Saturday, May 10, 2008

Siapa Ketua Pembangkang DUN Terengganu?

KUALA TERENGGANU, 11 Mei: Semasa sidang DUN Terengganu baru-baru ini, berlaku sedikit kekeliruan antara bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pembangkang DUN Terengganu, Datuk Harun Taib.

Ia berlaku semasa sesi bergambar (Lihat gambar di atas). Biasanya, selaku Ketua Pembangkang, Datuk Harun Taib akan duduk di kerusi barisan depan bersama MB, Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Namun, dilihat Idris pun mahu duduk di kerusi yang sama. Setelah disemak, memang nama yang tertera di kerusi itu adalah milik Idris Jusoh bukan sebagaimana biasa, ia diberikan kepada Ketua Pembangkang iaitu Harun Taib.

Kalau begitu, siapakah Ketua Pembangkang sebenarnya Di DUN Terengganu sekarang. Seolah-olah pihak yang menguruskan sesi bergambar ramai ini mengiktiraf Idris adalah Ketua Pembangkang bukannya Harun Taib dari PAS.

Melihat kepada senario yang berlaku dalam politik Terengganu sekarang, apa yang berlaku itu ada kebenarannya.

Idris adalah calon MB dari Umno namun istana tidak bersetuju dan mahukan pihak lain dipilih sebagai MB.
Lalu kemudiannya terlantiklah Datuk Ahmad Said sebagai MB.

Dalam DUN, PAS meletakkan bekas Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Harun Taib sebagai Ketua Pembangkang walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada dalam DUN itu juga.
Namun, kini siapakah ketua pembangkang yang sebenar dalam DUN Terengganu itu, Idris yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu atau Harun Taib, Adun PAS.

Dua gambar di atas banyak menceritakan kisah ini dan gambar di bawah adalah gambar rasminya.

3 comments:

Noone said...

diorang nih berebut kuasa mcm nanti kat akhirat ada advantage je... mmg ada advantage, kalau adil... learn humulity...

Noone said...

humility daaa

abe MIE 'TERJAH' said...

gambar bukan betul. orang suruh idris duduk kat kerusi tu....

pembangkang tak semestinya berlainan politik. misalnya PAS VS UMNO... pembangkang ialah mereka yang MENEGUR PEMERINTAH sekiranya mereka tersasar atau terlanjur dalam perkara berkaitan...

pembangkang yang benar ialah Ibrahim Ali vs Karpal singh (PAS vs DAP)..jumpa kat website ebe MIE ok

http://pkrpasdap.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...