Wednesday, April 15, 2009

Kerajaan Negeri Selangor tawarkan Eli kekal Exco dan Adun

SHAH ALAM, 15 April: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusanuntuk menawarkan Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis MesyuaratKerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Justeru itu, jika Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untukmeneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.

Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

13 comments:

indraputra80 said...

BN tentu paling suka jika eli kekal Exco dan Adun.

Kerana jika berlaku sebalik nya., tentu ada lagi PRK.

Ini yang tak sanggup di hadapi ole mereka.

Sudah 4 kali kalah.

Dan di Bukit Lanjan jika di adakan PRK.,mereka bukan saja kalah silap silap wang pertaruhan akan hilang.

Jgn Maree!!!

uncle nano said...

indraputra..lu cakap macam tara pakai otak,lu ingat BN apa?

Naruto sensei said...

Salam Uncle nano saudaraku

betul jugak apa yang indra kata tu jangan le mare cuba anda baca ni..


Keputusan kekal Eli untungkan BN
Abdul Rahim Sabri | Apr 15, 09 2:55pm
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan, menguntung Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia juga menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan nilai-nilai yang mereka pegang.

Ditanya bagaimana keputusan itu menguntung BN, bekas menteri besar Selangor itu berkata, kerana ia akan menjadi isu politik yang berpanjangan.

"Terima atas keputusan (kerajaan Selangor itu)....kita akan mengeksploitasi isu tersebut," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri itu.

Dalam sidang akhbar pagi tadi, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jik Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.

Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.

Khalid berkata, keputusan mengekalkan Elizabeth itu adalah wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.

Manakala Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan petang ini sama ada beliau akan menerima tawaran atau sebaliknya.

Naruto sensei said...

ADUN TAK DIBAYAR GAJI

Hashim Jasin (Pas-Sanglang) menggemparkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam apabila mendakwa tidak menerima apa-apa bayaran, termasuk gaji daripada kerajaan negeri bagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disandangnya sejak September lalu.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana mustahil kerajaan negeri terlalu miskin sehingga tidak mampu membayar gaji seorang Adun atau mungkin gaji yang sepatutnya saya terima masih dibayar kepada wakil rakyat terdahulu (Abdulllah Hassan), sedangkan terbukti kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, tidak sah.

"Saya bukan pentingkan diri sendiri kerana wang gaji yang saya terima itu akhirnya akan disalurkan kepada rakyat juga. Malah, ada gaji atau tidak, saya tetap perlu jalankan amanah sebagai wakil rakyat seperti dipertanggungjawabkan.

"Justeru, saya minta kerajaan negeri melihat isu ini sebaik mungkin bagi membolehkan saya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna," katanya.



APA DAH JADI?
KERAJAAN NEGERI DAH POKAI..
ADA KETIRISAN..

Kedaikopi tepimasjid blog..

jaam said...

AAIK!?

LEBIH KURANG SAMA JER DENGAN UMNO!?

JANGAN MONYET.....JANGAN!.

Naruto sensei said...

Kalau tak tau berkias susah le

Malas nak direct nanti ada yang terasa pas tu tak boleh terima mulalah maki2

shyufi said...

umno @ amno?

irza said...

uncle nano said...
indraputra..lu cakap macam tara pakai otak,lu ingat BN apa?

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

B= BARISAN
N= NERAKA

JADI BARISAN NERAKA........

HAHA TOLOL!!!!!!

sapphire said...

Kebykan penyokong BN memang bodoh, sama macam Khir Toyo. They are filling up the hell with their stupidity... She was a victim in this case and denying her off her current post as an ADUN is absolutely unjustful... The people have chosen her, and so be it. Khalid Ibrahim and the Sgor government have made a wise decision on this matter.. Congratulations!!! Khir Toyo and cronies go to hell!!!

Parpu Kari said...

KENYATAAN MEDIA OLEH
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BB

Salam 2 all.

YAB Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan hari ini untuk mengekalkan YB Elizabeth Wong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN Bukit Lanjan.

Keputusan ini dibuat walaupun YB Eli telah meletakkan jawatan bagi kedua-dua kedudukan tersebut bersabit daripada isu gambar yang terbongkar baru-baru ini.

Keputusan dibuat berdasarkan 2 sebab utama iaitu kegagalan pihak polis menyelesaikan siasatan dan kerana menghormati hak peribadi YB Eli.

Saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB & Kerajaan Negeri Selangor dan mengambil keputusan memufaraqah dan memisahkan diri saya daripada keputusan tersebut.

Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan YB Eli yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Surat perletakkan kedua-dua jawatan tersebut telahpun beliau kemukakan.

YB Eli telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau!

Saya yakin YB Eli mengetahui & memahami benar masalah yang beliau hadapi. Sebab itu YB Eli memilih untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Exco & ADUN. Itu adalah hak beliau untuk berbuat sedemikian.

Saya cukup yakin beliau telah menimbang keadaan sekeliling dan pebagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.

Keputusan YAB MB & Kerajaan Negeri Selangor memaksa YB untuk terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai Exco dan ADUN memberi gambaran seolah-olah YAB MB & Kerajaan Negeri tidak menghormati keputusan YB Eli untuk meletak jawatan.

Keputusan YAB MB & Kerajaan Negeri Selangor juga akan menambahkan tekanan terhadap YB Eli. Sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadap YB Eli.

Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi untuk YAB MB & Kerajaan Negeri memutuskan isu ini dengan menyalahkan pasukan polis. Kita semua tahu dan sedar bahawa siasatan polis dilengahkan kerana tiada kerjasama orang yang disyaki yang memilih untuk tidak bekerjasama sehingga ke hari ini.

Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh YAB MB & Exco Kerajaan Negeri Selangor apabila YB Eli sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau.

Saya sangat bersimpati dengan YB Eli dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang-petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadi YB Eli.

Soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza.

Saya berharap YAB Menteri Besar & Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula keputusan mereka dan menghormati keputusan YB Eli yang telah memilih untuk meletakkan kedua-kedua jawatan beliau sebagai Exco & ADUN Bukit Lanjan.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
Rabu 19 Rabi'ul Akhir 1430

BLOG YB ZULKIFLI NOORDIN

APA CERITA NI PAS? MACAMANA YB ZUL LAGI LANTANG DAN LEBIH ISLAM DARI PARTI PAS NI? AKU TAK FAHAM LA!

MANA PI ORANG2 PAS SEMUA? I NEED AN EXPALANATION!

cg's said...

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya rakyat yang buta hati dan pekak telinga akan tahu betapa rendah moral kerajaan Pakatan Rakyat yang 'menghalalkan' keruntuhan sosial dikalangan pemimpin mereka.Perkara macam nie yang cuba diikut oleh PAS pulak, yang kononnya memperjuangkan Islam. MasyaAllah....

mareesta said...

kesian eli...........
sabar aja lah........
the next one day you'll meet the good days.harap-harap rakyat malaysia dapat terima eli kembali sebagai exco dan adun kerana dia difitnah dan privacy dia diceroboh.

apam taiping said...

uncle nano said...

indraputra..lu cakap macam tara pakai otak,lu ingat BN apa?
....................................
uih...bn tu ape uncle nona??
hebat sgt ke?cube crite ckit..setahu aku bn ni parti cap ayam je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...