Wednesday, May 14, 2008

Datuk Rosli bakal dipilih sebagai senator

KOK LANAS, 14 Mei: Bekas calon PAS Dun Kok Lanas, Datuk Rosli Ibrahim diumumkan bakal dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis ceramah dekat sini malam tadi.

Beliau dijangka dilantik secara rasmi dalam sidang Dun akan datang dan dijangka akan berkuatkuasa mulai Ogos nanti.

Sementara itu, Datuk Rosli ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan PAS atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau.

"Ini satu penghormatan kepada saya kerana menjadi lelaki pertama dilantik sebagai senator oleh kerajaan PAS yang ada," kata Rosli kepada Siasah.

Rosli menggantikan Wan Ubaidah yang kini adalah Adun Kijang dan Exco kerajaan negeri selepas menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

19 comments:

irfandina said...

tahniah tok guru kerana telah melakar sejarah baru dalam kepimpinannya...alangkah baiknya kalau tok guru nik aziz dapat menjadi penggerak kepada penyatuan org melayu di negara ini...walaupun idea ini dilihat seperti tidak relevan tapi apa salahnya kalau sejarah dicipta oleh tok guru sendiri....apa pendapat kengkawan semua???

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

dato' ROSLI sya kenal. tiga penggal bertanding di dun dan parlimen Salor dan Kubang Kerian tapi tewas.. tak pernah menang..

tiba2 dia lompat parti dan menang bila jadi orang PAS. Hairan. orang sama, seminit tukar parti boleh jadi hero.

Dato' Rosli saya amat kenali sejak 1996. masa itu dia bertanding atas Semangat 46 sebelum ke UMNO.

Dia menjadi penjamin JPA untuk ke USM, saya masih ingat dia kata ORANG PAS TAK BOLEH MINTA TOLONG SEBAB TOK GURU DAH BAGITAHU YANG MEREKA-ADUN DAN PARLIMEN TIDAK AKAN MENJADI PENJAMIN KEPADA PELAJAR KE IPTA...Takut susahkan Adun dan Parlimen nanti kena bayar dan muflis...

Tapi benda nie dah terbalik pula...

Masa muda, Dato' Rusli pernah bercinta dengan beberapa orang perempuan, masa itu dia dah berkahwin. Diringkaskan, pada satu hari, dilihat oleh awek datok Rusli yang dia ketika itu sedang keluar dari klinik menemani seorang perempuan yang sarat mengandung-isterinya...

si perempuan itu, frush dan meminta abangnya mengahwini mana-mana lelaki kerana kecewa dengan si Rosli...ini adalah kisah mudanya..

kini, dia pula mengecewakan UMNO.. dan dilantik menjadi senator. ADAKAH PAS KELANTAN TIADA PEMIMPIN ORIGIONAL PAS MENJADI SENATOR?

DAN PAS JUGA TIDAK MELETAK LAGI CALON PM MALAYSIA DARI KALANGAN ULAMA SEBALIKNYA MENYOKONG ANWAR (TALI BARUT YAHUDI)...

http://pkrpasdap.blogspot.com

suhaimi said...

kau ni mie,sedap2 mulut kau je nk ckp org tali barut yahudi!habis kau apa? tali barut UMNO? kau ckp lah dpn ANWAR mcm tu?beri bukti sekali.kau dah puas hentam PAS,lepas tu kau nk hentam org lain pulak.apa jenis manusialah kau ni....

meon_peon said...

Tahniah Datuk Rosli...

Marilah bersama mlakukan prubahan...

Masa Utk Berhijrah...

irfandina said...

sdr suhaimi..

dlm blog anwar saya ada menimbulkan mengenai persoalan yg dibangkitkan oleh mukhriz dalam sidang parlimen pada 13/5/08 mengenai hubungan rapat anwar dengan paul wolfowitz si durjana yg merencanakan perang keatas iraq...juga mengenai anwar yg mengetuai satu yayasan yg diberi sejumlah dana begitu besar jumlahnya oleh us...kalau benar anwar itu seorang pemimpin yg mementingkan transparency saya mencabar beliau supaya membuat penjelasan secara terbuka...saya tidak ingin memihak kepada sesiapa tetapi saya tidak rela ada pemimpin yg dilihat bersekongkol dengan si yahudi laknatullah tak kiralah dari bn or pr...

Muhammad said...

PAS kenalah pilih orang yang betul ke Dewan Rakyat. Jangan jadi macam Khairy dan Mahfuz Omar yang menimbulkan gelak ketawa orang. Khairy memanglah angkuh. Mahfuz ni dah 3 kali saya mengundi dia. Tapi kali ini dia mengecewakan kerana idak membangkitkan isu yang cemerlang di dewan. Hanya membela DAP, Karpal Singh dan PKR. Sedarlah Mahfuz kami hantar anda ke Dewan adalah untuk menyampaikan agenda kami dan menentang agenda BN.Tolonglah jadi wakil rakyat bukan seperti wakil Bn.

