BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Umno yang disifatkan tersilap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir terus berada dalam dilema untuk menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak lawan terhadap calon berkenaan.
Sehingga hari keempat berkempen parti itu dilihat masih berada dalam situasi bertahan - apabila kempen-kempen penerangan mereka yang melibatkan pimpinan dari pelbagai peringkat terpaksa memberi tumpuan untuk menjawab serangan ke atas calon mereka, Rohaizat yang menjadi isu utama modal kempen di pihak PAS setakat ini.
Dalam perkembangan terbaru, sumber dalaman Umno mendedahkan isu keperibadian Rohaizat Othman calon) kini menjadi masalah dalaman kepada Umno apabila para pemimpin mereka mula menunding jari sesama sendiri atas kesilapan memilih Setiausaha Umno Permatang Pauh itu sebagai calon.
Menurut sumber tersebut, dalam satu mesyuarat Umno yang diadakan semalam (Jumaat) berlaku salah menyalah antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
"Muhyiddin tunding jari pada Zahid kerana tidak periksa latar belakang calon betul-betul, Zahid pula seperti salahkan Jalil kerana dikatakan tidak memaklumkan kepada beliau.... Jalil pula cuba mengelak dengan pelbagai alasan lagi," kata sumber tersebut.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasation juga mengesahkan turut mendapat maklumat daipada beberapa orang dalam Umno perihal salah menyalah antara pemimpin Umno ekoran pemilihan Rohaizat sebagai calon.
Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Petani, Saifuddin berkata masalah tersebut bertambah parah apabila bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohammad turut mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Rohaizat.
Umno di peringkat awal masih cuba untuk menutup isu tersebut melalui penjelasan para pimpinannya bagaimanapun perkembangan demi perkembangan yang berlaku di Permatang Pasir teruamanya kemunculan Yusri Isahak yang berceramah dipentas PAS semakin menyukarkan parti itu.
Yusri merupakan rakan kongsi Rohaizat dalam bidang guaman yang cuba disalahkan berhubung penggunaan wang koperasi pekebun getah oleh firma guaman mereka.
Yusri muncul dihari ketiga berkempen untuk menjelaskan perkara sebenar serta membersihkan namanya - satu tindakan yang semakin memberi tekanan kepada Umno.
Saifuddin mengulas lanjut perkembangan tersebut berkata, pimpinan Umno sepatutnya tidak perlu tunding menunding antara satu sama lain kerana rekod kesalahan moral Rohaizad sebenarnya telah didedahkan sebelum hari penamaan calon lagi.
Kata beliau, Rohaizad sewaktu diambil tindakan oleh Bar Council melalui jawatankuasa disiplin badan itu adalah ketika badan (disiplin) itu dipengerusikan oleh salah seorang pimpinan Umno Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.
Tan Sri Khalid juga merupakan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu Tan Sri Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri berada di luar negara.
"Beliau (Tan Sri Khalid) juga salah seorang ahli lembaga disiplin Umno, jadi tidak timbul soal tidak tahu latar belakang Rohaizad ini," katanya.
16 comments:
UMNO=SARKIS
Biasalah..Cam penyamun yang tak puas hati sesama dia membahagikan hasil samun.
Semua taknak mengaku salah.Habis sapa yang salah..
Dah tahu dah..bila kalah nanti bolehlah bagi alasan tersalah pilih calon.
Kalo kalah nanti lagi besar gaduh puak puak umno ni.Orang suruh tarik diri hari tu degil.
Salam semua,
Hurmatilah bulan Ramadhan. Elakkan umpat mengumpat, caci mencaci, cerca mencerca dan pelbagai lagi perbuatan buruk.
Ambillah kesempatan pada hari baik bulan baik ni, ubah perangai kpd yg baik. Jari tu pun pancaindera jugak, 'kan?
Yang kat Permatang Pasir tu tengah buat keje baik la tu,Pemimpin yg baik menjd teladan yg baik.
Drpd gunekn jari utk mengundi pemimpin yg tak amanah elok lg korek taik hidung,jari tak marah hidung pun bersih.
1) Bukan mengumpat jika pesalah itu melakukan kejahatan berterusan, contoh: org itu kaki mabuk, sudah dilarang tetapi terus mabuk juga. Kita sudah larang jangan bela BABI nanti H1N1, JE dsb. Barisan Nasional bagi lagi subsidi 7 Juta RM. 2) Perbicaraan dlm mahkamah, masing-masing keluar hujjah. (pening kepala hakim sebab tak leh megumpat dlm makhamah - terus taruh dlm ISA.
