Monday, April 20, 2009

Perkukuhkan Pakatan Rakyat – Presiden PAS


Oleh Ismail Hashim

BUKIT GANTANG, 20 April: Kerjasama antara parti-parti politik yang berjuang menegakkan kebenaran dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu diperkukuhkan bagi menghadapi segala situasi politik yang tidak konsisten mutakhir ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bentuk kerjasama yang dijalin antara PAS dalam PR sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dalam BN sejak sekian lama.

Menurutnya, PAS tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangan parti tanpa sedikit pun menggadai prinsip tidak seperti mana Umno yang bergabung dalam BN tetapi langsung tidak menguntungkan bangsa Melayu, Islam dan masyarakat terbanyak.

Umno selama lebih 50 tahun, hujahnya, berkawan dengan parti bukan melayu gagal memberikan gambaran salah terhadap Islam sehingga mereka langsung tidak dapat mengenali agama suci ini dengan pandangan positif dan betul.

"Dalam feqah politik Islam, kerjasama wala’ diharamkan kerana menggadai prinsip, tidak istiqamah dan konsisten seperti mana yang dilakukan oleh Umno dalam BN, PAS pula dalam PR menjalin kerjasama tahalluf yang tetap pegangan, prinsip dan sikap,” tegas beliau lagi.

Presiden PAS sekali lagi menyatakan kejayaan PR selama ini adalah masing-masing dapat menerima fitrah manusia kerana sememangnya itu adalah kurniaan Tuhan yang mesti diterima semua pihak.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah perdana sempena majlis kesyukuran kemenangan calon PAS, Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April baru lalu.

Turut berucap dalam Majlis yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Chempedak dekat sini adalah Naib Presiden PAS juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Haji Nizar, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, Adun Hutan Melintang, K Kasavan dan YDP Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin.

Dalam mesyuarat bulanannya baru-baru ini, Jawatankuasa PAS Pusat menarik balik idea membentuk kerajaan perpaduan ketika di bawah Datuk Seri Abdullah sebaik sahaja Datuk Seri Najib naik menjadi PM ke-6, awal April lepas.

Sementara itu, orang ramai bertali arus di Dataran Nik Aziz, Simpang, dari pagi hingga petang 19 April, baru-baru ini bagi memeriahkan lagi majlis meraikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili calon PAS, Dato’ Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April lalu.

Sejak jam 12 tengah hari sehinggalah menjelang 4 petang, majlis berjalan dalam keadaan baik dan teratur meskipun berlaku hujan di kawasan-kawasan sekitar sebelum itu; kemeriahannya berlangsung dalam suasana sangat memberangsangkan.
Orang ramai secara bersama dan mewakili semua kaum di dalam kawasan mengundi Parlimen Bukit Gantang; dengan jelas memberikan isyarat terhadap kehendak anggota masyarakat dalam negara ini.

11 comments:

jaam said...

مك ميمڠ بنرله ڤاس هاري اين منوجو كڤد ڤركوڠسين كواس يڠ لبيه برصفة ليبرال دان اكن ممبواڠ نيلاي-نيلاي اسلام يڠ دڤرجواڠكن سلاما اين. كمباليڽ انور إبراهيم منافقاون كڤد ارينا ڤوليتيك مليسيا بنر-بنر تله مراڤتكن جورڠ فهمن اورتودوك س ڤاس اونتوق منريما كڤلباڬايان ورنا ڤوليتيك باواان انور إبراهيم منافقاون.

ڤاس منوجو كساتو لوروڠ كبيبسن ايكستريمس يڠ دايدام-ايدامكن اوليه انور إبراهيم منافقاون. بلياو ماهو ممبياساكن ڤاس دڠن ايليمن موديرات دان ليبرال سوڤاي ڬڠڬمن انور إبراهيم د دالم ڤاس اكن سماكين كوكوه.

ليهتله بتاڤ بڠڬڽ نئ عزيز تورون ممبنتو مراسميكن بوكو اسلام ليبرال سلاين كلنتڠن بلياو مليندوڠي ايليزبيث ووڠ درڤد فتنه بربوڬيل د هلامن سنديري. سهيڠڬاكن نئ عزيز مڠلواركن ڤنداڤت يڠ دصيفتكن فتوى اوليه ڤڽوكوڠ تڬر ڤاس بهاوا ‘تق ساله اونتوق كيت بربوڬيل د دالم رومه سنديري'.

