Thursday, August 28, 2008

Anwar selamat angkat sumpah, kini tunggu 16 September

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat mengangkat sumpah selaku anggota Parlimen Permatang Pauh jam 10.00 pagi tadi selepas menang dalam pilihan raya kecil dua hari lalu.

Ketibaan Anwar ke Parlimen di sambut oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat DAP Lim Kit Siang dan juga lain-lain anggota Parlimen.

Beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat dan sekaligus dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas Speaker mendapat surat sokongan PKR, DAP dan PAS.

Turut berada di Dewan Rakyat ketika itu adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar dijangka akan menyertai perbahasan Buget 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri esok.

Parlimen akan bercuti sepanjang bulan Ramadhan dan perbahasan Buget akan bermula selepas hari raya Aidil Fitri.

Bagaimanapun, tarikh 16 September iaitu pertengahan puasa ini ditunggu oleh rakyat Malaysia kerana Anwar menjanjikan perubahan kerajaan pada tarikh itu.

Anwar ketika bercakap kepada pemberita selepas itu bergurau dengan berkata, "semua orang suruh saya bersumpah, jadi sekarang saya telah tunaikan," dengan diiringi gelak ketawa dari semua wartawan.

Anwar merujuk kepada sumpah yang dibuat oleh bekas pembancuh kopinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ekoran itu, ramai pemimpin Umno yang mendesak dia juga bersumpah.

Jadi hari ini, sebagaimana kata Anwar, dia telah menunaikan desakan agar dia bersumpah itu tetapi dengan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

Anwar juga berkata, dengan kemenangan besar beliau di Permatang Pauh "jelas sekali Perdana Menteri telah kehilangan mandat dan timbalan perdana menteri yang mengepalai kempen BN di sana telah ditolak sepenuhnya.

"Bukan sahaja mereka berdua tetapi juga Umno dan jugakroni mereka yang menyalahgunakan wang rakyat," tegas Anwar.

216 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 216 of 216
bonzer said...

Selamat berpuasa

Blogger-Blogger,

Hebat PAS,PKR,DAP- belum memerintah Malaysia sudah disalahkan oleh UMNO/BN.

Ingat,UMNO/BN yang memerintah Malaysia selama ini.

Unknown said...

bn@umno

Siapa yang bangang dan bahalol ni. Ko tak pernah fikir ke akan masaalah orang kampung yang susah. Mana mereka ada duit nak hantar anak mereka pergi tution. Ko bolehlah umno banyak jolok kat ko. Silap-silap tol pun free, pasal ada mp yang bagi kad t&g kat ko. Kekadang aku sedih tengok bebudak tu, lansung tak paham soalan. Habis tu nak jawab camne. Adik aku mengajar kat salah sebuah poli, mengaku memang bebudak melayu lemah dalam bahasa inggeris, sampai dia kena ngajar subject math & sains tu dalam dua bahasa. Tulah, ko asek menyalak membodek tak tentu hala. Komen pun tak ada fakta, ikut sedap mulut je, lepas tu nak kata orang bangang ... kan ke macam meludah kat langit je.
Kalau tak caya cuba tanya budak kampung tu apa dia united malays national organisation, mesti ada yang blur otak, terpinga-pinga tak tau benda. Silap2 dia kata binatang apa pulak tu.
Ko ingat siapakah yang mengakibatkan keruntuhan akhlak ke atas bebudak melayu kita. Macam2 benda yang didedahkan kat dia orang. Apa jadi dengan orang2 melayu yang murtad, Siapa yang control mass media? Jangan ko cakap rancangan tv tu semua bagus. Jom heboh tu bagus. Rancangan reality kat tv tu bagus. Cakap nak membangunkan ummah konon dan nak menyatu padukan melayu konon, piiiii raaah. Kata orang tua2, ukur baju pada badan sendiri lepas tu cermin2 lah diri, ikutlah ajaran imam had hari, akhirnya menyondol tak sedar diri.
Kah kah kah.

anjar said...

BN@UMNO
yeah! yeah! tima kasih puji aku,
alah saje je aku guna kepala lutut nak pikir dengan ko, bukan apa nak bagi level dengan kepala otak ko, tapi tu pun tak level gak, lepas ni terpaksala aku guna kepala taik aku je nak bagi level dengan kepala otak ko, harap2 sama la, kalau tak sama gak, terpaksala aku guna lak kepala bu**h!

Maharaja Blog said...

Heran la depa duk sebut 10 September, itu tarikh terlewat....

kayemsee said...

kadang2 aku kesian gak dgn anjing sekor tu...asyik dok kena smash jer kat blog nie oleh semua org...tapi yg herannya bleh lak tu tahan...kalau aku la jadi camtu...dah tak sanggup nak tgk muka sendiri dlm cermin dah..malu...ini muka jenis apa ntah...tebal2 konkrit pun boleh pecah lagi...ini muka tebal hamjadah...

bonzer said...