Kenapa SPR buat mengundi dibulan puasa, sebab org PAS sembahyang Terawih. Org UMNO bawa Jin - termasuk hantu, jembalang, pelesik, hantu raya dll. Yang Allah rantai hanya iblis. Firman Allah SWT "Tidak aku jadikan Jin & Manusia melainkan beribadat kpd aku" (Kiranya tak betul maksudnya boleh di perbetulkan.
mesra, ada lagi...
nabi pesan suruh check latarbelakang calon bini. check latarbelakang maknanya kena korek la samada calon bini tu penah curi duit org ke, penah kawin lagi satu ke, penah seleweng duit kawan2 ke. maknanya nabi suruh cari org2 yg baik2 la..baik keturunan, parasrupa, dan sebagainya.
tak salah korek ketidakbaikan seseorang untuk kabaikan ummah kan? takkan la nak berpemimpinkan seseorang yg telah didapati bersalah rasuah oleh lembaga disiplin umno kot? sapa sokong juga sah takdak maruah...
golek kiri golek kanan mata tak mau pejam. pejam celik dah dekat 25 Ogos, isu-isu keluar dah jadi bangkai gajah, nyiru pun tak terdaya nak tutup, langau-langau dah banyak hinggap.
nak tanam ke nak biar kat situ...................... muhyiddin nak jaga maruah, zahid nak tunjuk kehebatan, jalil mencari ruang, rohaizat bawa karung guni..................
sudah nya amno hilang punca.....
kalau dah sampah...kita nak buang dalam sampah pun xkan xboleh...?
bulan ramadhan bukan alasan untuk memperbetulkan keadaan yang xbetul...
umno ni dah tahap nazak...
hidup segan...mati xmau...
mesre sokmo.
"..Yang Allah rantai hanya iblis. Firman Allah SWT "Tidak aku jadikan Jin & Manusia melainkan beribadat kpd aku" (Kiranya tak betul maksudnya boleh di perbetulkan.."
Maaf nak tambah sikit.
Al-Quran diturunkn utk 3 golongan.
1.Golongan org awam.
"Tidak aku jadikan Jin &
Manusia melainkan MENYEMBAH kpd
aku"
2.Golongan Org Pertengahan.
"Tidak aku jadikan Jin &
Manusia melainkan BERIBADAT kpd
aku"
3.Golongan Ke3 (Muntaha/Muntahi).
"Tidak aku jadikan Jin &
Manusia melainkan utk MENGENAL
kpd aku"
Awal2 agame itu mengenal Allah,make Ulamak menggalakkan utk kite menduduki pd golongan ke3.Krn di situlah letaknye Ehsan Tuhan.
(sekadar bertukar pandangan)
"..Yang Allah rantai hanya iblis.."
Iblis yg didlm hati manusie itu tak kemane pun,die terus kekal dihati manusie yg HINE.
Terbace artikel dr Perak Express tentang PENIPUAN N PENINDASAN yg dilakukn oleh calun BN,tak siape yg mampu utk bercerite begitu andai cerite itu palsu.
Itulah ciri2 IBLIS,yg sentiase merosakkn anak Adam,yg mahu menjemput ddk bersame di dlm Nerake.
Manusie yg sempurne(beriman)tak tergamak utk melakukn penginayaan kpd wanita yg di sebut pd akhir hayat Rasulllullah swa,malah tak ade manusie yg sanggup mengugurkn anak yg didlm kandungan kecuali IBLIS.
Andai Iblis yg tersembunyi didlm hati manusie tertangkap n terantai sdh tentu Rohaizat tak akn menipu swkt di bln yg mulie ini.
Andai Rohaizat benar2 MENGINAYE ISTERI serte MEMBUNUH satu NYAWE die PASTI DI TIMPE KEHINAAN DI DUNIE INI.Wallahhuallam.
Kalau ikut pengalaman PRK Permatang Pauh tahun lepas, suasana begini ada berlaku bila satu mesyuarat jentera prk Umno...Najib kata takleh menang, duit sangkut kat airport...ada pulak yg tolong sabotaj peruntukan sedia ada utk bilik2 gerakan umno ketika tu-sampai jentera tak nak kerja sbb tak cukup peruntukan.
Hasilnya, BN kalah....
kebodohan terserlah..itulah umno..wat keputusan ekut nafsu..em..xbyk lak puak2 umno komen kat cni..
UNDI PAS MUNGKIN MASUK SELOGA WOO...
MANA TAU ITU KERJA TUHAN OOOO..
sekali pun UMNO kemukakan pemimpin
yg bersih, namun UMNO tetap tewas
diPRK Permatang Pasir. Yang raayat
tolak bukanlah masaalah calun semata2, tapi lambang DACING BN yg
penuh dgn pemimpin rasuah, zalim,
munafik serta pengkianat kpd org2
melayu, contohnya isu sains mathermatik dlm bahasa inggeris
secara tak langsung menjadi pengkianat kpd org2 melayu...
Mana TAMINGSARI? Mana DEWATAWNBERAPI?Mana pencacai najis UMNO dalam ruangan ini?
Sah mereka pulang kerana kalah di Permtang Pasir dengan membawa KEMALUAN YANG AMAT BESAR !! HA HA HA.
Post a Comment