Saturday, August 15, 2009

Ustaz Saleh Man: Mudah mesra gigih berjuang

Oleh ISMAIL HASHIM



USTAZ SALEH Man yang diamanahkan sebagai calon Pakatan Rakyat dari PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) N11 Permatang Pasir sememangnya dikenali sebagai seorang tokoh yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.


Dengan berbekalkan sikap mesra dan senang didekati serta penguasaan ilmu dan pengalaman yang luas dalam banyak bidang kehidupan, beliau seringkali dipercayai menjadi pemimpin.

Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, jangkauan kepimpinannya melangkaui ke seluruh pelusuk negeri itu. Malah setiap bulan akan bersama dengan saf kepimpinan PAS peringkat Malaysia dalam mesyuarat PAS Pusat.

Pengalamannya bukan sehari dua. Beliau mendaki tangga-tangga kecemerlangan politiknya dari peringkat bawah lagi. Bermula di cawangan sehingga ke peringkat negara.

Dalam tempoh itu, beliau berhadapan dengan tenang dan sabar segala macam sepak terajang politik terutamanya dari pihak musuh politik yang dianggapnya sebagai rakan sejawatan yang masih boleh diajak berkawan.

Satu sifat mesra yang menjadi amalan beliau sejak sekian lama adalah meletakkan tangannya di atas bahu sesiapa yang ada di sampingnya sambil menepuk-nepuk sebagai tanda hubungan akrab antara keduanya. Jika dilihat kebanyakan gambarnya, beliau kelihatan murah dengan senyum sambil bersalaman erat dengan kedua belah tangan.

Ustaz Saleh, 55, kelahiran Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai. Mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Fatimah Othman dan kini dianugerahkan lima cahaya mata.

Selepas tamat Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, beliau beralih arah ke Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena pada tahun 1970 hingga 1978 untuk mendalami ilmu agama.

Kemudian ke Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam seterusnya ke Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Syariah. Selepas itu menyambung pelajaran ke Akademi Islam Univesiti Malaya (UM) dalam jurusan sama sehingga memperolehi ijazah.

Selepas memimpin cawangan, Pemuda Kawasan Tasek Gelugor, YDP kawasan sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri seterusnya menimba pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai pendidik, pentadbir sekolah dan penceramah agama dan politik. Semua bidang yang diceburinya mendekatkan beliau dengan seluruh komponen masyarakat setempat.

Lantaran rapat dengan bekas Adun Permatang Pasir, Allahyarham Dato’ Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman, maka tidak hairan beliau sanggup jatuh bangun bersama PAS walaupun ‘belum menang’ dalam lima pilihan raya sebelum ini.

Semangat gigihnya tetap membara, berkeyakinan tinggi dan mantap, setiap kali menyertai pilihan raya umum bermula 1986 dan 1990 di Dun Sungai Dua, 1996 (Parlimen Tasek Gelugor/Dun Permatang Berangan), 2004 (Pinang Tunggal) dan Mac 2008 (Sungai Dua).

17 Ogos lalu, diumumkan secara rasmi, Ustaz Saleh Man layak menjadi calon di dalam PRK N11 Permatang Pasir berhadapan calon BN, Rohaizat Othman. Polis menganggarkan kehadiran penyokong PR lebih 5,000 berbanding 800 BN.

Permatang Pasir mempunyai 20,350 pengundi di mana 72.93 peratus adalah Melayu, 25.87 peratus (Cina), 1.10 peratus (India).

Dengan berbekalkan undi PAS sebanyak 11,004 dengan majoriti 5,433 yang diperolehi Haji Hamdan pada PRU12 2008, Ustaz Saleh dilihat mampu melangkah bergaya sebagai seorang pahlawan diiringi oleh semua pihak di dalam Pakatan Rakyat menjelang hari pengundian 25 Ogos depan.


