Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Wednesday, May 6, 2009
Mohamad Sabu ditahan
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Mohamad Sabu ditahan pihak polis pukul 3 petang tadi selepas makan di sebuah restoran mamak berhampiran pejabat Siasah.
Beliau yang berada di restoran itu bersama Salahuddin Ayub dan ahli PAS, Ali Maidin, didatangi sekumpulan anggota polis berpakaian preman yang menariknya menaiki sebuah kereta Toyota.
Mohamad berusaha melepaskan diri dan menjerit meminta pihak terbabit menunjukkan waran terlebih dahulu tetapi gagal akibat jumlah anggota polis yang lebih ramai.
Salahuddin dan Ali yang turut cuba membantu Mohamad melepaskan diri telah ditolak oleh anggota polis terbabit.
Kejadian yang berlangsung hanya sekitar dua minit itu menarik perhatian orang ramai di kawasan tersebut.
Pengakapan beliau ialah yang kedua dikaitkan dengan protes terhadap kerajaan Barisan Nasional Perak yang bakal diadakan esok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
40 comments:
sumbat je si mat sabu dalam ISA....kasi ajar sikit yang dia tu duduk kat tanah Melayu/Malaysia..jangan nak kurang ajar....kalau tak suka dengan Malaysia carik negara lain yang dapat terima perangai macam si Mat Sabu
APASAL LAK JADI MACAM NIH?
ADUH....JANGANLAH BUAT HAL LAGI....
TELUNJUK DAN MUNCUNG MENGARAH KE...KERAJAAN JER!
SUDAH2LAH TUH!
Saudara Jaam
Yang dok tangkap2 orang pulak tu buat apa? belum buat apa2 pun waran pun tarak apa cerita main tangkap paling pantang sekali kalau tengah makan.. apa takde hati perut ke Polis Malaysia ni? Cuba kalau adik atau saudara polis tu pulak kena macam tu..
Masalah Jenayah semakin meningkat, Pendatang asing sampai Negro pun dah pijak kepala depa sibuk pulak tangkap orang politik sibuk hal politik pulak.. Dengan Negro pun penakut? Ingat lagi.. tangkap Negro pun boleh terlepas memang takde standard la Polis Malaysia..berani dengan rakyat sendiri.. patutlah PATI makin kurang Ajar sekarang..
Mana punya law korang ikut ni.. cuba hang kena? tak kisah lah kes apa pun. tiba2 main tangkap Mana Law dalam dunia ni bagi kuasa macam ni..
Ni lah dia pendokong kerajaan BN...Umno yg kononnya Islamik..org nak buat solat hajat nak selamatkan negara pun kena tahan...
Terang2 sgt nampak Umno dah terdesak, bacul, bahlol, penakut dan pemusnah Islam yg sebenar....lebih parah drpd komunis...Umnolah yg berdasar lebih jahanam drpd komunis.
Patutnya Perasuah dengan Pembunuh yang kena tangkap,,
ini orang suruh pakai baju hitam je apa ke gila polis ni... woi polis pendatang asing tu dah belambak buat jenayah awat tak pantau??
Aku Haramkan duit2 cukai yang aku bayar kat kerajaan dan kerajaan bayar kat polis2 tu jika semata2 nak aniaya rakyat sendiri
Salam?
Biasalah tu tindakan orang terdesak dan takde malu langsung..
Kalau dah takut dengan kuasa rakyat mulalah menggunakan jentera kerajaan.. dalam PAU hari tu berucap berdegar2 tetapi berani pakai polis je tangkap orang..
Biasalah roda berputar hari ini UMNO tangkap orang guna polis, sikit hari UMNO pulak yang kena tangkap pula maklumlah kuasa kat tangan.. nanti dah tiada kuasa banyaklah kes2 jenayah UMNO terbongkar... tu yang takut sangat tu..
