Monday, August 10, 2009

Pilihanraya Permatang Pasir bulan puasa

PUTRAJAYA, 10 Ogos: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos iaitu dalam bulan puasa.

Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian datuk Hamdan Abdul Rahman, Adun PAS kawasan itu pada 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Hamdan mendapat 11,004 undi mengalahkan calon BN dari Umno Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433.

Hamdan menang kawasan itu tiga kali berturut-turut iaitu bermula pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008 lalu.

PAS disebut-sebut membariskan empat nama untuk dipilih oleh pimpinan parti itu. Mereka adalah Pesuruhjaya, Mohd Salleh Man, AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Negeri Yusni Mat Piah dan timbalan pesuruhjaya, Rosidi Hussain.

Sementara itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menyenarai pendek lima daripada 20 nama yang dikemukakan untuk dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, tidak lama lagi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau akan menyelidiki mereka terlebih dulu sebelum nama calon yang sesuai dikemukakan kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Ciri terpenting calon itu mesti diterima pengundi pelbagai kaum dan kepimpinan parti," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di sini, 3 Ogos lalu.

11 comments:

tabuan said...

baguih PRK time bulan puasa, sebab syaitan dah kena rantai..jadi susah la parti turrr nak menang..sebab parti tu kan tuan guru nya pernah berkata dia sanggup berkawe ngan syaitan utk melawan umno....tapi sebenar nya buke berkawan tapi membantu syaitan utuk menyesatkan umat islam...

Bila syaitan tak menghasut, maka pasti tiada lah kata-kata, orang tu..parti turr sesat..org sokong parti tu sesat macam ayah pin...syaitan dah kena ikat ..jadi syaitan tak boleh nak beri idea...

hehehe..coollll..

tabuan: dalam bab H1N1 kita kena bersatu menentangnya dalam politik boleh ler dok beza pendapat..naruto setuju kerrr

jomdebat said...

wahai umno.......
bila org ckp sesat dia marah..
bila org ckp mcm ayh pin dia lg mrh..

tp bila org ajak nk berhujah/berdebat,dia tolak...buang masala.bla..bla..bla..

habis tu knp terasa bila org ckp sesat???

kalau umno x sesat..x mcm ayh pin,jwbla semua dakwaan tu..bgtau rakyat..knp x berani???

sebabnye...
UMNO NI MEMANG MENYESATKAN!!!!!!

Lin said...

salam

bagus juga PRK Permatang Pasir diadakan dalam bulann yang mulia maka ini akan menggurang atau tidak ada mana2 pihak yang akan membuat fitnah atau menuduh yang bukan2...

biasanya perkara ini dilakukan oleh PR iaitu PAS...

anggaplah PRK PP ini sebagai satu medan dugaan hati dan nafsu dari melakukan fitnah dan memaki sesama Islam

saya yakin kalau dah ditentukan menang maka menang juga akhir tak payahlah nak tabur fitnah da tuduh menuduh..

sebagai pemimpin yang mengaku ulama dalam PAS sambutlah PRK ini dengan sabar dan tahanlah diri kamu semua dari nafsu...

kalau ada juga yang mengumpat, mengfitnah, tuduh menuduh maka telah berjayalah syaitan membentuk kamu smeua sebagai askar mereka yang taat walaupun tanpa syaitan dan iblis untuk memantau mereka

salam

khairil izwan said...

wakakak..
Awan setuju dengan bro tabuan..
kita bersatu menentang H1N1..Jangan asyik dok politik je..Tapi akhirnya rakyat juga yang dapat susah..

khairil izwan said...

sebagai pemimpin yang mengaku ulama dalam PAS sambutlah PRK ini dengan sabar dan tahanlah diri kamu semua dari nafsu...
_______________________________
AwanMatahari takut ada parti lain yang tak tahan godaan..Iyela manela tau kot2 ada yang makan sorok, dok hotel, pegi kedai mamak..

P/s: Awan cuma taku je

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Semoga pilihanraya kali ini lebih bersih dan baik, apatah lagi pada bulan Ramadhan. Penuhilah kempen dengan zikrullah, doa dan kata-kata nasihat.

masjid tinggi said...