Penyokong PAS jitu

suhaimi said...

irfandina,awak ckplah dgn dia.awak jumpa dia,awak katakan, awak cabar dia beri penjelasan mengenai dana tersebut.jgn pandai ckp kat blog je.semua org boleh ckp.saya pun boleh ckp mcm tu.saya ingat awak kena mengaji lebih sikitlah...

suhaimi said...

Salam..kepada muhammad,

sidang parlimen baru je bermula,jgnlah 'frust' mcm tu sekali.pasal DAP tu,saya rasa UMNO patut di heret dulu.semua ni punca dari dia juga.cuba awak ingat kembali kontroversi perlantikan MENTERI BESAR kat PERLIS & TERENGGANU,org UMNO terang2 tolak raja.yg kat PERLIS, penyokongnya sampai tendang pintu ISTANA.kat TERENGGANU pulak,sampai hantar memo lagi kat ISTANA.tu belum cerita pasal kain rentang lagi.
bukan kah UMNO puncanya.bila org lain beri pandangan,dia nk jadi hero.dia kata org tu hina rajalah apalah.masa dia buat pemimpin yg lain tak kata apa pulak tu?seolah-olah dialah yg membela raja dan ketuanan melayu.tulah dia UMNO....

irfandina said...

sdr suhaimi...

apa perlu saya berjumpa dengan anwar??bukankah tujuan blog anwar diujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau???lagipun telah saya jelaskan bahawa isu ini ditimbulkan oleh mukhriz sendiri...apa sdr tidak mengenali mukhriz???beliau sendiri adalah ahli parlimen dan saya percaya beliau tidak akan membuat tuduhan secara membuta tuli di dewan parlimen yg mulia itu...apa yg saya harapkan ialah penjelasan secara terbuka dari anwar...itu sahaja...salah ka???

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

ada orang masih tak percaya yang anwar barua yahudi? anwar pernah kata yang TUN mahathir cemburu kepadanya kerana di luar negeri dia (anwar) disambut bagaikan PM. Pada masa itu dia masih dalam UMNO.

Anwar pernah kata penyokong PAS memang suka buat rusuhan dan kekacauan. masa itu dia jadi TPM.

Kenapa PAS yang selama ini perjuangkan Islam dan Ulama tidak lagi melantik Ulama menggantikan Anwar? takut kat karpal singh ke atau Lim Kit Siang? ... dalam Islam, hanya Allah sahaja perlu ditakuti..bukan manusia...

abe MIE kesian tengok Palestin kena tindas dan dibunuh yahudi...anwar tak ada cakap apa-apa..ynag disokong bapa altantuya adalah...

suhaimi said...

kepada irfandina..

anwar dah jelaskan dlm ceramahnya.cuma awak je yg tak tahu.kalau di malaysia ni medianya bebas,semua rakyat akan tahu.

suhaimi said...

kepada mie,

mcm mana org nak percaya,kalau yg ckp tu awak...takde maknanya...

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

yahudi memang licik dalam permainan politik. masa di USM saya ada belajar tentang falsafah yahudi... kenapa USA boleh kalah pada yahudi? hanya NAZI, jerman sahaja bunuh yahudi..

apa lagi abe suhaimi tak percaya? nak tunggu malaysia jadi macam indonesia dan thailand kerana meminjam wang dari IMF dan anwar sokong tabung IMF. pada masa itu, PAS juga sokong....

abe suhaimi, tak percaya tak apa... kenapa tak ada pemimpin ulama wakil PM? nak juga lantik barua yahudi tu?

http://pkrpasdap.blogspot.com

suhaimi said...

abe mie...
yahudi licik sebab org ISLAM lemah.org islam meletakkan islam di belakang,bukan di depan.awak nk beri contoh Thailand & Indonesia.dah tentulah si Thailand tu kafir,tak hairan lah kalau dia turut kahendak yahudi.yg si indonesia pulak tgklah mcm mana pemimpin dia kerjakan duit rakyat dan korupsi sana sini.tak hairanlah.
selama ni pun kita pinjam duit kat IMF juga.kat mana lagi kita nk pinjam? kat awak? jgnlah menganggap bila org sokong tabung IMF,awak kata org tu barua yahudi.habis MALAYSIA ni yg pinjam dgn IMF kita nk kata apa? proksi yahudi?
berkenaan dgn ketiadaan wakil pas utk jadi PM,apa perlukah semestinya pemimpin PAS di angkat menjadi PM?kalau org lain dari kalangan PR tidak boleh di angkat menjadi PM? jika peribadi seseorang tu mahu kepada islam,tiada masalah.islam,keadilan dpt di tegakkan.itu bukan kayu pengukurnya.pemimpin PAS boleh menjadi penasihat tentang permasaalahan yg melibatkan ugama islam,begitu juga undang2 syariah yg akan di laksanakan.tak ada isu yg berbangkit...

