Tuesday, May 13, 2008

Kelab Penyokong PAS bercambahan di Perak

Oleh Hasiyah Mohd Nor

PARIT BUNTAR, 13 Mei: Kelab Penyokong PAS tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Perak semenjak Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu. Tambah-tambah lagi apabila Menteri Besarnya datang dari PAS walaupun PAS mempunyai Adun paling sedikit dalam kerajaan campuran di Perak itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah melancarkan Kelab Penyokong PAS dari Kaum Cina dan India di Parit Buntar dan Pekan Baru Parit Buntar, bertempat di Pekan baru, Parit Buntar 8 Mei baru-baru ini.

Kira-kira 1,000 orang kaum Cina dan India di Parit Buntar menyertai Kelab Penyokong PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim, dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahari turut hadir dalam majlis pelancaran itu.

Sebelum itu, di Bagan Serai, dalam perjumpaan pertama yang diadakan di sebuah tokong Cina dekat sini, kira-kira 500 orang kaum Cina dan India telah berikrar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak sekarang.

Ikrar sokongan penuh, padu, dan jitu itu disampaikan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum Cina Menteri Besar Perak, Mohamad K.Y.Tiang, yang sebelum itu memberi penerangan dan ceramah khas yang menyentuh pelbagai isu mengenai kaum Cina dan India.

Ketua Kelab Penyokong kerajaan Pakatan Rakyat dari kalangan kaum India adalah Parama.
Majlis itu dihadiri juga wakil-wakil kaum Cina dan India daripada Taiping, Selama, Parit Buntar, dan Kuala Kurau.

"Penyokong terbabit berkata mereka kecewa selama 50 tahun banyak permohonan dan janji manis yang ditabur oleh pihak berkaitan kerajaan sebelum ini kepada mereka tidak ditunaikan," kata Mohamad K.Y.Tiang.

12 comments:

irfandina said...

pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pas kerana berjaya menarik minat non muslim kearah meraka...tetapi saya amat mengharapkan agar pemimpin pas perak terutama sekali mb nizar tidak menggadaikan nasib org melayu demi untuk kepuasan bangsa lain...jgnlah dilupa bahawa selama ini org melayulah yg menyokong perjuangan pas sedari awal penubuhannya....ingatlah sesungguhnya non muslim ini opportunis sifatnya...sesiapa saja yg mampu memberi faedah kepada mereka maka disitulah kiblat mereka...tidak terdetik dihati saya untuk menimbulkan apa2 isu...tetapi saya percaya majoriti org melayu pasti akan bersetuju dengan kenyataan saya....

abe MIE said...

ramai juga orang bukan melayu masuk PAS..baguslah..kira PAS memang bagus sebagai wardah perjuangan...

tapi bila isu murtad, PAS tak ada pula nak tubuh kelab. takut kat DAP.. jangan hentam UMNO kalau orang keluar Islam sebab PAS tidak tahu cara mengatasi masalah ini...

PAS pakar kutuk orang dan maki hamun dan baruakan orang...

http://pkrpasdap.blogspot.com

azman said...

saya setuju dengan irfandina.

meon_peon said...

isu murtad menunjukkan bhw kelemahan undang2 ciptaan manusia...

lu pikirlah sendiri...

suhaimi said...

mie,
kalau tak tahu tak payah ckplah.tubuh kelab nk buat apa?jalankan hukum ALLAH,selesai masaalah.tak percaya ke dgn apa yg ALLAH janji? sibuk ckp org takut dgn DAP.Org PAS dah lama memperjuangkan isu murtad ni.cuma awak je tak tahu.sebab perangai awak mcm UMNO.

penyokong dato seri anwar said...

irfandina ni mmg bengap aku rasa,banyak mkn belacan.Isu murtad ni patutnya umno yg ko kata bagus sangat tula patut di persalahkan.sapa yang berkuasa kt malaysia ni sjak merdeka.bkn umno?.bukan dorangke yang punyai majoriti 2/3.ape dorang gunakan dengan kuasa tu?tindas rakyat,hentam rakyat.pembela kroni.ape psl xgunakan kuasa tu untuk hukum mati bg org2 murtad.takut pd MCA ngan MIC?pas nk wat hukum hudud sape yang jd penentangnya?bkn Umno?

