuenye kite ni pelakun2 drama yang tak berbayor.

ghasekan le! sape sughuh jadi oghang.

TokBatin X said...

korang dah lama menulis dlm blog tak dapat faham siapa dia abe mie dan bn@umno tu? Dua ekor tu bukannye ahli UMNO pun.

Dia oghang sebenornye pelakun tambahan mcm kite juge, kat blog Siasah ni.Cakap die oghang pun sepatutnye kite dah tahu, bukan ade fakta2 tentang politik pun! hanye pakai sambor jer.

Terghoknye korang, kena main olih dua ekor Musang Berjanggut ni

Kalu tak sape nak layan sape dlm blog ni! 0-0 le.

Salak said...

["...jadi anwar ikut suka hati hendak fitnah sesiapa? ..."]

Najib bercakap benar selalu dan tiap masa!

Dia sumpah Wallahi Wabilahi Watallahi!

Sekarang orang Muslim semua takut nak bincang tentang Agama. Orang bukan Muslim tak takut.

Betullah kata Najib mesti bincang! Sebab tak payah cakap benar! Bohong pun boleh! Tak taulah siapa guru dia. Tak mungkin orang tuanya ajar macam tu! Nazir tak bohong!

Tapi Najib masih nak bawa muka lagi, masih jadi DPM.

Bukan macam Mahathir! Dia tak bohong---dia lupa saja!

Mengapalah Najib tak kata dulu kalau ditanya. Jawab aje - "Saya lupa"!

Sekarang insan manusia mana yg patut menggunakan terminology "Allah!" Orang macam Najib aje?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kalau di amerika liwat tak salah. apa yang kau orang bising2 hah?

biarlah dia nakliwat siapa dia nak. janji dia happy dan lepas nie jadi PM.

dia kan ramai penyokong.

cikgi said...

AAhle undang2 Malaysia ni bestlah. jap lg, aku nak romen org.suka sama suka ps tu cepat2 gi bg tau kt. polis jd saksi.bio couple aku kena dakwa,glamer.bodoh betul amid albar tu.berenti je jd.menteri.malukan org kota tinggije

cikgi said...
This comment has been removed by the author.
MD said...

Setuju dengan irfandina. Mungkin dia sorang saja yang cool dan lojik.

Yang wajib dan mustahil - hanya sifat Allah. Tidak mustahil DSAI terlibat atau tidak terlibat. Aku ada pandangan sendiri soal berapa peratus kemungkinan DSAI terlibat.

Biarlah mahkamah yang menentukan. Aku tau Dato' Idrus tu jujur orangnya. Aku doakan dia ada kekuatan untuk mencari kebenaran.

putra revolusi said...

Aduhai cikgi, korang ingat semua orang yang buat report polis akan selamat macam Say Fool tu ke? Sebenarnya tak semua orang yang buat report polis selamat seperti yang dikatakan Pak Syed Hamid tu. Lihatlah apa terjadi kepada Raja Petra bila dia buat report polis terhadap Dato' Najib dan Datin Rosmah, siapa yang kena tangkap, Raja Petra yang buat report ke kena tangkap atau Najib & Rosmah yang kena tangkap?
Jika ikut logik Pak Syed, orang yang buat report perlu dilindungi, maknanya Raja Petra tak boleh ditangkap polis, tetapi dia perlu dilindungi macam Say Fool. Malah kalau nak ikut kes Say Fool, patutnya Raja Petra bukan saja patut dilindungi, tetapi juga patut mendapat layanan first class dengan disediakan body guard seperti yang dinikmati Say Fool. Tapi apa yang terjadi, Raja Petra sudah dua kali kena tangkap polis selepas membuat report polis terhadap Najib/Rosmah. Dato' Najib dan Datin Rosmah sebagai pihak yang kena tuduh tak pula kena tangkap, sedangkan Anwar yang kena tuduh bermalam satu malam dalam lokap.

