Monday, April 13, 2009

Nasharudin, Husam dan Azizan dicalonkan untuk timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 14 April: Sehingga kini, tiga pemimpin kanan PAS telah dicalonkan untuk menjadi timbalan Presiden PAS iaitu Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Azizan Razak.

Husam dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya, Selangor dalam mesyuarat agung mereka Ahad lepas.

Azizan dicalonkan oleh PAS kawasan Temerloh, Pahang manakala Nasharudin dicalonkan oleh PAS kawasan Batu, Wilayah Persekutuan (Batu mencalonkan Nasharudin bukan Mohamad Sabu sebagaimana berita awal).

Pencalonan mereka dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa kawasan setelah mendapat mandat dari mesyuarat agung.

Sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi muka baru yang popular sehingga kini untuk dipilih sebagai naib Presiden PAS.

Beliau dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.

Kelana Jaya mencalonkan Mohamad Sabu, Nizar dan Taib Azamudin untuk naib presiden manakala Temerloh mencalonkan Mohamad Sabu, Husam dan Nizar untuk jawatan itu.

Siasah difahamkan, beberapa kawasan PAS telah mengadakan mesyuarat agung mereka hujung minggu lalu tetapi menyerahkan pencalonan mereka kepada Jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan.

Muktamar PAS akan diadakan awal Jun depan dan Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali ini.

9 comments:

apam taiping said...

dengan adanya majlis syura dan rundingan,InsyaAllah mandat jawatan tersebut akan diberikan kepada yg berkaliber dan berkarisma...tidak kira Husam,Azizan atau Mat Sabu...
yg penting adalah dasar dan kepimpinan yg adil berlandaskan lunas2 islam...tidak perlu berbalah utk sesuatu jwatan mcm yg terjadi dlm umno...

pahbedah said...

tu laa dok kata sangat kat UMNO la ni PAS pun nak ikut jejak deme gak,kalu syura aje jawtan 2 yg tertinggi tu ngape?takleh ke?...

perunding said...

perunding sokong Husam.Titik.

anakkancil said...

Tapi yg seronoknya dlm PAs nie tak dak politik wang

apam taiping said...

pahbedah said...

tu laa dok kata sangat kat UMNO la ni PAS pun nak ikut jejak deme gak,kalu syura aje jawtan 2 yg tertinggi tu ngape?takleh ke?...
.....................................
pah bedah,
PAS nak ikut jejak umno?maknenye anda mmg akui dlm umno byk penyelewengan dan gilakan kuasa la ye??

syura bkn lah bubur asyura mcm ko buat tu...diangkat mandat melalui proses demokrasi dan dipersetujui oleh pemimpin2 serta rakyat...dlm bentuk yg bersih...bkn dgn sogokan atau rasuah...itula bezanya...

Awey Kelate said...

Insya AlLah,ulama'-ulama' dalam PAS ada suara yang agak hebat... bukan macam UMNO Islam Hadhari, ulama' hanya sebagai hiasan semata-mata, tak boleh kata apapun..jaga periuk nasi beb.
Lagi pun nak tiru UMNO buat apa, parti yang tak sihat..penuh penyakit luaran dan dalaman, dan sekarang pun dah nazak...tunggu orang usung pergi ke tanah perkuburan je.
WalLahu a'lam

anakkancil said...

Awey Kelate said...
Insya AlLah,ulama'-ulama' dalam PAS ada suara yang agak hebat... bukan macam UMNO Islam Hadhari, ulama' hanya sebagai hiasan semata-mata, tak boleh kata apapun..jaga periuk nasi beb.
Lagi pun nak tiru UMNO buat apa, parti yang tak sihat..penuh penyakit luaran dan dalaman, dan sekarang pun dah nazak...tunggu orang usung pergi ke tanah perkuburan je.
WalLahu a'lam

April 13, 2009 11:29 PM

Yes awe ...
Kena lak penyakit kudis babi buta...mmmm....x dak ubat le...
7 tempayan air tanah tak lekang dari tuboh UMNO

Iron_Mask said...

salam....pada pendapat aku ler....kalau TG hadi awang di naikkan pangkat atau dipindahkan ke dlm majlis syura...sebagai timbalan satu mursyidul am PAS...berganding dgn TG nik aziz memerhati anak buah buat kerja...sebagai penasihat...mmg ngam la....ustaz azizan pun bleh dibawa masuk sebagai timbalan dua mursyidul am pas...sebab apa....tiga org tuan guru ni....ader power tersendiri....bukan dari sudut politik tapi sudut ilmu tapi menjurus ke arah politik....ustaz harun din bleh di bagi presiden...timbalan presiden...bagi husam....naib presiden....bagi nizar, salahudin ayub dan mat sabu....

mantop tak pemimpin kalau mcm ni...cdgn aku jer....hehehehe...aku ni ahli biasa jer....

anakkancil said...

boleh guna pakai tu..mantop n meletop....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...