Kemenangan mengukuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat

SIASAH: Perasaan diamanahkan lagi menjadi calon
USTAZ SALEH: Saya terharu di atas kepercayaan parti dan bersyukur kepada Allah. Saya sendiri pun tidak menyangka kerana ramai calon lain mempunyai kelayakan tersendiri. Amanah pimpinan ini Insya Allah akan disempurnakan sebaik-baiknya. Berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik jika diberikan kepercayaan.
Dokongan keluarga dan sokongan rakyat
Sokongan keluarga memberikan semangat. Bersyukur kerana mereka memahami tugasan dan peranan pimpinan negeri berhadapan dengan banyak cabaran. Dengan semangat dan sokongan anggota keluara ini memberikan keyakinan untuk terus bekerja.Sokongan rakyat pula khususnya di Dun Permatang Pasir, saya lihat ketika ziarah, turun dan berjumpa, respons amat menggalakkan dan cukup menggembirakan. Inilah rasanya petanda dan petunjuk bahawa mereaka akan terus dengan bersama dengan PR.
Telah lama bergerak, jadi kempen lebih mudah
Ya lebih mudah. Atas kapasiti Salleh Man sehinggakan ada yang berkata, sudah menjadi ikon di sini dah dikenali bahkan di kalangan generasi muda. Hubungan itu timbul kerana kita kerap bertemu dengan semua pihak termasuk golongan pertengahan dan seangkatan dengan saya.
Azam kali ke enam bertanding
Nampak saya bertanding banyak kali kerana kekuatan perjuangan ini tidak pernah berakhir. Kemenangan akan tercapai juga. Inilah kesempatan terbaik untuk terus mendapat mandat dan meneruskan khidmat yang dimulakan oleh Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan.

Antara isu utama dan hasrat rakyat
Di sini pinggir bandar, hala tuju yang boleh kita berikan adalah khidmat terbaik kepada pengundi. Taraf ekonomi rakyat tempatan yang perlu digarap. Termasuk merealisasikan perpaduan pelbagai kaum khususnya di Permatang Pasir. Selain itu, dapat bekerjasama mengukuhkan Kerajaan PR di Pulau Pinang ini. Walaupun satu kerusi tetapi tetap dikira sebagai sebagai sebahagian dari kerajaan memerintah. Sebab itu kita mesti pertahankan Permatang Pasir untuk melakukan kesinambungan. Ini perkara penting dan amat perlu kerana akan dapat membantu pertahankan Kerajaan PR.


Peranan media dan peraturan SPR
Kita minta semua pihak termasuk pihak keselamatan agar lebih telus dan ada pertimbangan keadilan. Ini adalah sistem demoktrasi yang diamalkan. Rasanya tidak perlu diulang-ulang. Rakyat sudah bosan dengan perkara ini. Rakyat sudah buat keputusan sendiri. Perubahan akan berlaku juga. Gelombangnya akan ada dan tiba sama ada dalam PRU atau PRK.

Kerjasama komponen PR
AlhamduliLlah inilah bentuk kerjasama terbaik. Nampak jelas hubungan keakraban yang hebat. Dari kepimpinan hinggalah ke ahli biasa. Semuanya bekerja kuat. Setinggi penghargaan tahniah dan terima kasih di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam PR.
Harapan pada pengundi
Saya berharap pengundi setia kepada PR akan terus memberikan sokongan padu sepertimana mereka mengundi bekas YB kita dahulu. Begitu dengan pengundi lain termasuk golongan muda. Mereka tahu hati budi pemimpin kita selama ini.Saya yakin masih ada hubungan hati bersama Allahyarham. Saya berharap mereka memberikan keyakinan sama kepada saya untuk meneruskan khidmat terbaik dan peranan bermakna itu untuk diteruskan, Insya Allah.

23 comments:

Mesra Sokmo said...

