Saturday, April 4, 2009

Jangan terpengaruh gula-gula politik Najib - Nik Aziz

BUKIT GANTANG, 5 April: Mursyildul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru para pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai agar jangan terpengaruh dengan gula-gula politik yang diberikan oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau meminta agar rakyat jangan tertipu sekali lagi sebagaimana mereka telah silap selama lebih 50 tahun dengan memilih BN.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas tindakan Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik balik penggantungan dua akhbar alternatif, Harakah dan Suara Keadilan.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramahnya di Trong, Bukit Gantang malam tadi.

Sementara itu, anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof berkata, langkah Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan benarkan semula Harakah dan Suara Keadilan beroperasi adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat.

Namun, katanya, Pakatan belum berpuashati mengenainya kerana Najib hanya mahu mengkaji ISA dan dinyatakan menjelang tiga pilihan raya kecil.

"Apa hasil kajiannya nanti, kita belum tentu. Kalau dia ikhlas, bukan kaji lagi tetapi hapus kerana sudah lama isu ini dibangkitkan, bukan hanya sekarang.

"Lagipun, kalau kita lihat semua PM baru akan membebaskan tahanan ISA. Tun Husein buat, Mahathir buat dan Abdullah Badawi pun buat. Cuma mereka buat bukan dekat pilihan raya macam Najib ni," kata beliau.

Menurut beliau, sudah sampai masanya ISA dihapuskan terus dan kem tahanan Kamunting itu ditutup.
"Kita perlukan reform akta keselamatan ini. Zaman sudah berubah, kita sekarang dalam politik baru dan pemikiran baru yang menekankan soal keadilan dan hak untuk membela diri.

"ISA jelas bertentangan dengan semua ini dan perlu dimansuhkan dan digantikan dengan satu undang-undang yang betul-betul untuk keselamatan negara dan bukannya alat politik," kata beliau.

Mujahid juga berkata, jika Najib benar-benar jujur juga, dia akan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengan politik seperti Uthayakumar dan YB M Manoharam.

12 comments:

apam taiping said...

najis??prk sblm ni same je....bkn gula2,ferrero rocher lg tu...tp klh gak....

'KEMENANGAN UNTUK KEADILAN RAKYAT'

kasutlama said...

Mursyildul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru para pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai agar jangan terpengaruh dengan gula-gula politik yang diberikan oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.
___________________________________

ADUHAI....! BUKANNYA NAK BERTERIMA KASIH, MALAHAN MENGALAKAN LAGI.

NIK AJIH..! NIK AJIH..!

ironseven said...

KASUTLAMA,

rakyat dah bijak. tak mcm yg sokong umno. cepat sgt termkn gula2 getah. 50 tahun perintah tak pulak janji nk tegakkan hukum allah. asyik umpan kebendaan je. duit, projek mee segera, time pilihanraya la rasmi itu ini, budget itu ini. rakyat dah nampak...umno penuh rasuah. parti berasaskan rasuah.

terima kasih tu terima kasih jugak. tapi gula2 sogokan kebendaan semata org dah muak...

terima kasih najis sbb permudahkan lg cita2 rakyat utk menumbangkan umno dan bn.

HIDUP UMNO..HIDUP RASUAH..
HIDUP RASUAH..HIDUP UMNO..
BAGI SALAH..TAK BAGI KALAH..

kasutlama said...

JIKA ADA SIKAP TERIMA KASIH TU DAH KIRA OKLAH...
TETAPI KAU LIHAT KETUA2 PUAK, EGO SEMACAM...LIAT SANGAT LIDAH TU NAK BERTERIMA KASIH...

ITU YANG MEMAKAN DIRI TUH.....! JIKA SORANG MENDAPAT TAK PALAH JUGA, TETAPI AKAN MELIBATKAN RAKYAT TERBANYAK.

ADUHAI....!

apam taiping said...

terima kasih atas sesuatu kelakuan yg berunsurkan rasuah dan utk kepentingan politik sendiri?
xyahla,
dah muak dah sume tu...k.tganu aritu ape yg najib janji?dah kalah buat lupe...ni kalo bn klh pasni ko tgk r tol ape kejadah nnt mst naik...kalo mng pon aku rasa sme je..naik jgk segale bala tu...

