Wednesday, April 22, 2009

Terengganu: Idris kuasai Dun, Ahmad Said kuasai parti

KUALA TERENGGANU, 22 April: Selepas kem Idris Jusoh mendakwa dapat sokongan majoriti anggota Dun Terengganu, kem Menteri Besar Datuk Ahmad Said pula mendakwa mendapat sokongan tujuh dari lapan bahagian Umno dalam negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan dalam wawancara dengan Siasah berkata, pihaknya mendapat sokongan majoriti pemimpin Umno di Terengganu.

Bagi Rosli, adalah silap Kelab Penyokong Kerajaan yang diketuai Datuk Rosol Wahid membuat 'road show' mengenai isu ini kerana ia seolah-olah mendedahkan pertikaian dalam parti secara terbuka.

Beliau juga berkata, Ahamd Said dilantik oleh Tuanku Sultan Terengganu atas cadangan Perdana Menteri dan adalah tidak wajar pemimpin Umno lain membuat kacau sehingga boleh ditafsirkan menderhaka kepada raja.

Wawancara penuh dalam Siasah Jumaat ini.

14 comments:

Naruto Sensei said...

Jaam said

ڤاس مڠڠڬڤ ديري مريك لبيه اسلام درڤد
اورڠ اسلام يڠ لاين، تيدق سڬن سيلو ملتقكن دوسا ڤاهلا ك اتس كرتس اوندي دمي ڤركارا-ڤركارا دنياوي. مريك برجهاد ممڤرجواڠكن حق اسلام دڠن چارا بركومڤرومي دان منوڠڬو رستو درڤد دڤ اونتوق ممبنتوق كراجأن اسلام چارا مريك. اخيرڽ ترباچول كڽاتأن "سوكوڠ دڤ-ڤاس داڤت ڤاهلا" دري كتوا اجرن ڤاس سنديري

--------------------------------

Takkan nak menyokong politik UMNO yang terang2an menolak hukum Allah yang menakutkan bukan Islam kepada Islam dengan ungkapan "ramai orang akan cacat bila hukum hudud dijalankan" kemudian "Kalau PAS perintah hukum hudud di jalankan nanti semua orang cina kena sunat tak boleh minum arak dan makan babi" bukan ke ayat2 UMNO ini menunjukkan kekufuran mereka kepada ALLAHswt maka kalau mengundi UMNO malah menyokongnya samalah anda kufur kepada Allahswt maka mana lebih baik Barisan Neraka atau Pembela Risalah (sebab PAs sehingga ke hari ini masih mempertahankan hukum hudud tersebut yang terdapat dalam risalah Allah iaitu Al-Quran..

Kalau UMNO benar2 Islam sepatutnya kamu pun bersama menegak risalah Allah bukan menolak atau memperlekehkannya..


Banyak cerita tak payah la Jaam Islam bukan terletak kepada tulisan Jawi je tetapi pemahaman anda tentang Islam..ooo tulis jawi je Islamiklah ye

setelah buat kenyataan2 yang menunjukkan anda kufur terhadap Allah malah anda memfitnah orang tanpa bukti, berhujah tanpa fakta, adakah ini Islam yang anda katakan??

Macam nilah kalau betul lah UMNO ni Islamik kenapa sampai sekarang UMNO menolak melaksanakan Hukum Hudud?? sebab apa UMNO tolak Hukum Allah ni? takut kat sape pulak??

Anda jawab jangan berbelit bagi hujah lepas tu takde jawapan pun diberi..semua pos anda dalam tulisan jawi langsung tak menjawap persoalan yang anda sendiri timbulkan..Jangan ingat anda seorang je yang reti jawi dalam dunia ni.. nah sekarang jawab..


kalau betul lah UMNO ni Islamik.. kenapa sampai sekarang UMNO menolak melaksanakan Hukum Hudud?? sebab apa UMNO tolak Hukum Allahswt ni?

Takut kat sape pulak??

Saya nak jawapan bukan hujah berbelit2faham!!!

Perawi said...

Tanda UMNO&BN dah penghujungnya. Amin Ya'Allah

jaam said...

Saya Sedia dicabar... Hadi Tuju Kepada Siapa?...

APABILA Abdul Hadi Awang memilih Kelantan untuk menjelaskan beliau sedia untuk dicabar sebagai Presiden Pas, saya tidak mengira notis itu ditujukan kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya jamin kalau tertakdir Nik Aziz ingin merasakan kerusi presiden, Abdul Hadi akan serahkan dengan penuh terhormat kepada Nik Aziz tanpa berdolak dalih.

