Monday, May 25, 2009

Husam umum tanding Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR 25 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, mengumumkan bahawa beliau memutuskan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Muktamar ke-55 yang akan berlangsung minggu hadapan.

Pengumuman tersebut secara rasminya memaklumkan bahawa kini berlangsungnya pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan tersebut iaitu di antara beliau, Nasarudin Mat Isa yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut dan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Mohamad Sabu.

Datuk Husam mengumumkan keputusan beliau di hadapan sidang media di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, di sini jam 11.30 pagi tadi.

Husam berkata, beliau telah memaklumkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya sebelum membuat sidang media itu dan akan memaklumkan secara rasmi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan mereka jam 3 petang nanti.

Husam juga akan menemui semua pemimpin kanan PAS untuk memaklumkan secara rasmi keputusannya itu.

Dalam kenyataannya Husam berkata, jika beliau menang, beliau yakin dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada PAS dan dapat menjadi gandingan yang baik kepada presidenya, Abdul Hadi.

Husam memulakan sidang media itu dengan mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi yang menang tanpa bertanding selaku presiden dan yakin kehebatan Abdul Hadi dalam memimpin PAS.

15 comments:

Bah Lontok said...

Dulu kata UMNO suka rebut2 jawatan. Lihat sekarang PAS pun rebut2 jawatan juga.

Kerana bila ada jawatan senang berkuasa dalam parti. PAS juga macam UMNO jadi jangan kata UMNO saja yang tidak baik.

jaam said...

AKU SOKONG MAD SABU....
HUHU...

KENDURI KARI KAMBING LAAA...


PADA SUMA PERWAKILAN PAS!
UNDILAH MAD SABU!!!!

Bah Lontok said...

Si ali ni cakap orang putih pula, susah Bah nak faham. Bah tak pernah sekolah orang putih, tapi belajar sikit2 kat sekolah kebangsaan ada le.

Sikit2 Bah faham le, berkenaan ISA agak nye ye?

Kalau Bab ISA BAH sangat sokong supaya ianya terus di kekal kan.

Jika tiada ISA negara akan jadi tidak aman. Rakyat yang tidak bijak suka lawan kerajaan, jadi yang suka lawan kerajaan ini patut dikurung dalam ISA sehingga dia insaf.

ISA tidak patut di buang. Jika ianya di buang, negara akan jadi susah dan tidak aman.

belantiboys said...

Alhamdulillah satu perkembangan yang baik.Untuk menguji kemantapan kekuatan sesama pemimipin parti. YG dok kata umno dulu bukan pasal masuk bertanding tapi pasal rasuah wang yang nak sedap di dendang sikit di sebut politik wang hakikatnya RASUAH tu lah jugak.Kalau bertanding di dalam keadaan jati diri sebenar dan bersih di alu-alukan. Pas bukannya seperti umno yang masih dok takot lama dengan pemikiran politik sempit mereka.

belantiboys said...

Bah lontok ni memang umno pekak la Org2 umno patut berbangga dgn Bah Lontok ni..Dok main pemikiran yang tak berkembang langsung, kesimpulan dia dah tahu dah beliau pengikut yang mungkin di ketegorikan pengikut yang totok dlm bahasa sains jawa dia di panggil MEMH1N1 buta.

Naruto Sensei said...

Naruto sensei said...

Si Lembut setan

TENGOK TU... BUKANNYA NAK MENGAKU MALAH MENGATA ORANG LAGI...

---------------------------------
Kah kah kah Orang tanya lain dia jawap lain betul2 suka makan daging busuk lah kamu ni Si Lembut Pondan..

Nak mengaku apanya kalau saya tak komen pun APARAAA...!

Anda berikan komen orang kenapa komen saya tak de... Malam tu pun saya bukan ada posting pun kah kah kah ,... sedangkan komen tersebut dibuat pada malam keputusan mahkamah tu...ha ha ha Nampak sangat la anda ni seorang penipu yang paling jahat antara ahli2 UMNO yang saya pernah berdebat...

Menipu je kerja kamu niu mana komen saya ..? jangan nak ambil komen orang lepas tu tuduh tu komen saya..Pemfitnah tu.. jawab lah anda Jaam dah berkali2 anda buat perkara yang sama...

Mahluk apa punya jahat anda ni..kih kih kih...

Tak dapat bertanding boleh fitnah orang pun jadilah ye...

PR cool je..

May 24, 2009 9:45 PM
Delete
Blogger Naruto sensei said...

Si Lembut Setan

HAAAH!
INI ADA 3 POST KOMEN YANG CUBA NAK MENYABARKAN OTAK KAU YANG BERCELARU TUH!

TAK MENGAKU LAGI?

-----------------------------------

Kah kah kah memang budak darjah satu sekolah PMR pun tak abis punya tuduhan...!

Itu komen pada malam keputusan sedangkan malam tu saya tak masuk pun komen aparaaa menipu disiang ahri ni...

Inike ajaran UMNO yang anda katakan baik sangat tu..?

Macam ni perangai UMNO ke..?

Meluat saya..