سبنرڽ اوڠكاڤن ايت تيدق منجادي مسئله ناسيونل تتاڤي اڤابيلا سساورڠ يڠ مڠاكو علماء دري ڤرتي يڠ ممڤرجواڠكن اسلام برسوڠڬوه-سوڠڬوه منونجوقكن كبيجقسنأنڽ دليهت تيدق لبيه درڤد مڠمبيل كاونتوڠن ڤوليتيك يڠ اكن مروسقكن.

ڤاس هاروس مليهت كونفليك يڠ برلاكو د دالم كڤيمڤيننڽ اونتوق كمبالي منيلاي دمان كدودوكن ڤاس دالم ڤوليتيك مليسيا هاري اين. جاڠنله منيلاي كوليت اورڠ لاين نيلايله ديري سنديري. ڤربوتن كواس، ڤوليتيك واڠ دان چنتس منچانتس تله منولر د دالم ڤاس چوما كليبتڽ ماسيه بلوم كليهاتن د ڤرموكأن برسيه ڤاس.

ڤرچاتورن انور إبراهيم منافقاون بنر-بنر تله مروسقكن ڤاس.

توڠڬواواو..............

jaam said...

تق ڤولا دڤستيكن سام اد نيزر جمال الدين دان ءتاوك-تاوكء يڠ بردوا ايت حاضر دالم مجليس كڤوترأن، ڤروتوسن دان ڤڠورنياان ڤيڠات اوليه سلطان ازلن شه اتاو تيدق. كالاو نيزر حاضر، ڤستيڽ تليڠاڽ اكن برتوكر منجادي نيڤيس دان ميره، مانكالا ڠا دان ڠه يڠ سنتياس برادا د كيري كاننڽ اكن سنتياس منچوچوق-چوچوق سمبيل منجويه-جويه اڤابيلا بڬيندا سلطان مڠيڠتكن ڤارا جمڤوتن د بالاي روڠ سري بهاوا نڬري ڤراق بوكن ميليق اورڠ ڤوليتيك!

ساتو كڽاتأن يڠ موده تتاڤي ممبري معنى اڤابيلا بڬيندا سلطان مڠيڠتكن بهاوا رعيت تانه ملايو، خصوصڽ اورڠ ملايو ترلالو سيبوق برڤوليتيك دان منجاديكن ڤوليتيك سباڬاي ڤركارا تربسر دالم هيدوڤ مريك، سهيڠڬ مڠابايكن ڤركارا-ڤركارا لاين، ترماسوقله توڬس سباڬاي والي الله تعالى د موك بومي اين.

ببراڤ هاري سبلوم ايت، نيزر دڠن مڬهڽ دلاڤوركن ممبريتاهو، دي تله منريما جمڤوتن ايستان، سكاليڬوس مڽاڠكل ڤنداڤت لاونڽ بهاوا دي اداله سأورڠ ڤندرحكا. بوكن ايت سهاج، ميديا-ميديا ميليق ڤر ترماسوقله بلوڬ-بلوڬ يڠ ڤرو-ڤاكتن رعيت، توروت سام ممبوسوڠكن دادا دڠن جمڤوتن ترسبوت.

ڽات، نيزر دڤڠڬيل ك ايستان ڤد هاري ايت اونتوق ءدسكولهكنء دان قوم دڤ يڠ چيتا-چيتا مريك اداله مڠوبه ڤرلمباڬان نڬارا دڠن مڠلواركن راج-راج ملايو، اسلام، ملايو، ڤريبومي دان بوميڤوترا دري كاموس تانه ملايو، دڤرايڠتكن بهاوا والاو اڤ ڤون ڤرماءينن ڤوليتيك مريك، نڬري دان نڬارا اين ماسيه ممرلوكن تنداتاڠن دان ڤرستوجوان اتاو ڤركنن سلطان-سلطان دالم ببراڤ حال ڤنتيڠ.

سمنتارا ايت، ليما نام تله دچالونكن اوليه ليما كاوسن اونتوق جاوتن تيمبالن ڤريسيدن ڤاس. مانكالا ساتو چاوڠن ڤولا تله منچالونكن نئ عزيز سباڬاي ڤريسيدن ڤاس.