Siapalah Abdul Hadi untuk berlawan dan berdepan dengan Tok Guru itu. Cukup Tok Guru berdeham di hadapannya beberapa kali, Abdul Hadi sudah seram sejuk dan demam. Saya melihat Abdul Hadi seolah kehabisan adat untuk menyatakan penghormatan beliau kepada Nik Aziz.

Setiap kali berjumpa, bersalam Abdul Hadi akan memeluk dan mencium dahi Tok Guru Nik Aziz. Penghormatan Abdul Hadi kepada Tok Guru sungguh tinggi, umpama penghormatan awan kepada bulan purma. Gelagat atau pun suasana itu sering kelihatan di kalangan para guru-guru tarekat dan syeikh-syeikh di Arab saja. Kerana itu kalau ada anasir ingin merenggangkan keakraban mereka berdua ia sesuatu yang amat mendukacitakan.

Memisahkan usaha memisahkan Abdul Hadi dengan Nik Aziz umpama cuba memotong sungai Tigris dengan pedang!

Jadi untuk apa Abdul Hadi membuat kenyataan sebegitu di Kota Bharu? Apakah ianya kebetulan kerana ditanya oleh media di sana? Abdul Hadi boleh mengelak dan mengambil sikap tidak menjawab persoalan yang bakal mengundang seribu tafsiran itu. Justeru, pada saya ada muslihat kalau Abdul Hadi berbuat demikian.

Antara lain katanya, beliau bersedia untuk ditentang dan terserah kepada ahli menentukannya. Baginya perkara biasa untuk melihat kepercayaan ahli kepadanya selaku presiden. Bagaimana pun tegasnya dia tidak akan buang pakaian, (jawatan) kerana ia satu amanah.

Apakah Abdul Hadi ada menujukan kata-kata itu kepada orang tertentu? Atau beliau sendiri sudah mendapat bisikan ada usaha agar kedudukannya dicabar? Atau pun beliau membuat andaian itu kerana mengambil kira terhadap sikap pemimpin tertinggi Pas yang ada mempertikaikan wibawanya sebagai presdien secara tidak langsung.

Tidak dinafikan di dalam ramai-ramai ahli dan pemimpin Pas ada yang tidak sehaluan dan bersetuju dengan pendekataan Abdul Hadi. Baik cara pakai, cakap bercakap dan mengulas isu-isu dianggap sebagai tidak profesional dan terkelakang. Lantaran itu ada orang yang seakan tidak seiringan dalam beberapa isu tertentu dan ada kalanya bercakap mendahului presiden.

Sikap tidak hormat dan beradat ini begitu jelas sekali. Abdul Hadi katanya tidak pernah tersinggung ata pun mengambil hati walaupun sikap itu sengaja untuk merendahkannya. Mungkinkah Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan itu kerana mentafsirkan atas hal-hal sedemikian?

Dalam masa sama ada orang yang mencadangkan supaya Nik Aziz mencabar beliau. Perkara ini mungkin tidak membekas apa-apa oleh Abdul Hadi. Namun di luar munglin ia dilihat sebagai serius. Kalau ada usaha ini tentu sekali bukan dari Nik Aziz sendiri kerana seperti saya katakan tadi kalau Mursyidul Am Pas itu inginkan jawatan itu sebut saja kepada Abdul Hadi akan menyerahkan sepenuh sukarela.

Dalam hal ini nampaknya ada orang yang cuba menggunakan nama Nik Aziz untuk menggugat kedudukan Abdul Hadi. Cadangan itu sebagai memberi mesej kepada Abdul Hadi bahawa rasa kurang senang sesetengah ahli PAs kepada beliau sudah sampai ke tahap Mursyidul Am Pas sendiri.

Saya rasa ahli Pas tidak payah berteka teki dalam soal ini. Mereka yang tidak senang dengan Abdul Hadi atas dasar untuk kebaikan Pas harus tampil ke depan tidak payah berada di bawah bayangan mana-mana pengaruh. Muncullah ke depan dengan penuh kepahlawanan dan lawanlah sendiri Abul Hadi secara mendada.

Tidak ada gunakan cakap belakang dan berlindung di balik pengaruh orang lain. Cara itulah ialah politik orang pengecut dan munafik. Politik begitu politik tikam belakang atau pun mengatakan oarng dalam gelap tidak sesuai bagi Pas sebagai harakah Islamiah. Cara politik menunggang orang lain itu sama dengan orang main polo yang menunggang kuda untuk memukul bola.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jangan sesekali menjadikan ahli Pas sebagai kuda polo!
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jika kita ada kekeuatan dan yakin dengan idealisme sendiri untuk menggalas perjuangan Pas apa hendak takut, berdepanlah. Biarlah ahli yang membuat penilaian. Jangan kita munafik satu masa kita menunjukkan menyokongnya mengajak orang ke rumah kita dan masa lain menahan duri di tengah jalan untuk menyakitkan tetamu itu.