BN, senoni dengan BABI NAJIB, itulah yg disiarkan berita BERNAMA TV. Berita itu menceritakan dgn jelas tahun lepas hanya SEJUTA EKOR BABI TERNAK DIMSIA, TERKINI SUDAH DUA JUTA EKOR BABI. Juara dimenagi oleh BUKIT PELANDUK NEG. SEMBILAN, diketuai oleh Tan Sri Isa Samad. KERAJAAN MALAYSIA PERUNTUKAN 7 JUTA RINGGIT DUIT RAKYAT DALAM MENTERNAK BABI. Pengikut UMNO nampak gayanya kita SEMBELIH BABI AJE ditahun ini, memang itulah subsidi Kerajaan 1M'sia. Sembahyang hajatlah kamu, bab kata pepatah TAK KAN HILANG H1N1, SELAGI BABI DAPAT PEMBELAAN OLEH BARISAN NASIONAL...Syabas UMNO, Kami dedahkan, rakyat yg cerdik...fikir-fikirkan.

Mesra Sokmo said...

Berhentilah dari menyokong BN, berdosa sebab terbabit dalam rasuah, tolak hukum Allah - diMekah pun rakyat pelbagai Ugama tetapi boleh laksanakan, adakah UMNO anggap Allah tidak tahu rakyat Msia pelbagai ugama?, kezaliman, pembunuhan (Altantuya, Teo dll), salah guna duit rakyat - Rumah Khir Toyol RM24Juta & PKFZ, memperkudakan POLIS, FRU, SPRM & SPR. Kalau nak ceritakan...tak cukup ruang. Fikirkanlah sebelum Allah soal kita diakhirat nanti.

Mesra Sokmo said...

Org melayu bela lembu pun tiada subsidi...Minta dgn Ali Rustam, towkey BABI kedua selepas Mat Isa Samad. Itu cite dari Pengarah Venteriner. Lembu di1Msia hanya 800,000 ekor tak sampai sejuta....malulah aku sebagai org Islam. Singpore bersih dari bela BABI

dianawijdan said...

sesungguhnya benar peringatan allah. manusia yang islam tak beriman dan amal islam sekerat2 maka tempatnya di neraka.

allah dah beri amaran, rasul mengajar, ulama menyampaikan, nik aziz mengingatkan.

yang makan cili akan terasa pedasnya.

ironseven said...

diana,
kalau masuk neraka maknanya tak masuk syurga la ye?

kalau aku sokong golongan yang mengaku islam tapi jelas menolak islam, persenda quran, menggalakkan maksiat dan rasuah, menolak hukum allah, aku berdosa tak diana?

kalau aku membiarkan dan membenarkan golongan yg menolak hukum allah tu yg amalkan islam sekerat2 terus menolak islam dan persenda hukum allah, aku berdosa tak?

kalau aku memberikan sokongan padu pada golongan yang jelas memisahkan islam dan iman dan menolak hukum allah dan rasulnya dan terus membiarkan mereka membuat maksiat, rasuah dan ketidakadilan di bumi allah, aku berdosa tak?

kalau berdosa banyak betol ke tak dapat masuk syurga? kalau tak ke syurga maknanya ke neraka la ye?

takutnya janji2 allah tu..

semoga ramadhan mendekatkan kita pada allah dan menjadi islam yang beriman dan mengamalkan islam seluruhnya, dan dijauhi dosa2.

amin..

dianawijdan said...

iron, kau bulan ramadhan ni kau bykkan baca quran dan terjemahannya kau akan jumpa ayat2 allah yang memberi amaran supaya dijauhi dosa dan neraka jahanam. jawapan bg soalan2 kau tu ada dalam kalam allah.

wallahua'lam. selamat beribadah semoga ibadah kita diterima allah. amin.

fitflex said...

kpd mesra sokmo
salam raamadan buat anda.
dan nak bgtau 1 je.jika pr pegang lepas ni pun,babi2 tu x kan dikurangkan pun.bahkan mungkin akan di perbykkan lg.sebab dah ad bukti bab babi ni dap akan pertahan lebih dari hubungan dgn pas di kedah.
cuma lepas ni tender2 babi tu je yg pindah dari bn kpd pr...

dan jika rakyat merungut bab babi ni,mcm biasa le pr hanya mampu dolak dalik dan kata ni semua umno punya pasal lulus byk sgt.x mampu nak settle pun...

