KUALA TERENGGANU, 7 Mei: Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini menolak usul yang dibawa oleh wakil PAS dari Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berhubung royalti petroleum.
Abdul Wahid meminta agar Dun yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan menyokong supaya royalti petroleum dikembalikan semula kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
“Dengan izinAllah SWT saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membawa dan mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri yang mulia ini agar semua ahli dewan membahas dan menyokong kenyataan dan pendirian YAB Menteri Besar supaya royalti petroleum dikembalikan semuka kepada Kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya ketika membacakan usul itu sebaik sahaja selesai sesi menjawab soalan lisan.
Beliau yang juga Bendahari PAS negeri berkata, hasil dari perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 22 Mac 1975 (payment undur section 4, Petroleum Development Act, 1974), kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti selama 22 setengah tahun berjumlah RM7.2 bilion sehingga ianya diberhentikan pada September 2000 sehingga kini.
Tambahnya, Kerajaan Pusat telah merampas hak royalti petroleum yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri dan telah mencabul kedaulatan negeri untuk membelanjakan royalti tersebut.
“Perbuatan ini jelas bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan kerana negeri-negeri Sabah dan Sarawak masih terus mendapat bayaran royalti di bawah perjanjian yang sama,” ujarnya.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang semasa menolak usul itu pada jam 11.17 pagi berkata, walaupun ia merupakan perkara tertentu dan melibatkan berkepentingan orang ramai tetapi ia tidak perlu disegerakan.
Ini, katanya kerana perkara itu masih dalam proses dan tindakan mahkamah yang belum diputuskan lagi.
Menurutnya, jika ada apa-apa perbincangan pada persidangan Dun mengenai royalti petroleum akan menjejaskan pihak negeri dan Persekutuan yang terlibat dalam perbicaraan di mahkamah.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said juga memohon agar kerajaan negeri diberikan semula royalti minyak.
Pada 30 April lalu pula, Dewan Rakyat turut menolak usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang meminta persidangan hari itu ditangguhkan untuk membahaskan isu perjanjian royalti petroleum antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Terengganu.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, walaupun usul yang dibawa oleh itu merupakan perkara tertentu dan berkepentingan orang ramai tetapi ia tidak perlu disegerakan.
Salahuddin dalam usulnya menegaskan, royalti petroleum bukan sahaja perlu dikembalikan semula kepada kerajaan Terengganu malah harus ditambah 10 peratus seperti yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak.
12 comments:
Dalam isu royalti ini seharusnya pemimpin di negeri terengganu bersatu hati...tidak perlulah diambil kira samada usul ini dibawa oleh pembangkang or establishment...soalnya wang itu seharusnya ditadbir milik oleh pemerintah negeri tgganu...tidak kiralah sama ada pas or umno...dan saya menyeru kepada kepimpinan tertinggi negara supaya menyerahkan kembali wang royalti ini kepada state government...yg paling penting kepimpinan negeri tgganu perlulah bersuara dalam satu nada...bukankah MB yg baru telah memohon secara terbuka kepada pak lah supaya diserahkan kembali wang royalti ini...inilah satu contoh yg baik tentang perlunya org melayu bersatu suara dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan org melayu...maksud saya...di negeri tgganu bukankah melayu yg menjadi majoriti...sekiranya wang itu ditadbir dgn baik saya percaya org melayulah yg paling banyak mendapat nikmatnya....
salam...
ada 3 sebab kenapa DUN tolak saranan royalti
1. sebab isu dikemukakan oleh PAS...
2. Sebab UMNO ada cara lain- menjadi rahsia dan akan kemukakan kepada pihak tertinggi
3. mungkin najib jd pm..royalti minyak dapat kat natang tu....
yg pas sibuk-sibuk kenapa? bela aja rakyat pimpinan mereka di selangor. perak, kedah dan p.pinang...
kenapa hati pas busuk sangat? tapi busuk lagi daging babi...
(http://pkrpasdap.blogspot.com)
S'gor lulus RM1 juta bantu mangsa di Burma
Jimadie Shah Othman | May 7, 08 9:57pm
Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan bantuan RM1 juta untuk membantu mangsa bencana alam di Burma.
Bantuan kemanusiaan itu akan disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia untuk diagihkan terus kepada pihak yang memerlukan di negara itu.
Yayasan Amal Malaysia juga dilantik sebagai koordinator untuk menyelaraskan pungutan sumbangan peralatan, pakaian dan bantuan lain, dengan pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan individu lain yang ingin menyumbang.
Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi. Hadir sama ialah ahli exco, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail dan Teresa Kok.