Apapun
PR cool je bertanding

May 24, 2009 9:54 PM
Delete
Blogger Naruto sensei said...

Si Lembut

Mana jawab soalan saya mana komen saya yang hina sultan tu..Artikel mana sila bagitahu saya..?

Jangan sesukahati memfitnah orang disini lahabau lah kamu ni..

May 24, 2009 9:57 PM
Delete
Blogger Naruto sensei said...

Si Lembut

Sikap anda yang suka memfitnah orang memang layaklah anda di gelar anak2 berperangai Dajjal akhir zaman, yang Nabi Muhammad pernah ceritakan dulu...

Memang menjawablah kamu..Ingat selagi orang tak maafkan kamu selagi itulah kamu nanti akan menderita dunia khirat..Ha

Takdapat bertanding dapat buat fitnah pun jadilah ye..Ha ha

Apapun
PR cool je bertanding..ha ha ha

Naruto Sensei said...

Bah Lontok said...

Salam naruto, Bah koooollll aje.
-----------------------------------

keh keh keh... Bah Penyamun bagi salam tapi minum arak..?

Apalah lu labu..? sembunyi disebalik orang asli.. lagi teruk menghina orang Asli...

OOi bah tak payah la ko nak berlakon lagi saya dah tahu siapa anda.. munafik..! bercakap baik dekat sini konon tetapi di tempat lain main maki hamun orang...

Orang yang suika mabuk boleh bercakap tentang Islam..? ajaran UMNOBN yang menyesatkan...

Bah2 kat Perak ni ada masalah besar akan melanda UMNO tak percaya Hang tengoklah nanti.. sampai hari ni si Zambru pun tak berani keluar sangat dari pejabat dia bah... berangan lah lagi bah...

Sahabat semua anda jangan melayan soalan tentang hukum hudud tu.. depa bertanya je lebih tapi bukan ikhlas pun nek terima penjelasan..

Topik kita sebenarnya Kenapa UMNO bacul nak letak calon di Penanti..

Eh2 Denga r kahabar kan Di Maniuk Urai nanti pun UMNO kemungkinan takkan letak calonlah ha ha ha

Apapun PR cool je bertanding,,

Naruto Sensei said...

Blogger jaam said...

AKU SOKONG MAD SABU....
HUHU...

KENDURI KARI KAMBING LAAA...


PADA SUMA PERWAKILAN PAS!
UNDILAH MAD SABU!!!!

-----------------------------------

Yang anda sibuk2 jaga tepi kain orang nih apa hal..? Anda siapa nak mengarahkan PAS dengar kata2 orang munafik macam anda ni..Laknatullah..tak maluke..?

Ada sesuatu akan melanda UMNO tak lama lagi baik anda jaga UMNO sekarang nanti kot2 tumbang kan nangis tak sudah2...

Malunye orang tak tanya sibuk terhegeh2 mengalahkan orang PAS pulak..ha ha Pondan..!

Takdapat bertanding dapat tumpang komen pun jadilah ye...Sedarlah sikit kamu tu menumpang je komen kat siasah ni... ha ha ha Ada hati nak bikin taik...Lembut2

Apapun PR cool je bertanding..

Anonymous said...

Bah Lontok said...

Dulu kata UMNO suka rebut2 jawatan. Lihat sekarang PAS pun rebut2 jawatan juga.

Kerana bila ada jawatan senang berkuasa dalam parti. PAS juga macam UMNO jadi jangan kata UMNO saja yang tidak baik.
-------------------------

sevenize reply...

Pertandingan tidak dilarang dalam Islam. Yang penting pertandingan tersebut mestilah adil dan tidak menindas orang lain.

Politik wang, makan besar2 an utk para perwakilan, tindakan menjatuhkan pesaing jawatan dgn cara yg tidak adil (fitnah/memburuk2 kan) adalah contoh cara pertandingan yg tidak adil.

Anda tahu parti mana yg mengamalkan semua cara yg sy sebut di atas kan?

* Bersihkan dlm segala hal...

AZRI said...

bah lontok.......ko memang bengong la....aku tau ko sape....ejen umno...

ko tak payah la nak masuk campur....pas dan umno tak sama....cume yang sama adalah pertandingan yang lain tak sama....umno mengamalkan rasuah untuk menjadi pemimpin.......

jaam said...

Blogger jaam said...

AKU SOKONG MAD SABU....
HUHU...

KENDURI KARI KAMBING LAAA...


PADA SUMA PERWAKILAN PAS!
UNDILAH MAD SABU!!!!

-----------------------------------

Yang anda sibuk2 jaga tepi kain orang nih apa hal..? Anda siapa nak mengarahkan PAS dengar kata2 orang munafik macam anda ni..Laknatullah..tak maluke..?

Ada sesuatu akan melanda UMNO tak lama lagi baik anda jaga UMNO sekarang nanti kot2 tumbang kan nangis tak sudah2...

Malunye orang tak tanya sibuk terhegeh2 mengalahkan orang PAS pulak..ha ha Pondan..!

