Monday, April 6, 2009

PAS kini mendahului Umno dalam merebut pengundi Melayu, kata Mustafa

BUKIT GANTANG, 6 April: Sehari menjelang hari mengundi, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali memberitahu, PAS kini mendahului Umno dalam merebut hati pengundi Melayu.

"Peratusan pengundi Melayu telah memihak kepada kita dan kita telahpun mengatasi peratusan pengundi daripada Umno sekarang ini," kata Mustafa dalam sidang medianya di Markas PAS dekat Air Kuning, hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dalam sidang medianya berkata, PAS mendahului BN dalam merebut undi bukan Melayu iaitu India dan Cina namun ketinggalan dalam merebut pengundi Melayu.

Hari ini, Mustafa memaklumkan, PAS kini berjaya mendahului Umno untuk pengundi Melayu di samping kekal untuk pengundi Cina dan India.

Ini bermakna, jika Mustafa berkata benar, calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin bakal memenangi pilihan raya kecil ini.

“Jentera PAS menunjukkan mesra rakyat yang bersungguh-sungguh dan berbeza dengan Umno yang hanya berlakon dengan mahu meraih undi sahaja.

“Alhamdulillah, semua jentera dan pemimpin Pakatan Rakyat telah berkempen di Bukit Gantang,” ujarnya.

11 comments:

masjid tinggi said...

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja
Ahmad Tajdid
Mon | Apr 06, 09 | 3:35:16 pm MYT

SEORANG perwakilan Umno daripada Pulau Pinang mengejutkan perhimpunan agung Umno pada tahun 1991 dengan pertanyaan sinis: "Siapakah tikus yang sanggup menggantungkan loceng di leher kucing."
Iklan

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

18 tahun kemudian

Lapan belas tahun kemudian, di Bukit Gantang; Dr Mahathir yang baru dua hari menyertai Umno mencerca calon PAS, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kerana kononnya menderhaka kepada Sultan Perak.

"...'Saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," kata Mahathir dihadapan ribuan penyokongnya.

"Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar," kelentong Dr Mahathir.

Tidak payahlah rasanya untuk kita mengulas kenyataan 'negarawan' itu. Sejarah panjang pentadbiran Mahathir sudah cukup untuk menyaksikan peri derhakanya beliau kepada Raja-raja Melayu.

Cuma dikesalkan adalah kelompok Melayu penyokong Umno di Bukit Gantang yang masih bersorak-sorai menyokong Dr Mahathir, si tikus tua yang kononnya masih punyai aura untuk memartabatkan Umno dan BN.

Sungguh benar kenyataan Dr Mahathir... "Melayu mudah lupa"._

unanjaga said...

Sememang nya langkah PR tetap dihadapan dalam memenangi hati rakyat.Kita tentunya masih ingat pada pilihanraya kecil sebelum ini(kuala Terengganu),dimedia masa mereka mendakwa meerka lah yang akan berolih kemenangan,namun bila keputusan pilihanraya kecil diumumkan...kemenangan tetap berpihak pada PR.

masjid tinggi said...

Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor
Mohd Fadli Ghani
Mon | Apr 06, 09 | 2:23:15 pm MYT

NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar!

Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat.

Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya.

Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang lantang mengkritik Datuk Panglima Bukit Gantang bagi pihak Umno, lalu dilantik beliau menjadi Menteri Besar Perak. Ketika itu Sultan Yusof Izzuddin Shah (ayahanda Sultan Azlan Shah) sedang memerintah. Tiba-tiba Mohd Ghazali ditangkap oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) kerana salah lakunya. Tunku Abdul Rahman menghantar beliau menjadi duta di Mesir pada 1962 untuk menutup kes ini.

Semasa Sultan Idris Shah sudah menaiki takhta, pada 1974 Tun Razak menamakan Mohd Ghazali sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi. Sultan Idris tidak mahu menerima seorang perasuah menjadi ketua kerajaan. Umno menghantar (Tan Sri) Ishak Tadin untuk memujuk Sultan Idris dengan janji Mohd Ghazali Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.