Dr Halimah berkata, kerajaan negeri memilih Yayasan Amal berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini membantu mangsa bencana alam di Jogjakarta, Kashmir, Acheh, Sri Lanka dan India.
"Yayasan ini mempunyai biro perubatan dan kesihatan serta biro bantuan kemanusiaan. Sewaktu berlaku banjir besar di Johor dulu, kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan kemanusiaan mereka dengan jumlah yang sama (RM1 juta) juga melalui yayasan ini," katanya.
Pusat pungutan
Rodziah pula berkata, pusat pungutan akan dibuka di dua tempat iaitu ibu pejabat yayasan ini di Shah Alam dan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK), dekat Dataran Shah Alam.
"Kita akan buka dalam masa terdekat dan ada seorang pekerja akan menunggu di situ," katanya.
Teressa Kok pula berkata: "Setiap kali berkali bencana alam, kita lihat persatuan-persatuan agama, persatuan perubatan dan lain-lain tampil membantu. Kali ini kami mengalu-alukan mereka menghubungi kami."
Sementara itu, ketika mengulas tentang ‘kegagalan' kerajaan negeri menunaikan janji mereka dalam pilihanraya lalu, menteri besar berkata: "Ada yang boleh buat sekarang, ada yang tak boleh buat sekarang.
"Saya sebagai menteri besar Selangor, sebagai ketua eksekutif kerajaan Selangor mesti memutuskan bila benda ini akan dilaksanakan.
"Dalam manifesto kita tidak ada sebut bila akan dibuat. Kita baru dua bulan memerintah. Selepas rakyat menilai kita selepas 100 hari, kita akan senaraikan mana perlu dibuat. Sekarang kerja masih dalam proses," tambahnya.
Ditanya tentang kemungkinan cukai pintu diturunkan di negeri itu, Khalid menerangkan bahawa kerajaan mempunyai dua pilihan sama ada mengurangkannya (cukai pintu) atau memberikan fasiliti yang lebih baik untuk kadar yang dibayar.
Janji pilihanraya
"Keputusanan akan dibuat selepas kita sediakan belanjawaan untuk tahun depan. Lepas itu kita boleh tetapkan," kata Khalid yang juga Adun Ijok itu.
Khalid juga menegaskan komitmen kerajaan negeri tentang janji-janji lain.
"Soal air, contohnya, akan tetap berjalan 1 Jun ini. Saya lihat banyak negeri-negeri lain mula cemburu kepada kita. Ini contoh bagaimana kita mulakan usaha kebajikan kita," tambahnya.
Pada masa ini, menurut Khalid lagi, usaha yang lebih penting adalah bagaimana pendapatan negeri mesti dipertingkatkan.
Beliau berkata, kerajaan negeri mendapat respons positif dari pelabur dan kerajaan negeri mensasarkan Selangor menjadi destinasi pelaburan.
Buat masa ini, tegasnya, pelabur dari Timur Tengah, China dan India telah menunjukkan minat mereka.
Teressa Kok mengumumkan bahawa pagi ini, sebuah syarikat telah melawat beberapa tapak di Selangor dan menunjukkan minat melabur di negeri ini dengan jumlah pelaburan berbilion ringgit.
Khalid berkata: "Kita mempunya dua tugas iaitu hendak meningkatkan pembangunan Selangor dan memastikan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada rakyat.
"Pakatan Rakyat mempertingkatkan potensi pertambahan pelabur di Selangor. Ini menunjukkan bahawa kami mampu memberikan keyakinan kepada rakyat," tambahnya.
"Apahal ni??? Apa dah jadi??? Nape duit ni tak digunakan untuk cukai pintu di selangor..."
Buat masa ini, bukan masa untuk bantu negara luar..bantu negara sendiri dulu...
Bak kata pepatah... Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran...
Jangan buat atau ulangi kesilapan yang dilakukan oleh BN...
Saya bimbang nanti PRU 13 akan datang rakyat menganggap MANIFESTO PAKATAN RAKYAT hanya KISAH DONGGENG RAKYAT semata-mata...
Anda benci penyelewengan kuasa BN...saya pun begitu...Itu pasal saya menyokong pakatan anda...
Demokrasi Terpimpin...
3 Abdul - Abdul Lah...
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
50 thn...
"kenapa hati pas busuk sangat? tapi busuk lagi daging babi..." oleh abe mie ... ko pahal lak kaa PAS hati busuk aper maksud ko ni lahanat!!! org nk bantu rakyat kt ganu ko ckp hati busuk mmg sial la ko eh!!!
ABE MIE....
APA MASALAH KO NI....
ITU PAS TERENGGANU.....
BIAQ LA DEPA SEBUK..... NEGERI DEPA JUGAK....
UNTUK KESENANGAN RAKYAT TERENGGANU JUGAK...