Ingat kata Nik Aziz dah pun makbul mereka tembak gas kat orang nanti kena balik kat depa, berlaku di PRU bukit Gantang di Air Kuning.. Gas di tembak ke penyokong UMNO sehingga kem BN kelam kabut lari.. ha ha ha benda patah balik beb..
Tak payah takut lah depa ni semua mahluk Allahswt, Buatla macam mana pun orang makin benci dan hina UMNO lagi..
Poorah korang umno.,....Orang umno yang ajak berkumpul beramai2 7 mei nanti tak ditangkap,untuk menyatakan sokongan kpd kerajaan haramjadah tu kononnya.Tapi bila pembangkang nak pegi dan buat semayang hajat dituduh cuba melakukan rusuhan,ditangkap pula.Apa jenis keadilan macam ni...
Inilah watak One Malaysia
Rakyat didahulukan tangkap,
Pendatang Asing boleh bebas buat hal...
Bagus2 otak kerajaan BN...
Akan datang cerita bersiri tentang pembunuhan Al-Tantuya... Pelakon2nya sama macam Najib dan Rosmah ha ha ha ... Apalagi Najib silalah saman kerajaan Hong Kong..
Mesti laris lah cerita tu...
Malu2 malaysia berPerdana Menterikan Pembunuh!!
Malulah UMNO cerita itu sangat detail berdasarkan maklumat2 sulit yang diterima oleh produksi filem tersebut....malah di ketegorikan sebagai kisah benar... malu2 satu Dunia kutuk Najib mana nak letak muka oooiii...
Lima ditahan cuba sambut 'harijadi Altantuya'
Malaysiakini..
May 6, 09 11:38am
kemaskini 5.12pm
Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.
Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.
Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.
Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.
Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.
Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.
Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan agar hadir semula jam 2 petang ini.
Sewaktu hadir petang ini, beliau bersama rakannya Nor Azizi A Aziz turut ditahan untuk soal siasat berhubung sambutan hari jadi itu, demikian dimaklumkan oleh seorang jurucakap SAMM Amin Iskandar.
Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan jam 4.45 petang, sementara tiga lagi masih ditahan di balai polis tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=sFiFMrKDmSU
Rusnizam Mahat
PUTRAJAYA, 6 Mei (SK) : Bapa kepada Altantuya, Dr Shaariibu Setev menghantar surat kepada Perdana Menteri, Najib Razak meminta kebenaran dan keadilan diberikan kepada keluarganya berhubung kes kematian anaknya yang dibunuh dengan kejam tiga tahun lalu.
Surat tersebut turut dibawa bersama oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diwakili Badrul Hisham Saharin ke Pejabat Perdana Menteri di PutraJaya tengahari tadi, selain menghantar kek mengingati ulangtahun kelahiran ke 31 Altantuya kepada Perdana Menteri, Najib Razak.
Dalam surat bertulisan tangan bertarikh 5 May itu, Dr Shariibu meminta supaya semua isu berhubung kes pembunuhan anaknya diselesaikan secepat mungkin kerana rakyat di Mongolia dan Malaysia mahukan kebenaran terhadap kes pembunuhan itu didedahkan. Katanya, kes tersebut telah menjejaskan hubungan diplomatik antara dua kerajaan tersebut.
“Kami perlu tamatkan semua isu berhubung kes pembunuhan anak saya secepat mungkin dan dalam masa yang singkat kerana rakyat dari dua negara sudah menunggu lama supaya kes ini diselesaikan,”
“Hubungan kedua negara telah renggang dan terdapat situasi mustahil yang berterusan berhubung kes pembunuhan anak saya,”
“Ia memerlukan fokus kepada masalah sekarang terhadap dua cucu lelaki saya yang kini yatim iaitu anak kepada Altantuya. Kami perlu penyelesaian dari saman sivil yang telah saya failkan - daripada kamu, Kerajaan dan polis.
