Friday, August 14, 2009

Negeri PR perlu percepat tubuh j'kuasa hisbah

KUALA LUMPUR : Negeri-negeri Pakatan rakyat digesa mempercepatkan penubuhan jawatankuasa hisbah untuk memastikan pentadbiran kerajaan benar-benar bersih daripada segala penyelewengan.

Desakan supaya melaksanakan langkah tersebut semakin hebat disuarakan oleh penyokong Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini ekoran tersebarnya pelbagai khabar angin tentang cara pentadbiran yang tidak memuaskan di negeri Pakatan Rakyat sekaligus mengundang kegelisahan ahli bawahan.

Selain itu, penubuhan hisbah juga disifatkan amat perlu ketika ini untuk menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat mewujudkan sebuah pantadbiran yang telus dalam memegang amanah rakyat serta membezakan cara memerintah dengan Barisan Nasional.

Tuntutan kearah mewujudkan jawatankuasa hisbah turut disentuh oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang menggesa rasuah mesti dihapuskan secara total dinegeri Pakatan Rakyat dan memeranginyas mesti dijadikan keutamaan.

Walaupun tidak menyebut secara khusus mengenai penubuhan jawatankuasa hisbah, Nasruddin berkata kerajaan Pakatan Rakyat mestilah menggunakan kuasa semaksima mungkin yang ada demi melahirkan sebuah negeri yang baik termasuk melalui cara penguatkuasaan peraturan atau undang - undang .

"Tentu sahaja terdapat mereka yang sukar dibentuk dan didisiplinkan melalui pendidikan , sebalik mereka perlu peraturan untuk mengekang kemahuan mereka yang salah sekaligus mendisiplinkan mereka . Pastikan segala punca yang mencetus minda dan jiwa salah dalam diri masyarakat dapat disekat dan dihapuskan," katanya.

Kata beliau, bermula dengan mengekang rasuah yang merupakan amalan keji dan boleh meruntuhkan tamaddun atau peradaban manusia perlu diikuti dengan bertindak tegas terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran atau pemerintahan setelah kuasa kerajaan berada di tangan .

"Tentu sukar dan masih terlalu awal untuk kerajaan Pakatan Rakyat berubah dalam semua perkara , tetapi Pakatan Rakyat boleh bermula dalam perkara asas yang telah dipersetujui oleh semua parti secara asasnya dan kemudian secara sistematik bergerak perlahan tetapi terancang untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dan akhirnya layak serta wajar disokong oleh seluruh rakyat negara ini yang inginkan keadilan , keamanan dan kesejahteraan," katanya.

Laporan penuh disiarkan dalam Siasah edisi cetak

4 comments:

Adi Satria said...

PAS = Islam???

Agama baru ke ni?

Macam Islam Hadhari ke?

abe MIE 'TERJAH' said...

anwar bodohkan PAS dan DAP dengan jawatankuasa disiplin Pakatan

http://pkrpasdap.blogspot.com

bakmaipungkoq said...

Bukan hanya rasuah sahaja patut dihapuskan, tetapi sebagai sebuah parti ygnmendukung Islam sebagai tunggak perjuangan, usaha juga hendaklah dibuat agar Islam dimertabatkan terutama dinegeri2 pakatan pembangkang. Bukan spt skg ini, PAS tidak begitu bersemangat untuk mempeertahankan Islam apabila agama ini diperlecehkan DAP.

Jgn lah sampai hati membenarkan kebiadapan mereka semata2 kononnya mereka tidak faham, semata2 mereka itu sparring partner. Jika begitu, aku pun bolehlah hina apa juga agama di Msia ni, atas alasan, aku tak faham. Nik Ajis sepatutnya berfikir dgn matang sebelaum nak bercakap. Mereka naik tocang dan biadap sekarang , kerana ada Melayu yg tutup mata sebelah demi "kerusi". Ingat setiap apa yg terdetik dihati kita, akan dinilai Allah. Perkara mudah spt ini jgn kita lupa.

kallilayah said...

wei bamaipungkong.aku rasa kau komen macam kau tu bagus sangat .cuba sabar dulu pas baru je dalam pakatan ko dah nak komen .sepatutnya ko kena komen umno sebab dia dah lama dalam barisan nasional tu .sepatutnya dah lama islam dah tertegak kat bumi malaysia ni dan telah terlaksana hukum allah(islam tertegak di sini ialah segala perintah allah dan larangan-NYa kita patuhi) aku bkn lah penyokong ape ape tapi aku selalu baca komen kau bert sebelah dan aku nak tanya ape maksud nickname kau tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...