Saturday, August 15, 2009

Khidmat melalui internet: JJ disifatkan tidak kenal pengundi sendiri

KUANTAN: Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis masih wajar meletak jawatan walaupun beliau mempunyai cara untuk terus memberi khidmat kepada para pengundinya tanpa perlu kerap pulang ke kawasan.

Seorang pimpinan PAS Rompin Mohd Fadly Ramly berkata, Jamaluddin bukan sahaja tidak berpijak dibumi nyata tetapi mengambarkan seorang yang dangkal tentang situasi pengundinya serta geografi kawasan Rompin.

"Disini (Rompin) sebahagian besar penduduknya adalah nelayan dan peneroka, adakah beliau merasakan suatu yang praktikal untuk berurusan dengan mereka ini melalui internet," soal Fadzly membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamluddin hari ini.

Beliau menambah, pendekatan yang hendak diambil oleh Jamaluddin mungkin sesuai dalam tempoh 10-20 tahun akan datang.

"Rompin kawasan luar bandar yang dipenuhi hutan, ladang getah dan kelapa sawit (Felda) serta kampung-kampung nelayan dipesisir pantai. Disini bukan Putrajaya atau Ciberjaya," bidas beliau.

Sebelum ini Siasah melaporkan Jamaluddin digesa meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Dengan perlantikan tersebut, sebahagian penduduk Rompin beranggapan Jamaluddin tidak mampu melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat khususnya melawat kawasan ekoran jarak tempat beliau berada sekarang dengan Rompin terlalu jauh.

Bagaimanapun Jamaluddin dalam kenyataannya hari ini berkata beliau akan menggunakan kemudahan Internet untuk berhubung dengan penduduk Rompin ketika beliau berada di AS.

Katanya pelantikan beliau itu tidak bermakna beliau akan mengabaikan kebajikan pengundi di Rompin dan boleh mendengar dan menyelesaikan masalah mereka melalui Internet.

"Insya-Allah saya tidak akan abaikan pengundi...dan mewujudkan laman web sendiri untuk berhubung dengan mereka di sini," katanya lapor Bernama.

Jamaludin berkata, beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Telekom Malaysia untuk mewujudkan stesen bergerak dan klinik maya bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan penduduk pada waktu yang ditetapkan.

Selain itu katanya, beliau turut merancang untuk pulang dua bulan sekali bagi berjumpa penduduk dan menyelesaikan masalah mereka selain akan balik bila sesi Parlimen (Dewan Rakyat) bersidang.

Mengulas lanjut, Fadly - antara yang lantang mendesak Jamaluddin melepaskan jawatan berkata, janji bekas Menteri Sains, teknologi dan Inovasi itu sukar untuk diyakini berdasarkan rekod beliau sebelum ini yang jarang melawat kawasan.

"Sewaktu berada dalam negara pun jarang nampak muka bagaimana beliau boleh berjanji untuk pulang dua bulan sekali apabila duduk di Amerika.

"Lagipun tidak munasabah untuk pulang dua bulan sekali kerana akan membazir wang, lagipun bagaimana pula dengan tugasnya di sana sebagai duta...sudah pasti sibuk dan memerlukan tumpuan lebih," soal beliau lagi.

Di Amerika peranan Jamaluddin sebagai duta yang bertaraf menteri,antara tugas utama beliau ialah untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara selain menarik kedatangan lebih ramai pelabur dan perpindahan teknologi baru dari Amerika ke Malaysia.

"Akhirnya tugas beliau akan dilakukan oleh orang lain, jadi lebih baik letak sahaja jawatan sebagai wakil rakyat dan biarkan orang lain ambil alih," ujar Fadly lagi.

13 comments:

isa_ys3 said...

kalau letak jawatan sebagai wakil rakyat tak dapatlah gaji dan elaun2 wakil rakyat.banyak tu.rugi kalau lepaskan.lagipun bukan senang sekarang nak jadi wakil rakyat..lagi2 dlm barisan,melabur dah banyak.menang belum tentu lagi.tapi yang pasti kalah bergaya sedang menunggu.

