Friday, August 15, 2008

Hadi sekali lagi tegaskan kepentingan sumbangan PAS

IPOH, 15 Ogos: Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan pentingnya sumbangan ahli-ahli dan jentera PAS kepada dalam pilihan raya umum lalu.


Dalam ucaptama merasmikan muktamar PAS ke-54 di sini, Hadi menegaskan PAS memberi sumbangan berharga kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam keadaan “amalan demokrasi yang dipenuhi kecacatan.”


“Kita hendaklah sama-sama menyedari betapa mahalnya pengorbanan ahli dan penyokong PAS untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu,” kata Hadi dalam ucapan dasarnya bertema PAS untuk Semua.


“Perlu juga diingat bahawa PAS telah memberikan sahamnya yang sangat besar kepada kemenangan ini dengan mempunyai paling banyak jentera parti di kalangan Pakatan Rakyat dan bekerja untuk parti lain di kalangan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.


Hadi sebelum ini dalam wawancara dengan Harakah melahirkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dilihat sebagai perkongsian yang tidak seimbang dalam Pakatan hingga meminggirkan PAS.


Ucapan yang dibuat sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh itu menunjukkan sikap PAS yang semakin asertif dalam perkongsian kuasa dengan Pakatan Rakyat terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik, DAP.

8 comments:

TokBatin X said...

Becoknya Pemimpin harakah ugama yang mengagong2kan ‘kejayaan kedirian’ tanpa bersyukur ke hadrat ALLAH yang telah menganugerahkan ‘kemenangan’. Untuk apa kamu memimpin umah hanya kerana gila kuasa2.

Hei HADI , sesungguhnya kamu cuba menjerut lehermu.kamu dengan ‘keangkohan atas kemenanganmu’. Mengapa kamu tidak jadikan dirimu ‘TUHAN’ untuk mengubah segala2nya.

Masa mengheret pantas kehujung
Penghakis milik Insan
'Srigala kematian' senantiasa 'untuk' membaham
KAMBING-KAMBING TOLOL INI.

Lihat bagaimana bongkak mereka berlinggang
Dengan kepala mendongak
Sampai 'takdir' tak semena-mena menghentam
Menamai jiwa ‘kematian’

Engkau yang mencintai hayat. seumpama gagak 'HITAM'

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS melutut di tepi gantang.

PAS bagai anak tiri.

PAS macam cerita INDONESIA- anakku bukan anakku.

PULAU AJE PILIHANRAYA PERMATANG PAUH. PAS pandai cakap tapi takut hendak buat sesuatu termasuklah menegak negara Islam. Bila ditentang mulut, PAS tidak bangkit melawan. Kalau harga minyak naik, bukan main PAS melawan dan membuat demontrasi jalanan.

KENAPA BILA ISLAM DIPERLEKEHKAN PAS HANYA 'DEMONSTRASI MULUT' SAHAJA?

TAHNIAH KEPADA IBRAHIM ALI-PAS-BEBAS, PASIR MAS, KELANTAN. DIa seorang sahaja ahli PAS yang lawan DAP dan mendaulatkan Melayu dan Islam. Yang Lain-lain 'menjaga periuk nasi' sahaja.

abe MIE 'TERJAH' said...

SOALAN-UTUH KACIL.

ABE MIE NAK JAWAB SOALAN KAMU YANG SAMA SETIAP ULASAN DI DALAM SIASAH website.

1.Meng hadiah kan Singapura kepada cina.
KELANTAN PERNAH BERIKAN SUB PEMBALAKAN KEPADA BISNESMAN SINGAPURA PADA SATU KETIKA DAHULU.


2. Membiar kan P.B.Putih di rampas Singapura.
PAS TAK ADA BAI APA-APA CADANGAN MELAINKAN MENUNGGU KEPUTUSAN SAHAJA.


3. Menjual Islandar Malaysia kepada cina Singapura.
PAS TIDAK FAHAM PASAL BISNES DAN EKONOMI.RAMAI RAKYAT THAI DI UTARA KELANTAN, TAK DIKATAKAN JUA TANAH KEPADA RAKYAT ASING PULA.


4. Perjanjian air dgn Singapura.
APA CADANGAN APAS?

5. Bangsa melayu dah jadi 'third class citizen'
PAS TIDAK PERNAH MEMBANTU. YANG DIBANTU HANYA MENANTU MB KELANTAN.


6. Gagal menaik taraf kan ekonomi melayu.
ITU BETUL. APA YANG PAS BUAT UNTUK ORNG MELAYU-ISLAM DI KELANTAN SELAMA 18 TAHUN? SEPENGGGAL DI TERENGGANU, TAK ADA APA-APA YANG DILAKUKAN.