ڤركمبڠن يڠ ساڠت مناريق... كيت توڠڬو.

دڠر-دڠرڽ استاذ حسن عبدالرازق، تيمبالن ڤسوروحجاي ڤاس قدح جوڬ سداڠ كڤانسان. دڠر-دڠرڽ جوڬ اد ڤيهق يڠ سداڠ بروسها ممبوڠكر لاتر بلاكڠڽ يڠ سبنر تراوتما بركنأن ڤنديديقن اڬامڽ.

توڠڬواواواواواو..............

jaam said...

Pas bukan sekadar parti politik biasa tetapi ia juga sebuah harakah islamiah yang mempunyai matlamat dan prinsip perjuangan yang murni. Dalam mengharungi persaingan politik dalam negara demokrasi yang caca marba seperti Malaysia, ia memerlukan barisan pimpinan yang tegar dengan prinsip perjuangan tetapi fleksibel dalam strategi.

Walaupun Pas ada Majlis Syura, dasar Pas belum tentu terjamin kemurniannya kerana induvidu yang berpengaruh bisa merongkainya. Isu mukabalah dan kerajaan perpaduan sejak setahun lalu menampakkkan Pas tak tentu hala arahnya.

Bagaimana nak selamatkan Pas. Kita mahu pemimpin yang tegar Pas - tidak condong ke mukabalah dan tidak tergila dengan "orang itu". Jangan Pas yang kena bertolak ansur sahaja tetapi pihak lain pun kena bertolak ansur juga dengan kita.

Jika Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJKnya tergila-gila nak memerintah sehingga melupakan dasar parti, maka ahli parti kena buat perubahan. Buatlah kerja sedikit untuk menyelidik siapakah pemimpin yang kita yang terbaik, bukan sekadar mengikut arus media pro BN.

TUNGGUUUUUUU.....

dewatawanberapi said...

pas ni tak sedar2 lagi...
diperbodoh2kan oleh puak kafir ni...

jaam said...

YES.....!
DEWATA AWAN BERAPI.
GOOD THINKING!

dewatawanberapi said...

'dap mendekatkan diri dengan islam'...pernyataan bodoh...

sebenarnya...dap berbaik dengan pas untuk kepentingannya sendiri...menghapuskan pengaruh melayu/umno...bila matlamatnya tercapai akan terserlahlah topeng sebenar dap ni...

masa itu pengikut2 bodoh pas ni akan meraung-raung...

tttiiiiiidddddddddaaaaakkkkkkkkkk!!
tttiiiiiidddddddddaaaaakkkkkkkkkk!!
tttiiiiiidddddddddaaaaakkkkkkkkkk!!

hurry said...

salm
apala ko ni cakap x faham,tuan guru presiden tahu apa yg dia lakukan,dia lebih tinggi ilmu dari ko
haneco

Naruto Sensei said...

Kesian 2 kenyataan orang yang busuk hati dan pedengki dari JAAM dan Dewata.. memang busuk sebusuk2nya Hati kamu berdua.. hem alahai Jaam anda kata tunggukan .. jawapan soalan saya pun tak terjawap ada hati nak komen tentang PAS.. Baik anda jaga parti UMNO .. sekarang ni ada berita akan meletup yang akan membuatkan Penyokong2 seperti anda tergangga nanti ....

TUNGGUUUUU!!!!

Naruto Sensei said...

Setelah Menyerang OKU, Pemuda UMNO Kini Menjadi OKUHanya beberapa minggu selepas insiden Pemuda UMNO dengan lagak samseng telah menyerang OKU bernama Karpal Singh di parlimen, tiba-tiba kini Pemuda UMNO menjadi OKU, lebih cacat daripada Karpal yang diserangnya.

Itulah hukum Karma, hukum universal, di dalam Islam disebut “sunnatullah”. Apa yang dilakukan terhadap orang lain akan mengena kepada diri sendiri.

Kisah di satu petang serangan Pemuda UMNO terhadap OKU bernama Karpal Singh di Parlimen boleh dibaca di sini.

Serangan itu dilakukan setelah sang menantu bernama Khairy Jamaluddin (yang pada ketika itu Naib Ketua pemuda UMNO) membuat sidang media pada sebelah paginya dimana beliau memberi tempoh 24 jam untuk Pengerusi DAP Karpal Singh mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.

