Tuesday, May 13, 2008

Perak akan dibangunkan dengan lima prinsip - MB

Oleh Hasiyah Mohd Nor

PARIT BUNTAR, 13 Mei: Kerajaan negeri Perak akan membangunkan negeri itu berasaskan lima prinsip iaitu keadilan, amanah, telus, berwibawa dan berkebajikan, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Untuk itu, beliau berharap semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, khasnya pegawai kerajaan, mematuhi dan menghayati prinsip yang telah digariskan oleh kerajaan negeri itu.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perjumpaan bersama Ahli Mesyarakat Daerah Kerian di Dewan Merdeka dekat sini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abd. Rahman Hashim, Pegawai Daerah Kerian, Ismail Hassan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri mahu berlaku adil kepada rakyat pelbagai kaum dan tidak mahu mana-mana pihak merasakan mereka tersisih.

Untuk itu, katanya, semua pegawai perkhidmatan awam adalah perlu berkerja secara profesional dan sentiasa memberi komitmen sepenuhnya kepada kerajaan negeri yang ada
sekarang.

"Perlaksanaan pembangunan ini memerlukan kerjasama pegawai kerajaan, pemimpin setempat dan juga keseluruhan rakyat," katanya.

Mohammad Nizar juga berkata, beliau gembira dan optimis bahawa negeri Perak akan menerima lebih banyak pelaburan asing kerana setelah kira-kirav dua bulan memerintah negeri Perak telah banyak menerima kedatangan pelabur asing berbincang untuk melabur di negeri Perak.

Malah katanya, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi beberapa minggu lalu dan beliau diberi jaminan pembangunan di Perak akan diteruskan terutama segala pembangunan yang dirancang melalui NCER, pembangunan kemudahan infrastruktur dan juga kemudahan awam yang lain.

10 comments:

irfandina said...

alhamdulillah kalau itulah niatnya...cuma pesan saya kepada mb nizar...semoga anda dapat menjadi pemimpin dalam maksud yg sebenar...jgnlah membiarkan diri anda menjadi alat untuk kepentingan politik org lain...bersifat tegaslah dan tunjukkan karisma anda seperti seorangh pemimpin...sesungguhnya di bahu anda terpikul satu amanah yg amat besar...

MOHD RIDHWAN B. BAKAR said...

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) perlu berhenti dari dibuai kenangan manis PRU 12 yang lepas...tak perlu nak anjur program2 bagi meraikan kejayaan merampas empat buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan dengan berlakunya pembaziran yang melampau. Dah menang biar la ia berlalu...mengapa terlalu berseronok? sekarang perlu fokus lebih kepada pembelaan nasib rakyat dan membangunkan ekonomi negeri. Kalau asyik berseronok, bila nak wat kerja?

suhaimi said...

jgn ckp org,awak (ridhwan)kalau pun kalau menang,saya ingat lebih dari tu.apa salahnya dia nk sambut kagembiraan?dia bukan guna duit kerajaan negeri.dan bukannya sambut sorang2.dia kongsi bersama rakyat.biarlah....

Muhammad said...

MB NIzar ni saya percaya mampu menguruskan negari Perak dengan cemerlang. Syabas

Muhammad said...

Suhaimi ni memang seorang yang bermasalah. Cuba lihat dari segi bahasanya. Langsung tiada sikap Islam dan demokrasi. Ini corak penokong BN dan PAS yang totok ni.

suhaimi said...

muhammad,
terima kasih komen anda terhadap saya.

penjejak said...

Maaf saya mencelah.. xpe kalo nak meraikan kemenangan cume jangan telalu dibuai mimpi2 indah PRU12 yang lepas. Skang ni mase untuk merealisasikan setiap manifesto2 yang dijanjikan. Memang setiap perubahan memerlukan masa yang panjang tapi kite sume kene berusaha agar pengudi2 yang memilih PR tidak merase tertipu.

suhaimi said...

saya setuju dengan 'PENJEJAK'

kulatlapok said...

Salam sejahtera untuk MB Perak.

Kalau benar bagai dikata. Kerajaan Negeri Perak mesti membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir negeri Bijih Timah ini dengan lebih baik daripada kerajaan BN terdahulu.

Selepas PRU, rakyat sekarang akan jadi sebagai pemerhati dan akan menilai pentadbiran PR selama empat tahun dari sekarang.

Harap MB Dato' Seri Mohd Nizar tunjukan kepada mereka yang asyik mengkritik terutama kepada mereka(UMNO) yang sangat-sangat kecewa sampai tak boleh nak terima kekalahan.

Kepada pemimpin UMNO Perak Lain kali bila berkuasa jangan asyik pandang ke atas..!! bILA terpijak kaca tak mahu mengaku cuai, salahkan pulak kaca yang tak bernyawa.Bila kaki dah berdarah silap-silap lambat untuk disembuh.

Syabas MB Perak, laksanakan tugas anda dengan jujur dan amanah kepada rakyat Perak sekalian.

ps*Apasalahnya meraikan kemenangan.
Itu lumrah alam.

mohd rizal said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...