Thursday, August 14, 2008

Pemuda PAS diarah gempur Permatang Pauh

IPOH, 14 Ogos: Seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat diarahkan supaya menggempur Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan yang lebih besar untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arahan ini dikeluarkan oleh ketuanya, Salahudin Ayub dalam Ucaptama beliau sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 49 di Stadium Indra Mulia dekat sini malam tadi.

Lebih 150 perwakilan di samping beribu-ribu pemerhati menyertai muktamar itu. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah merasmikan muktamar itu.

"Dewan Pemuda PAS akan membuka Markaz Besar untuk jentera pilihan raya kita dan Pemuda PAS hendaklah bekerja sepenuh hati untuk mempastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya ini, sekaligus merapatkan semula jentera PR dalam menghadapi BN," kata beliau diiringi laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati.

Beliau mengambil kesempatan daripada muktamar ini untuk memetik pepatah Melayu Mekasar yang memperkatakan soal perjuangan pemuda.

Prof Hamka yang memetik pepatah ini menyebutkan:

”Anak laki-laki tidak boleh dihirau panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalauperahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskibagaimana besar gelombang. Biar kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebihmulia daripada berbalik haluan pulang”2. Ibarat kata pepatah ”Daripada hidupbercerminkan bangkai biar mati bergalang tanah.”

6 comments:

bn@umno said...

Tak payah nak gempur-gempur permatang pauh.Ini hanya wayang dan lakonan je.dengar kata, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan TG Hadi Awang masih lagi mengadakan perjumpaan dgn pemimpin BN.Ini menunjukkan PAS sudah mempunyai niat menyertai BN.tak percaya?tunggu dan lihat kebenaran akan terbukti jg.

atzmand said...

taklah..
TGHA & Ust Nasha nak bagi ubat..
2008 ni kan tahun merawat BN..
tak sanggup tengok rakan2 seanutan keras kejong katanya..

bn@umno said...

penyokong PR,

Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.

“Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?


Petikan di atas dipetik drpd ucapan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di awal ucapan beliau sempena mesyuarat pemuda PAS di Ipoh semalam.Kalaulah kenyataan seperti di atas boleh keluar drpd mulut Timbalan Presiden PAS sendiri, maka tak mustahil PAS akan menyertai Umno.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

UMNO parti yg LEBIH BUSUK seribu kali dari DAP!

UMNO telah mengkhianati negara, bangsa melayu dan agama Islam.

50 tahun UMNO memerintah, hasil nye:-

Singapura di serah kan kepada cina.

P.Batu Putih di rampas Singapura.

Iskandar Malaysia di jual kpd cina Singapura.

Melayu dah jadi 'third class citizen'

Ramai melayu merempat di tanah air sendiri.

Agama Islam terpinggir, islam hadhari yg merosak kan moral muda mudi melayu di ketengah kan.

Bahasa melayu di abaikan.

Cos sara hidup tidak dapat di kawal, yg miskin bertambah miskin.

Yg bertambah kaya raya banyak harta wang ringgit ber juta2 semua nye pemimpin2 UMNO dan pecacai2 nye sahaja.


Semua pemimpin UMNO tamak harta kekayaan dan gila kuasa

atzmand said...

utohkacil:
tak sema pencacai2 bn kaya raya..
kesian jugak aku tengok, cakap bergebang2.. ketuanan melayu lah, penyatuan melayu lah, cemerlang gemilang terbilang ... temberang sema tu.. puak2 umno ni cakap je berapi2.. takde fulus, keja tak jalan! sebab tu nak sangat bergabung dgn PAS. sbb jentera PAS sentiasa bergerak walau tak dibayar!
u/p: budak2 umno pencacai.. jumpa aku personally, borang PAS banyak lagi ni.. "mari bekerja bersama-sama saya..."

mamu penang said...

kepada bn@umno..

timbalan Presiden PAS ckp dekati umno untuk memberi kefahaman kepada umno tentang islam...bukan nak masuk umno..tawaran umno kami di pihak PAS tolak bulat2!

nie masalah orang yang tak faham..susah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...