Islam bukan saja tidak suka kita dipatuh ular dua kali tetapi Islam juga melarang kita bersikap lembar batu sembunyi tangan.

Saya yakin Abdul Hadi orang yang menerima konsep demokrasi dan juga syura sedia berlawan dengan sesiapa saja kerana seperti katanya jawatan itu adalah tanggungjawab dan amanah. Dan beliau juga rela menyerahkan jawatan menerusi syura, kerana jawatan bukan mahkota untuk dimegahkan. Sesiapapun berhajat dan cukup kritria berbincanglah dengan beliau, bukan Abdul Hadi minat dengan muzakarah!


Sebenarnya PAS sudah mula berpuak-puak....parti islam ini yang dahulu bersatu...dah mula menampakan team Edorgan dan Ulamak.

Unknown said...

jawatan boleh dipertandingkan , tak le sperti jawatan presiden dalam umno. betul tak?

ulasan jaam hanya prasangka buruk.

Nak tanya, macamana najib naik jadi presiden. apa cerita sebalik tabir?

PKR Negeri Sembilan said...

Kalau Presiden Umno yg baru ni berani buat perubahan,hapuskan kouta untuk pemilihan jawatan presiden. Fight secara jantan lagi demokrasi.

Takpun, demi memperjuangkan Dsar 1Malaysia yg heboh digebangkan-kasik tukar umno jadi multi racial party.Ada berani???????

Tukarkan Umno jadi United Malaysian National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu). Barulah jelas konsep 1Malaysia yg gebang lebih2 dalam media tapi lempung jer....

Pencacai najis Umno...lu pikirlah sendir...ada berani?????????

Naruto Sensei said...

FITNAH UMNO DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini. Malangnya dalam mengekalkan kuasa ,UMNO
telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata2 ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman,memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat. Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahaya nya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga fikirkan dengan teliti:

UMNO PARTI PERKAUMAN DAN PEMECAH-BELAH NEGARA MALAYSIA.!!

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar2 British
Malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak2 pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengikut terus corak pentadbiran sekular British. Rakyat masa tu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British ke Melayu sudah cukup. Walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tak berubah buktinya kebanyakkan Akta2 Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi jadi di manakah perubahannya.?

Sebab itulah kerajaan BN silih berganti Pemimpin tetapi corak pimpinannya masih sama yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja. Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik2 yang ditinggalkan oleh British dulu??

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang2an sekarang..setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan2.
Mereka memfitnah Parti PAS yang tak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, Menolak hukum Islam dan membiak kan kemaksiatan di Malaysia Ini.
Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan2 Pas adalah pelampau yang ganas , Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.. Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata Jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan Cacat kerana hukum Hudud dijalankan..
Inilah bahayanya Umno kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan Fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam.. Apakah ini bukannya kerja buruk Umno mengkufurkan hukum Allah.?

Menghasut pergaduhan Kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak , Pulau Pinang dan Selangor.. mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan Cina sudah biadap merampas negeri melayu,, kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali
Dengan berkata” Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang,” Walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Su kun menjadi KM P.Pinang, Bukan kah Koh su kun itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng??
Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris2 menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali..
Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti Ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata” Basahkan keris dengan darah orang Cina” Yang hampir2 menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.

Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan Orang India berhubung Isu Hindraf. Akhirnya apabila kedua2 kaum ini tidak lagi menyokong UmnoBN mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis .. Inilah fitnah bahaya Umno disaat2 ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata2.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program2 yang melalaikan umat Islam sendiri. Walhal Umno yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil Berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.. Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan Pas pula terkapai2 sendirian dalam menjalankan dakwahnya..

Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada kerajaan PAS, dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai , tidak cukup dengan itu Umno memperlekehkan pula hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. Makah keluarlah perkataan yang menkufurkan Allah dari pimpinan Umno seperti Kalau nak makan Sup Tangan silalah ke Kelantan, “Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan” Juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan “Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah” maka disokong pula pimpinan Umno sendiri.


Mereka juga mempermainkan ayat2 Al-Quran untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Quran ada ayat yang menyokong Umno. Lantas beliau membacanya seperti berikut: “Ya AI YUHALLAZI NA AMANU” Kemudian Mahathir berkata,” tengok dalam Quran AMANU tu UMNO lah” ini Perbuatan munafik dan kufur yang terang2an dan di sokong pula ahli2 Umno . Perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.


Maka apabila Pas mengatakan dalam Al-Quran menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula Pas mengkafirkan Umno sesukahati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran.. Isu ini juga lah yang di mainkan di setiap Kali Pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar Umno apabila mendapat kuasa..