suhaimi said...

say setuju dgn pandangan 'penyokong dat'o seri anwar.

liza said...

ye ke PAS ni dikatakan membela rakyat?? klu btl membela rakyat,cmne Kelantan mempunyai penduduk yg paling termiskin kat Malaysia ni?
PAS mencanangkan kat satu dunia yg diorg mmmg hebat,padahal hanya mempergunakan ayat2 al-Quran utk kepentingan kroni2nya..
Aku tak kata yg UMNO ni bebas dr rasuah ke aper.. tp dlm PAS sndiri de rasuah yg diamalkan,sama saja..cube kita tgk Saddam Hussin.Rakyatnya dgn angkuh mengatakan Saddam tak layak memimpin negara mereka,dan skarang slps Saddam dijatuhkan,apa jadi??? rakyat lg menderita,itukah yg mereka mahu? nak jd mcm tu ke? aku tgk rakyat M'sia skang hidup sng lenang, xbersyukurkah? apakah kita semakin tamak dgn anggapan dgn pemerintahan PAS hidup rakyat M'sia bertambah maju?? tgk sajala di Kelantan,majukah??? ramai mengatakan rakyat kelantan pnuh dgn ciri2 islamik,tp sedarkah korang sume yg rakyat kelantanla plg ramai terjebak dgn mslh sosial,cumanya mereka buat kacau kat negeri org lain,sbb tu jenayah sumnya dlm rekod luar dr kelantan. knape rakyta klantan berhijrah ke ngra lain??? sbb PAS x mampu beri yg terbaik(tp dlm manifesto mcm2 nk berjnji kosong) pikirlah sndiri.skang sbb terdesak,PAS sggup bersekongkol dgn org bkn islam,sngguh hipokrit skali!PAS dan PKR menang sbb bnasib baik-gunakan isu kenaikan hrga brg+hrga tol n permerintahan Abdullah sekeluarga yg begitu tamak skali.tp aku tgk skang brg x turun pn,tol makin naik je?? isu selangor xmmpu tunaikan manifesto pn satu hal! Pikirlah sendiri kebenaran kata2 aku..berjanji dan berkata2 mmg mudah,nk tunaikan sshhhh skali -mcam PAS-

liza said...

lagi satu,perasan x penyokong PAS mcm kena rasuk,x rasional lgsg!

Dapat Duit Tak Ada Modal said...

salam...aku pelik laa dengan liza ni...nampak sangat tak tau fakta... kelantan bukan yang termiskin dalam malaysia ni... lain kali, sebelum buat kenyataan cari fakta dulu...woi, umno sendiri mengakui kelantan bukan negeri paling miskin...lagi miskin terengganu umno yang jadi negeri ke2 paling kaya di maqlaysia...dengan royalti minyak yang tak tau kemana pergi.. kau ni aku rasa duduk bawah tempurung... aku nak nasihatkan kau gak...kalau nak baca paper tu, biar lah baca semua... kalau bc akhbar perdana, baca laa gak kontra dia... baca laa gak harakah...siasah...sinar...keadilan n lain-lain...ni takk..dengar satu pihak jer...tu yang buta fakta tu...woi, aku ni orang selangor... bukan kelantan... walaupun gaji aku lagi banyak atau sama dengan orang yang duduk kat kelantan, tapi duk kat selangor kos hidup tinggi. ...baik kat kelantan...kos hidup rendah...senang...walaupun gaji rendah sikit jer..tapi hidup senang..

Bangsa Malaysia said...

Liza ni tak patut beri komen macam tu. Kalau liza bercakap guna kepala lutut, liza membahayakan diri sendiri. Lain kali kalau bercakap tu hati hati sikit. Bahaya tau... ;)

Irfandina ni pula jangan terlalu racist. Perjuangan PAS bukan memperjuang sesuatu kaum tetapi perjuangan Islam yang memberi kesamarataan pada semua kaum. Kita semua rakyat Malaysia. Keadilan untuk semua sebab Islam untuk setiap manusia...

saha said...

apa ada pada kaya???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...