Mesra Sokmo said...

fitflex..PR merintah tak mungkin bertambah, kedai arak pun dikurangkan Selangor. Inikan BABI - H1N1 (Hapuskan Najib), dah tahu banyak penyakit buat apa bela dan diberi subsidi 7 juta RM. UMNO cari untung hasil BABI, dgn buat jualan utk export ke Singpore, China, Filipina...mungkin fitflex pun telah termakan hasil BABI pemberian UMNO. Sekurangnya PR dapat mengubah dari pengexport kpd makan utk yg bukan Islam. dan pembentangan keburukan makan babi akan diserap sedikit demi sedikit. Subsidi babi duit rakyat dihapuskan 7 juta RM dapat diselamatkan.

Proton Saga said...

Selamat berpuasa kepada semua, banyak banyak bersabar dlam menjalan ibadah, jangan mengumpat jangan membawA FITNAH , jangan mengelar sesorang dengan benda tak baik nanti muka akan merip benda tu.

jangan putuskan selaturahi dan jangan mudah mudah menuduh sesorang musrik, takut perkatan itu berbalik kepada orang yang cakap.

ini kata hadis yang pernah guru aku akapkan.

selamat berpuasa.

Mesra Sokmo said...

proton saga....jangan mengumpat jangan membawA FITNAH , jangan mengelar sesorang dengan benda tak baik nanti muka akan merip benda tu....UMPAT & FITNAH KENA HURAIAN YG PANJANG BUKAN SEKADAR SEBUT AJE.....TAKKAN BICARA MAHKAMAH DIKIRAKAN MENGUMPAT? KALAU LAKUKAN KEJAHATAN BERTERUSAN....TAKKAN BOLEH DICERITAKAN DAN MENGIKUT HADIS MANA PULA MERIP BENDA ITU? TERANGKAN....?

AsyMok_ambo said...

Najib Razak perlu dengan SEGALA HORMAT perlu MELETAK JAWATAN as PM of Malaysia Negara Tercinta sempena Kehadiran TETAMU AGUNG-RAMADHAN al-MUBARAK 1430 Hijriah; the month of STRUGGLE and SACRIFICE dan ulang tahun Ke-52 31 Ogos 2009 Malaysia BUMI BERTUAH.

AsyMok_ambo said...

Wahai RAKYAT MALAYSIA
SYURGA dan NERAKA Hak Milik MUTLAQ ALLAH SWT.
Syurga dan Neraka adalah PERKARA AKHIRAT. Dunia adalah JAMBATAN ke Akhirat. Mahu TIDAK Mahu, DUNIA MESTI diTempuh. Khas BUAT Para PENYOKONG AJARAN SESAT REJIM ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH di DUNIA ini, adakah KALIAN YAKIN&PERCAYA Kalian Berada di JALAN KE SYURGA ALLAH SWT????? Sudah Terang lagi BERSULUH, JUNJUNGAN BESAR SAW telah BERI TIPS JALAN KE SYURGA. ZIONIS adalah MUNAFIKIN. DiRakamkan Di dalam AL-QURANUL KARIM. Kalian SEBENARNYA MENEMPAH JALAN KE NERAKA JAHANNAM. Paling TERBAWAH. MUNAFIKIN lebih HINA dari INSAN TANPA KALIMAH TAUHID. Andai DIUKUR dari TINGKATAN NERAKA. SelebihNya KITA KEMBALIKAN Kepada ALLAH SWT dan Rasul-NYA.
TAKBIR.
TAHMID.
TASBIH.
ISTIGHFAR.

AsyMok_ambo said...