Pada 1976, Mohd Ghazali menderhaka kepada Sultan Idris apabila enggan meletakkan jawatan dengan alasan Perlembagaan Perak tidak menetapkan seorang menteri besar untuk dua tahun. Sultan Idris telah murka lalu memulau semua program kerajaan. Baginda bernazar tidak akan mencukur janggut dan misainya selagi si penderhaka menjadi menteri besar.

Kemuncak kemurkaan Sultan Idris terhadap si penderhaka ini ialah baginda tidak meluluskan bajet kerajaan Perak untuk tahun 1977. Kerajaan Perak tidak boleh bergerak tanpa sumber kewangan, sedangkan wang tidak boleh dibelanjakan tanpa kelulusan sultan.

Akhirnya Umno terpaksa menyuruh Mohd Ghazali meletakkan jawatan dan dilantik sebagai menteri pusat. Wan Mohamad Wan Teh (abang Datuk Wan Hashim) menggantikan Mohd Ghazali. Inilah penderhaka sebenar dalam sejarah Perak. Orangnya tidak lain dan tidak bukan, bapa Tajol Rosli sendiri. Maka, mengapa Tajol Rosli cuba membohongi rakyat Perak (Sultan Perak juga) bahawa Umno tidak pernah menderhaka.

perderhakaan di Terengganu, Pahang dan Johor

Kita jangan lupa kisah Datuk Nik Hassan dengan Sultan Terengganu, Datuk Rahim Bakar dengan Sultan Pahang, Tan Sri Othman Saat dengan Sultan Johor dan krisis Perlembagaan 1983.

Di Selangor juga ada cerita derhaka yang lebih dahsyat. Tan Sri Muhammad Mohd Taib jangan lupa isu ini. Beliau menuduh Nizar seorang penderhaka, tetapi beliau sendiri berkali-kali menderhaka. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah dihina oleh Umno Selangor pada 1991 ketika Mat Taib menjadi ketuanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno 9 November 1991 (selepas pilihan raya yang Umno kehilangan Kelantan), wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyerang peribadi Tuanku.

Sultan Selangor dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi membaiki Istana Alam Shah. Sultan Selangor juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan oleh sultan kepada seorang tauke Cina yang lain.

Kerana ucapan wakil Umno Selangor ini, Perhimpunan Agung Umno mencerca semua Raja-raja Melayu ketika itu. Umno Selangor telah menyenaraikan kononnya salah laku Sultan Selangor untuk didedahkan kepada rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno itu, dan akhirnya satu Resolusi 4 Perkara telah dikemukakan untuk Umno mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

Selepas itu pada 30 November 1991, Mat Taib mengetuai Umno Selangor mengadakan Perhimpunan Perpaduan Melayu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam untuk menunjukkan sokongan rakyat dalam usaha Umno menderhakai Sultan Selangor. Mat Taib menafikan perhimpunan ini untuk menunjukkan pengaruh Umno kepada Sultan Selangor, tetapi semua penganalisis politik melihat begitu.

Mat Taib memang berdendam dengan Sultan Selangor selepas isu kahwin lari dengan Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) di selatan Thai, isu perlantikan Exco Selangor pada 1990 dan isu Zoo Negara. Perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyembahkan derhakanya kepada Sultan Selangor!

Berang dengan penderhakaan Umno ini, semasa hari keputeraan Sultan Selangor ke-66 pada 8 Mac 1992, baginda tidak mahu menganugerahkan pingat kepada pemimpin Umno Selangor. Mat Taib telah mengumumkan bahawa Umno Selangor pada 13 Februari 1992 memutuskan akan memulau pencalonan penerima pingat tersebut sebagai satu sembah derhaka mereka. Sultan Selangor murka dan berduka cita kerana kebiadapan Mat Taib yang membocorkan rahsia baginda.

Apabila pernderhakaan Mat Taib terhadap Sultan Selangor sudah ke kemuncak, akhirnya pada 24 Februari 1992, Majlis Tertinggi Umno telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah.

Pada 4 Julai 1992, satu Perisytiharan Prinsip-prinsip Perlembagaan telah dibuat oleh Majlis Raja-raja untuk menolak Kod Etika Perilaku Raja-raja yang dikemukakan oleh Umno. Sultan Perak tentu masih ingat peristiwa penderhakaan besar-besaran Umno sejak 1991 ini sehinggalah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 dan �pertabalan� Tengku Ibrahim di Ketereh, Kelantan oleh Umno Kelantan pada 29 April 1993.