Mengapa ini terjadi? Ia kerana kita negara MALAYSIA BOLEH, di sini, di negara bertuah ini tujuan menghalalkan cara. Ia juga kerana pemimpin Malaysia nak tunjukkan kepada dunia bahawa kita adalah negara ajaib yang semua boleh jadi sebagai tambahan kepada 7 benda ajaib di dunia!

Aruah bapa saya pernah berkata politik kita kotor, politik kita adalah politik taik (tahi)!! Selepas 10 tahun bapa meninggal saya kian yakin apa yang dikatakan aruah itu benar belaka.

cikgi said...

iyele putra revolusi,bak cite p.Ramlee Musang berjanggut. undang2 boleh diubah,jd sebelumini terjadi meh kita ubah kerajaan ni...Allahuakhbar

bn@umno said...

aku rasa penyokong PR yg taksub dgn perjuangan PR yg karut ni sudah kena main dgn DSAI lah.DSAI tu mmg pandai berlakon untuk meraih simpati pengundi dan sekaligus mendapat undi simpati drpd pengundi di permatang pauh nanti.malang sekali DSAI mungkin dah silap percaturan, pengundi di permatang pauh sudah matang dan tidak akan mudah tertipu dgn muslihat dan lakonan DSAI ni.Aku yakin BN tetap akan menang tapi mungkin dgn tipis saja.Kepada semua pengundi di permatang pauh yg membaca kenyataan, aku berharap supaya korang mengundilah dgn bijak dan jgn terpedaya dgn lakonan DSAI yg hanya nakkan undi simpati sj.

bn@umno said...

nampaknya usaha DSAI untuk memenangi kerusi parlimen di permatang pauh semakin hari semakin susah.desas-desus mengatakan ada di kalangan orang dalaman PAS ingin mengagalkan usaha DSAI itu.Sudah sahlah, PR ni mmg sudah tidak stabil dan tidak lagi sehaluan.cara yg terbaik untuk menyelamatkan Malaysia adalah dgn cara PAS dan BN bergabung.

MOHD AFIQ said...

Sungguh kasihan kepada orang yang terpaksa menanggung beban diatas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, sesungguhnya kebenaran akan terpancar jua,.

putra revolusi said...

Kelmarin saya ke Permatang Pauh. Sempat berbual dengan rakan-rakan lama dari UMNO. Kesian apabila mendengar cakap orang-orang UMNO yang nampaknya masih terkial-kial mencari calon yang sesuai untuk menghadapi Anwar. Kawan dari UMNO kata mereka sedar kalah tetap kalah, yang cuba mereka elakkan kini hanyalah supaya tidak hilang wang deposit saja. Ada yang menyatakan mereka masih mencuba mendapatkan Mufti Perlis, Dr. Asri untuk menghadapi Anwar, walaupun mufti itu sebelum ini telah menyatakan dia lebih berminat dengan profesyen kerjanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir dalam kenyataannya di Kuala Terengganu kelmarin menyatakan Anwar yang merupakan musuh no. satunya PASTI akan menang di Permatang Pauh. Cuma Dr. Mahathir tidak dapat mramalkan sama ada Anwar akan menang dengan majoriti besar atau majoriti yang tersangat besar.

Saya tidak dapat menahan air mata simpati melihat wajah sugul kawan-kawan lama dari UMNO di Permatang Pauh itu. Apa boleh buat, mereka adalah orang-orang Melayu yang tersilap memilih kapal bernama UMNO dan kapal itu kini kian karam dan bakal tenggelam tidak lma lagi.....

bn@umno said...

putra revolusi

tak payahlah ko mereka-reka cipta cerita yg tidak benar tu.aku dengar cerita drpd kawan aku d permatang pauh, dia menyatakan BN masih lagi kuat dekat permatang pauh malah akan menang tapi mungkin menag tipis je.