PIMPINAN adalah SIMBOL. Tunjukkan contoh bahawasanya Dunia dan Akhirat adalah SATU. Dunia adalah JAMBATAN menuju AKHIRAT. Nak tak nak DUNIA wajib ditempuh tapi PIMPINAN menekankan ZUHUD yakni MENINGGALKAN KELAZATAN DUNIA. Bukan KITA lari ke Hutan atau Gunung tetapi Kita Bersama MASYARAKAT, tak kiralah Kaki Skodeng ke, Mak nyah ke, Pelacur ke, Pendatang Tanpa Izin ke etc. MENYERU KE ARAH KEBAIKAN dan MELARANG DARI MELAKUKAN KEMAKSIATAN. Selebihnya… Kita Serahkan Kepada ALLAH SWT.
PIMIPINAN hanya MENYAMPAIKAN…
Itui Anjuran RASULULLAH SAW.
Tegakkan ISLAM, SEMUA dapat NIKMAT.
ISLAM bukan Pada KULIT.
Namun, alangkah MANIS nya jika KULIT itu CANTIK, BAU pula WANGI…. Bila BUKA KULIT YANG CANTIK dan BERBAU WANGI itu pula, TERSERLAH ISI YANG BEGITU RANUM dam MENGAGUMKAN.
Satu dalam 1 Bilion mungkin…..
Tegakkan ISLAM, Semua Mendapat NIKMAT.
Yakin dan Percayalah.
ITULAH IMAN.
Dekat dengan TAQWA (selain TAWADDUQ, QANAAH dan WARA’).
Hanya TAQWA menjurus IKHLAS LILLAHITAALA.
Di Sisi ALLAH SWT, hanya Satu Benda Yang LAKU yakni KEIKHLASAN.
IKHLAS tak perlu DiUNGKAP.
Hatta, Orang Yang IKHLAS LUPA ADANYA GANJARAN BUATNYA DARI YANG MAHA ADIL
ALLAH SWT PEMILIK SEKALIAN ALAM.
TAKBIR.
TAHMID.
TASBIH.
ISTIGHFAR.

AsyMok_ambo said...

For Malaysians,
Tawadduq itu Merendah diri@being Humble
Qanaah itu Cukup apa yang ada@BerSyukur/ be grateful
Wara' itu Berhati-hati/ always Pay Attention.

AsyMok_ambo said...

RASULULLAH…..
Dalam Mengenangmu
Kami Susuri Lembaran SIRAH mu
Pahit Getir Perjuangan mu
Membawa Cahaya KEBENARAN…

Engkau Taburkan PENGORBANANmu
Untuk UMATMU yang TerCinta
Biar Terpaksa Tempuh Derita
Cekalnya Hatimu Menempuh RANJAU nya…

TAK TERJANGKAU TINGGI PEKERTIMU
TIDAK TERGAMBAR INDAHNYA AKHLAK MU
MANA TERBALAS SEGALA JASAMU
Sesungguhnya Engkau
RASUL MULIA

Tabahnya HATIMU Menempuh DUGAAN
Mengajar ERTI KESABARAN…
Menjulang Panji KEMENANGAN
Terukir NAMAMU di dalam AL-QURAN

RASULULLAH…
Kami UMATMU
Walau Tak Pernah Melihat Wajahmu
Kami Cuba MENGINGATIMU
Dan Kami Cuba Mengamal SUNNAHMU…

………..KAMI SAMBUNG PERJUANGANMU
WALAU KAMI DICACI DIHINA
TAPI KAMI TAK PERNAH KECEWA
ALLAH DAN RASUL SEBAGAI PEMBELA!

Takbir!
Tahmid!
Tasbih!
Istighfar!

AsyMok_ambo said...

RAKYAT MALAYSIA...
Kita amat Jijik, Loya, Benci akan AJARAN SESAT REJIM ZIONIS umno-bn LAKNTAULLAH.
Pada masa sama, Kita amat MENYAYANGI NAJIB RAZAK, KHAIRY JAMALUDDIN, ROSLINA SHIRLIN, ONG TEE KEAT, T.MURUGIAH, NG YEN YEN dan Para 3.5 juta SAHABAT yang TERKELIRU.
AMAT MENYAYANGI
Betul...
Oleh yang demikian
Let's Thinking Outside the Boxes
IT CAN BE MIRACLE WHEN U BELIEVE
Ayuh Bersama KUASA RAKYAT
MENEGAKKAN KEBENARAN dan KEADILAN.
SINAR kan HADIR...