Nah! Jika kita melihat latar belakang dua tokoh yang bercakap soal derhaka di Bukit Gantang ini, maka tahulah rakyat siapa penderhaka sebenar. Mat Taib dan Tajol Rosli langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap soal penderhakaan kepada sultan. Kerana mereka berdua adalah di kalangan penderhaka yang terkenal sejak sekian lama.

Mat Taib mungkin lega kerana Sultan Salahuddin Abdul Aziz sudah mangkat, tetapi masih ramai rakyat yang mengingatinya. Tajol Rosli juga tidak perlu berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu siapa Tan Sri Ghazali Jawi, si penderhaka itu.

Jika kes ini berlaku pada zaman Sultan Mahmud Melaka (nenek moyang kesultanan Perak), nescaya Mohd Ghazali dan semua keturunannya (termasuk Tajol Rosli) dihukum bunuh!

Rakyat Bukit Gantang perlu bijak dalam melayan isu derhaka yang dibesar-besarkan oleh Umno ini. Jangan terjerat oleh pukat yang dipasang oleh sang penderhaka Umno ini.- tajdid _

AsyMok_ambo said...

Atas Nama ALLAH S.W.T.
Dengan Kuasa DIA YANG MAHA SEMPURNA
PEMILIK SEKALIAN ALAM.
Sudah Tentu, Syukur teramat ke Hadrat YANG MAHA ESA
ALLAHUAKBAR!!!

Keahlian dan Pilihanraya bukanlah Perkara Pokok dalam Perjuangan ISLAM. Nombor wahid adalah NAWAITU LILLAHITAALA. Sejauh mana KEIKHLASAN kita dalam menegakkan Kalimah Tauhid di muka bumi ALLAH S.W.T. ini.
Kita wajib faham betul-betul.
ALLAH S.W.T. dah janji Kemenangan ISLAM. Tak kira dalam apa juga aspek duniawi apatah lagi ukhrawi.
Inikan pula sekecil untuk menang di dua Bukit mahupun Batang Ai sekalipun. Cukup mudah buat ALLAH S.W.T. Tinggal lagi usah kita LANGGAR SUNNATULLAH.
KENA FAHAM BETU-BETUL.
Parti ISLAM @ PAS (yg hijau putih tu-nak kata bola ping pong pun boleh-yg ada bulat putih tu-nak kata bulan pun boleh…) itu baik.
Sebagai satu wahana buat kita meneladani kepemimpinan RASULULLAH S.A.W. yang bijak berpolitik menakluki Madinah mahupun Kegemilangan Fathul Makkah sekitar kurang lebih tahun 8Hijriah dahulu.
Perlembagaan kita jelas.
AL-QURAN DAN RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI USWATUN HASANAH.
Tinggal lagi, USAH KITA LUPA PERINGATAN ALLAH S.W.T. di dalam AL-QURANUL KARIM kemudian direalitikan pula oleh gesaan Ahli Syurga, Khalifah Abu Bakar As-siddiq R.A. kurang lebih bermaksud:
“Barang siapa menyembah MUHAMMAD, MUHAMMAD telah pergi meninggalkan kita untuk bertemu MAHA PENCIPTA. BARANG SIAPA MENYEMBAH ALLAH S.W.T. BAHAWASANYA ALLAH S.W.T, MAHA KEKAL.”
“Lu Pikir Lah Sendiri Beb!!!”

