Friday, May 16, 2008

Mat Sabu cadang zakat disalur kepada orang bukan Islam yang miskin


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, adakalanya beliau terfikir sejarah Khalifah Umar Abdul Aziz yang ditulis tidak dapat menyalurkan wang zakat kerana semua rakyatnya hidup senang sengaja direka untuk memberi gambaran yang baik kepada khalifah.


Tetapi setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor dan mengetahui hasil kutipan zakat yang diperolehi oleh negeri ini, beliau bukan sahaja percaya apa yang berlaku dizaman Khalifah Umar Abdul Aziz itu benar-benar berlaku tetapi sangat yakin Selangor mampu mengulangi kegemilangan itu.


Sehubungan itu Mohammad secara berterus terang mencadangkan supaya para ulama berbincang untuk membolehkan zakat diperluaskan agihannya kepada bukan sahaja orang Islam tetapi kalangan orang bukan Islam yang miskin turut boleh menikmatinya.


Ikuti laporan penuh berhubung 'Zakat untuk bukan Islam' dalam naskah terbaru akhbar Siasah Ahad (18 Mei) ini. Ikuti juga pelbagai isu menarik antaranya:



  • Wawancara bersama Yb Azmin Ali

  • Nizar minta penulis blog kritik kerajaan Pakatan Rakyat

  • P.Pinang yakin krisis beras dapat diatasi

  • Kelantan sokong boikot Utusan Malaysia

  • Kelantan 'kerah tenaga' tarik 6 juta pelancong

  • Terengganu: Apa sudah jadi dengan dana khas

  • Mencungkil pemikiran A.Samad Said

  • Pesonaliti Ahli Parlimen Indera Mahkota, Yb Azan Ismail

  • Laporan dan analisis terkini isu-isu antarabangsa serta banyak lagi

18 comments:

boyanis sos cili said...

masih ramai ummat islam yang memerlukan bantuan,utamakan ummat dulu....walau tujuannya baik..dakah ia ada dalam asnaf yaang dibenarkan?

Salak said...

Memang masih ramai Muslim yang berpendapatan rendah dan usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka perlu lebih giat lagi.

Dalam niat yang suci inu, kita juga mengamal nilai asas Islam: mengembalikan kehormatan kepada manusia supaya mereka membangun dan maju. Menerangkan jiwa dan hidup mereka adalah semurni-murni ibadat kita.

Adalah teguh iman kita Allah menjadikan semua, manusia yang berbilang budaya dan pendapat. Oleh itu, rakyat yang bukan Muslim pun hamba Allah. Kalau kita meluaskan cahaya Allah dengan nilai murni dan baik, nescaya 'nur' itu akan menerangi jiwa semua, walaupun orang yang tidak sekepercayaan dengan kita. Kalau kita memulakan titik murni itu, kemungkinan kemakmuran dan kehormatan tidak sia-sia.

Diharap semua Muslimin menimbangkan dan membahaskan isyu ini untuk hemat semua.

Unknown said...

jangan hanya untuk kepentingan,apa yang nyata milik sendiri perlu diubah demi keselesaan.....

irfandina said...

ternyata apa yg ditakuti sedang hampir menjadi kenyataan...saya menentang keras cadangan ini kerana saya juga sependapat dengan rawi bahawa masih ramai golongan muslim yg lebih memerlukan dan berhak...
bukan kita tidak mahu memberi bantuan kepada non-muslim...tetapi saya percaya golongan non-muslim di malaysia telah mendapat perlindungan sewajarnya..baik dari pihak kerajaan atau pun dari pihak swasta...umum sudah mengetahui betapa majoriti golongan jutawan dinegara adalah dari golongan non-muslim...
sememangnya idea ini bersifat untuk mendapat political mileage..apa mat sabu sudah ketandusan idea ke???sekali lagi saya merayu kepada pimpinan pas jgnlah hanya kerana ingin mendapat undi golongan non-muslim maka kepentingan muslim dinegara ini hendak digadaikan...

