Thursday, May 8, 2008

Lembaga Zakat Selangor lubuk wang

SHAH ALAM, 8 Mei: Dengan pengutan zakat mencecah RM200 juta setahun, Lembaga Zakat Selangor memang menjadi lubuk wang dan sememangnya ia menjadi tumpuan pihak-pihak yang ingin mencari kesempatan darinya.

Namun, sejak sekian lama ia tidak mendapat perhatian serius dari pihak berkuasa untuk melihat jauh ke dalam institusi umat Islam yang penting ini.

Mereka yang prihatin di dalam lembaga ini pula tidak berani membuat laporan kerana kerja-kerja tidak baik ini dilakukan oleh pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa.

Namun, ketidaktentuan ini mula berubah apabila kerajaan negeri mula bertukar Mac lalu.
Seorang pegawai kanan Lembaga Zakat Selangor telah ditahan reman beberapa hari untuk siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan laporan yang dibuat ke atasnya.

Pegawai kanan itu yang merupakan seorang ketua jabatan yang penting di lembaga yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor itu ditahan reman beberapa hari awal April lali sebelum dibebaskan.

Beliau kini dikatakan sedang bercuti.

Namun tangkapan ke atas beliau tidak banyak merubah suasana Lembaga Zakat Selangor yang sebelum ini dikenali dengan Pusat Zakat Selangor.

Menurut sumber Siasah, pegawai kanan berkenaan mula dikesan melakukan penyelewengan berikutan panggilan telefon dari seorang kakitangan sebuah bank yang bertanyakan adakah pegawai itu masih bekerja dengan lembaga zakat itu.

Ini kerana, gaji yang dimasukkan ke dalam akaunnya di bank berkenaan tidak pernah disentuhnya.

"Sebelum ini, ramai tahu kegiatannya tetapi tidak berani membuat laporan kerana dia adalah seorang ketua pemuda Umno bahagian di Selangor dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pihak atasan di negeri ini.

"Tetapi selepas kerajaan negeri bertukar tangan, ramai yang berani tampil ke depan," kata sumber itu.

Kesan negatif

Namun, tindakan beberapa pihak yang cuba membaikpulihkan nama baik lembaga zakat itu dari kegiatan tidak betul mula mendapat kesan negatif.

Ini kerana, ramai pegawai kanan lembaga itu masih lagi condong kepada kepimpinan kerajaan negeri Selangor sebelum ini maupun parti yang kalah di Selangor.

Ekoran itu, apabila ada pihak yang cuba memperbetulkan keadaan, namun mereka menjadi mangsa.

16 comments:

indraputra80 said...

Ini lah masaalah nya dalam LZS dan dimana mana jua.

Apabila nak kutip zakat,mereka rujuk Alquraan dan Hadis.

Tetapi masa membelanjakan mereka ikut IBLIS.

Kita bersimpati dgn Dato'Hasan Ali,bukan mudah membersihkan tempat ini,kerana ia mungkin melibatkan Ketua Agama Negeri,yang selama ini membiarkan segala penyelewengan ini terjadi.

warek-irang said...

Di Perak, Kedah, P.Pinang (negeri baru PR perintah) bila nak siasat?

Rendah diri said...

Saya simpati dengan LZS.Walaupun susah, teruskan perjuangan. Mana ada perjuangan yang senang? Kalau senang bukan perjuangan.

Jangan mudah putus asa untuk membentuk negeri yang cemerlang gemilang terbilang dan tidak temberang. Takbir...Allahuakbar!

MOHD RIDHWAN B. BAKAR said...

Tahniah! Kerajaan negeri Selangor (Pakatan Rakyat) yang baru...bersihkanlah lembaga zakat dari sebarang unsur najis penyelewengan dan salah guna kuasa. Tujuan zakat dalam Islam adalah untuk mensucikan harta...jadi tak eloklah kalau ia bercampur aduk dengan najis penyelewengan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Perolehan dan hasil pungutan zakat adalah untuk golongan yang berhak terima sahaja seperti faqir miskin dan pelajar-pelajar yang memelukan dll seperti yang disyariatkan. Buatlah kerja dengan AMANAH, dan setiap AMANAH itu akan dipersoalkan di hadapan Allah pada hari KIAMAT kelak...

wanzaim said...