UMNO/BN PEMERINTAH YANG ADIL DAN PERIHATIN

Untuk menunjukkan lagi keperihatinan Pemimpin UMNO/BN kepada rakyat...... dalam bajet 2009 , rakyat ...... yang menggunakan kurang RM 20.00 elektrik tidak payah membayarnya.

Kalau kita kira dan congak, katakan sebuah rumah menggunakan elektrik kurang RM20.00 maka sehari ia boleh berjimat antara 0.6666 sen jika bulan itu 30 hari. Kalau bulan itu 29 hari maka

Lamanpadi.blogspot.com

bn@umno said...

hey mail

penggunaan bahasa inggeris dalam math dan sains amat dialu-alukan.bukankah bahasa inggeris tu bahasa antarabangsa?jadi aku rasa tidak salah jika kerajaan mengunakan bahasa inggeris dalam pembelajaran math dan sains.Ko cakap melayu lemah dalam bahasa inggeris, habih kalau dah tahu lemah dlm bahasa inggeris berbanding bangsa cina dan india, sepatutnya orang melayu perlu berusaha lebih gigih lagi bagi mengatasi kelemahan tu barulah boleh mewujudkan persaingan yg sihat di kalangan pelajar-pelajar dan akhir sekali orang melayu dan negara malaysia juga yg untung.pada pandangan aku, dgn penggunaan bahasa melayu dalam pembelajaran math dan sains akan menyebabkan orang melayu lagi ketinggalan dan tak boleh bersaing di peringkat antarabangsa.kau tengok jelah melayu-melayu kat singapore tu semuanya rata-rata tera dalam bahasa inggeris dan dikagumi diperingakat antarabangsa disebabkan kerajaan singapura menggunakan bahasa inggeris di dalam pembelajaran mereka.boleh dikatakan orang-orang melayu singapura sudah jauh maju ke depan berbanding melayu malaysia yg hanya 'jaguh' di negara sendiri itupun hanya segelintir melayu je yg berjaya tapi rata-ratanya orang cina dan indialah yg telah menyumbang kepada pembangunan negara malaysia.Akukan dah nasihatkan kao, kalau nak komen tu fikirlah masak-masak dulu, bukankah telah menonjolkan kobodohan diri ko.kalaulah semua rakyat malaysia berotak udang seperti ko ni, jawabnya lingkuplah malaysia.

bn@umno said...

Aku bukannya memihak kepada perjuangan mana-mana parti(BN mahupun PR) atau taksub dgn perjuangan BN.Cuma apa yg aku perjuangkan adalah kepada parti yg 'boleh buat kerja' bagi memajukan negara itu je.Buat masa skg ni,pada pandangan aku hanya BN sjelah yg mampu berjuang untuk agama, bangsa dan negara berbanding PR yg tak ada langsung pengalaman mentadbir negara.

Hamba Miskin said...

BN dahulupun mana reti memerintah negara,bayi kalau baru lahir pun ,mana boleh terus berjalan,ada betul sahabat semua?

Unknown said...

bn@umno

Aik, dah lain macam pulak statement ko. Ko kate ko tak taksub ngan mana2 pihak, tapi kenapa ko tak leh terima perubahan. Ngape, ko nak nafi yang PR boleh memerintah. Belum cuba belum tahu lagi wei. Nanti kalau PR memerintah tak adil, kita tukar balik bila PRU. Ini tidak, ko terlalu taksub sehingga tak leh terima, seolah-olah umno/bn je yang boleh memerintah.
Lagi satu aku nak komen pasal penggunaan bahasa inggeris. Bukan aku tak setuju pembelajaran bahasa inggeris, tapi bukanlah diguna sebagai perantaraan bagi pelajaran sains dan matematik. Kalau mereka ikhlas nak majukan pelajar dalam bahasa inggeris, apa salahnya diperbaiki mutu pengajarannya sahaja. Lagi pun para saintis, doktor, atau intelek2termasuk menteri2 yang ada sekarang pun tak belajar sains dan math dalam bahasa inggeris dulu. Kecuali bila dah masuk u. Aku rasa ko ni tak de sedara mara yang terperangkap dalam situasi ni, bolehlah kau bercakap. Apa hal ngan bebudak yang belajar sains/math dalam bahasa melayu dari sekolah rendah. Tiba-tiba bila masuk menengah kena tukar bahasa. Tak ke haru, dari segi tiga nak tukar triangle dan terlalu banyak lagi terma yang nak kena tukar tu. Bagi bangsa cina dan india tak ngapelah, mereka kat umah pun guna bahasa inggeris. Yang ko sokong bagai nak gila ni apahal. Kat umah ko cakap ngan mak bapak ko atau atuk nenek ko, guna bahasa inggeris ke. Aku kesian kat anak bangsa aku, samada cikgu mahupun murid2 yang terangkak2 nak alih bahasa. Ko tu dah memang bebal nak buat camne.
If your english is so good, please proof it in this blog. Let us read your comments in english. So that your mum and dad can be proud of you as a ....... bye

salam reform said...

