IPOH, 18 April: Speaker Dun Perak, V Sivakumar menggantung sekali lagi tugas Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri selepas Abdullah memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan beliau sebagai speaker.
Sebelum ini, Abdullah digantung selepas mengeluarkan kenyataan panggilan sidang Dun yang dibuat oleh Sivakumar tidak sah.
33 comments:
Ha.,ha..ha.,
padan muke...
Zabri mugabe tu pun jgn kasi masuk.Bior diorang pulak bersidang bwh pokok...Kah kah kah
murni juga hati org PR ni... tak pernah lagi dengar kena pecat... gantung aje banyak... BN lagi teruk sampai pecat IMAM PORIGI, IMAM mashjid yg jemput NIZAR, Ahli JKKK kampung... sedey2... tutup periuk nasi org dan org itu adalah melayu! TAKBIR!
Najib & UBN mungkin surrender PRK Penanti...??
sumber Berita Hairan:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090418144344/Article/index_html
Baginda Reformasi said...
murni juga hati org PR ni... tak pernah lagi dengar kena pecat... gantung aje banyak... BN lagi teruk sampai pecat IMAM PORIGI, IMAM mashjid yg jemput NIZAR, Ahli JKKK kampung... sedey2... tutup periuk nasi org dan org itu adalah melayu! TAKBIR!
______________________________________
mmg murni pun kan.....2la, kata utk mmbela bangsa, mghancurkn bangsa sndri ada la.ksian tok imam 2.....xpa, ALLAH brsama org2 yg sabar...
Tadi najib kata BN mungkin tak letak calon di Penanti.. hai awal2 dah surender ker.. kalau jadi ini lah kali pertama dalah sejarah Malaysia BN takut sampai tak letak calun di PRK...
Siap2 lah kawan2 kain kapan Untuk UMNO dah beli ke??
Salam semua...
Baginda Reformasi. itu ler dia budaya UMNO.. "Melayu Sembelih Melayu" Sebab itu, Melayu Bangkit Tolak UMNO!!!!
pasal krisis di perak ni...
aku bukannya nak hina Nizar tu... tapi depan kepala kengkawan aku yang pergi kempen kat bukit gantang ari tu... dia kena arah "apa nak buat dan apa yang perlu dibaca" oleh ngeh tu.
"alooo dato' lu baca ini saja... "
so camne...
Cherry said...
pasal krisis di perak ni...
aku bukannya nak hina Nizar tu... tapi depan kepala kengkawan aku yang pergi kempen kat bukit gantang ari tu... dia kena arah "apa nak buat dan apa yang perlu dibaca" oleh ngeh tu.
"alooo dato' lu baca ini saja... "
so camne...
-----------------------
Alo Chery lu cakap ini macam aa boleh percaya ke... oo kalau macam tu wa pun boleh cakap kawan gua pun ada sama itu mail pian pigi Danok oke ka!!! bololah lu punya ayat.. kasi bukti ma !!... wa sana kempen lo.. itu follow sama nizar ma .. lu jangan main sedap ikut cakap lo...lu ingat semua orang malaysia serupa bodoh macam lu ka.. haiyaaa chery aa..
salam semua
aku cuma menyampaikan sahaja... sebab yang cakap tu bukan sorang...
kalau tak percaya kite tengok dan teliti dari masa ke semasa ... jangan buta dan tulikan ...
ada mata tengok.. ade telinga dengar... ade akal fikir...
allo cherry,,,
lu aaa...ayyaaa..wa kerja sama itu nizar ma...ngeh ngeh ngeh adala...
lu olang ameno ala ikut nizar ka time tu?ayyaaa...lu ni apa pasat lu tatak lakam ma...henpon lu talak kamela ka?tu la talak cukup wang mau beli pasat inplasi...lg mau pangkah ameno ka??ayyyaaa...lu ni...celi bucuk..
Ye lah anda tu menyampaikan sesuatu yang boleh diragui.. tiada bukti kukuh atau hujah yang yata .. semua orang boleh buat tuduhan macam tu chery..
sedangkan dalam Islam kita kena selidik dlu apa yang disampaikan oleh orang lain .. nak2 pulak cerita2 macam awak ni yang tak de buktinya... dan yang nyatanya saya adalah orang yang follow Nizar berkempen takde pulak cerita yang awak kata kan tu berlaku... And betul ke kawan awak tu cakap... kan UMNO menalah nak ikut kempen pembangkang... jangan buat cerita fitnah tu..
ada mata tengok.. ade telinga dengar... ade akal fikir...
untuk menjadi bijak tu supaya selidik dulu cerita2 yang meragukan .. betul tak Cherry??