Unknown said...

heran betul dgn bn@umno beria-ia nak pas gabung dgn umno.nampak sangat orang umno ni takda maruah(tak tahu malu) dah orang taknak sudah la ni tak dia pulak yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.umno tuhannya british mana nak sama dgn pas yang ahlinya bertuhankan Allah swt...

bn@umno said...

firdaus

aku tak sangka malaysia mempunyai manusia yg bengap dan benak seperti ko ni.pemikiran ko ni macam tak boleh berkembanglah. kalau ko kata pemimpin BN bertuhankan british maka pemimpin PR pula bertuhankan yahudi contohnya apabila DSAI ditahan maka DSAI telah meminta pertolongan drpd Amerika kononnya untuk mendapat simpati drpd Amerika.malah sampai skg ni pun Amerika Syarikat masih lagi mahu mempertahan DSAI walaupun DSAI didakwa atas kesalahan liwat.pemimpin PR ni hanya boleh survive dgn bantuan yahudi je, tanpa Yahudi PR takkan ke mana.

putra revolusi said...

bn@umno,

SIAPA "MEREKA CIPTA CERITA"??

Terima kasih bn@umno kerana memberi komen terhadap pemergian saya ke Permatang Pauh pada 9.8.2008. Saya berasal dari Guar Perahu di bawah DUN Penanti, manakala Parlimennya pula Permatang Pauh. Memang sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan balik kampung di Parlimen Permatang Pauh untuk menziarahi ibu. Balik ke Guar Perahu setiap bulan bukan sebahagian dari "mereka cipta cerita" seperti dakwaan saudara, kerana saya telah melakukannya sejak belasan tahun yang lalu.

Mengenai kata kawan-kawan lama dari UMNO mereka tidak yakin UMNO akan kalah dengan majoriti yang kecil dan lebih yakin UMNO akan kalah dengan majoriti yang besar, itu bukan kata-kata saya, tetapi kata-kata rakan UMNO saya. Jadi jika ada yang "mereka cipta cerita" mengenai perkara itu, mereka adalah rakan-rakan saya dari UMNO itu. Jadi jika bn@umno nak marah, marahlah kepada ahli UMNO.

Namun apa pun, saya sangat bersimpati dengan saudara yang selalu kesesatan di jalan yang lurus!

SIAPA MINTA BANTUAN AMERIKA?

Saudara menyatakan kepada blogger firdaus bahawa Anwar minta bantuan Amerika untuk survivalnya. Cuba saudara ikuti ucapan Dato' Najib bertajuk "US-Malaysia Defence Coorperation: A Solid Success Story" berhubung hubungan intim Malaysia-Amerika, saudara tentu sedar siapa yang selama ini menjadi abdi Amerika: Anwar dan PR atau kerajaan BN? Sila layari http://www.heritage.org/ untuk mengikuti ucapan pemimpin BN itu pada 3 May 2002 yang begitu mengagung-agungkan imperialis Amerika itu.

Sebenarnya hubungan Malaysia-Amerika begitu erat bukan sahaja semasa BN di bawah Pak Lah, tetapi sejak zaman BN (semasa itu bernama Perikatan) di bawah Tunku. Yang paling teruk ialah semasa BN di bawah Mahathir. Mahathir yang selalu mengkritik Amerika dalam diam-diam sanggup membayar seorang pelobi Yahudi bernama Abramoff sebanyak RM4.4 juta semata-mata untuk menemui Bush dan berjabat tangan dengan musuh Islam no. satu itu.

Jadi siapa yang menjadi rakan imperialis Amerika sama ada pemimpin BN atau pemimpin PR, sejarah telah membuktikannya. Oleh itu siapa rakan Amerika, siapa abdi Amerika, siapa barua Amerika, tepuk dada tanya fakta, habis cerita.

Money4Free said...

Putra revolusi,

Awat hang layan sangat mangkuk bn@umno tu?