Takdapat bertanding dapat tumpang komen pun jadilah ye...Sedarlah sikit kamu tu menumpang je komen kat siasah ni... ha ha ha Ada hati nak bikin taik...Lembut2

Apapun PR cool je bertanding..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

SEBAB AKU SALAH SORANG YANG MENGUNDI MAD SABU ARI TUH!
HAHA....
KAU TAK TAU SAPA AKU...

Naruto Sensei said...

Si Lembut

kah kah kah Jaam Si Gotah lantun melantun2 kencing disini ha ha ha...

Wei pi balik lah menyibuk je macam saya tak kenal anda tu.. fitnah dan menipu jelah kat dalam ni...

Dah lah menafik tuduhan tak terbukti lagi mau caqkap banyak dasar kominis hitam si Mugambe...

Kalah tak bertanding takyahlah cakap banyak buat malu je, lagi banyak anda bercakap lagi terencat akal kamu tu ... ha ha ha

apapun PR cool je bertanding...

S A Nurul Falah (F) Lok Heng Barat said...

Apabila Husam mengisytiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, sudah semestinya beliau telah melakukan perkiraan yang munasabah. Mengenali Husam, beliau pasti mempunyai perancangan hebat untuk memenangi jawatan yang beliau idamkan sekian lama.


Tiada siapa boleh nafikan bahawa Husam mempunyai hubungan istimewa dengan pihak media kerana beliau juga merupakan bekas wartawan. Di antara pihak media yang agak rapat dengan beliau ialah Malaysiakini (hubungan kelamin),The Star dan Media Prima (TV3 & TV9).


Sebab itulah kita tidak hairan kenapa beliau selalu mendapat liputan meluas daripada pihak media sehingga menenggelamkan pimpinan PAS yang lain termasuk Presiden dan Timbalannya. Beliau menggunakan kelebihan hubungan tersebut untuk meminta pihak media sentiasa membuat liputan untuknya.


Di antara program kempen bagi jawatan Timbalan Presiden yang disusunkan khas untuk beliau ialah program debat beliau dengan Dato Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO. Sebab itulah kita melihat betapa Husam dan jenteranya begitu hebat mempromosikan program debat tersebut di mana-mana. Beliau begitu bersedia untuk menunjukkan kehebatan dirinya bila berhujah dengan lawan. Beliau yakin Zahid tidak selicik Khairi Jamaludin yang telah berjaya memalukan Husam satu ketika dahulu.


Zahid yang pada awalnya tidak menyedari perancangan sebenar Husam untuk menyeret beliau dalam program kempennya telah menerima pelawaan untuk berdebat dengan Husam. Tetapi setelah beliau diberitahu oleh seseorang bahawa Husam sebenarnya sekadar ingin berkempen untuk dirinya bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, maka Zahid dengan serta merta menguzurkan diri dan meminta tarikh lain yang diluar dari tempoh berkempen untuk muktamar PAS.


Maka kecewalah Husam yang teramat sangat apabila diberitahu oleh Media Prima bahawa Dato Zahid telah membatalkan kehadirannya diprogram tersebut dan sebagai gantinya mereka telah menjemput Ezam Md Nor. Bagi Husam, Ezam bukanlah tarafnya. Bagi Husam, beliau hanya setaraf Zahid Hamidi atau Muhyidin Yasin. Maka Husam pun menolak untuk berdebat dengan Ezam.


Setelah Husam menolak, pihak Media Prima dipercayai telah menghubungi Mat Sabu (seorang lagi calon Timbalan Presiden PAS) untuk menjemput beliau berdebat dengan Ezam dan telah diterima oleh Mat Sabu dengan gembiranya. Tetapi setelah Husam mendapat tahu bahawa pihak Media Prima telah menghubungi Mat Sabu bagi program tersebut, dengan pantas beliau menghubungi mereka kembali dan menyatakan kesudian beliau untukmenghadirkan diri ke program tersebut. Mungkin beliau khuatir pengaruh yang bakal diperolehi oleh Mat Sabu selepas program tersebut memandangkan Mat Sabu juga bukan calang-calang orang dalam berhujah dan berdebat.


Maka pergilah Husam ke TV9 untuk program debat tersebut. Tetapi, rupa-rupanya pemergian beliau hanyalah untuk berlakon sahaja. Kononnya beliau ingin menunggu Zahid Hamidi juga. Dan bila Zahid tidak muncul beliau pun pulang dan meninggalkan Ezam keseorangan dalam program tersebut. Apakah motif beliau berbuat demikian? Untuk apa menunggu Zahid kalau dah Zahid beritahu dari awal lagi bahawa beliau tidak akan datang. Mungkin hanya untuk menyekat kedatangan Mat Sabu atau untuk menunjukkan yang Zahid takut kepadanya.


Begitulah terdesaknya Husam untuk mempromo dirinya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

S A Nurul Falah (F) Lok Heng Barat said...

saja nak promosi blog kui kui kui...

acoi2005 said...

weiiiiiii bah lontok...wa kasi lentok sama lu bru padan muka lu...lu tak payah sibuk2 psl PAS...lu sape sedar tak diri lu tuh...pegi main jauh2 jaga org utan masuk kandang nanti telepas plakk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...