Cherry said...
pasal krisis di perak ni...
aku bukannya nak hina Nizar tu... tapi depan kepala kengkawan aku yang pergi kempen kat bukit gantang ari tu... dia kena arah "apa nak buat dan apa yang perlu dibaca" oleh ngeh tu.
"alooo dato' lu baca ini saja... "
so camne...
______________________________________
ko tu yg ptt buka mata telinga dan hati, ada otak fikir, ada mata tgk ada telinga bukan utk dgr saja2 tnp bukti. ko ada dgr sndri ka?
byk org dgr ko ckp, ntah2 drg saja2 sebar fitnah......ko tau x yg drg ckp 2 btul atau x?
fikirla cherry oooiiii
kenapa Abdullah tidak faham cara berorganisasi, siapa lebih utama, pengerusi, setiausaha atau pun bendahari, Abdullah perlu ingat, dewan Perak masih ada Speaker yang sah, walau pun MB ada yang halal dan yang haram. Abdullah perlu ingat dan jangan lah jadi tali barut UMNO, UMNO sudah tidak releven seperti kata-kata hakim hacks tempoh hari.
"RASUAH FOR ALL" WA SUDAH LAMA TARA MAKAN DUIT HARAM...MANYAK LAPAR...SIAPA BOLEH KASI ITU RASUAH...WA MAU MAKAN BESAQ...KENAPA LU OLANG TALA RASUAH ITU SPEAKER?SIKALANG MANYAK SUSAH WOOO..
kita tengok tok zamry wt sidang dun bawah pokok....kahhhhhhhkah
abdullah antong 2 sape? kn dia dh kne gantung tugas sebagai setiausaha dun? ni la orang umno, tak tau fikir, mgkin otak dia kt buntut bini kot........
“ڤروسيس ڤلنتيكن دان ڤڠيسين جاوتن ايت ممرلوكن كلولوسن جابتن ڤرخدمتن عوام ﴿جڤا﴾. سلڤس ايت سلاكو سوك كراجأن نڬري ڤراق دان باڬي ڤيهق كراجأن نڬري، اكن مڠلواركن سورت راسمي ڤلنتيكن ستياءوسها دون ڤراق.
معنىڽ تياد كنا مڠنا دڠن كواس سيۏا كليڠ تو. ها...ها...ها.
اينله مريك يڠ ڬيلا كواس . مريك اين تق ڤرنه مراساكن بركواس. بري كواس سديكيت مريك لبيه بركواس لبيه درڤد راج. ككبالن راج نق د هاڤوس دان د ڤرتيكاي. بيلا كنا كڤد ديري سنديري ، هندقكن ككبالن سڤنوهڽ. دچوڠكيلڽ سڬالا ڤرونتوقكن اوندڠ-اوندڠ اونتوق ممبنركن تيندقن دان مڠبلكن مريك.
مريك جنيس اين كالاوله دتاقدركن دبري كواس سڤنوهڽ ممرينته مليسيا ، ڤڠهوني ڬوا بوليه بايڠكن تيندقنڽ. ڤينديق كات كم تاهنن كمونتيڠ تو ترڤقساله دبوات 10 ك 20 بواه لاڬي. سموا موسوه ڤوليتيك مريك اكن دسومبت ك سان.
اينله اختيبار يڠ سڤاتوتڽ كيت سموا امبيل دان ليهت دڠن هاتي تربوك. اينله حكمه دري ڤريستيوا اين سموا. توهن بريكن دان بياركن اي برلاكو اونتوق كيت سموا برفيكير دان منيلاي كڤيمڤينن مريك جك د بري ممرينته مليسيا. ايت بارو ڤراق. بايڠكنله..................................................
كڤالا دان فيكيرن مريك جنيس اين تله دسكت اونتوق برفيكير سچارا وارس كران ترلالو مڠيكوت سينتيمن دان كران كايڬوان ديري.
pasal nizar tu.. saya percaya ngan kawan saya.
bagi mereka yang tak percaya... tanyalah orang-orang nizar sendiri yang tidak ade kepentingan..
Cherry said...
pasal nizar tu.. saya percaya ngan kawan saya.
bagi mereka yang tak percaya... tanyalah orang-orang nizar sendiri yang tidak ade kepentingan..