Anonymous said...

Zakat untuk orang Islam, bantuan untuk orang bukan Islam.
Bunyi macam na'tukar undang2 Islam je! nampaknya. Jangan tuntut ilmu kuda kepang dah le!

suhaimi said...

salam..
saya setuju dgn salakan.yg lain apa nk bising2.itukan cadangan sahaja dari hj mat sabu.daripada duit zakat tu di beli 'PAJERO',baik di agihkan kepada yg memerlukan.di tempat saya berlaku perkara yg sedemikian.mereka gunakan duit zakat utk melancong ke 'luar negara'membawa pegawai2 mereka.
mereka tidak amanah dlm menjaga harta yg di amanahkan.ramai lagi pelajar yg layak menerima duit zakat untuk ke 'Azhar' tidak di berikan.itu belum cerita pasal 'armalah'2 yg layak dpt.rasuah pun sekarang berleluasa di pelabat agama.
pada pendapat saya takde masalah tentang cadangan itu.daripada digunakan pada tempat yg sepatutnya baik di beri pada yg memerlukan.tak kiralah ISLAM atau bukan ISLAM.
mengenai 'asnaf' pula,pemberian itu tidak berlaku penambahan atau pengurangan dlm 'asnaf'.itu cuma pemberian/pertolongan daripada kerajaan ISLAM yg memerintah kepada yg memerlukan.

Haqqul Mubin said...

Bang Mat kena tengok realiti orang Islam sekarang ini sebelum melontarkan idea politik yang begitu murah ! Ramai lagi umat Islam yang berada di bawah paras kemiskinan dan perlu di bantu seperti di Perak, Kedah dan Penang (negeri Bang Mat sendiri). Adalah lebih baik sekiranya cadangan dibuat agar wang zakat dari negeri yang kaya disalurkan kepada negeri yang miskin bagi bantu orang Islam. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengumpul wang zakat dari umat Islam dengan syarat kerajaan Pakatan yang ada mesti menunjukkan ketelusan yang lebih baik dari sebelum ini. Undang-undang yang ada sekarang TIDAK MEWAJIBKAN umat Islam membayar zakat secara khusus. Ini masa yang sesuai untuk meminda undang-undang ini agar kita dapat manfaat yang lebih. Jangan kita hanya fikir untuk agihkan wang zakat tapi dalam masa yang sama kita lupa untuk menyeru orang ramai menunaikan ibadat zakat di bawah negeri Kerajaan Pakatan.Bersama memikirkan untuk kebaikan Umat Islam.

Haqqul Mubin said...

Bang Mat kena tengok realiti orang Islam sekarang ini sebelum melontarkan idea politik yang begitu murah ! Ramai lagi umat Islam yang berada di bawah paras kemiskinan dan perlu di bantu seperti di Perak, Kedah dan Penang (negeri Bang Mat sendiri). Adalah lebih baik sekiranya cadangan dibuat agar wang zakat dari negeri yang kaya disalurkan kepada negeri yang miskin bagi bantu orang Islam. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengumpul wang zakat dari umat Islam dengan syarat kerajaan Pakatan yang ada mesti menunjukkan ketelusan yang lebih baik dari sebelum ini. Undang-undang yang ada sekarang TIDAK MEWAJIBKAN umat Islam membayar zakat secara khusus. Ini masa yang sesuai untuk meminda undang-undang ini agar kita dapat manfaat yang lebih. Jangan kita hanya fikir untuk agihkan wang zakat tapi dalam masa yang sama kita lupa untuk menyeru orang ramai menunaikan ibadat zakat di bawah negeri Kerajaan Pakatan.Bersama memikirkan untuk kebaikan Umat Islam.

mat terab said...