Umno juga selepas itu mengubah Islam, dengan Islam Hadhari yang baru samata2 mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. Permainan politik yang berjaya apabila Umno mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 . Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. Umno akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat.. Di saat perlaksanaan Islam Hadhari tulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.. Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. Mereka juga mengunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam Hadari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri Inilah munafiknya Umno yang kita kenal .. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa. dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka . Sedangkan menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti contoh : Apabila kerajaan Pas mengambil alih kerajaan Terngganu Umno menyekat wang royalti dan mengantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik Umno sahaja bukan kah Zalim perbuatan sedemikian.. Malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.


Bahayanya Umno sebagai penderhaka kepada Raja2. Menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak Umno berbuat biadap kepada Sultan Kelantan. Menggubal undang2 yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja2 pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja2 dalam media2 milik mereka sehingga mengaibkan Raja2 Melayu.bangsa mereka sendiri.. Mereka hanya mebodek Raja2 jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja2 jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan seperti yang Berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan “NATANG” begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu Umno mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..

Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja2 malah mengatakan pula PR diketuai DatoSeri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan Sembah Derhaka. Sedangkan itulah Umno yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah2 mengunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya..

Dan yang paling teruk sekali Umno adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai2 jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali. Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh mengugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Mongolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. Bahayanya kalaulah Negara Mongolia tidak berpuashati dengan kes ini kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan2 yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .

Merampas kampung2 dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. Seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh Umno semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlibat dalam kes2 pencabulan terhadap Wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan bayangkan lah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah2 dilindungi pula. oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan Media2 termasuk blogger milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh Umno disembunyi tetapi menghentam pula pihak 2 yang menuntut keadilan. untuk rakyat jelata.. Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka Umno yang berbahaya..
Jadi anda renungkanlah andaikata ada kuasa yang lebih tinggi selain Umno memerintah Malaysia nanti memang layaklah Umno di ISAkan kerana setip permainan politik Umno mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.



“UMNO DENGAN MAKSIAT”
IBARAT TAIK DENGAN KENTUT

From
Naruto sensei

AdDukhon said...

camni lah perangai org AMENO asyik bgaduh rebut jawatan....camner ni kata RAKYAT DIDAHULUKAN....tapi TAKHTA,KUASA DAN HARTA DIUTAMAKAN...pirahhhhhh x bleh pakai punya orang

Abu Hakim said...

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia
Fahri Abdullah al-Masri
Thu | Apr 16, 09 | 8:41:28 pm MYT
Siapakah golongan Ruwaibidhah? Kehadiran kelompok ini memang mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam serata dunia. Kecelakaan menimpa umat ini memang parah. Dan kehadiran mereka adalah salah satu penyebabnya. Iklan



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai." [Ibnu Majah]

Menurut keterengan Ustaz Fahmi Zam Zam dalam 40 hadis susunannya berhubung akhir zaman, beliau menyimpulkan bahawa era di mana terbitnya Ruwaibidhah ini adalah zaman ketandusan daripada segi material dan pemikiran.

Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanya peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Ciri-ciri Ruwaibidhah
Berdasarkan hadis itu, kita dapati Ruwaibidhah adalah mereka yang hadir pada era tandus dan kekeringan hikmah, pengetahuan hingga umat tidak lagi mampu berfikir dengan cara betul. Ini isyarat pertama.

Oleh sebab masyarakat menjadi bodoh kerana diperbodohkan pihak penguasa, maka orang berdusta pun boleh menjadi benar dan orang yang benar pula boleh dikatakan sebagai telah berdusta. Ini isyarat kedua.

Pengkhianat diminta memegang amanah dan orang yang amanah dituduh pengkhianat. Ini isyarat ketiga.

Isyarat keempat dan yang terakhir; yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Inilah yang paling utama sekali. Kita akan huraikan kemudian, kenapakah isyarat ini yang dianggap penting dan terutama.

Mengakhiri sabdanya, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa pada hakikatnya.. Ruwaibidhah itu manusia yang kerdil, hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.

Wallahua'alam

keris panjang said...

Jika Tganu nk selamat, elok idris jusuh & the gang di singkirkan sahaja..buat kacau tak sudah2..ini mesti kes nk "test" PM baru ni..selagi gang ni ada, hancur nnt umno tganu..

Naruto Sensei said...

Aloo!! bro tulah, perkembangan Parti sendiri pun tak ambik tahu.. Deris Jusoh tu la orang Pak Lah takkan taktau masa menang kan ke dia yang di calonkan jadi MB

lalok lalok anda ni keris panjang...

add said...

