Friday, May 16, 2008

Peguam Negara wajar bertindak segera

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Pelbagai pihak menyambut baik laporan Suruhanjaya Diraja berkaitan dengan video klip Lingam dan mahukan Peguam Negara segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang didapati bersalah.

Mereka sepakat, dengan tindakan yang drastik dan menyeluruh sahaja akan memulihkan institusi kehakiman yang rosak sejak Tun Salleh Abbas dipecat dari ketua hakim negara dahulu.

Pagi tadi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kabinet memutuskan agar Peguam Negara mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kandungan laporan suruhanjaya itu.

Antara pihak yang didakwa terlibat adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor yang menuduh Linggam mabuk ketika memberi keterangan, V K Linggam sendiri, Vincent Tan serta bekas ketua hakim, Ahmad Fairuz dan Eusof Chin.
Dalam pada itu ada juga yang menyifatkan langkah Kabinet mahukan Peguam Negara bertindak itu sebagai tindak balas terhadap Dr Mahathir yang terlalu keras mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Abdullah Badawi.
Laporan penuh menyusul.

11 comments:

mat terab said...

Dulu depa kata clip video Linggam ni DS Anuar Ibrahim saja ada-adakan untk kuatkan pengaruh politik ini semua tak betul...sekaran terbukti ia benar jadi apa kata Puak-puak umno ni....jawab la...

KongSiKong said...

Satu lagi opera politik Pak Lah akan dipertontonkan di pentas bumi Malaysia ini! Ohh.. apa nak jadi lepas ni?

Muhammad said...

Nampaknya kerajaan Barisan Nasional meneruskan lagi sikap tidak adilnya dalam hal kenaikan gred dalam perguruan. Pada hari guru semalam Abdullah dgn jelas melakukan diskriminasi kpd guru-guru siswazah (menjadi guru terus setelah keluar universiti)di mana segala kenaikan pangkat mendadak hanya diberikan kpd guru-guru bukan siswazah dan kpd bekas guru bukan siswazah yang baru menjadi siswazah. Ini jelas tidak adil kpd guru2 siswazah. Hal ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Begitu juga dgn kenaikan gaji, BN hanya pentingkan golongan sokongan dan JUSA. Insyaallah golongan siswazah akan tidak mengundi BN kini dan selama-lamanya.Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat apabila memerintah nanti bersikap adil lah dalam hal ini.Jangan lakukan diskriminasi seperti itu sebab golongan siswazah (golongan pertengahan ) juga membayar cukai dan memeberi sumbangan kpd negara.

Muhammad said...

Nampaknya kerajaan Barisan Nasional meneruskan lagi sikap tidak adilnya dalam hal kenaikan gred dalam perguruan. Pada hari guru semalam Abdullah dgn jelas melakukan diskriminasi kpd guru-guru siswazah (menjadi guru terus setelah keluar universiti)di mana segala kenaikan pangkat mendadak hanya diberikan kpd guru-guru bukan siswazah dan kpd bekas guru bukan siswazah yang baru menjadi siswazah. Ini jelas tidak adil kpd guru2 siswazah. Hal ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Begitu juga dgn kenaikan gaji, BN hanya pentingkan golongan sokongan dan JUSA. Insyaallah golongan siswazah akan tidak mengundi BN kini dan selama-lamanya.Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat apabila memerintah nanti bersikap adil lah dalam hal ini.Jangan lakukan diskriminasi seperti itu sebab golongan siswazah (golongan pertengahan ) juga membayar cukai dan memeberi sumbangan kpd negara.

irfandina said...

kiranya benar laporan hasil siasatan tersebut mempunyai asas untuk membuat pendakwaan maka saya menyokong sebarang usaha untuk membawa yg terlibat ke muka pengadilan...tetapi jgnlah pula diberi tekanan kepada AG untuk mempercepatkan prosesnya...ini kerana kes berprofil tinggi seperti ini perlu diteliti dengan mendalam....

kepada mat terab dan kongsikong apa lagi yg tak kena...ambil tindakan pun salah tak ambil tindakan pun salah...udahlah tu...cubalah bersifat lebih rasional dan terbuka....

suhaimi said...

aku pelik dgn irfandina ni,sekejap pihak sana,sekejap pihak sini.dia ni memang atas pagar betullah.

irfandina said...

suhaimi...

bukan soal atas pagar...kalau sdr sebagai hardcore pas sekalipun perlu bersikap lebih terbuka dan rasional...kalau benda yg betul maka akuilah...dan kalau sebaliknya maka tentanglah...bukankah itu yg terbaik....

kulatlapok said...

salam untuk semua rakyat Malaysia.

Akhirnya kesemua lakonan teater mereka telah dipentaskan dan ditontoni oleh rakyat Malaysia sekalian.

Sekarang saksikanlah sendiri sandiwara sebuah parti pemerintah yang menipu rakyat Malaysia yang mendakwa mereka mengamalkan sebuah kerajaan yang bersih.

"Nah! sekarang lihatlah dunia aku bangga menjadi anak wayang BN"

Apakah mereka ini akan dijatuhkan hukuman? Hanya Peguam Negara yang dapat menjawab. Harap Pak Ghani tidak terlepas pandang akan dedahan eksklusif ini.

Allahhuakbar..!!

Harris said...

Adakah Gani P dan Musa H yang pernah menjadi key players perbicaraan DSAI 10 yang lampau boleh diharapkan untuk menyiasat dan mendakwa Dr.MM yang telah melantek mereka ke sebagai AG dan IGP ?

Jawab dengan jujur dan bukan sekadar untuk melihat nama didalam blog sahaja !

kang din SB said...

WALAU PUN AKU KURENG PERCAYA DENGAN AG DAN IGP INI TETAPI AKU TETAP BERDOA AGAR MEREKA BERDUA INI BERSEDIA BERHADAPAN DENGAN ERA KEBENARAN INI. WALAU SEBESAR MANA TIPU DAYA KAMU TUHAN TIDAK AKAN MERESTUINYA. KESIHANI LAH WAHAI IGP KEPADA AYAHANDA MU UST.HA (GURU QURAN KU). AKU YAKIN BELIAU TIDAK PERNAH MENGAJAR ANAKNYA INI MENJADI PEMBELA ORANG2 YANG DERHAKA KEPADA TUHAN NYA.

suhaimi said...

irfandina........

apa yg tak rasionalnya? cuba beritahu saya mana yg saya tak akui kebenaran dan kesilapannya?
saya rasa awak yg tak mengakui kesilapan yg di buat oleh kerajaan yg memerintah.awak kata jgn beri tekanan pd AG lah apalah.
memang patut pun mereka di beri tekanan,terhegeh-hegeh.bila melibatkan org kenamaan mulalah,nk cari jln utk melambat-lambatkan siasatan.cuba kena kat pembangkang,pagi report,tgh/hari dah sampai.itu pun awak tak boleh fikir ke?awak fikirlah sendiri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...