Saturday, May 17, 2008

Ijtimak PAS Selangor Isnin ini bakal panas!

SHAH ALAM, 17 Mei: Ijtimak atau konvensyen PAS Selangor Isnin ini dijangka panas dengan pelbagai isu dalaman selepas PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu di samping berjaya menghantar ramai wakilnya ke Dewan Rakyat.

Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala Datuk Husam Musa, Naib Presiden dan Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang juga AJK PAS Pusat bakal membentangkan kertas kerja masing-masing.

Konvensyen yang akan diadakan di Komplek Belia Selangor itu akan disertai kira-kira 1,500 pemimpin pelbagai peringkat PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor , Datuk Dr Hassan Mohamad Ali ketika ditemui sebelum ini teringin benar mengetahu apakah maklum balas rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor khasnya menjelang 100 hari pentadbirannya 18 Jun nanti.

Dalam poll yang dibuat Siasah mulai 13 Mei lalu, 92 peratus respondan menyokong kerajaan Pakatan Rakyat itu iaitu 53 peratus berkata prestasinya sangat baik, 39 peratus baik dan hanya enam peratus yang berkata buruk dan sangat buruk.

Berdasarkan poll itu, kelihatan prestasi kerajan Pakatan yang disertai PAS itu memuaskan sehingga kini.

Namun, menurut tinjauan rambang Siasah, ada juga kerisauan kalau-kalau nasib kerajaan PAS Terengganu selepas 1999 lalu berulang di Selangor.

“Saya bimbang dengan sikap sebahagian aktivis PAS yang suka sangat mengkritik secara terbuka pimpinan negeri,” kata seorang petugas PAS kepada Siasah. Inilah juga yang menjadi punca kejatuhan PAS di Terengganu 2004 lalu.

Antara kritikannya adalah pemimpin PAS tidak meraikan ramai petugas PAS dalam melantik kakitangan dan petugas utama kerajaan negeri di mana orang-orang yang dikira bukan aktivis PAS yang dilantik.

Siasah dimaklumkan, kritikan sebegini dinyatakan secara langsung kepada pimpinan PAS negeri di samping cakap-cakap dalam mesyuarat parti.

Para pemimpin kanan PAS di Selangor nampaknya mempunyai jawapan jelas dalam hal ini.

“Kita mementingkan kepakaran kakitangan yang hendak dilantik. Ini yang akan menentukan kita berjaya dalam mentadbir negeri ini atau tidak,” kata salah seorang dari pimpinan PAS Selangor kepada Siasah.

Adalah dipercayai, ini antara perkara yang bakal memanaskan ijtimak PAS kali ini.

Tambahan lagi Husam dan Hanipa yang akan membentangkan kertas kerja mereka mempunyai sikap tersendiri dalam hal kerajaan negeri Selangor ini.

6 comments:

abe MIE said...

SALAM...

bagus juga pentadbiran PR buar begini.. tanya pandangan orang ramai tentang masalah dan apa yang perlu mereka lakukan...

tapi di Kelantan dah 18 tahun tapi satu pun pandangan tak pernah dibuat. kenapa? kalau tak bodek, dituduh kutuk ulama dan kafir. kalau bodek, itulah dikatakan islam....

tapi bagi abe MIE- PR perlu merealisasikan janjinya untuk MEMAJUKAN EKONOMI... dan HALAU PENDATANG ASING TANPA IZIN-HARAM balik negera asal dan kurangkan pendatang asing halal...

abe MIE juga minta kerajaan PR kurangkan bercakap, ceramah sebaliknya bekerja...selangor menjadi negeri pemerhati kepada kejayaan dan kegagalan PR menerajui negeri...

abe MIE nak tanya mana pergi nya Anwar? dok cari pelabur di luar negara ke? janji ada kerja. YAHUDI KE, ISRAEL KE TAK KISAH JANJI NEGERI MAJU...

abe MIE said...

join abe MIE,

http://pkrpasdap.blogspot.com
http://malaysialoni.blogspot.com

irfandina said...

salam...

semoga ijtimak pas selangor bakal memberi kesedaran kepada pemimpin pas berkenaan realiti politik semasa pada hari ini...

para pemimpin pas perlu lebih berani untuk bersuara dan menunjukkan pendirian mereka dalam sesuatu isu yg berlaku...

kenapa saya berkata demikian...kerana pada hari ini kelihatannya para pemimpin pas semakin tenggelam dengan pkr dan dap...pemimpin seolah olah hanya mengikut apa saja yg dikatakan oleh rakan2 mereka didalam pr...
sebagai contoh ketika ada seorang pemimpin pas dari kelantan yg mengeluarkan kenyataan bahawa pas seharusnya menjadi tulang belakang pakatan rakyat maka ianya ditolak mentah mentah oleh dap...dan apa terjadi selepas itu????pemimpin pas hanya mendiamkan diri...

kepada rakan2 pendokong pas..semoga anda dapat berlapang dada menerima komen seperti ini...

sebagai seorang melayu beragama islam...saya selalu mengimpikan yg terbaik untuk pas dan umno..semoga satu hari nanti pas dan umno dapat bersatu demi untuk kebaikan kita semua....

kulatlapok said...

salam sejahtera untuk pakatan rakyat kerajaan selangor.

harap kerajaan selangor terutama di kalangan parti PAS jangan ayik mengkritik sampai kerja dan tanggungjawab terhadap pengundi kawasan diabaika.

sekarang ini tunjukan kepada mereka terutama BN bahawa PAS dan lain-lain parti pakatan rakyat mampu membawa Selangor lebih gemilang dari kerjaan terdahulu.

syabas dan pastikan kerajaan yang sedia ada kekal lagi pada PRU akan datang.

MaSkBRaiN said...

Arab Saudi adalah satu2nya negara yang menegakan undang2 Islam, walau bagaimanapun ia tetap dibawah telunjuk Amerika dan Israel. System banking ,pertahanan.... dan keseluruhan pentadbiran kecuali berkenaan dengan hukum2 hudud, dan bukan semua hukum2 hudud dilaksanakan.
Potong dua cuping telinga Bush dan Olmert kalau Pas bolih tegakan negara Islam Malaysia. Cakap2 kosong bolihlah!

kang din SB said...

dr.hasan ali tu jangan asik syok sendiri je dengan menjadi moderator forem perdana sana sini je. jaga jemaah baik2.jangan lupe pendokong jemaah yang bermati matian selama ini. tiba dah menang macam lupe diri pulak. lupa kawan2 dan kawasan. ingat menang lebih mudah daripada mengekalkan kemenangan. semoga Alloh memberikan taufiq dan hidayah Nya kepada beliau. Gua sayang lu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...