Sunday, April 26, 2009

Lelaki dan wanita yang hangat dilaporkan sertai majlis Husam



Oleh Salma Husin
Foto: Reza Taha
KOTA BHARU, 26 April: Wanita dan lelaki yang dikatakan berada di tengah kemelut nampaknya tidak sebagaimana yang dilaporkan oleh media Indonesia. Semalam kedua-dua mereka menyertai majlis menerima menantu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di kampung Kota, Kota Bharu Kelantan.

Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Kelantan bersama isteri baginda, Cik Puan Temenggong, Monahara Odelia Ponit, telah berkenan untuk berangkat ke rumah anggota exco kerajaan negeri itu kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Baginda hadir pada majlis kesyukuran sempena menyambut menantu pertama Husam dan Datin Rohana Abdul Rahman, iaitu isteri kepada Ahmad Syafi’, 21, Indah Purnama Sari, 19.
Anak sulung kepada pasangan suami isteri itu selamat diijab kabulkan di Banten, Tangrang, Jakarta pada Disember 2008.
Indah Purnamasari anak kedua daripada tujuh orang adik beradik itu merupakan anak kepada pegawai kerajaan di Republik Indonesia, Haji Didin Solahuddin Aep Hasbuna, 46 dan isteri Hajjah T. Fatimah Kamaruddin, 42.

Tengku Temengong kelihatan begitu mesra dan sesekali ketawa riang bersama pada majlis itu.
Baginda bersama isteri sempat meraikan pengantin dan beramah mesra dengan Husam dan isteri selama setengah jam.

Husam ketika memberitahu media berharap pihak tertentu yang cuba memburukkan imej istana khususnya Tengku Temenggong dan Cik Puan Temenggong supaya menghentikan segera tindakan itu.

Menurutnya, lagipun apa yang beliau dapati hubungan mesra antara pasangan terbabit sentiasa wujud sejak mereka berkahwin tahun lalu dan bukan hanya pada hari ini.
"Sebelum ini mereka kelihatan bersama keluar turun ke bawah untuk menghadiri program, jadi tidak timbul lagi ianya berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negative terhadap pasangan terbabit.

Tambahnya, biarkan pasangan itu hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan pihak tertentu.

11 comments:

ironseven said...

ALLAH dan ingatkan dalam al-quran bila datangnya apa2 berita harus diselidiki dulu...

maka benarlah ayat2 allah itu. dan yag terkandung di dalam al-quran.

cuma umno yg dari dulu kini dan selamanya meminggirkan al-quran. malah menghina dan mempersenda.

yang terkini isu non-muslim kembali kepada agama fitrah.

apa nak jadi umno ni..tu la musibah dipimpin oleh org yg mengamalkan rasuah dan ajaran hindu!!!!!!!

jaam said...

Saya memperolehi artikel berkenaan yang diterbitkan oleh saf ulamak muda dari PMRAM ketika mengunjungi blog adinda Nasrudin Tantawi di http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Ianya bagi sata suatu pandangan yang padat dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN
ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH
DAN KELUARGA

1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

rعَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anak
Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009
Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain

add said...

besi buruk... gilo

Anonymous said...

selamat berbahagialah pengantin baru...
*Takde sekor komen ikut tajuk... Bengong....
Barua umno...

add said...

matjalie jeles doh...gi la ambik eli wong tu,,, bulih cium bulu tiyok pun jadi la,,,

anakjatiperak said...

Moga kasih tuanku berdua kekal hingga akhir hayat.Ampun Tuanku..

Tahniah,Dato' Husam dapat menantu. Moga hubungan dua negara akan erat lagi.Tahniah!

lovespiraldownwards said...

dalam Mingguan Malaysia ada keluar gambar cerita ni arini. tapi takde pun mention kenduri rumah YB Husam. Cikai sungguh depa!!

add said...

Malam tadi telah berlangsung PROGRAM PENJELASAN krisis di PERAK! program ini telah disertai oleh lebih kurang 250 orang dari sekitar negeri Perak, ianya adalah stu forum yang di buat secara interaktif. Program tersebut telah dianjurkan oleh National Press Club!


Saudara Rocky(Rocky's Bru) telah membuat sedikit ucapan pengenalan dan seterusnya moderator pada malam tu Tuan Syed Akbar (Outsyed the box) telah menjemput panel pertama Dato Shafee Abdullah untuk menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku di negeri Perak mengikut lunas undang-undang.