Kerjasama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah kerjasama ‘Tahaluf’ yang berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan MCA dan MIC. UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala’, yang menggadaikan maruah, harga diri dan prinsip Islam.( LA APA PUNYA BENGAP LA TG HJ HADI.YANG HANGPA BAGI JAWATAN EXCO KANAN DAN DENGAR CAKAP NGEH TU BERI WALA' LA NAMANYA.SEMUA DAP CAKAP HANGPA IKUT.TU WALA' LA NAMANYER HJ)Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP.“Allah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri dan maruah kita kepada orang bukan Islam, “kerjasama diantara PAS dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf, kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC (adalah) kerjasama wala’, “ujarnya.Menurutnya ramai diantara kita yang hanya mempelajari feqah sembahyang, feqah puasa dan feqah zakat, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang feqah politik.( wala' atau tahaluf , yang penting beri kesetiaan pada DAP.PAS tetap setia bersama DAP.kalu betul la pas ta beri wala' mengapa bila karpal tegur dan kritik pas, pas teta bersama.islam liberal pkr pun pas ikut.)
Katanya wala’ adalah istilah politik dalam kitab feqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita boleh menjual maruah dan harga diri kita.“Dia kata jangan laksanakan Islam, kita ikut dia, dia ajak kita minum arak, kita minum sama dia, dia kata judi kena benar (dibenarkan), kita benarkan,“maksiat kena benar(kan), kita ikut dia, ini yang dibuat oleh UMNO, (dan) kerjasama (seperti) ini diharamkan oleh Islam,”katanya dalam ceramah sempena isu Sidang Dewan Undangan Negeri, di Merang dekat sini semalam.( LA SAPA YANG IKUT SIAPA NI . DAP KATA JANGAN BUAT NEGARA ISLAM, PAS IKUT, NIZAR KATA DALAM SIDANG DUN, PAS BUKAN NAK TUBUH NEGARA ISLAM.HARUN DIN KATA ADA DOKUMEN NEGARA ISLAM. NIZAR KATA TIADA.HJ HADI, JANGAN LA BERBOHONG.DAP AJAK MINUM ARAK, PAS RAIKAN.DAP AJAK MAIN JUDI, PAS NIZAR LULUSKAN LESEN.PAS NIZAR LULUSKAN PUSAT MAKSIAT DI SUNWAY IPOH.)Katanya dalam kerjasama PAS tidak berganjak dari dasarnya kerana PAS bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf.Katanya dalam perbincangan dengan pihak DAP, beliau telah menolak permintaan DAP supaya PAS ‘membuang’ perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, tetapi bersetuju untuk bersama dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.“Kebetulan almarhum Yusof Rawa dan almarhum Fadzil Noor serta Tok Guru Nik Aziz banyak menugaskan saya untuk berunding dan berdailog dengan orang-orang DAP,“mereka minta supaya kita buang perjuangan menegakkan Islam dalam parti PAS, saya kata tak boleh, ini dasar kita (PAS), ini hak kita,”“kita tak suruh dia buang sosialis dia, tak suruh dia buang ‘cina’ dia,”“tetapi menentang kezaliman, untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, untuk tolong orang miskin, bela orang kena zalim, lawan ISA tangkap orang tak perlu bawa ke mahkamah, ini boleh kita bekerjasama,”tegasnya.( HJ HADI TOLAK HUDUD TU DAN BUANG HUDUD TU ERTI IKUT PERJUANGAN DAP LA.INI SAMA LA DENGAN BUANG ISLAM.DALAM PERJUANGAN ADA ISLAM.TAPI PERLAKUAN BUANG ISLAM.ISLAM PADA NAMA PARTI DAN PERLEMBAGAAN SAHAJ.PERLAKUAN HARIAN SAMA MACAM DAP JUGA)
Oleh itu, katanya sebab itulah DAP keluar dari pakatan dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana PAS tetap teguh mempertahankan dasar perjuangan menegakkan Islam.Namun sebaliknya DAP kembali bekerjasama setelah melihat contoh pemerintahan yang adil menurut Islam yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Terenganu dan Kelantan. “Ketika kita nak mengharamkan arak dan judi, kita panggil orang bukan Islam, kita tanya mereka, arak dalam ugama mereka bagaimana?, dia (mereka) kata (dalam) ugama dia arak boleh, (jadi) itu hak dia, dia nak minum itu hak dia, “Babi…. Dia boleh makan, kita tak boleh larang dia nak makan babi, judi ?, Judi ugama dia kata tak boleh, maka kita tutup kedai judi,”jelasnya.Beliau berkata itulah perbezaan diantara PAS dengan UMNO dimana PAS mempunyai had dan batasan tetapi tidak ada dalam UMNO ( patut la banyak kedai nombor ekor hj hadi tutup masa dia memerintah.ada ke agama lain yang kaa arak halal.so, kenapa hj hadi tak tutup masa dia memerintah)

Naruto Sensei said...