Ada lagi sekor mangkuk macam bn@umno tu.Guna id perakbangkit.Dulu beria ia sangat cakap BN akan dapat Perak semula pad 31 july.Siap dgn hujah ikut sedap tangan dia nak menaip jer.Sebijik macam bn@umno.Pakai lojik jari sendiri, ketepikan lojik akal dan keadaan semasa.Buang fakta dan peristiwa demi membenarkan kenyataan ikut sedap jari sendiri.

putra revolusi said...

officeboytingkat4,

Setuju dengan cadangan hang buat apalah kita nak layan bn@umno yang menampakkan dirinya macam insan yang saraf otaknya bermasalah itu. Tapi susahnya aku ni jenis orang yang cepat simpati dengan OKU apa lagi jika OKU berkaitan saraf otak macam bn@umno nie. Kadang-kadang terpikir, elok kita limpahkan sedikit cahaya kepada bn@umno, moga-moga insan yang sedang kesesatan di jalan lurus itu dapat melihat semula. Tapi yer ler, kalau dah nak sesat juga & tak nampak juga dalam cahaya terang, apa nak buat kan, nasib dia le yer?

peon pencen said...

kepada sdr/sdri yg dihormati,

Siapa yg melayan si bn@umno dan abe mie tu sama le gila babi dan sewel mcm ke dua2 berok tu.

cikgi said...

Peristiwa Singapura diserang todak kembali terulang,kanak-kanak yang cerdik lagi genius, Hang Nadim dihukum bunuh dek fitnah oleh menteri2 yng dengki lagi hasad.Sultan yang tanpa usul periksa termakan hasutan dan menghukum bunuh,kanak-kanak malang itu. Alangkah ruginye Tanah Melayu ketika itu. Janganlah pisang berbuah dua kali.Wahai pentadbir berikanlah keadilan yang sewajarnya kepada DSAI..........

roh_insan said...

putra revolusi.

Elok gak kamu beri info2 padat kat bnumno 2,sekureng kureng nye kamu dah SEKOLAH kn mamat ni/tah2 minah kot.

bn@umno said...

Seperti kata Pak Lah bahawa DSAI ni pengkhianat ekonomi negara mmg ada betulnya.tengoklah DSAI tu suka sgt menjalinkan hubungan dgn musuh islam seperti Amerika dan Israel.kalaulah ditakdirkan DSAI betul-betul menjadi PM Malaysia suatu hari kelak, maka alamatnya Malaysia akan hancur dijajah oleh yahudi.Kepada pengundi-pengundi di permatang pauh aku sarankan supaya korang sokonglah kerajaan BN skg ni dan jangan bagi undi simpati kepada parti pembangkang tu.dengarlah nasihatku ini supaya korang tak menyesal kelak.selamatkanlah Malaysia drpd penjajahan yahudi.please.........

bn@umno said...

kepada pengundi di Permatang Pauh,

Jika korang tidak mengundi BN maka secara automatik korang mmg lupa diri dan tak kenang budi.Lupakah korang Malaysia mendapat kemerdekaan ni atas usaha pemimpin BN?kalaulah tak ada pemimpin BN maka mungkin sampai skg pun Malaysia masih belum lagi merdeka.Janganlah kita lupa jasa perjuangan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin BN yg lain yg telah bersusah payah memerdekakan Malaysia tapi jgn pula korang dgn mudahnya menolak parti BN dan menyokong parti pembangkang.Jika korang undi parti pembangkang maka secara tidak langsung korang telah menolak perjuangan bapa kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman suatu ketika dulu.Fikir-fikirlah buatlah keputusan yg tepat apabila mengundi kelak.

suhaimi said...

salam....

tak payahlah nk jadi jurucakap umno.buatlah kerja yg elok2 sikit.tak malu ke jadi barua umno?

Generasi Muda Tikam Batu said...

SEMUANYA SAMA SAJA.DAH DAPAT JAWATAN APAPUN DEPA BUAT.YANG MASIH YANG KUDUS...TOLONG SAMBUNG SAT

Generasi Muda Tikam Batu said...