Kepada pr teruskan perjuangan,kekalkan dun permatang pasir.lawan tetap lawan walaupun umno pasti gunakan seluruh jentera kerajaan.

lady_of_leisure said...

aku bukan peminat JJ, tapi statement kao ni memang typical dengki. kalo engkau yg dapat elaun etc etc..sume OK aje la kot??

kalau anwar ibrahim dok kat KL, remote control kat permatang pauh OK la pulak? always dabel standard.. korang ni penganggur ke. keje nak cari isu manjangg...org lain dah buat mcm2 bio weapon, korang dok melangut kat sini bergaduh mcm org bodoh.
ptui...

selipar buruk said...

JJ hanya kenal individu di kelab malam je

Unknown said...

jj bebas meraba di usa...Awas

Pakar raba telah datang...

fitflex said...

sama je bn pr.time ngundi je mai tgk kawasan.aritu kalu mat sabu mng kat kt pun,berapa kali dia nak blk tgk kt tu??si nuar pun kalu x nyk prk kat pmtg pauh,jgn harap le..

eyman said...

pemimpin x ley gile pangkat sgt..pilih satu ckup..nnti x tertanggung kerja x pasal2 dpt dosa free..

Naruto Sensei said...

lady_of_leisure

Bla bla bla..mcm2 bio weapon, korang dok melangut kat sini bergaduh mcm org bodoh. pot pet..
ptui...

---------------------------------->

Kamu pun apa kurang juga.. Takde maknenya kata kat orang.. Ingat orang takde kerja ke..?

nanti BN takde cukai nak kutip.. he he...... Hiroshima 50 kena Bom maju lepas tu... Malaysia yang kononya aman damai sampai la ni senjata pun beli kat orang asing..

Pigidah.. Jarjis tu kalau nak kelentong biar le logik sikit.. Berape kerat orang kat rompin tu yang ada tenet dia nak pantau dan jaga..Tak payah la nak berlakon konon ambil berat kat Pengundi dia..

Rompin macam tu juga dari dulu..

Naruto Sensei said...

fitflex

Bla bla bla..sama je bn pr.time ngundi je mai tgk kawasan bla bla mat Sabu.. bala bala

----------------------------------->

Komen cover je tu mula je nampak adil lepas tu tang nama MP PR je dia sebut... Apasal MP BN punya nama kamu tak sebut..? Takut nanti takde upah jadi pemblog UMNO..

Pigidah...Lalang yang tunduk melayu-layu..

Dr Nik-On X-Ray said...

Memang dah dasar UMNO/BN...takut nak jumpa rakyat sebab banyak sangat tabur janji semasa pilihanraya, so guna internet agar rakyat tak dapat jumpa mereka. Rakyat kita ni pun masih ramai yang buta...apa pun UMNO/BN buat, masa pilihanraya masih pangkah UMNO/BN..sebab dapat kain pelikat, beras sekampit, minyak masak sebotol, dan ang pau RM50.00 - 300.00.
Kalau jumpa betina / artis kat hotel tak pe pulak eh....tak leh guna internet

Proton Saga said...

Duit saipa tak mahu hadi awang pun pegang AP dan DON, kita pun macamtu juga.

maw said...

jjjjjengjeng!!tak kenal lagi mike suka,lagi jauh lagi bagus.semua benda boleh buat orang tak sebut.langkah panjang gerenti tak terbantut. a..me..ri.ka.na..aku datang sayonara orang dipahang.

Naruto Sensei said...

memang patut Gobi tempeleng polis hari penamaan calon tu..

Sila ke..

http://bagindareformasi.blogspot.com/
2009/08/patutlah-gobi-tempeleng-
polis-hari.html

Anonymous said...

Saje dia buat tak reti. Org bagi signal suruh letak jawatan lah tu. Tapi JJ ni ceredik. Pulun dua-dua. Selagi boleh bank in cash sebelum jatuh, baik terima je ape org atas suruh. Wat dok reti jelah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...