Karisma59 said...

Bijak sungguh cara TGNA menyanggah tindakan BN tuuu...mereka masih dengan taktik streotaip & lapuk untuk menagih undi...mereka jelas masih hidup dizaman 60an, 70an dimana rakyat begitu mudah untuk digula-gulakan !!!.

Olehlah PR mengistiharkan dengan resmi, bahawa Kem Kemunting akan ditutup bila berkuasa nanti, ISA dihapus dan digantikan dengan akta yang lebih bertujuan keselamatan sebenar, bukan untuk digunakan bagi kepentingan politik seperti dilakukan BN..mereka amat terdesak memelihara kepentingan politik dengan menggunakan akta zalim ISA.

PR patut mendesak dan mencabar BN supaya langkah yg dibuat Obama menutup Guantanama Bay dilakukan BN dgn menutup Kem Kemunting, yang banyak menjejaskan imej dan nama negara di luar negara.

Selamat berjuang para penyokong PR !!!. Pastikan pengundi "menghukum dan merotan" BN di 3 PRK ini di atas segala salah laku mereka selama ini.

Raub gaharu said...

ayuh semua penguundiii di Bukit Gantang Undilah PAS ......takbir!!!!!

Dr Nik-On X-Ray said...

Terima kasih kepada yang ikhlas....

Dr Nik-On X-Ray said...

Ada bukti baru kes poltik wang si KJ yang diserahkan ke JK Disiplin UMNO....keh..keh..keh
KJ, engkau tu hanya bersendirian di dlam UMNO, mentua engkau dah tak dak power lagi. Mahathir dan konco-konconya akan lanyak engkau dan para pengikut Pak Lah habis-habisan. Jawatan Ketua Pemuda bukannya "immune" dari tindakan Presiden UMNO.
Wahai para pengikut Pak Lah.... sedarlah bahawa dah tak ade masa depan buat kamu lagi di dalam UMNO

unanjaga said...

Orang orang yang telah dikuatkan hati nya pada pertunjuk Allah,sama sekali tidak akan mengadaikan maruah perjuangan nya dengan barang dagangan dunia(berubah angin politik).Selagi mana sesuatu itu masih tetap berpaksi pada landasan ugama,adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk terus bersetia janji.Kita tak pernah dijanjikan pada kemenangan pada kehidupan dunia semata,janji yang kita harpakan ia lah kemenangan sejati dihari akhirat.Itu lah kemenangan yang sebenar.

MOHD AFIQ said...

Jika kita mempunyai 10 ekor lembu, kemudian semuanya dirampas oleh seorang penyangak kampung.

Kemudian, ntah bagaimana dia memulangkan semula 3 ekor lembu yg d rampas.

Adakah kita patut mengucapkan terima kasih kepada penyangak itu?

Bagaimana dgn kes DS Najib ini?

Apa perasaan anda?
Anda jawab sendiri,.

masjid tinggi said...

Wahai kasutlama,

Aku setuju pendapat Tuan Guru Nik Aziz. Sebab....Tuan Guru dah lama berpolitik dan beliau ikhlas dalam perjuangan.

Itu adalah pesanan beliau kepada pengundi pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang Ai berlandaskan pengalam beliau dimasa lalu.

Politik dan Islam tak boleh dipisahkan.

Sebabnya banyak berlaku rasuah dalam berpolitik terutama sekali dalam UMNO dan Barisan Nasional. Itu yang telah terbukti. Bukan aku mengada ngada. Bagaimana dengan tindakkan pihak berwajib keatas mereka2 ini.

Ada pendapat yang mengatakan pembebasan tahanan ISA sepatutnya dibebaskan semuanya bukan 13 orang sahaja. Itu lah yang patut dilakukan.

Bukan kah itu politik untuk membeli undi di masa PRK di 2 DUN dan 1 Parlimen?

Begitu juga dengan penarikan balik 2 akhbar pembangkan Harakah dan Keadilan.. Itu pulak bagai mana?

Cuma saya mintak jangan perlekehkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru2 yang ikhlas dalam perjuangan mereka untuk menuntut kebenaran.

Sebab mereka adalah penyambung lidah daripada ulamak2 terdahulu untuk menyeru seluruh umat manusia membuat kebaikan di muka bumi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...