Add said

( patut la banyak kedai nombor ekor hj hadi tutup masa dia memerintah.ada ke agama lain yang kaa arak halal.so, kenapa hj hadi tak tutup masa dia memerintah)

---------------------------------

Tulah ko ni main tuduh melalut jer ko tak tau ke masa Teengganu di perintah PAS kedai judi tak beroperasi langsung!! kenapa! tak tau ke atau ko buat tak tau?

Bila BN balik perintah buka balik kedai judi no ekor tak tau gak.. surat kabor sendiri lapor pon tak tau aaii alahai lingkup Melayuumno ni semua tak tau main hentam keromo jer..

Ntahla Umno ni ..dah lupa apa yang dia buat hahaha!!

Apa yang ko merepek dah!!! habis orang punya statement yang ko copy paste di cacamarbakan..

Kalau dah kau kecoh2 sangat pi la pakat kat Najib tuh suruh la ketua puak ko buat lak!! kata nak berubah kan !! hak melayu pun UMNO boleh ubah kan!! apa lagi ubah la sistem buat hukum hudud pulak haha!! setakat Bising je lebih Umno sendiri tak nak buat baik tak payah!!!

ayoyo skarang MCA mintak macam2 ooo
best la Umno sekarang Ha ha ha!!!

Alahai malayuUmno layu jadinye!!

add said...

Malam ini adalah malam terakhir aku. 14 hari kempen yang lalu sudah menggemparkan partai pemerintah. Seluruh Negara hanya menunggu masa untuk menabalkan aku sebagai memanda menteri, posisi political paling tinggi sebagai pemerintah . aku bisa punyai kuasa, kiranya aku menghidangkan segala ‘lauk politik’ yang diminta.

Di utara dan pantai timur, aku bermain kata. Depan masarakat cina aku perjuangkan hak mutlak tuntutan mereka.aku lebih gila dari partai dapp,aku lebih gila daripada dewan perniagaan cina dan lebih gila daripada dong jhia zong. Aku anak melayu, pernah mengerjakan haji, tetapi hari itu depan puluhan ribu orang cina, aku adalah lee kuan yew melayu!

‘tuan , kita dah sampai’ kata hj mat ajis ketua unit amal partai lambang bulat. Tersentak aku dari lamunan. Hj mat ajis sudah lama dengan aku, dia penasihat agama aku,dialah yang mengajar aku tentang agama,cara-cara menjual agama demi kepentingan politik aku.

‘tuan , malam ini malam terakhir kita berkempen, puluhan ribu sudah ada di stadium keramat ,beratus wartawan dalam dan luar negara sudah bersedia mendengar ucapan terakhir tuan, sebelum tuan diangkat menjadi memanda menteri esok ‘ kata hj mat ajis.

‘bagaimana dengan bloger-bloger kita, sudah bersedia melakukan spin? Tanya aku. ‘mereka dah bersedia tuan’ jawap hj mat ajis penuh bersemangat.‘hmm bagus’. aku mengangguk…

aku masuk ke stadium utama menggunakan pintu belakang, sama seperti tabiat dan kelakuan aku, suka menikam belakang musuh dan kawan demi cita-cita politik aku untuk menjadi memanda menteri. Tapi..harus diingat barangkalian bahawa senya aku tidak bermain belakang dan tidak minum kopi sebagai bahan pujukan.

Pengacara majlis sudah mendapat indikasi ketibaaan aku. Unit amal partai bulan sudah mengepung untuk membawa aku terus ke pentas utama. Malam itu sudah lewat, aku punyai 1 jam sahaja untuk berkempen. This is my last chance, by hook or by crook tomorrow I mesti jadi memanda menteri..bisik hati aku ( memang English aku teruk kerana aku mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa PPSMI itu telah gagal)….

‘RAKYAT SEKALIAN, BAKAL MEMANDA MENTERI KITA TELAH TIBA..ESOK BERSAMA TEMAN-TEMANNNN….. RAKYAT AKAN MENGANGKAT YB GAP SEBAGAI MEMANDA MENTERI YANG KE 7.!!!! TAKBIR TAKBIR ‘ !!! sungguh bersemangat pengacara majlis mengumumkan ketibaan aku. Seluruh rakyat betakbir, cina melayu juga india mengucapkan allahuakbar . inilah hasil kejayaan dakwah aku meliberalisasikan islam.

Bergema stadium keramat, limpahan flash-flash kamera terus berkelip tanpa henti. Aku berjalan menuju ke mikrofon utama, tatkala melihatkan kelibat batang tubuh aku puluhan ribu rakyat sudah bangun,…. Bertempik bagai hysteria …. Ada ibu-ibu dari muslimat partai lambang bulat meraung-raung menyebut nama aku.GAP , GAP, GAP !!!! arrgghhhhh.. … Sungguh menggerunkan keadaan saat itu, satu keadaan yang menghampiri sambutan karbala.