Tak perlu lah kamu semua nak melatah....tak faham ka atikal ni.. baca betul-betul dulu apa yg dikatakan oleh Mat sabu hanya cadangan saja belum di laksanakan lg kalau betul-betul nak di laksanakanpun mungkin memakan masa bertahun-tahun lagi perlu dihalusi betul-betul dan perlu di gubal undang-undang kalau melibatkan perundangan tubuh negeri, masih awal lagi pembangkang bukan lah bodoh nak buat satu-satu pekara pakai hemtam kormo saja...kalaupun nak buat kena pastikan org islam semua tidak ada yg susah yg mana susah perlu di bantu dulu sampai habis..cadangan ni sebenarnya memang bagus, dengan perlaksanaan ini dapat menarik minat orang bukan islam terhadap islam, ini salah satu unsur dakwah....kalau tak takkan ia di laksanakan di zaman Kalifah.....

KongSiKong said...

Ikut Quran, hadis dan ijmak ulamak sudahlah. Apa susah-susah nak cari jalan nak bagi kat mereka yang bukan haknya?

Lagipun sebenarnya masih ramai umat Islam yang susah. kalau tidak masakan program Bersamamu di TV3 tu muncul saban minggu. Cuma yang penting orang zakat jangan duduk kat ofis yang beraircond tunggu orang susah dan miskin datang merayu!

Orang zakat kena turun padang lah. Cari orang miskin dan berhak terima zakat. Bantu mereka sampai keluar dari golongan tersebut. jangan bagi sekali lepas tu tinggalkan mereka masih dalam kemiskinan.

Yang penting, keikhlasan WAJIB ada pada pengusa!

Unknown said...

klau pun nak beri pendapat seharusnya fikir lah sedalamnya kerna yang nanti teraniaya golongan bawahan....

Unknown said...

klau pun nak beri pendapat seharusnya fikir lah sedalamnya kerna yang nanti teraniaya golongan bawahan....

irfandina said...

sdr suhaimi...

kenapalah sdr begitu fanatik dan jumud sekali pemikirannya...betul ia hanya diperingkat cadangan...tetapi mengambil kira kapasiti mat sabu sebagai seorang naib presiden pas..maka tidak mustahil cadangan itu boleh menjadi kenyataan...persoalan sama ada selama ini wang itu disalahgunakan itu perkara lain...kalau terbukti ada penyelewengan seperti yg didakwa maka bawa saja ke muka pengadilan..saya percaya bukan semua pendukung pas bersifat seperti sdr...apa saja yg keluar dari mulut pemimpin pas dianggap sesuatu yg mesti dipertahankan...habis tu apa peranan golongan di akar umbi...

Muhammad said...

Idea itu ada kebaikan tetapi bukan dgn wang zakat tersebut.Banyak cara dan tabungan boleh dibuat untuk tujuan itu. Nampaknya PAS meneruskan lagi cadangan melalutnya. Kalau begitu jangan undi PAS lagi pada pilihanraya seterusnya. Itulah mat Sabu tidak boleh bertanding di PP dan kalah di KT

suhaimi said...

mat terap...
saya sokong anda.anda memang betul2 mengaji.syabas...

irfandina...

aku malas nk jawab soalan kau.buang masa aku je...takde faedah....

basharmad said...

Saya setuju dengan komen oleh rawi disebabkan masih ramai lagi umat Islam dalam Negeri Selangor ini yang diklasifikasi dalam asnaf fakir miskin. Kalau tahun yang lepas-lepas had kifayah bagi ketua keluarga yang tinggal di luar bandar adalah sebanyak RM190.00 dan di bandar pula RM380.00 tapi pada tahun ini, biar di bandar maupun di luar bandar had kifayahnya telah pun meningkat kepada RM680.00, jesteru itu akan bertambahlah bilangan asnaf ini.

rizalshah said...

sekali lg, jgn kita leka dgn isu nak agih wang zakat je. kenapa xde seorangun pimpinan PR Selangor yg ke depan dan kempen semua org selangor tunaikan zakat? Harap Dato' Hasan dapat lead usaha promote bayar zakat nanti. Tapi jgnla lambat sgt Dato'....InsyaAllah, bila kutipan dah boleh cecah ratusan juta nanti, bolehla kita agihkan pd yang sepatutnya