“Saya mahu roh anak saya tenang dengan mengadakan acara pengkebumian ke atas mayatnya, di mana saya belum melakukannya, sehingga semua isu yang berlegar di sekitar kematian anak saya diselesaikan,”jelas surat berkenaan.
baruah punya mymz
FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
• Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Umieaini.blogspot.com
Naruto sensei said...

May 6, 2009 3:15 AM
................................
Sila jawab para penyokong UMNO....
Kerajaan UMNO memang suka menindas org Melayu.. kalau dengan bangsa lain, tak lah seberani mana nak tindas.
Kalau dengan Pendatang asing warga Afrika...dah macam2 aduan dibuat, langsung tak dipeduli.
Mamat Negro makin besar kepala...
apahal tak diambil tindakan ?
Inilah watak One Malaysia
Rakyat didahulukan tangkap,
Pendatang Asing boleh bebas buat hal...
Bagus2 otak kerajaan BN...
tokguru dah biasa dgn ameno,kalu x khianat bukan ameno,itu dh memang kerja jahat mrk..HAMBA ALLAH NK BUAT ZIKIR MUNAJAT UTK MEMBESARKAN ALLAH,DAN MEMOHON KESEJAHTERAAN RAKYAT DITANGKAP,MEREKA BUKAN SETAKAT X LAYAK DUDUK DI MALAYA BAHKAN PERLU DIHAPUSKAN DARI MUKA BUMI ALLAH..SIAPA LG KALU BKN RAKYAT YG BERIMAN KPD ALLAH
Undilah PR....
Maka, PR akan jadi BN kedua. Atau lebih teruk lagi...
Sedarlah Saudara2 seagama..
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"
Mari sama-sama tegakkan islam melalui perpaduan.
"Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan,"
kesian mat syabu...
kenapa berok dua ekor tu tak tolong kawan...
entah2 dia orang yang lapor polis untuk tangkap mat syabu...
bukan boleh percaya spesis2 pas ni...
boleh jadi kawan makan kawan...
kahkahkahkahkahkahkah......
Cekap, cepat, dan amanah. jenayah berleluasa, mat rempit merempit, pendatang asing bermaharajalela,
namun sikap pihak berkuasa sangat mengecewakan.
aku rasa polis ni jadi keparat sebab banyak sangat menjilat umno, rasanya kalau adapun polis yg baik kat malaysia ni cuma polis gerak khas dalam tv tu je, yang lain mana ingat mati.
polis wt mcm 2 sebab atas arahan menteri yang mulut besar......ckp aje pandai tapi nak laksana tak pandai, bg jadi menteri pendidikan, lintang pukang dasar yang di wujudkan.......
kenapa polis tak tangkap yang betul2 lakukan jenayah? tp tangkap pemimpin politik........umno jangan la guna jentera kerajaan untuk menafikan hak rakyat untuk dapatkan maklumat dan melakukan perubahan.......
saudaraku shahnizat........
jangan lah kita bersifat prajudis dalam isu ini, pemikiran anda hanya mengatakan bahawa umno saja yang layak memerintah negara....umno lah parti keramat orang melayu.......
dunia semakin maju, masyarakat semakin maju, mereka lah akan membuat keputusan hala tuju negara pada masa depan......
cuba positive dan leteral tingking dalam hal ini, mungkin pr lebih baik dari bn/umno dalam memerintah negara......kelantan telah buktikan bahawa pas lebih baik memerintah berbanding dengan umno....tiada rasuah, judi dan seumpamanya....
jangan lah kita tekadkan yang umno saja yang layak memerintah, padahal ada lagi yang lebih layak untuk menarajui negara yang lebih aman, makmur, berintergriti......
Solat Hajat pon salah, ni tak sesat ka?. Sapa lah yang pangkah UBN ni sampai jadi kerajaan pusat boleh perintah tangkap orang nak anjur solat hajat. Rasanya ni lebih berat dari arqam ada lebih kurang macam ajaran kerajaan langit.