Masalahnya betul ke ada unsur rasuah dalam LZS nie ... penulis terus bersikap tidak adil terhadap LZS .. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar ... cuba buktikan dengan fakta ... tunggu keputusan Mahkamah ... utk indraputra80 .... di dalam perlembagaan Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri Selangor. Adakah anda bermaksud, DYMM Sultan Selangor membiarkan penyelewengan berlaku ... ????

Cucu Adam said...

Beberapa karenah telah berlaku di Lembaga Zakat Negeri, Tabung Haji, Makammah Syariah dan Bank Islam. Tidak hairanlah kalau rasuah dan perkara keji telah berlaku dan akan terus berlaku.

Di dalam hal Lembaga Zakat Selangor perkara keji seperti dilapurkan terdedah akibat berlakunya peralihan kuasa dari BN kepada PR. BN yang sekian lama berkokok dengan megah mengatakan bahawa BN saja yang tahu dan berpengalaman memerintah negeri dan negara tetapi apabila berlaku peralihan kuasa berbagai-bagai yang tidak diduga terbongkar, dan ini baru tip of the iceberg - saya rasa lebih banyak kerenah akan terbongkar lambat laun.

Semoga mereka yang diamanahkan tetapi mengambaikan amanah tersebut diambil tindakan sewajarnya dan mendapat hukuman setimpalnya di dunia dan akhirat.

irfandina said...

pertama sekali ingin saya memberi peringatan kepada indraputra...seharusnya anda perlu berhati-hati dalam membuat komen...anda seperti membuat tuduhan kepada sultan selangor...jgnlah dilibatkan sultan dalam hal ini...tidak perlulah anda mengikut perangai si biadap karpal singh yg berani mempersoalkan kedudukan sultan...saya juga menyokong 100% usaha untuk membenteras penyelewengan yg berlaku dan seharusnya mereka ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman yg setimpal...tetapi jgnlah kita hanya bersifat menghukum hanya kerana ia berlaku semasa pemerintahan kerajaan yg terdahulu...kelihatannya para pendokong PR sekarang ini begitu angkuh dan arrogant sekali....come on my friend...apakah anda semua terlalu yakin bahawa pemerintahan kerajaan PR pada masa kini dan mendatang tidak akan melakukan sebarang kesalahan???bukankah kita semua manusia biasa yg pastinya mempunyai kelemahan dan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan...

ckin68 said...

Salam, persoalannya kenapa ahli-ahli Pakatan Rakyat telah melanggar kata-kata sendiri sebelum ini, bahawa seseorang belum dikatakan bersalah selagi ia belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Bila pulak, pegawai kanan itu didakwa? Mahkamah mana yang telah menjatuhkan hukuman? Harapan saya, janganlah semasa tidak berada di tampuk kekuasaan kita boleh nampak salah pihak lain tapi sebaliknya sekarang ini apa dah berlaku? Muhasabahlah diri supaya tidak terpalit ke muka sendiri.

am_yus said...

Kepada wanzaim dan irfandina serta ckin68...

Assalammualaikum, jelas saudara saudari tidak gemar dengan perubahan pemerintahan selangor sekarang. Sebenarnya memang mustahil untuk Pakatan Rakyat menang di selangor jika kita mencongak dengan pemikiran logik yang ada. Sebab itu sebilangan besar para pemimpin pemerintah terdahulu ego. Selalunya (tidak semestinya) bila kita mewah kita lupa segalanya, tetapi Allah maha kuasa. Maka apabila ada golongan tertindas serta teriniaya, maka lupakah kita bahawa senjata orang muslim yang sangat tajam lagi ampuh iaitu 'Doa'?. Maka apabila ada golongan beriman yang tertindas, teriniaya ini menadah tangan memohon, dan Allah menunaikan nya, maka dikala itu yang mustahil difikiran kita akan hadi sebaliknya. Dengan sifat penyanyangnya maka Allah menghantarkan segolongan yang baik daripada dahulu untuk memerintah tetapi bukan selamanya sebab jika yang ada sekarang ini juga mulai lupa tujuan asal, maka mereka juga akan menjadi seperti pemerintah sebelum PRU12 juga. Jadi bersihkanlah pusat/lembaga/agensi yang berwajah islam dahulu......

irfandina said...

