KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.
Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia, katanya.
Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku kelmarin dapat dielakkan dari berterusan.
Demikian kata Presiden Abim, Muhamad Razak Idris, dalam kenyataannya hari ini. Beliau mengulas perhimpunan raksaksa yang berlangsung di ibu negara Sabtu lepas bagi menuntut agar ISA dimansuhkan.
Kata Mohamad Razak, antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyertainya.
"Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan," katanya.
Sehubungan dengan itu juga, katanya, Abim meminta pihak keselamatan membebaskan mereka yang ditahan pada perhimpunan kelmarin dengan kadar yang segera.
Abim juga meminta orang ramai supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya.
"Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak," katanya.
Abim juga mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian dari perspektif agama Islam.
Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia, katanya.
12 comments:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Sokong dengan pandangan ABIM. Tidak rugi apa-apa kalau pihak kerajaan menggantikan ISA dengan undang-undang baru yang lebih baik daripada ISA dalam mengawal ketenteraman umum. Tunduk dengan tuntutan massa bukan bermaksud kerajaan lemah, sebaliknya menggambarkan kerajaan yang sedia telus dan sedia membuat perubahan demi kebaikan semua.Wallahualam
SALAM....SAYA DAN RAMAI LAGI BELIA BELIA UMNO DARI KAWASAN FELDA DI NS JUGA MENYOKONG ABIM AGAR ISA DIMANSUHKAN..KAMI DARI AKAR UMBI MELIHAT ISA TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH KERAJAAN LANTARAN PELBAGAI TOHMAHAN DILEMPARKAN PADA KAMI KERANA KAMI JUGA PENYOKONG KERAJAAN BN..SUDAH TIBA MASA UTK ISA DIMANSUHKAN DEMI MEMERTABATKAN ERA NAJIB TUN RAZAK...FIKIR...
ISA tidak boleh digantikan atau digubal sesuka hati.
Negara akan terancam jika ISA di pinda dari yang ASAL.
Kerajaan mesti kekalkan bentuk asal ISA.
gambar utuk kenangan anak cucu..
gambar pro isa
gambar pejuang negara
demonstrasi dari mata dunia..AL_JAZERA dan BBC
saksikan
kamalfarhan.blogspot.com
Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman 'komunis' terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.
Pada masa itu 'komunis' dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja - tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai 'komunis' ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa - itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.
Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.
Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan 'anak-cucu komunis' ini.
Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan 'komunis'.
'Anak-cucu komunis' ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.
Kah..kah..kah\SDalam dunia moden ini ada juga manusia yang masih sayang undang2 hantu raya...
kah..kah..jkah..kah
Komunis jahat..cina mata sepet jahat...
kah..kah..kah..kah
yang orang UMNO duk pi beli kicap di kedai cina tu takpa pulak...
kah..kah..kah..kah.
Cin a jahat, komunis jahat..
UMNO baik..PAS jahat...tapi cina MCA baik pulak dah...
kah..kah..
x faham betil le aku..kah..kah.kah...kah...
Tu zaman komunis dulu Babipigs.Sekarang ni ISA digunakan utk sumbat sapa??orang melayu islam je yg asyik ditahannya..
wakakakak...sokong tontoya..mana ada komunis dah yang masuk ISA..Semua orang Islam..Islam kan menyuruh hakim untuk membicarakan pesalah..kalau tak sokong cara Islam namanya tak yakin dengan Islam la.Orang Bukan Islam dia tak kafir sebab tak yakin dengan Islam..Orang Islam yang tak yakin dengan cara Islam apa bezanya dengan orang kafir??
Jangan disebabkan bapak dia komunis ko ingat dia pun komunis jugak..Dulu nenek moyang kita asalnya pun agama Hindu..Apa nak cakap?
apa perasaan fru dlm gambar ini,bila anak dia cakap!hebat la abah, pukul orang tua yang tak maelawan,macam askar yahudi belasah orang tua palasten.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Ada masanya dan ketikanya sesuatu undang-undang itu tidak relevan lagi mengikut masa dan situasi semasa. Lebih-lebih lagi jika undang-undang itu adalah hasil ciptaan dan rekaan manusia. Jika ini berlaku, maka undang-undang itu perlu dimansuhkan dan diganti dengan sesuatu undang-undang yang menepati kehendak semasa dalam usaha menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Bukan sesuatu yang pelik jika sesuatu undang-undang itu dimansuhkan. Contoh yang mudah, Undang-undang Laut Melaka sudah tidak diamalkan lagi pada hari ini setelah berlakunya perubahan masa dan tuntutan semasa. Begitu jugalah dengan ISA, tuntutan semasa sekarang ini memerlukan undang-undang itu perlu dihapuskan. Oleh itu kerajaan perlu mengambil serius dalam soal ini untuk memikirkan undang-undang alternatif bagi menggantikan ISA tersebut. Saya percaya semua rakyat di negara ini sayang akan keamanan negara ini. Wallahualam.
abim ni pun satu hal.. masa nilah baru nak tumpang semangkuk bagi komen itu ini. mamat tu dah masuk 8 tahun berhabitat kat sel kamunting, hangpa dok menyalak belakang tabir je ke? patutnya hangpa lah yang ke depan, organize itu & ini.
pandangan hangpa mmg bernas. tak dinafikan. tapi kalau takat bagi pandangan macam tu, adik2 kita yg kat sekolah menengah pun boleh. tulis & baca sorang2.
salam.
Tahniah kepada PAS dah umat islam dlm pakatan kerna mendapat seorg "ULAMA" baru yg mengeluarkan FATWA bahawa "BIR" itu tidak memabukkan.ULAMA RONNIE LIU dan RABBAI KHALID BRAHIM @ KHALID GAGAP nama nya.
Post a Comment