Tuesday, May 26, 2009

Konvensyen KPP 30 Mei ini tentukan halatuju ahli bukan Islam PAS


Oleh Hamdan MS

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Konvensyen Kelab Penyokong PAS (KPP) yang akan diadakan pada 30 Mei ini akan membincangkan dengan serius cadangan untuk menaiktarafkan kelab sebagai salah satu daripada sayap PAS dan bergelar "Dewan".

Demikian kata Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Halimah Ali di sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur Selasa lepas.

Menurutnya, konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan bermula dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.

Dengan bertemakan "BERDIRI TEGUH MENEMPUHI CABARAN",konvensyen itu bertujuan untuk menghimpunkan kepimpinan Kelab Penyokong Pas daripada seluruh negara.

Konvensyen sehari ini juga akan menerangkan peranan yang perlu dijalankan serta memberi penerangan berkaitan perancangan yang telah dirancangkan oleh KPP.

Selain daripada itu juga, pelan untuk menaikkan tarak kelab ke taraf Dewan akan diterangkan kepada pimpinan Kelab Penyokong PAS dalam konvensyen itu.

Menurut Dr Halimah Lagi, konvensyen itu bakal menjadi pemangkin baru dari masyarakat bukan Melayu yang telah lama menyetai KPP.

2 comments:

Unknown said...

Sokongan dan sumbangan ahli ahli kelab penyokong Pas dalam membantu Pas perlu diambil perhatian dan dihargai agar sokongan mereka berterusan.Mereka menyokong perjuangan islam yang dibawa oleh Pas kerana islam itu maha adil untuk semua..

Unknown said...

Terima Ahli Bukan Islam,Jadikan Islam contoh kepada Bukan Islam,
Sejarah Zaman Nabi ,Islam Nabi Sebarkan sekarang Islam dah ada jadikan Contoh Islam Yang memang Yang terbaik.PAS sekarang sudah ada Peminat Dari BUKAN ISLAM.
PAS ADA KEMAJUAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...