Ni belum zalim? tak dak beza che det ka, pak lah ka, tok jib ka sama ja. UBN tak pernah nak berubah.
nampak gaya makin menuju kesesatan
Shahnizat....berkata:
"Maka, PR akan jadi BN kedua. Atau lebih teruk lagi..."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Mudah mengeluarkan kenyataan,kadang kadang sedap untuk dengar!.....itu adalah satu tuduhan ...saudaraku! sedarlah kita tak lama didunia ini!
....saya rasa hutang datuk nenek kita belum lagi kita langsaikan!
Sudah 50 tahun.....saudara ku!
anda seorang guru agama....inikah yang saudara ingin kan terhadap negara saudara!...
....jika inilah gaya seorang guru agama....saya rasa anda menambah hutang datuk nenek kita!..bukan cuba melangsaikannya!!!!
cuba rujuk kitab....tentang "HUTANG"...anda seorang guru!
SAUDARAKU SHAHNIZAT.......
APA MAKSUD MUKMIN YANG SEBENARNYA YANG SAUDARA FAHAM? SY BUKAN AHLI AGAMA DAN SAUDARA SEORANG GURU AGAMA, BOLEH TOLONG JELASKAN UNTUK SAYA?
MENYEBUT, MENULIS TAK SAMA DENGAN PERBUATAN. SAUDARA MENGATAKAN SOAL HIJRAH.......SY MINTA SAUDARA HIJRAHKAN UMNO KE ARAH YANG BAIK, TIADA RASUAH, MENGAMALKAN PERIBADI MUSLIM, MENUTUP AURAT DAN SEUMPAMANYA KE ARAH SIFAT MAHMUDAH DAN MENINGGALKAN SIFAT MAZMUMAH....
KALO SAUDARA TIDAK BOLEH LAKSANAKAN HIJRAH DALAM UMNO, PANDANGAN SAUDARA UMPAMA MELUDAH AIR LIUR KE LANGIT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE MUKA SENDIRI....
biarlah polis laksanakan tugas dengan
berlandaskan undang-undang...
mereka profesional.
Undang-undang harus ditegakkan,
majoriti rakyat bukannya buta..
apa yg pihak polis laksanakan
hanya untuk keselamatan dan
keamanan.....
Hanya yang gabra adalah orang
tak reti hormati undang2 dan
suasana aman.
PERGI LA TANGKAP PEMIMPIN UMNO YANG PROVO RAKYAT PERAK SUPAYA DATANG KAT SIDANG DUN ESOK, BARU ADIL.....
YANG KENE TANGKAP HANYA PEMIMPIN PEMBANGKANG.....YANG DOK PROVOK RAKYAT SENANG LINANG.....BAHALOL PUNYA KETUA POLIS
Ya betul,blogers upahan umno dok mengajak orang berkumpul boleh pula.Contoh blog perakbangkit siap sebut bunuh sana sini kenapa tak diambil tindakan.Cekap sungguh polis ni keatas parti pembangkang.Cara penangkapan tanpa waran dan diberkas kasar keatas Abg Mat Sabu ketika menikmati makanan amat mengharukan.Macam ketua penjenayah ke dia,apabila mengajak orang ramai menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah.Semoga dia dilindungi dari segala kesusahan..
Jiwakita
Profesional kah Polis kita?
Berapa banyak tahanan lokap mati di balai polis ?
Profesional kah Polis kita?
Minta rasuah tanpa segan silu apabila membuat operasi dan sekatan Jalanraya?
Profesional kah Polis kita?
Begitu cepat tindakan kepada Pembangkang sedangkan Pimpinan kerajaan yang dah terang lagi bersuluh malah terbukti pun langsung diam menikus tanpa tindakan?
Profesional kah Polis kita?
Kes2 melibatkan Warga Asing terlalu lembab nak buat tindakan sedangkan hal2 politik bukan main cepat bertindak..Berapa ramai rakyat terbunuh kerana angkara jenayah warga asing..?