SILAP ARI BULAN KALU PAK LAH BAGI BALIK UNTUK KESENANGAN UMNO TERENGGANU JUGAK.....
KHAS tuk Abe Min.....
tidak perlulah diambil kira samada usul ini dibawa oleh pembangkang or establishment...soalnya wang itu seharusnya ditadbir milik oleh pemerintah negeri tgganu...
kalu sabah dan serawak dapat royalti minyak kenapa plak teganu di nafikan dapat royalti bukan sikit nilai nya tapi RM 7 bilion....
sepatutnya AMno kena pikir secara terbuka soal nie jagan lah kerana PAS yang bawa ususl ni maka wakil Amno tolak usul ni..ni lah kita dapat lihat keterbukaan pemimpin dan membezakan antara pemimipin.
kesian rakyat teganu dapat tok wakil pun tak leh nak berjuang tuk kepentingan rakyat....RM7bilion banyak tu bro, sepatutnya rakyat teganu buleh masuk IPTA free, dapat lagi biasiswa. tapi lihat lah realitinya terenganu duk NO 2 TERMISKIN di malaysia..tahniah kepempinan tereganu yang berjaya mengekalkan kemiskinan rakyat terengganu walaupun NEGERi KAYA....pelik kan sebuah negeri yang KAYA HASIL nYA tapi rakyat MISKIN..seharunya hasil ini dapat di agihkan kepada seluruh rakyat terengganu.. tapi nak buat macam mana dah rakyat buat keputusan nak duit EHSAN lagi dari Royalti yang tah tak tahu berapa jumlah nya, dan siapa yang mengurus duit berkenaan.
Utk abg Mie
Aku rase ko ni memang lahir dari pantat babi le.Sebab ko tau busuk dia. So , jgn le cuba nak condem kan PAS, bertujuan utk bg org ganu senang tak menderita mcm skrg. BODOH MCM TOK IMAM HDARI KO JUGA.
Untuk sedara abe mie,
Betullah kata 'blues untuk rakyat' tu, apa masalah ko nie? Langsung tak menyokong untuk kepentingan rakyat terengganu.
Sahlah ko nie memang penyokong BN yang membawa rebah. Sepatutnya kalu satu hati satu hasrat serta satu tekad demi untuk kepentingan rakyat, DUN Terngganu septutnya sebulat suara menerima usul PAS tu.
Ini tidak. Masing-masing nak jaga periuk politik sanggup membiarkan kepentingan hak rakyat Terengganu.
Kesian orang GANU, kepimpinan yang dipilih tak dapat membela mereka.
ps* 'Penyu menangis siapa yang tahu, kesian dia, kesian dia..!!!!
Khas buat 'abg mie'
Mulianya seseorang kerana mulut dan bahasa. Ungkapan 'natang, babi' dan sebagainya tak usahlah di tuliskan. Mung tahu dok sape ada dalam PAS tu? Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Haron Din, dan beribu lagi yang berpendidikan. Mung ada buka mata ke dok?.. Sanggup mung menyumpah kat dorang?... aku dok tahu la nok kata guane ke mung ni.. manusia apa.. hish.. orang buat maksiat ko macam sokong.. tapi kat ulamak ; ko sumpah... baguslah nak.. sejuk perut mak ko melahirkan makhluk mcm ko... renung balik. bertaubat!
buat semua..
kalau korang ada baca buku wali-wali.. keselamatan sesebuah negara tu akan dijamin oleh Allah dengan sebab adanya ulamak. Jangan sesekali membenci ulamak... Malaysia Allah pandang sebab masih ada makhluk yang Allah makbulkan doanya.. sapa orang tu... mestilah ulamak. Bukannya orang macam kita ; yang imannya naik dan turun tak tentu hala. Jaga mulut sebelum menyumpah sapa-sapa.
Sedih aku...dek kerana kebodohan pemimpin UMNO macam babi blakang rumah ABE MIE,royalti negeri trganu habis di kebas pada era PAS 1999 dulu...alih2 2004 n 2008 trganu dapat kat UMNO balik,baru la nak melolong,melalak,menjerit,tak tahu malu mahu royalti di kmbalikan...apa kejadah pembesar terdahulu sanggup gadai jual maruah meminda prjanjian antara state n petronas???...sambil aku menaip ni rasa mcm nak gugur jantung,terketar ketar tangan memikirkan apa yang BARUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sangat algojo trdahulu buat kat negeri trganu ni...rakyat marhaen begitu ramai di trganu...tapi dgn duit royalti kalau di bahagi 1000 ringgit sorang tak luak pun duit tu...ya Allah,tlg sejukkan hati dan amarahku ini,ameen.
Post a Comment