Ritma bunyi gendang-gendang daripada anak muda tamil mula berbunyi kencang. Kumpulan gendang bhangra berentap dengan puluhan gendang-gendang cina dan rebana melayu bagi merasuk dan membingitkan roh suasana !

Para paderi,sister,sami kuil, sami budha dan tok aji berpegang tangan dan menari-nari mengikut rentak irama gendang ! di kanan aku, melihat muslimat partai lambang bulat dan wanita-wanita muda naik ke atas pentas dan terbang melompat semula ke atas tangan-tangan penonton.

Bagaikan permulaan konsert metallica, wanita-wanita ini semakin hysteria. Di depan mata aku, anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘kumpulan halal rakyat pakat yang boleh bersekedudukan’ mengangkat pasangan masing-masing. Lelaki melayu ini mengangkat pasangan mereka ke atas bahu mereka, tanpa rasa malu wanita melayu dan cina tadi menyelak baju mereka menunjukkan puting-puting dada pelbagai warna…arrgg inilah tanda majmuk dan berpakatan bisik hati aku.

‘ASSALAMULAIKUM DAN HALLELUJAH SEMUA!!!!!!!!! ‘ kata aku sebagai pembuka kata…YEEEAAAAHHHHH !!! jawap mereka.

‘malam ini adalah malam terakhir, seluruh rakyat akan keluar mengundi. Esok 16 september, angkat aku sebagai memanda menteri’ !!!!!! jerit aku kepada puluhan ribu penonton.

‘rakyat semua, perjuangan kita semakin hampir menuju kemuncaknya. 14 hari saya menjelajah keseluruh negara dan signal daripada rakyat cukup kuat, esok saya akan diangkat oleh seluruh rakyat menjadi memanda menteri Malaysia ke 7’ kata aku penuh berapi di depan puluhan ribu rakyat dalam rapat umum aku di kuala berlumpur.

‘yang cina sudah menyatakan sokongan tentang dasar-dasar saya mahu laksanakan.menghapuskan keseluruhan dasar yang menolong melayu, saya berjanji bila saya diangkat menjadi memanda menteri, DEB akan saya hapuskan, pendidikan kita akan liberalkan, UITM saya akan tukarkan namanya kepada university institute teknologi Malaysia, …tiada lagi keistimewaan bantuan-bantuan pinjaman kepada peniaga melayu, MARA akan saya hapuskan.orang cina semua…saya ulang semua orang cina suka dasar baru saya’ !!!!

‘orang melayu perlu dihapuskan tongkatnya, 50 tahun orang melayu ditatang.cukup cukup. sudah tiba masanya keistimewaan ini dihapuskan.’..

‘ini negara cina punya, ini negara india punya, ini negara banggali punya..bukan melayu punya, semua orang berhak mendapat apa yang melayu selama ini dapat’ !!!! aku membakar semangat rakyat. Rakyat semakin bersorak gembira dengan gerakan aku ini, gerakan ketuanan rakyat.

‘semalam saya bersama dengan beberapa pemimpin partai lambang bulat menghadiri upacara sembahyang di gereja st nichlolas petaling jaya. Saya dan pemimpin partai lambang bulat hadir kerana merasmikan bangunan baru gereja.

Alhamdulillah sambutan yang kami terima cukup menggalakkan. Saya dan bakal presiden partai lambang bulat hj samad kalid telah diberi penghormatan untuk meletakkan plak KALIMAH ALLAH bersebelahan dengan lambang jesus yang disalib’…

‘ini membuktikan bahawa perjuangan kita untuk menyama ratakan islam dan agama lain diterima, ingat tuan-tuan ALLAH milik masjid, juga milik gereja,tokong dan kuil .’ TAKBIR TAKBIR ..HALLELUJAH bergema cukup kuat dalam stadium malam itu.

‘insyaallah tuan-tuan, selepas ini kita akan membuka peluang juga kepada ajaran kristian untuk meletakkan patung jesus dalam masjid-masjid kita.. kita harus terbuka dan rasional. Jangan kita berperangai seperti partai ameno, sempit dan dangkal dalam soal islam’.. aku berhujah.

‘ saya mahu membawa agenda baru, agenda ketuanan melayu harus kita buang selama-lamanya. Di Nepal raja gnaendra telah tumbang dengan kuasa rakyat, Nepal kini menjadi republik. Di iran kebangkitan rakyat telah menolak pemerintahan beraja shah iran.. ini signalnya..SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT’ !!!!!!!

