Wednesday, May 28, 2008

Scomi bekalkan bas baru untuk RapidKL

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Hampir kesemua bas baru RapidKL dibekalkan oleh anak syarikat Scomi Berhad yang dipengerusikan oleh anak Perdana Menteri, Kamaludin Abdullah.

Begitu juga bas-bas baru RapidPenang, ia juga dibekalkan oleh anak syarikat Scomi itu.

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka depannya gambar lautan bas City Liner, Park May dan Intrakota yang memberikan khidmat kepada warga kota selama ini yang tersadai di depoh mereka.

Sebahagian besarnya dikatakan masih dalam keadaan baik tetapi tidak digunakan.

Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) membangkitkan perkara ini dalam Dewan Rakyat semalam.

“Kenapa gabungkan dua syarikat ini tetapi tidak gunakan bas-bas tersebut dan beli bas-bas baru,” tanya Bung Mokhtar yang mempertikaikan langkah itu.

“Saya ingin tanya kerajaan, adakah apa-apa yang tidak kena dalam penjelmaan RapidKL ini,” tanya Bung sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

8 comments:

ikan said...

bagusnya dollah badawi,

dia ni jenis sayangkan anak.. bukan sayangkan rakyat.

yoep kuale said...

inilah dia duit penjimatan subsidi minyak dulu tu yg akan digunakan kononnya utk mempertingkatkan prasarana terutama pengangkutan bersepadu. memang betul duit tu digunakan utk tujuan yg dimaksudkan TAPI yg dapat habuannya siapa lagi...melalui pembelian bas baru dan segala jenis pengangkutan awam yg telah dimonopoli oleh anak-bapak termasuk membekalkan keretapi komuter/ lrt etc. Ini duit kerajaan BUKAN duit rakyat. rakyat tak boleh kata apa..rakyat hanya diperlukan bila PRU. Lepas tu forget it..

meon_peon said...

DEB - Dasar Ekonomi Brothers

Bersama perjuangkan hak ketuanan Melayu...

Selamat, Aman, Makmur...

amarhaffiz said...

klu perkhidmatan yang disediakan memuaskan apa perlu untuk kita pertikaikan...siapa pun yang bekalkan bukan soalnya tapi PERKHIDMATAN......jangan hanya kerna scomi sykt anak pm semuanya menjadi salah,d penang umpamanya perkhidmatan rapid penang memuaskan...

Naim said...

Hmm.....

mmg mereka nk pass2 kn di klgn mereka shj.

P/S: blog ni tak pernah logout drp edit session?

abumunzir al-jerluni said...

kenapa boleh jadi begini? kerajaan banyak duit kot...kalau dah tak mau guna dan bas tu masih elok baik waqafkan sahaja kepada mana-mana sekolah atau institusi yang memerlukan...kan lebih baik dan bermanfaat?

mat_terab said...

Nampaknya Pak Lah cuba mengaut Sebanyak-banyaknya wang negara melalui syarikat anaknya sementara belia masih berkuasa....apabila beliau sudah tidak ada kuasa nanti mungkin hingga dis hujung jahun ini masa itu tidak ada kesempatan lagi beliau berbuat demikian....
Siapa yang meluluskan pembelian bas rapid KL ni sudah tentulah menteri kewangan....siapa menteri kewangan sudah tentulah Pak Lah...Scomi siapa punya Kamaruddin Abdullah..kamaruddin Abdullah sapa...pembaca boleh jawab sendiri la
Sementara nak tunggu sampai bulan Dis ni masih banyak lagi wang negara boleh mereka bolot.....last sekali sampai negara bangkrap....

meon_peon said...

bagi je smua Rapid amik syrkt2 bas kat M'sia ni kan sng...

perkhidmatan pun bagus...

Gemilang, Cemerlang, Terbilang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...