Monday, May 11, 2009

William Leong cadang tukar YDP MPS

SELAYANG, 11 Mei: Anggota Parlimen Selayang, William Leong bercadang untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor bagi mencadangkan agar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diambil tindakan atau ditukar.

Ini kerana, tindakan pihak penguatkuasa MPS seolah-olah badan itu menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) apabila menjadi alat kepada pihak-pihak tertentu merampas dan menurunkan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bandar Tasik Puteri baru-baru ini.

9 Mei baru-baru ini, PKR kerugian hampir RM15,000 apabila pihak polis membatalkan permit sambutan 10 tahunnya di Bandar Tasik Puteri sehari sebelum majlis diadakan.

Ekoran pembatalan itu, beberapa trak polis telah ke tempat majlis itu hendak diadakan iaitu di Puteri Centre Park pada tengahari 9 Mei . Pihak penguatkuasa MPS telah memecat semua khemah-khemah yang telah dipasang oleh pihak MPS sendiri.

Namun yang mendukacitakan pihak pengajur adalah MPS telah bertindak membuang dan merampas segala bendera PKR yang digantung di sekeliling tapak majlis itu.

"Langkah penguatkuasa MPS ini seolah-olah mereka adalah alat kepada pihak tertentu padahal MPS adalah badan di bawah kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Majlis ini pula sepatutnya disertai oleh Menteri Besar dari PKR di samping ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata William ketika bercakap dengan pihak penganjur dalam satu pertemuan Ahad 10 Mei sehari selepas peristiwa itu.

Ekoran tindakan polis dan MPS itu, Anwar telah memberikan tazkirah di masjid BTP di samping meraikan tetamu yang hadir dengan jamuan yang disediakan pihak penganjur.

3 comments:

perompak harta rakyat said...

perkara baik jangan dilengah-lengahkan. Tapi ada sapa-sapa tau macam mana nak humban Abdul Rahman Hashim dalam tong najis? jadi SUK Perak pun macam pencacai umno tahap 1 je.

perompak harta rakyat said...

kalau kat Alor Gajah, Sedara aku penah cerita Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah pun slalu tukar. Ni cerita kat negeri yang ditadbir BN nih. kalau Yang DiPertuan gagal 'menceriakan' Ali Rustam KM Melaka alamatnye tak jejak 2 tahun pasti krna tukar...

Tapi kalau kat Slangor YDP pencacai berani jadi agen BN,maka WAJIB kita tukar sepertimana WAJIB nya rakyat Selangor tukar kerajaan di negeri mereka.

suprie08 said...

tendang saja keluar dari mps biar dia pi cari makan dgn bend,dia nak berlagak macam wakil ameno

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...