7. Agama Islam terpinggir, islam hadhari yg merosak kan moral muda mudi di ketengah kan.
ISLAM POLITIK LAGI BAHAYA. MENGKAFIRKAN ORANG LAIN WALAUPUN SEBANGSA DAN SEGAMANYA. ALLAH SATU. TUHAN BANYAK. PANDANGAN MENGENAI ISLAM PUN SAMA. ULAMA PUN BANYAK.


8. Kos sara hidup terlalu tinggi, yg miskin bertambah miskin.
PAS BUAT DEMONTRASI SAHAJA.

9. Yg bertambah kaya raya banyak harta wang ringgit ber juta2 ialah pemimpin2 dan pecacai2 UMNO sahaja.
PAS LANGSUNG MISKIN. MINTA DERMA MASA CERAMAH.


10. Ramai orang melayu yg merempat di bumi sendiri.
SEBAB MALAS DAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN.


11. Pemimpin2 UMNO semua nye tamak harta dan gila kuasa.
PEMIMPIN PAS MAHU ULAMA JADI PM BUKTI PAS JUGA TAMAK DAN GILA KUASA. PERAK, KELANTAN, KEDAH PAS MEMERINTAH. ITU TIDAK GILA KUASA. KENAPA TIDAK DIBAHAGIKAN PEMERINTAHAN DENGAN PKR? PKR DAPAT SELANGOR SAHAJA.

klu nak tulis semua, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis.
BUKAN SAHAJA SEMINGGU 24 JAM, TAPI 17 TAHUN PUN TAK HABIS. YANG HABIS HANYA LAKONAN PAS UNTUK BELA ISLAM DAN KONSPIRASI NAK JADI PM, ITU SAJA YANG HABIS NANTI. UMNO TAK HABIS SEBAB DIA ADALAH PEJUANG.

Salak said...

Saya jangka Hadi Awang adalah satu-satunya tenaga di sebalik kekuatan PAS. Hanya saya ragu keluasan pengelaman dan keupayaannya terus memimpin PAS, atau nak jadi PM Malaysia.

Jika selepas 50 tahun merdeka, dia tak paham-lagi politik Malaysia, akibat tak baik atau risiko tinggi menanti PAS. Kalau PAS tergelincir sebab kepimpinan, sukar bagi PAS menebus prestasi parti dalam 2 dekad lagi.

Namun itu, dia seorang ulama yg dihormati dan kita jangka dia berupaya mengatasi cabaran politik. Hanya penentuan mutlak bukan di tangan beliau atau kita.

Bahkan kalau hemat saya berasas PAS masih lagi ada kekuatan yg boleh mempertingkatkan ikhtiar parti bahkan Hadi Awang akan memainkan peranan bukan kecil dalam usaha baik ini.

AJK-UMNO said...

abg mie mana pegi motor cabuk tu..? mana pegi perut boroi../?? pegi letak gambar tugu negara pulak...

asalbayu said...

abe mie dah jadi batu? patutla pun. batu mana ada akal!

peon pencen said...

abe mie,

jawapan anda sangat memalukan UMNO.

ter nyata tahaf pemikiran anda ke budak2 kan - TIDAK MATANG!

Bila anda menjawab terserlah kebodohan anda.

UMNO MENTELITI

ameer said...

Memang beginilah sikap mereka2 yg telah di khatamkan hati2 nya..dgn mengunakan pelbagai gelaran (tokbatinsenoi,abi mi & dll)memilih utk melemparkan pelbagai tuduhan2 liar lagi memupuk perasaan permusuhan,drp perasaan kasihsayang..pastinya tindakan ini akan di adili dan di balas..bagi sahabat2 rakan seperjuangan, teruskanlah menyemaikan perasaan mahabbah di antara kita & terus memburu cinta yg maha pencinta.. berjanji setialah dgn jamaah kebenaran ini..taatilah pemimpin, kerana pastinya segala keputusan yg di buat olh mereka mengambil kira keutamaan ISLAM & jamaah.. ingatlah!!TIADA ISLAM TANPA JAMAAH,TANPA JAMAAH TANPA PEMIMPIN & TANPA PEMIMPIN TANPA KETAATAN...MAKA TAATILAH KEPIMPINAN ULAMAK KITA.. ALLAH'HUAKBAR!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...