Sunday, May 18, 2008

MB Perak kunjungan MB Kelantan

KOTA BHARU, 18 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangannya bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.

Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.

Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.

Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.

Selepas itu, beliau turut menghadiri majlis pertemuan rasmi dengan anggota exco kerajaan negeri dan Adun yang diadakan di Bilik Gerakan Suk.
Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, tv3, tv9 untuk membuat liputan.

Nizar ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaannya yang baru dibentuk lebih dua bulan itu akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah sebagaimana yang diingini rakyat.

Menurutnya, selama itu rakyat Perak dan seluruhnya begitu ‘haus’ dengan kebajikan dan amanah dari kerajaan baru.

“Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.

“Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah,”ujarnya.

Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.

Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

8 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum,

Pakatan Rakyat jika memerintah lebih baik dari kerajaan dahulu, saya kira, pilihanraya akan datang PR akan memerintah Malaysia, insyaAllah.

suhaimi said...

salam...

saya setuju dgn web sutera.mereka ingat mereka je boleh memerintah?pemimpim PR pun banyak yg berkaliber,malah lebih dari mereka.

irfandina said...

sudahlah suhaimi...terlalu awal untuk memuji diri sendiri...belum lagi teruji dengan keadaan sebenar...

andaikata bn itu terlalu buruk benar keadaannya...maka sdr dan pendukung pr yg lain perlulah lebih kerap bermuhasabah dan bersedia menerima kritikan...

ingat...jgn terlalu emosi dan fanatik...kerana dua sifat itu tiada dalam falsafah perjuangan islam....

Unknown said...

sy setuju sgt ngan irfandina..jgn terlalu angkuh. perhatikan saja negeri yg telah diambil alih,xpyh nk melangkau jauh smpi ke sume negeri utk diambil alih.. peratikan kelantan,perhatikan terengganu dahulu ..rakyat t'ganu dh serik ngan dasar PAS yg "indah khabar dr rupa" sbb itu mereka kembali ke kerajaan dahulu..klu bn itu terlalu buruk benar "dptkah kita skang aman tnpa meminta minta? dptkah kita beribadah tnpa halangan?" jgn menghukum ss2 itu disebabkan sesetengah pemimpin yg mengamalkan rasuah..hanya disebabkan sedikit keburukan yg telah ditonjolkan.Adakah anda mengharapkan PAS PERFECT SKALI?! jgnkan negara M'sia,negeri Kelantan sekecil 2 pn x terjaga..

suhaimi said...

liza....

awak org umno ek? patutlah awak mcm tak puas hati je bila PR memerintah 5 negeri.PR baru je memerintah 4 negeri yg baru.awak dah ckp bukan2.awak sibuk hentam kelantan,saya dah baca semua statement awak.memang tak lari dari menghentam pas dan kelantan.
pemimpin pas buat apa kat awak sampai awak sakit hati sgt?tak payahlah awak sibuk dgn kepimpinan pas,baik awak pergi jaga UMNO yg dah 'nazak' tu...........

suhaimi said...

irfandina.......

awak silap,awak kenal dgn 'saidina umar'? dia memiliki 2 sifat ini.fanatik dgn islam dah emosi bila islam di cabar.awak seharusnya berada di zaman tu,baru awak tahu mcm mana sahabat2 dahulu memeperjuang dan mempertahankan kesucian agama.

Unknown said...

sy bkn org umno mahupun org PAS.. klu awk nk tau,sy blum ckup umur pun utk memangkah mana2 parti..tp,sy dpt fikir sndiri yg mana menipu..sy bkn menghentam,tp mengeluarkan fakta2 dan bukti2 sahih ttg Kelantan dan kepimpinan PAS. PAS sibuk menghentam BN dgn angkuhnya,sehinggakan sggup berskongkol dgn org bkn islam.apa macam? pe alasan PAS?alasan sy dgr dari penyokong2 PAS,dgn mengundi PAS,dpt juga menarik agama lain masuk ISLAM.yakin ke anda? setidak2 nya UMNO still jadi ketua utk MCA dan MIC.ramai kawan2 sy menyesal memangkah PAS kerana PAS pndi menabur janji,tp tidak betah nk tunaikan semuanya..itulah sy kata,tgkla Kelantan,jgn nk melangkau jauh angan2 mat jenin.

suhaimi said...

liza...

kalau tak cukup umur dan atas pagar baik duduk diam2 je.kalau saya nk jawab soalan awak kat blog ni rasa penat nk menaip nk terangkan satu persatu.nantilah saya jawab semua soalan tu tp tunggu awak dah boleh mengundi dulu atau tanya dgn abang2 yg lain.

wasalam.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...