Bukan barua Sdr. Suhaimi tapi muncikari. Hahahahahahahaha.Hampa yang elok,yang sesuai org lain apa pun tak dak yang sempurna...........

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Jasa2 UMNO terutama nye Tunku Abd Rahman sangat besar dan pataut di kenang oleh semua rakyat Malaysia.

1. Menghadiah kan Singapura kepada cina.

2. Meyerah kan P.Batu Putih kepada Singapura.

3. Menjual sebahagian selatan Johor. 'Iskandar Malaysia' kepada cina Singapura.

4. Pemimpin2 dan pecacai UMNO semua nye kaya raya banyak harta wang ringgit berjuta2, hasil dari rasuah dan menibai wang rakyat.

5. Lebih 50 tahun BN(UMNO} memerintah, rakyat (melayu) tidak berubah. Bangsa melayu dah jadi bangsa merempat di bumi sendiri.

Semua pemimpin UMNO menerima penghinaan di akhir hayat nye seperti Tunku Abd Rahman dan TDM. Keluar meninggal kan UMNO.

Money4Free said...

Untuk maklumat tambahan,
bn@umno dan abe mie adalah pencacai yang dibayar untuk menyokong apa sahaja tindakan bn.

Hatta, kerana itu mereka menutup mata dan telinga keatas segala salahlaku dan kejahilan ketua mereka.

Ayam tak berkokok pun matahari tetap akan terbit juga.

AJK-UMNO said...

Blogger bn@umno said...

kepada pengundi di Permatang Pauh,

Jika korang tidak mengundi BN maka secara automatik korang mmg lupa diri dan tak kenang budi.Lupakah korang Malaysia mendapat kemerdekaan ni atas usaha pemimpin BN?kalaulah tak ada pemimpin BN maka mungkin sampai skg pun Malaysia masih belum lagi merdeka.Janganlah kita lupa jasa perjuangan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin BN yg lain yg telah bersusah payah memerdekakan Malaysia tapi jgn pula korang dgn mudahnya menolak parti BN dan menyokong parti pembangkang.Jika korang undi parti pembangkang maka secara tidak langsung korang telah menolak perjuangan bapa kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman suatu ketika dulu.Fikir-fikirlah buatlah keputusan yg tepat apabila mengundi kelak.

--> yaa.. saudara2 semua.. jangan sesekali kiter lupa apa yg saudara bn@umno dok cakap nie.. oleh kerana jasa yg dulu.. kiter sekarang terpasa akur ngan kesengsaraan yg kiter alami kini.. terpaksa terima terima pemimpin2 yg menindas kehidupan rakyat?? penuh ngan rasuah?? penuh dengan kezaliman?? kenapa kita tak jadikan negara maju sebagai contoh.. pemimpin negaranye silih berganti.. jangan dok asyik takut pada perubahan dok guna yg 50 tahun tu le.. biler nak maju weh... umno dah terlalu lama depa semua ingat dia takan kalah sampai biler2.. tu yg dia org berani duduk tindas rakyat.. tapi sekarang banyak org2 bodoh macam saudara bn@umno nie dah bangun dari mimpi.. sekarang la masa nyer kiter hantar isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat mahukan perubahan..!!

AJK-UMNO said...
This comment has been removed by the author.
AJK-UMNO said...

Blogger AJK-UMNO said...

roh_insan said...

Marah btl org2 umno ni klu kite menolak sejarah yg kunun nye hebat,seolah olah kite menolak hukum pulak yek.

Tp mcm2 yg diputarkn nye bile Mufti kate hukumam Qazaf adelah WAJIB di jln kn kpd org yg di tuduh berzina/liwat.Smp ade yg sanggup kate Mufti2 ni pun tak bolih nak pakai sgt.(ini bkn ke perangai yahudi).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...