Poodaaaah!!!!!!!!!!!!!! Pakatan Rakyat tak pernah cari pasal dengan UMNO.

Tengok Ali Rustam Ketua Menteri rasuah dan beberapa lagi pemimpin UMNO hasil keputusan Lembaga Disiplin UMNO tak haram tapi arak yang dijual di 7 Elevan haram yang memang diharamkan oleh Allah. Depa baru bangun dari tidur benda tu haram.

Jangan mengata dulang paku serpeh. Jangan mengata orang kalau awak2 semua yang lebeh rasuah.

Masa UMNO /BN memerentah Selangor dan Negeri Negeri dibawah pentadbiran UMNO / BN dulu apa depa buat pasal arak di 7 Eleven. Sekurang kurang nya Pakatan Rakyat ada mengambil inisiative untuk mencegah nya.

Pasal perbezaan pendapat tu biasa lah. PPP, Gerakkan, MIC, MCA dah berapa kali ugut nak keluar dari Barisan Nasional. Itu hangpa semua nya lupa. Asyak nak bantai Pakatan Rakyat je yang hangpa tau.

Kalau nak ambik Selangor atau sekutu nya pun tunggu lah PRU 13 nanti. Bukan buat kacau bilau dalam negeri yang diperentah oleh Pakatan Rakyat. Itu maleng nama nya.

Memang Melayu Mudah Lupa.

Unknown said...

Mana tak bagusnya org PAS sibuk bersembahyang & buka Puasa...natang UMNO, Dok sibuk tipu & ambil tong undi hantu...hantu & pelesit UMNO, bukanlah dirantai sebab dijagai oleh Jin Samsudin. Firman Allah SWT bermaksud "Tidak aku jadikan Manusia & Jin melainkan utk beribadat kpd aku" dan "Baham bakar neraka terdiri Manusia, Jin serta batu" - Kalau tak silap begitulah, boleh diperbetulkan....

Unknown said...

AwanMatahari takut ada parti lain yang tak tahan godaan..Iyela manela tau kot2 ada yang makan sorok, dok hotel, pegi kedai mamak..yang dah tentu....PxxPxxDAPigs & tabuan...mamang tak puasa. Dan tak kurang juga dgn..Tungaklangit

Unknown said...

Sebab dia tu binatang....haaha

roh_insan said...

Dari tungaklangit.

"...saya yakin kalau dah ditentukan menang maka menang juga akhir tak payahlah nak tabur fitnah da tuduh menuduh..

sebagai pemimpin yang mengaku ulama dalam PAS sambutlah PRK ini dengan sabar dan tahanlah diri kamu semua dari nafsu..."

...................................

Langit,aku amat bersetuju dgn kate2 kamu,kate2 kamu bermaksud kpd TAKDIR YG TELAH TERTAKDIR.

Cume kamu rase umno pegang ke per,yg kamu ckp tu,klu umno pegang kenape msh TABUR DUIT wkt pilihan raya? kenape mse tu lah sibok2 nak buat jln? mse tulah br nampak rumah org miskin? n mse tulah br nak kate tlg rakyat sdgkn dah puluhan th rakyat ddk dlm keadaan papa kedane?.

Klu la benar umno tu memegang takdir kenape perlu rampas Perak dgn cre yg amat jijik??,gune duit utk byr Adun agar keluar parti??.itu ke yg kamu sokong konon sebuah parti yg memegang pd Takdir??,bile org terangkn yg umno gune duit utk beli Adun3 kamu kate org tabur fitnah,bile org terangkn Melayu Penang pape kedane semase dlm pemeritahan umno pun kamu anggap fitnah??.

Kamu nak sbt tentang sabar??,ade umno sabar utk pru13 br nak tawan Perak??,ade umno sabar smp pru13 br nak rebut Selangor??.

Sdh la bro,umno mmg tersgt hine tahap penyamun da..penipu,pembelit,pemeras ugut da jd asam garam umno.

umno lah yg sebenarnye memerintah mengikut nafsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...