Lantas, mahu tidak mahu, individu Patriot ISLAM by hook or by crook wajib menterjemah ILMU yang dikurnia oleh ALLAH S.W.T. secara amat bijaksana dan berhikmah kerana nikmat yang paling hebat dan besar adalah nikmat ISLAM.
Ambo memperingati diri ambo dan para sahabat sekalian,
Wahai Patriot ISLAM,
Hindari FAB. FITNAH & ANGKUH & BERBURUK SANGKA !!!
Sesungguhnya, KETERBUKAAN UKHUWWAH BERBEZA PANDANGAN (KUB) ITU ADALAH ANUGERAH AGUNG ALLAH S.W.T.
Baginda S.A.W. sendiri menganjurkan :
“Permudahkan jangan menyusahkan Ummah…”
Pemahaman Ayat 33 Surah At-Taubah boleh saja menjadi teras Perjuangan Hakiki mengimplementasi Pelan Unggul yang direncana oleh YANG MAHA MERANCANG. Kesimpulan jelas telah termaktub oleh Ayat 3 Surah al-Maaidah yang kurang lebih membawa maksud:
“Pada hari ini, usah kamu takut kepada Puak Penentang (dalam konteks Malaysia adalah UMNO-BN LAKNATULLAH) dan sesungguhnya, kamu semua hanya perlu takut Kepada AKU yakni ALLAH S.W.T. Pada hari ini, AKU telah sempurnakan AGAMA ini yakni ISLAM untuk Kamu Semua dan AKU telah cukupkan Nikmat KU ke atas Kalian Para Hamba-KU. DAN AKU REDHA ISLAM SEBAGAI AGAMA SELURUH MAKHLUKKU YAKNI KITA SEMUA.”

Nah!!!
Sudah terang lagi bersuluh, Hanya ISLAM sebagai AGAMA. AGAMA itu AD-DEEN. AD-DEEN adalah CARA HIDUP.
Cara hidup seluruh makhluk seharian.
Dari A sampai ke Z.
Dari basuh berak sampai masuk liang lahad sehinggalah bangkit kekal abadi di Kampung Akhirat.
Mesti Berteras ISLAM!
ISLAM!
ISLAM!
ISLAM!

At last but not least,
Setiap makhluk mesti memangkah LAMBANG BULAN pada mana-mana PILIHAN RAYA. Kalau tak ada LAMBANG BULAN, PANGKAH SESIAPA JUGA YANG SUDI DUDUK DENGAN BULAN.
Itu langkah pertama sesiapa juga jika…
BETUL KITA YAKIN PADA ALLAH S.W.T DAN SAYANGI KEKASIH-NYA MUHAMMAD S.A.W.
Yang benar tetap benar.
Betul tak Encik Najib Razak. Ambo seru demo masuk PAS. Satu hari nanti, boleh jadi Tok Guru. Sebab Encik Najib ambo tengok amat berpeluang cerah, muda bergaya dan ada ‘the x factor’.
Rugi kalau tak sertai Perjuangan ISLAM.
Sebab dalam Perjuangan ISLAM HANYA ADA DUA KETENTUAN
1. PERTOLONGAN PEMILIK ALAM SEMESTA ALLAH S.W.T.
2. SYAHID FISABILILLAH
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
JANGAN LUPA ALLAH S.W.T.
YAKIN DAN SEPENUH PERCAYA PADA KUASA ALLAH S.W.T.
SAMA-SAMA KITA RENUNGI PENGERTIAN HEBAT AYAT 26 SURAH ALI-IMRAN.
BEGITU PUITIS.
SIFU NABIL, AMBO PINJAM KATA-KATA DEMO,
“LU PIKIR LAH SENDIRI BEB!”

kasutlama said...

KAH KAH KAH....

HANG MELAUT....MELALUT...!

AdDukhon said...

hamba,
ko ni msti ajen perisikan....klau btul bgussss

RFC said...

akhirnya......pas menang juga d bukit gantang.....dan umno trpaksa tunduk dgn pilihan rakyat.....hooorayyy

Mr.MAMA said...

DIORANG DAH MAIN TIPU PON TAK BLH MENANG LG.DLM BYK2 UMAT DLM DUNIA NI UMAT UMNOLA YANG PALING BODOH SEKALI. PENIPU YANG BODOH HAHAHAHAHAHAHA.
IDUP UMNO!!!!!
IDUP RASUAH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!
SERBA BOLEH....MAKAN RASUAH!!!!

gondrong said...

begitulah watak dan hapraknye United Malayan National Organizations....

kasutlama said...

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali memberitahu, PAS kini mendahului Umno dalam merebut hati pengundi Melayu.
...................................

INILAH DIA KETUA PUAK HANTU YANG MENGUNDI TEMPUHARI...

KWAH KWAH KWAH...

Anonymous said...

KASUT LAMA DA MABUK ARAK UMNO!!!PEGEY DAHHHHH!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...