Teh O Ais Limau said...

assalamualaikum...
walaupun agak terlmabat tapi masih tidak ketinggalan lagi untuk saya meluahkan sedikit komen terhadap 'cadangan' yang di kemukakan oleh sdr mat sabu.Bercakap tentang komen ini adakah perlu untuk kita melihat siapa yang memberi cadangan itu?pada pendapat sya ia perlu kerana mat sabu adalah tokoh politik pembangkang yang terkenal dengan kelantangan beliau berhujah,namun saya merasa sedikit kecewa dengan perkara ini,walupun ia masih diperingkat cadangan namun seharusnya cadangan sebegini tidak timbul kerana ia melibatkan hukum,bukan perkara furuk yang ada khilaf.tambah buruk ia diwar-warkan di akhbar seolah-olah ingin menarik perhatian bukan islam terhadap parti.memang secara positifnya ia merupakan salah satu uslub dakwah kita kpd bukan islam namun perlu diperhalusi bahawa ia akan mengundang pendebatan dikalangan muslim.
perkara yang dibangkitkan mungkin menyebabkan rasatidak selesa dikalangan umat islam.Soal kemiskinan,kita perlu meneliti dahulu beberapa perkara;
1)mengikut fakta,melayu merupakn golongan paling rendah jumlah pendapatan isi rumah(2007)
2)definisi miskin dan fakir perlu dilihat semula .jika di selangor adakah pendapatan RM 1000 merupakn golongan yang tidak miskin?jika dilihat kepada situasi semasa.
3)tidak perlu kita terpedaya denagn dasar british yang memperkenalkan dasar pecah dan perintah.Disini kita perlu akur betapa masih ramai lagi umat islam di negeri-negeri lain yang hidup susah.walaupun dinegeri BN.
4)Golongan pelajar yang merupakn golongan yang termasuk dalam asnaf zakat.Kita lihat pembangkang beria-ia mahu membantu mengurangkan beban pelajar,maka zakat antara langkah yang perlu diambil perhatian kerana ia dapat mengurangkan beban pelajar.fingsi zakat perlu diperluaskan kepada pelajar.
kesimpualn nya apa yang sepatutnya dicadangkan ialah bagaimana ingin memperkasakan institusi zakat agar dapat benar-benar membantu umat islam.Serta mencadangkan agar segala masalah penyalahgunaan wang sebelum ini dapat diatasi.Mengenai bukan islam,saya kira sumber kewangan lain yakni cukai yang dibayar mereka dan orang islam juga dapat membantu masalah kemiskinan bukan islam.
saya kira masih terlalu awal untuk kita membincangkan adakah perlu untuk kita berikan zakat kepada bukan islam.Dizaman saidina omar,Amirulmukmininn itu menghetikan pembberian zakat kepada golongan "muallafata qulubahum" kerana hilang nya 'illah pada ketika itu,tetapi saya tidak melihat illah hilang dizaman ini.Namun apapun biarlah alim ulama' dalam PAS yang membuat keputusan.Apa yang perlu diingatkat jangan terlalu inginkan 'survival politik' hukum dipinda.Saya benar-benar berharap agar kenyataan seperti ini tidak dikeluarkan lagi pada masa akan datang.Berbincanglah secara dalaman dahulu daripada mencari publisiti untuk memikat hati orang bukan islam.Hal ini adalah kerana bukan semua masyarakat kita faham dan mahir serta berilmu untuk menilai sesuatu.Keraguan itu sebenarnya datang dari syaitan untuk menjauhkan kita dari islam,maka jangan dibuka peluang untuk syaitan meragukan umat islam.Saya teringatkan almarhum ustaz Fadhil yang jarang mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi menyabakan beliau disegani kawan dan lawan.Mlah tidak kedengaran serangan puak-puak Umno terhadap beliau.Media sangat menghormati beliau.Al-fatihah untuk almarhum(tiba-tiba rasa pilu).......Wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...