‘ ada setengah pemimpin ameno berkata saya sudah jauh lari perjuangan. Saya cakap pada mereka poodaahh… INI GAP..PEMIMPIN RAKYAT. BILA MEREKA CUBA MENUMBANGKAN GAP,,..RAKYAT AKAN BANGKIT DAN PERTAHANKAN GAP’ !!!

‘gap milik rakyat, gap suara rakyat..membujur lalu melintang patah.. kita akan tumbangkan ketuanan melayu sampai habis..saya akan bawak satu perubahan besar, kuasa rakyat sebagai pemerintah’ !!!!!!!!!!


‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..

‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..saya gap pejuang rakyat.!!!!’

Malam itu sudah menjanjikan kemenangan untuk aku, gap. Esok pasti aku akan menuju ke mahkota jayaputra. Barisan cabinet sudah ada dalam kepala aku.

‘sudah-sudah…kita jangan terlalai walau sesaat pun tentang agenda kita. Kita pulang dengan aman malam ini. esok kita bangkit dari tidur, pergi mandi dan terus menuju ke pusat pengundian di tempat tuan…ingat pangkah gap sebagai memanda menteri Malaysia yang baru’…sebelum majlis itu berakhir imam besar,paderi besar,sami besar telah naik ke atas pentas membacakan doa keselamatan.puluhan rakyat tunduk bertafakur tanda liberal agama di Malaysia sudah hampir mendekati praktikalnya sama seperti Negara endonasia.

Tatkala saat habis mereka betafakur, kedengaran 3 das bunyi tembakan .

DAM ! DAM ! DAM !

Puluhan ribu rakyat di stadium terpinga, jutaan yang menonton secara langsung di internet web dan blog tersentak. Tatkala skrin dan layar menayangkan satu batang tubuh berlumuran darah terbaring di atas pentas…SELURUH RAKYAT MENJERIT !!!!!!!!!!!!!!!!!

GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK !

Meraung seluruh rakyat menyaksikan insiden mengejutkan itu. Ibu-ibu dan kaum wanita menangis teresak-esak .. yang berbangsa india menepuk-nepuk dada bertubi tubi.. yang cina meraung raung bagai kematian keluarga. Yang melayunya mengucap syahadah tanpa henti …

SEGALANYA TERHENTI……..
RAKAMAN SIRAN LANGSUNG DITAMATKAN.
3 SUSPEK UTAMA DI TAHAN OLEH PENYOKONG DAN SPECIAL BRANCH.


( seminggu selepas insiden itu )

Ketua polisian Negara telah mengumumkan penahanan 3 suspek yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan terhadap bakal memanda menteri, gap. 2 orang suspek berbangsa melayu dan seorang lagi berbangsa cina.

Mereka telah didakwa di mahkamah jayaputra kerana terbabit dalam cubaan membunuh. Sewaktu di bawa kemahkamah, suspek yang ditutup mukanya telah menjerit-jerit mengatakan sesuatu..

‘ aku pertahankan hak melayu, jangan dihina melayu .’ jerit suspek pertama bernama anuar rahim.

Manakala suspek kedua menjerit dan kerap mengulangi 2 patah perkataan yang sama…di ulang-ulang sampai masuk ke kamar mahkamah. ‘selamatkan raja.’ ‘selamatkan raja’.. jerit mat nizar kamaludin.

Suspek ketiga seorang cina tua, sentiasa tersenyum bila diambil gambarnya. ‘ selamatkan ketuanan melayu.’ Sambil tersenyum lee kat siang berbicara…

Apa kesudahan riwayat YB GAP, bakal memanda menteri ?


Posted by GAP KEMBALI at 4:19 AM

Naruto Sensei said...

Add said

DAM ! DAM ! DAM !

Puluhan ribu rakyat di stadium terpinga, jutaan yang menonton secara langsung di internet web dan blog tersentak. Tatkala skrin dan layar menayangkan satu batang tubuh berlumuran darah terbaring di atas pentas…SELURUH RAKYAT MENJERIT !!!!!!!!!!!!!!!!!

GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK !

--------------------------------

Demi Allah cerita ini menunjukkan ugutan Ameno kepada Pimpinan Pakatan Rakyat...

Demi Allah jika berlaku apa yang ko komen kat cerita ini ...

Maka permusuhan telah nyata dan aku akan pastikan setiap Pimpinan Ameno menerima nasib yang sama..

Jangan bermain api Bro komen ko nih boleh membakar..Nanti...
kalau ditakdirkan berlaku macam komen ko tu bersiap-sedialah menghadapi kacau bilau di Malaysia..

Kan aku dah kata Finah Umno membahayakan Rakyat Malaysia...

Dah kalah main taktik kotor .. buat lah kalo berani.. kalau selama ini pejuang2 kami bersabar!! kita tengok apa yang jadi nanti...
Berani buat berani tanggung beb!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...