Panel kedua, Dato Mohd Hafarizam pula telah menceritakan mengenai kronologi isu Perak dan panel terakhir pulak adalah Mr Nga Hock Cheh, beliau adalah ketua peguam DAP Perak.




Kira-kira lebih dari 200 orang yang menghadiri majlis tersebut terdiri daripada pelbagai fahaman politik yang berbeza, mereka dapat berdialog dan bertanya soalan secara langsung kepada panel-panel yan hadir pada malam tu.



Saya tak nak cerita kat sini apa yang mereka katakan semalam, anda boleh melihatnya dari blog Outsyed the Box dan blog A Voice


Biklah sekarang saya nak cerita apa yang saya nampak semalam dari kacamata saya, dari hujahan dan proses soal jawab semalam saya nampak yang pakatan pembangkang sudah kehabisan modal, malah saya juga telah difahamkan oleh pihak penganjur yang bekas MB dan adun sitiawan tidak mahu untuk menyertai acara ini!


Saya agak terkejut bila mendengarkan reaksi mereka ni, bukankah hari tu mereka dengan begitu kuat mengkritik BN mengambil kerajaan Perak secara haram? Kenapa bila kita ajak untuk berdialog dengan rakyat mereka tidak mahu menyertai pulak ya? Mengapa? Why?




Kerana mereka tahu yang mereka sudah kehabisan modal, mereka sudah tidak boleh nak pusing undang-undang untuk menghalalkan cara mereka, inilah hakikatnya, malah mereka telah menghantar seorang peguam yang dah agak berumur dan hujahan beliau juga lebih retorik, senang cerita lebih politik la!


Manakala pihak BN pulak telah menghantar Dato Mohd Afarizam yang telah bersedia dengan segala hujahan undang-undang dan fakta yang tak boleh disangkal lagi akan kesahihannya, saya nampak semalam penyokong pihak pembangkang semalam tidak agresif.


Malahan kehebatan Dato Shafee Abdullah dan Dato Hafarizam dalam menjawab keseluruhan persoalan kedua pihak dari aspek perundangan telah membuatkan masing-masing lebih faham akan situasi yang berlaku di Perak


Malah setelah kesemua panel menyampaikan hujahan mereka, saya nampak ianya telah membuka minda dari kedua belah pihak dan suasana di dalam dewan itu yang pada mulanya saya fikir akan menjadi panas telah berjalan dalam suasana harmoni, inilah saya katakan semangat Malaysia Boleh!


Akhirnya kebenaran terbongkar jua! Maka sudah dapat diketahui lah rakyat negeri Perak semalam bahawa tuanku Sultan Perak telah menjalankan amanah baginda dengan adil dan saksama!


Maka selama ini pakatan pembangkang telah membakar api yang palsu di negeri Perak, kenapa semasa 8 Mac 08 dahulu Bn boleh terima kekalahan dan membiarkan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan? Harus di ingat ya, pakatan pembangkang bukanlah satu badan politik berdaftar seperti BN.


Mereka telah meletakkan nama persefahaman mereka yang rapuh ini atas nama "Pakatan Rakyat" mereka tiada logo atau bendera seperti BN yang telah didaftarkan secara sah! Mereka ini ibarat macam sayarikat berlainan yang membuat 'joint venture' itu sahaja, tidak lebih dari itu!


Kenapa, apabila sudah berlaku perubahan kerajaan mereka tak boleh terima kenyataan bahawa mereka sudah tidak lagi mejadi kerajaan? Kenapa harus pakatan pembangkang membuat kacau bilau di negeri Perak yang tercinta ini? Kenapa? Why?


Penyokong mereka juga telah menuduh BN merampas di Perak ikut pintu belakang, apa? Pintu Belakang? Siapa yang kuat main belakang ni? Siapa yang tak reti nak jaga ADUN? BN atau Pakatan Rapuh? Salah siapa sebenarnya?


Tuduhan pembangkang bahawasanya BN telah membeli adun-adun yang telah keluar dari Pakatan Pembangkang adalah palsu dan tidak berasas sama sekali! Kalau dah tak reti nak jaga ahli dalam parti sendiri, orang lain jangan disalahkan!


Kepada Nizar dan Sivakumar, janganlah anda menjadi boneka kepada dua bersaudara itu lagi, saya sudah dengar sendiri rintihan dan keluhan rakyat negeri Perak mengenai keadaan yang berlaku sekarang ni! Mereka tidak menyukainya, mereka mahukan keamanan dan mereka risau akan keadaan ekonomi.