Profesional kah Polis kita?
Sanggup tembak gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman sedangkan beratus himpunan UMNO yang dianjurkan malah lebih ganas polis tutup sebelah mata sahaja Profesionalkah?
Profesional kah Polis kita?
Jika mereka sendiri terlibat dengan jenayah, berapa ramai polis ditangkap tahun lepas angkara jenayah!? malah ada satu kes rogol pula tanpa segan silu dilakukan di balai Polis sendiri, tempat yang sepatutnya paling aman bagi rakyat..Profesionalkah?
Profesional kah Polis kita?
Menangkap orang tanpa waran dan mengenalkan diri? malah kejadian ini bukan baru malah dah lama.. ada yang diculik dahulu di belasah kemudian baru di bawa ke balai..Profesional kah?
Profesional kah Polis kita?
Profesional kah Polis kita?
Profesional kah Polis kita?
Ye profesional bila melibatkan melindungi kuasa kerajaan BN sahaja.. tetapi kalau ikut standard dunia memang paling teruk dan tak Profesional ialah polis Malaysia..
Pandai Ugut untuk tutup kes sahaja...kalau melibatkan Rakyat dan pemimpin PR garang seperti Anjing lapar tetapi diam menikus bila negro pijak kepala orang ... memang sial ... Sebab kebanyakkan KPN sendiri contoh Tun Hanif Omar adalah kaki judi...
Alahai melayuUMNO layu jadinya!!
Kerajaan BN/UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.
Kebencian rakyat terhadap BN/UMNO akan bertambah.
Kita tunggu dan lihat di Penanti, UMNO akan di malukan sekali lagi.
Kekerasan akan menambah kebencian.
nak tumbangkan BN pada pru 13...jangan mimpilah bro...
coma orang bodoh je yang boleh pikir cam tu...
macam ko lah yang bodoh tu pasal tu bebal tak sudah2 bahalol...
memang tumbang punya BN.. tengoklah paling cepat lagi 1 tahun he he silap tukar PM tengoklah...
HUHUHU...
MEMANG SIAL BERITA TV3 SEMALAM,
KETUA POLIS KATA MAT REMPIT DAN KAKI RAGUT SUSAH NAK TANGKAP
LEPAS TU MAT SABU PLAK KENA TANGKAP.
PENJENAYAH SUSAH NAK TANGKAP
WAKIL RAKYAT BOLEH TANGKAP
MACAM WAKIL RAKYAT TU JAHAT
KAKI RAGUT TU ORANG BAIK..
MAT REMPIT DAN KAKI RAGUT NI BAIK BAGI ISA JER...
MAT REMPIT PUN ADA JUGAK ANAK POLIS HEHE
Tangkap?
Satu Persoalan-Jenayah,Mat Rempit,Jenayah Dadah-Malaysia Dah Jadi Hub Dadah Di Negara Kita,Ahli Politik Di Tangkap Jugak-Makna Ahli Politik Dalam Demokerasi Malaysia-Kalau Dari Parti Pembangkang di anggap Jenayah-Bila yang ada sekarang dalam kerajaan -terang-terang dengan Jenayah Rasuah tutup Mata-lebih penting tangkap orang Politik-pendatang asing bertaburan di Bumi Malaysia-PDRM nak tangkap Ahli Politik Pembangkang Sahaja-Tolonglah PDRM uruskan Keselamatan Negara- Pendatang Asing Bertaburan,Geng Setar banyak,kes-kes macam-macam jenayah banyak-kes salah laku polis pun banyak,Persoalan.....
assalamualaikum...
pihak editor..
anda menanggung dosa sume org yg menghantar komen..
sbb anda mmbenarkn kata2 keji disini..
anda tidak mengambil tindakan atas org yg memberi komen dgn menggunakan kata2 keji..
maka anda snggup menanggung dosa mereka sume..

Post a Comment