Lapor Bernama, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

Tetapi kini Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu seperti telah hilang segala-galanya. Khairy yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang telah diberikan laungan ‘boo’ dari kalangan perwakilan Pemuda UMNO sendiri kerana bagaimana Khairy yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin kerana ejennya terbabit dalam politik wang boleh menjadi ketua mereka.

Tidak cukup dengan itu, Khairy tidak terpilih di dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib. Dan sejak itu, Pemuda UMNO umpama OKU yang lebih teruk keadaannya dari Karpal yang diserangnya dahulu.

Kini Pemuda UMNO kehilangan suara, kehilangan “keris” dan kehilangan harga dirinya. Kehadiran Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu membawa sial di dalam mana-mana kawasan pilihanraya kecil kerana mereka diumpamakan libailiti besar kepada UMNO dan BN yang akan menyumbang kepada kekalahan BN. Benar-benar kini Pemuda UMNO tergolong dalam OKU.

What goes around turns around!
Dikirim dalam Berita, Info terkini | Label: Setelah Menyerang OKU, Pemuda UMNO Kini Menjadi OKU

Naruto Sensei said...

Khalil : Saya kesal pemimpin UMNO selama 50 tahun gagal jelaskan Islam kepada orang Cina dan India.


BALING, 18 April :- Saya kesal kerana pemimpin UMNO gagal untuk menjelaskan Islam kepada orang Cina dan India walaupun dia sudah lebih 50 tahun bersama MCA dan MIC dalam BN. Malahan sebaliknya lahir di kalangan pemimpin BN yang jelas menghina Islam seperti yang pernah diucapkan oleh Samy Vellu "dalam Quran mana ada Lebuhraya". Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa berceramah di Kg. Iboi dalan DUN Bayu, Parlimen Baling kelmarin.

Drs. Khalil berceramah bersama dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB. Zulkifli Nordin. Hadir sama ialah YDP PAS Kawasan baling, Tuan Guru Hj. Yahya, ADUN Kupang, YB. Johari dan pimpinan PAS Kawasan yang lain.

Selain itu katanya UMNO sanggup memperolok-olokkan Islam di hadapan orang bukan Islam demi untuk mendapat kemenangan, pelbagai pembohongan dibuat untuk memastikan orang Cina dan India tidak memilih PAS.

Beliau juga mengatakan penyakit takut kepada beberapa amalan Islam akhirnya ditakuti oleh orang Islam sendiri , "dalam masalah bersunat sehingga budak Melayu pun takut dan lari panjat pokok betik" katanya, mengulas kesan dari UMNO yang menakut-nakutkan orang Cina dan India kalau PAS menang "kemaluan kamu akan di potong".

Drs. Khalil juga membantah pandangan yang mengatakan haram orang bukan Islam membaca Al Quran sedangkan ianya boleh mempercepatkan seseorang masuk Islam. Memetik beberapa pandangan ulamak antaranya Pengarang kitab I'ana al-Talibin dari kitab Busyra al-Karim katanya,"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" .


Kehadiran memberangsangkan walaupun ceramah diadakan di kubu kuat UMNO.


"Kalaulah orang cina yang bukan Islam baca Quran tidak betul, adakah orang Melayu yang sudah lama Islam semuanya betul baca Quran" Tanya Khalil.

"Sesudah itu kalau ada yang tidak betul baca Quran, bolehkah selesai masalah dengan buat laporan polis. kalau tidak betul baca kena belajar bukanya buat repot polis" Tegasnya lagi.



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:09 AM

apam taiping said...

dewata awan berapi said...

sebenarnya...dap berbaik dengan pas untuk kepentingannya sendiri...menghapuskan pengaruh melayu/umno...bila matlamatnya tercapai akan terserlahlah topeng sebenar dap ni...
......................................
ni la 1 contoh bn,
sentimen perkauman jadi bhn canang...
mca dan mic tu pak pacak ke?cina yg xgila kuasa ke dok dalam tu?murni sungguh mca...

sbb tu ada menteri umno yg leh jadi anjing tokey judi kaya tu...smp beli sistem perundangan,rasuah hakim ape kejadah tu...dewa anjing berapi,,corect3x tu xnmpk ke xploitasi kuasa undang2?

dahla bodo,bodo kuasa dua plak...
hancusss...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...