Sudah-sudahlah la tu, apa yang penting sekarang adalah kebajikan rakyat negeri Perak bukan? Kita sama-sama dahulukan kepentingan rakyat, dengan membuat keadaan kucar-kacir begini, tidak ada mana-mana pihak pun akan gembira, kamu dah perintah selama 11 bulan dahulu, maka sudahlah, 3 tahun lagi nanti anda boleh cuba memenangi semula hati rakyat negeri Perak!


Apakah Pihak Pemmbangkang fikir dengan buat begini rakyat akan simpati pada anda? Saya percaya jawapannya adalah tidak sama sekali, maka saya seru kepada pembangkang supaya hentikanlah sandiwara politik di Perak!


Tolong jangan libatkan kami rakyat negeri Perak dalam permainan politik kotor kamu wahai pihak pembangkang! Kami dah nampak dan sedar akan keadaan sekarang, janganlah sampai berlaku perkara yang tak diingini!


Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya berasa sungguh gembira semalam kerana walaupun pendapat politik kita berlainan namun atas semangat keMalaysiaan kita dapat menjalankan forum tersebut dalam keadaan aman damai.


Ibarat kata saudara Rocky, sebelum kita nak jadi satu Malaysia kita harus duduk satu meja dahulu dan bincangkan tentang masalah-masalah rakyat!


Tahniah kepada NPC terutama sekali saudara Rocky kerana telah mengadakan satu program yang amat efektif dan berkesan sekali! Juga diucapkan tahniah kepada moderator Tuan Syed Akhbar yang telah berjaya mengawal soalan-soalan panas dan dialog ini dengan begitu berjaya sekali!


Akhir kata ketiga-tiga panel telah mempersembahkan semalam, sekarang terserah pada rakyat untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk, sehingga kita jumpa di lain kali, sekian. Wassalam


Lihatlah betapa ramahnya MB Perak yang baru Dato Seri Dr Zambry, klik disini


Posted by Parpu Kari at 10:00 PM

Anonymous said...

Wei... add..mu ni doh gilo ke..ke jadi tak betol sjk bola kalah..
takdak sapa nak ulas cerita mu ni,usahkan ulas baca pun aku malas..dah la amik hak org lain,pastu tiap2 post mu selit cite ni..baik mu copy kat kertas pastu gi tampal kat jamban la..,Kah kah kah kah

add said...

oi mat jalie,,,bola aku menang la wei....
Ketika Pakatan Rakyat Selangor mempertikaikan kos lawatan teknikal penjagaan sungai dan industri batik ke Jakarta Dan Jogjakarta oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Dr. Khir Toyo pada 2004, akhirnya ludah mereka terkena muka sendiri. Semalam, Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang membelanjakan RM 164 ribu untuk lawatan ke Medan membabitkan hanya 17 orang Delegasi.

Ini berbanding lawatan oleh Dr. Mohamad Khir ketika itu yang berjumlah hampir 60 orang, termasuk Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, pegawai daerah, YDP Majlis dan para pegawai yang terbabit dengan pembangunan industri kecil dan sederhana di Selangor.Datuk Azhar dilaporkan berkata dalam DUN Pulau Pinang semalam, ”… saya juga hendak tanyalah mengapa jumlah yang dibelanja untuk lawatan ke Medan, Indonesia yang disertai seramai 17 orang menggunakan duit kerajaan negeri mencecah RM164,000 iaitu kira-kira RM9,000 seorang. Bukan jauh pun tempat itu, tapi ke Medan sahaja.”

Sekarang siapa yang membazir? Malah kita juga tertanya-tanya apakah tujuan lawatan ke Medan tersebut? Ramai rakyat Malaysia tidak akan tahu apakah yang boleh dipelajari dari lawatan ke Medan ini.

Bagi yang pernah ke sana Medan hanya terkenal sebagai tempat membeli belah, makan dan sesetangahnya mengatakan “perempuannya”.

Kita juga hendak mendengar pandangan Teng, Azmin dan Saari Sungip yang begitu berdegar-dengar mempersoalkan kos lawatan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini tanpa melihat perincian (details sebenar).

ezany said...

unikl mmg utk pengkhianat negara..
minta kerajaan haramkan unikl.. tutup terus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...