Tuesday, May 12, 2009

Mesyuarat Exco pertama gantung tiga pejawat awam utama

IPOH, 12 Mei: Mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri Perak malam tadi mengambil ketetapan menggantung tiga pejawat awam negeri itu yang dianggap menjalankan tugas secara tidak profesional.

Ketiga-tiga mereka adalah Setiausaha Kerajaan, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Semalam, Penasihat Undang-undang, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid digantung jawatan berkuatkuasa serta merta.

Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, kira-kira 500 meter dari pejabat SUK Perak tengah malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh MB Perak yang disahkan oleh mahkamah, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang disertai oleh semua Exco kecuali SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang yang biasanya menyertai mesyuarat Exco.

8 comments:

susu soya said...

erm....kalau bekerja hendaklah ikhlas dan sentiasa ikut pada arahan bos...
kenelah profesional..
sebagai penjawat awam ni...
awak kene bekerja bersungguh-sungguh..

susu soya said...

kalau awak bekerja bersungguh2, ikhlas, tidak bermuka2, menkhianati amanah yang telah diberikan barulah gaji atau rezeki yang kita dapat adalah berkat....
keberkatan rezeki....

detectiveconan said...

3 penjawat awam tu sebenarnya orang UMNO, sbb tu la dia pro UMNO dan ikut semua arahan Zambry walaupun diluar bidang kuasa dia sampai kuasa speaker pun di ambil itu dah tahap gila kuasa tahap gila babik tu.

semoga raja nazrin perkenan untuk membubarkan dun. BN tau bila bubar dun dan pilihan raya seluruh
perak.

Anonymous said...

haa....
betul... betul... betul...

wansalman said...

Ermm...Patut nyer penjangak2 Umno yang 3 orang tu di gantung pada pokok di khalayak ramai di sebelah Dun tu.Kalau keterlaluan pecat jer,jangan ada saki baki Umno lagi dalam tu.

Tok Pambu said...

BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

detectiveconan said...

bro nalapambu,

saya setuju dengan kenyataan anda, sekarang boleh saya katakan byk org dlm UMNO dah berpindah ke PAS dan PKR mungkin kerana ketelusan pemerintahan pemimpin PR membuatkan mereka berubah angin.

Unknown said...

Salam. Apa-apa pun ikhlaslah dalam setiap amalan dan pekerjaan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...