Unknown said...

Ad-Din atau cara hidup adalah sebahgian dari gimmik2 politikus, penundukan minda sejagat, penaklukan keatas kelekaan kebekuan keta'suban ilmiah taqlid/ tiruan/ ikutan.

Ugama telah menjadi barang dagangan bagi membiayai kesinambungan kerakusan pencengkam2politik. Ugama2 telah sentiasa menjadi alat2 penglipur lara bagi penegak2 ugama yang bejat ketatasusilaannya.

Islam telah sempurna dan tidak berkehendakan umpat mengumpat, bodek membodek.Islam adalah tunggal, bukannya ia terbahgi2, berkelompok2, berkaum2, bersuku2, bermazhab2. Islam adalah untuk semua.

Berlalunya zaman dan subur tumbuhnya Islam2 ciplak yang menghasilkan porak peranda sesama sendiri, perbalah demi perbalahan tanpa henti.

Fenomena ini difatwakan "hikmah disebalik tabir" olih kekaburan ulama2 konsevatif (ular dalam semak), kerana buntunya persepsi, bahawa Islam kini adalah sebahgian diri Islam2 ciplak, yang diasaskan atas kesukuan2 (Islam Assabiyah).

'Ular-mak' kini cenderung pada memanjangkan dan mengulang2i fatwa2Israilliyat.

Dan sayugialah diperhatikan, dengan minda yang hening, bahawa kemungkinan fatwa2 pemesongan ini telah dipasarkan olih sarjana2'gulongan kertas ijazah', yang mengiakan tesis2 kalut, tanpa peka, bahawa universiti2, media2.. adalah tempat penyembelihan minda yang terancang.

Dan telah berlalu abad2,dekad2 tahun2, bulan2, minggu2, hari2, saat2...dari Hijriyah 1429. Apakah ada ujud kebenaran lagi? Dan apakah yang sebenarnya dipelajari kini?
'Religions are sub-pages of the political tyranny'

meon_peon said...

Saya pun nak minta penjelasan jugak drpd Pak Lah berhubung kapal selam US yg berlabuh di Malaysia.

Bagaimana Pak Lah blh membenarkan kapal selam tersebut berlabuh di Malaysia sedangkan Singapura yg pro Yahudi pun tdk memberi kebenaran utk berlabuh di negaranya?

Ke Arah Menuju Islam Hadhari...

irfandina said...

sdr suhaimi,

saya amat berharap agar sdr dapt memberi penjelasan yg rasional...soalan saya apakah pas dapat mewujudkan negara islam dalam keadaan politik pada masa ini...apakah rakan karib pas dlm pr akan bersetuju terutama sekali...saya pinta kpd sdr...berpijaklah di bumi yg nyata...cakap saja secara terus terang kemana arah pas yg sebenarnya????apakah masih dengan objektif untuk menubuhkan negara islam???

suhaimi said...

irfandina...

PAS masih tidak lari dari perjuangannya untuk malaksana hukum islam.cuma masa je yg belum membolehkan perlaksaannya.
anda tentu tahu bahawa pas dan rakan2nya belum lagi dapat memerintah negara.5 negeri yg di perintah sekarang tidak membolehkan perlaksanaannya.
perlaksanaan hukum islam mesti mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat.jika kerajaan negeri mendapat restu dari sultan pun,tetapi menghadapi masalah dari kerajaan pusat,ini bermakna perlaksanaan itu sukar.
sebagai contoh,kerajaan PAS kelantan.sehingga hari ini tidak dapat melaksanakannya walaupun mendapat perkenan sultan.inilah masalahnya.
berkenaan dgn rakan2 yg lain dari PR,perbincangan boleh di lakukan.walaupun DAP menentangnya.pada pandangan saya Insyaallah,hukum islam dapat di tegakkan.
seharusnya umat islam di negara ni perlu meyakinkan kepada parti yg bukan islam,bahawa islam tidak akan menyakiti agama2 yg lain.masaalahnya sekarang,org islam sendiri tidak menunjukkan islam itu ugama yg syumul.

soba said...

Syabas pada abe mie kerana lebih tahu dari orang yang tahu.tahu pasal dato rosli,tahu pasal anwar yang yahudi tu mungkin lepas ni tahu pasal mahathir pula yang tak kena selepas mahathir keluar UMNO. Biarkan lah abe mie terus bermimpi kerana dia masih tak sedar yang hari dah nak senja lagi masih belum bangun bangun. Kalau UMNO macam tu lah, Yang penting kita pakat sama sama beri sokongan pada PAKATAN RAKYAT teruskan agenda mereka membela rakyat...yang tak nak bela biar mereka dengan dunia mimpi mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...