===================================
TAK YAH WT PROVOKASI LA KO CHERRY...YANG SEBENARNYA KO ORANG UMNO DH TAK ADA ISU YANG NAK DI BANGKITKAN....HANYA UNTUK AMPU ADA LA........KITA TENGOK AJE, LEPAS BULAN MEI NI, DUN PERAK AKAN DI BUBARKAN....MESTI BN/UMNO AKAN KALAH.....KO AKN GIGIT JARI LA ATAUPUN PI ISAP.........KT MAMAK BARUA ARRRRRRRRRRRR
Cherry said...
pasal krisis di perak ni...
aku bukannya nak hina Nizar tu... tapi depan kepala kengkawan aku yang pergi kempen kat bukit gantang ari tu... dia kena arah "apa nak buat dan apa yang perlu dibaca" oleh ngeh tu.
"alooo dato' lu baca ini saja... "
so camne...
.........................................................
ape maksud 'kepala' kengkawan ko?
kepala lutut ka?
aiya..kengkawan lu mmg mangkuk..patut la lu olang kalah manyak teruk!!olang tukang kempen talak boleh harap!..menfitnah, mengampu...2 je la keja lu olang..
mengabiskan beras segantang aje...hahaha..manyak suka ma...
DUN Penanti
cadangan saya kepada UMNO tak payah sertai. Sebab:-
1. Tak rugi apa-apapun kalau tak sertai. Tak perlu ade apa-apa projek dan tak paya susah-susah buat janji. senang. lagipun orang kat sana memang tak nak pembangunan.
2. Apa-apa masalah atau salah faham perlu dibereskan dahulu. Jangan jadi macam kes di permatang pauh.
3. sekurang-kuranya bagi redakan cerita politik yang tak sudah-sudah ni. adoooi muaklah. YB-YB pergi buat keje lah ... jangan asyik berbincang dan berforum tak sudah-sudah. balik tengok kawasan masing-masing. YB pembangkang terutamanya... cakap saja lebih... datang jenguk kawasan pun takde.
Cherry... puak pembangkang ni memang susah nak percaya benda-benda macam ni.. si ELI yang ngaku bersekedudukan pun dio kata umno yang salah.
adddooooiii.
cherry ...biarkan luncai terjun dengan labu-labunya... ramai lagi yang percaya. saya pun percaya.
biskut cherry,,,...
xnak jatuh ditimpa tangga lagi ke?
bkn ke 2 sebagian dari cara idup puak2 umno-bn skang?!..kahkahkahkah...
ramai lagi percaya org2 umno da nak masuk hospital ngan jail...
najib da pening2 angsa,KJ di mana?..
Sekiranya Najib berfikir pilihan raya itu membazirkan wang rakyat, mengapa beliau tidak berfikir demikian sewaktu hendak melancarkan 'kudeta' ke atas kerajaan Pakatan Rakyat dulu. Bukankah dengan rampasan kuasa itu ia menjejaskan ekonomi Perak dan tentu melibatkan kerugian yang banyak dan menyusahkan rakyat sampai kini.
Jangan Najib bersikap double standard dalam hal ini. Kerana pilihan raya itu akan memberi malu dan merugikan UBN maka beliau cuba hendak diselindungkan dengan kononnya untuk menjaga harta rakyat. Cuba kalau situasi sekarang ini berpihak kepada UBN, tentu sekali pilihan raya kecil itu dialu-alukan.
Kalo dah cadangkankan mcmtu bagusle.,cherry...tapi tang pilihanraya kecil mau tak mahu nak kena diadakan juga sbb adunnya dah letak jwtn dan perlu di isi.Soal umno x nak letak calon tu terpulanglah.Lagi senang x payah membazir mcm ko ckp tu.Tambahle skt lg ayat tu yg korang takut kalah dan malu besor...
UMNO ada memang menyusahkan rakyat, Bilalah mereka nak gali kubur sendiri agaknya...Bosan juga bila tengok di TV dialalah yang paling betul.
Cherry said...
pasal nizar tu.. saya percaya ngan kawan saya.
bagi mereka yang tak percaya... tanyalah orang-orang nizar sendiri yang tidak ade kepentingan..
_______________________________________
kalau prcaya mmbabi buta, baik xyah.....ntah2 kwn ko 2 saja pgaruh mnda ko yg cetek 2...