bn@umno

tahniah kpd anda masih b'tahan dgn pandangan anda yg disokong olh fakta-fakta bodoh yg anda dpt drp pmimpn2 yg pandai menipu rakyat bodoh spt anda. kau cuba la buat penyelidikan sikit sblm b'ckp. mah.. aku ajar kau. cth nya dlm isu sain&math dlm bi, kau kene la tgk data kpts pelajar melayu sblm dan slps pelaksanaan dasar bi in. kpts murid-murid melayu jatuh teruk kau tau terutama kat kwsn kg murid langsung tak blh nak jwb kau tak kesian ke????? kat pejuang ketuannan melayu. kau fikir-fikir la sikit bro.....

salam reform said...

bn@umno

tahniah kpd anda masih b'tahan dgn pandangan anda yg disokong olh fakta-fakta bodoh yg anda dpt drp pmimpn2 yg pandai menipu rakyat bodoh spt anda. kau cuba la buat penyelidikan sikit sblm b'ckp. mah.. aku ajar kau. cth nya dlm isu sain&math dlm bi, kau kene la tgk data kpts pelajar melayu sblm dan slps pelaksanaan dasar bi in. kpts murid-murid melayu jatuh teruk kau tau terutama kat kwsn kg murid langsung tak blh nak jwb kau tak kesian ke????? kat pejuang ketuannan melayu. kau fikir-fikir la sikit bro.....

salam reform said...

bn@umno

tahniah kpd anda masih b'tahan dgn pandangan anda yg disokong olh fakta-fakta bodoh yg anda dpt drp pmimpn2 yg pandai menipu rakyat bodoh spt anda. kau cuba la buat penyelidikan sikit sblm b'ckp. mah.. aku ajar kau. cth nya dlm isu sain&math dlm bi, kau kene la tgk data kpts pelajar melayu sblm dan slps pelaksanaan dasar bi in. kpts murid-murid melayu jatuh teruk kau tau terutama kat kwsn kg murid langsung tak blh nak jwb kau tak kesian ke????? kat pejuang ketuannan melayu. kau fikir-fikir la sikit bro.....

AMKsarawak said...

PR akan tubuhkan kerajaan menjelang 16th sept insyaallah ... lihatlaa belum papa2 lagi UMNO / BN dah menggelabah nak suruh semua MP's BN keluar negara bagi mengelak mereka lompat ke PR!!! Begitu sekali ketakutan kerajaan BN dgn kebangkitan PR dan rakyat malaysia... kecian!!!

MOHD AFIQ said...

Akhirnya Anwar bersumpah jua,.

Kacang hijau said...

ok... sekarang dah 17 Oct.. lebih 1 bulan 1 hari kan.... P ketiga dsai...
kerajaan dah tukarkan kan.. kan..kan....kan...kan...

Tapi harga minyak dah mula turunlah sikit-sikit... he he he...

Target P ketiga dsai
Mula-mula 16 Sept, lepas tu Raya haji... lapas tu Krismas... lepas tu Chinese New Year... lepas tu... lepas tu... lepas tu... lepas tu..
...lepas...lepas... lepasssss....

Cakap berdasarkan faktalah... buat gimik ke.. spekulasi ke... provokasi ke.. lawak ke...... agak-agaklah jangan ikut sedap mulut je....

Yang kita tak pasal-pasal bergaduh kat sini kenapa... tak pasal2 dapat dosa kering...

sokonglah yang boleh bangunkan negara... bangunkan ekonomi... bela nasib kita...

asal jangan soru miss sudahlah..
bukan dia orang TT duit dalam akaun kita buat beli beras & bayar rumah/kereta ...

biasalah orang belum jadi PM cakaplah apa dia suka... janji yang bukan2... tak logic langsung..
nanti bila dah dapat kerusi PM... entah2 lagi teruk...

Janganlah marahkan nyamuk kelambu di bakar... saya pun marah jugak dengan orang slow ni....

dah memang dia slow... sebab tu lambat pick up...

pru12 kalah teruk pun masih tak faham2...
orang dah tarik-tarik kaki suruh turun pun masih tak faham2... masalah juga...kesian..kesian....

«Oldest ‹Older   201 – 216 of 216   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...