AsyMok_ambo said...

Walau ramai yang BerHujjah, Perlembagaan Malaysia hari ini asalnya dari Reid Commission, ambo nampak Perlembagaan Malaysia TAK LARI dari SERUAN KITABULLLAH.
Cuma, AJARAN SESAT REJIM ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH menjadikan semuanya CACA-MARBA.
Lihat pula PPSMI…
How much it Cost TAXPAYERS actually???
Then now… Port Klang Free Zone (PKFZ)
Banyak lagi…
Minyak KELANTAN tak usah cakap lah!!!
Dasar ZIONIS!!!!!!!
ANDA SEMUA LEBIH TAHU
Namun…
JANGAN LUPA PADA YANG MAHA MENGETAHUI.
Najib Razak TAK FAHAM Perlembagaan MalaysiaBumi TerCinta kerana Terkeliru oleh AJARAN SESAT REJIM ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Andai tiada aral, Ketua Negara MalaysiaBumi Bertuah, Sultan Mizan Zainal Abidin WILL ENDORSE HIS TEACHER, TUAN GURU ABDUL HADI AWANG as the Prime Minister of Malaysia theProsperous Country-Ketua Kerajaan Persekutuan SEDIKIT MASA LAGI.
Dalam pada itu, WALI ALLAH SWT, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT mengalu-alukan with the RedCarpet Najib Razak, Khairy Jamaludin, Roslina Shirlin and estimated around 3.5 juta insan terkeliru MenDaftar dengan AJARAN SESAT REJIM ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH untuk bersama-sama KUASA RAKYAT.
Kuasa Rakyat untuk Menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN.
KEBENARAN dan KEADILAN PASti dari YANG MAHA BERKUASA.
ISLAM RAHMAT SEKALIAN ALAM.
Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Uthayakumar tahu itu.
Roger n Out.

AsyMok_ambo said...

Surah al-Isra'
Ayat 81 (17:81)
"Bila Mana Datang KEBENARAN, Lenyaplah KEBATILAN dan YANG BATIL ITU PASti Akan LENYAP."

Itu JANJI ILAHI.
ALLAHUAKBAR.

dewatawanberapi said...

asymok,

nak tanya sikit...kat mana kau cilok ayat2 bodoh nih???

aku tengok kau ni macam meroyan jer...

jaam said...

MESRA..

ADA MAKNA TU....!HAHA..

kallilayah said...

salam kepada blogger sila hormati bulan ramadahan dengan beri komen yang munasabah dan berpatutan.jangan terlmpau memberi komen tu.tak kira mana pihak .bkn ape sama kita saling nasihat menasihati.aku sokong org yang bersih dari rasuah dan songlap duit

Jupiter said...

wahai kwn semua,
kita semua akan masuk neraka kerana dosa mengumpat mengata dah sebagainya. habis siksaan kita akan dimasukkan ke syurga pula...bergantung byk mana dosa seseorang

tetapi dosa org tolak ajaran alquran tidak akan masuk syurga kerana kufur.

jd fikir2 lah semua....dosa tolak al quran ni bukan sebaran dosa, memang kita x lafaz tp kl kita dh pangkah n song dia sama je statusnya.

kl kita setakat mengucap, puasa , solat. haji n zakat tak cukup.......

goku ssj3 said...

asymok_ambo..pyhla nk sdrkn rkyt2 ni..byk org mdh t'pengaruh ngn media2 umno ni..ada yg xtgk lgsg media alternatif donline ni..sabah ngn serawak pn dhla byk kafir..aku nk tny korg..adil ke sistem demokrasi ni?cnthla org wat undian untuk menentukan arak blh mnum ke tdk?pahtu undian yg di wat di tmpt majority yg ska mnum arak..dh tentu undian b'phk pd setuju mnum arak..pahtu kite tetapkan undang2 arak boleh dmnum..adil ke g2?relevan ke sistem demokrasi ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...