APRIL 18 — Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di DUN Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang DUN Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (April 17) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang DUN Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di DUN Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di DUN Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang DUN selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang DUN selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang DUN selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa DUN Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang DUN Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa DUN Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18 Februari, 2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang DUN Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang DUN Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang DUN Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi DUN Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. — Harakahdaily.net
TULISAN PEGUAM = HANIFA MAIDIN
Jaam2
tak habis nak dapat sokongan dengan tulisan jawi je ker.. nasibla saya malas nak balas pakai tulisan jawi macam anda ... pasal nanti tanya kat anda pun bukannya nak jawap sembunyi adalah...
nak menunjukkan yang anda terlalu Islamik la konon ha ha ... takpe2 teruskan nanti ada masa saya nak soal anda dalam bahasa Arab pulak...ah tak pun bahasa Jepun lah Islam kan tak kira bangsa bukan untuk melayu yang tahu jawi jer...
Anda kata Siva gila kuasa anda lah sebenarnya yang gila menyesatkan orang... kuasa speaker mana boleh di cabar di mana2 takkan itu pun anda tak tahu!! awat kolot sangat..sepanjang sejarah Malaysia merdeka tiada pernah berlaku kuasa speaker di cabar di mana2 mahkamah di malaysia.. hai Jaam anda baru menyusu kaji balik sejarah jangan buta sesedap tangan anda menuduh orang gila kuasa.. Kata negara demokrasi asas2 demokrasi pun tak tahu apa kejadah nak tulis pakai tulisan jawi konon...Di negara demokrasi kuasa speaker adalah muktakat dan tidak boleh di cabar melainkan Hakim yang mengadili berat sebelah dan perasuah..
Contoh ketua hakim mohd Zaki sendiri yang mengaku pernah memberi Rasuah semasa dia menjadi peguam apa cerita boleh bagi dan ambil rasuah.. dan jangan terkejut ada beberapa bekas hakim yang menhuraikan kes ini mengatakan hakim yang mengadili kes ini terlalu memihak kerajaan BN dan sepatutnya kes ini tak perlu dibicarakan kerana ianya menunjukkkan cubaan campur tangan pihak Mahkamah atas kuasa Executive yang dijamin dalam Undang2 tubuh negeri Perak..
Wei jaam anda jangan kolot sangat
Kalau kuasa speaker boleh dicabar kes Gobind kes Adun yang digantung dah lama dah ke mahkamah.. dah lam Pandikar Amin mulia berulang alik ke mahkamah..
Sekarang ni kerajaan BN lah yang gilakuasa menculik adun PR yang dahulu depa tuduh rasuah ( tapi memang patutlah UMNO memang tempat perasuah menempek ).. melantik MB tanpa mengikut prosedur yang betul walhal MB lama masih tidak mletak jawatan pun..
sedangkan hanya 3 cara yang membolehkan MB Nizar lucut jawatan:
!) dia sendiri letak jawatan..
2) Undi tak percaya..
3) Bubarkan Dun..
Itulah mengikut prosedur Jaam ooi.. Bn tak buat malah lantik MB tanpa melucutkan jawatan MB lama..mencabar pula kuasa DUN di mahkamah samalah BN menghina DUN PERAK ada faham...
Sebab tu la peguam2 BN pergi ke Englang nak belajar macam mana nak lawan kes ini sama dengan belajar macam mana nak Auta rakyat sebab UMNO memang anak emas British..
Pejuang2 Islam dan Ulamak yang berjuang dan ada yang mati lawan British.. UMNO dia kipas dia bodek British dia amalkan cara hidup british terus dapat dulang Merdeka
lepas tu langgar prinsip2 demokrasi..
Jangan kerana BN buat silap lepas tu nak salahkan orang pula.. Ibarat ayam berak terpijak tahi habis terpalit Ayam yang lain...
APA????BN TAK BERTANDING DI PENANTI???JADINYA TAKDE PELUANG LE RAKYAT PENANTI NAK MERASA PROJEK"MEE SEGERA"KERAJAAN BN,WAAAA...CAMNO???ORANG BKT GANTANG DAN BKT SELAMBAu DAH KENYANG DAPAT PROJEK2 "MEE SEGERA"
dan takde peluang lah,warga penanti nak tgk terian erotik seperti di KUALA SEPETANG yang turut disaksikan oleh YB ZAHID HAMIDI hari tu.
kalau org umno buat tuduhan,pembangkang akan kata kena ada bukti dan kutuk mcm2 kat org umno tapi kalau DAP(pembangkang) buat tubuhan tanpa bukti pembangkang akan terima bulat2.mcm tu ke keadilan.Lu pikir lah sendiri
Post a Comment