Sdr Am Yus,

Nampaknya sifat tipikal PR begitu tebal dihati dan benak awak...saya bukan mempersoalkan pemerintahan PR...bahkan dari awal lagi saya belah menjelaskan bahawa saya menyokong apa jua tindakan yg dapat memberi kebaikan kepada rakyat apatah institusi zakat yg jelas memberi kebaikan kepada muslim itu sendiri...cuma apa yg dipersoalkan ialah kenapa begitu gegak gempita sekali bunyinya bahawa terdapat begitu banyak kerosakan pada pemerintahan terdahulu...bukankah lebih baik dibawa ke muka pengadilan...jgnlah kita bertindak seolah-olah hanya mahukan publisiti murahan....

ckin68 said...

Salam, saya sekadar mengingatkan kembali seperti yang pemimpin PR katakan sebelum di tapuk pemerintahan. Itu shj, hampirilah rakyat dan kakitangan kerajaan dengan berhemah, bukan membabi buta menyalahkan sana dan sini seolah2 mereka bukan penyokong PR. Saya.... jangan tanya. Undikan rahsia!

kwalart said...

Marilah kita sama sama membetulkan keadaan ini..Kepada setiap pegawai bertugas di LZS, amanah ini lah yang sangat sangat perlu di jaga.

abdul said...

Pada penilaian saya LZS telah berjaya mengenengahkan peranan zakat ke era perdana dan saya adalah salah seorang yang menerima manfaat dari LZS. Banyak inovasi yang telah dijalankan dan ribuan/jutaan umat islam bukan sahaja di selangor telah mendapat manfaatnya. Janganlah kita runtuhkan kejayaan yang ada. Jika terdapat kelemahan sama-sama kita baiki kerana tiada siapa yang sempurna ! Zakat bukan setakat mengagihkan sahaja tapi perlu dikutip dari orang ramai yang berkewajiban untuk membayar. Mengapa kita asyik bincang macamana nak belanja wang zakat tapi takde satu suarapun yang menyuruh ahli kita menunaikan zakat di S'gor ker, Perak ker ker, Kedah ker ?

rizalshah said...

ana sokong abd said. kita kena ingat bahwa LZS hanya boleh agih dana zakat klu dana itu berisi dgn kutipan zakat. tanpa kutipan, kita tak akan dpt lihat agihan zakat di Selangor. SO, lebih baik semua kita fokus kembali pada soal pokok. Hal lain tu kita serah pd yg ada autoriti utk setlekan. Memang muda nak bercakap apa saja tapi yg Selanor perlukan sekarang ialah gerakan tersusun untuk memastikan fakir/miskin dan asnaf yg lain tetap terbela hak mereka. INGAT....TANPA KUTIPAN, JGN CAKAP TTG AGIHAN

suhaimyarif said...

dapt kat PR baru kita tau mana pegi nya duit tu ek.....selama ni kita duk terima jer duit tu lansung tak usul periksa mana datang duit tu....kalau lah pegawai zakat buleh curi duit, inikan plak orang yang di beri kuasa tinggi lagi.....

amno, amno.....
silap aku tak undi umno....aku pun minat nak jadi pencuri duit rakyat....so! pakat-pakat lah kita undi umno kalu nak curi duit...

azmi said...

Alamak...korang ni lupa satu benda la...korang tak tau ke yang dato'hassan ali yang kita megahkan sangat tu pernah belasah 14 ekar tanah kat hulu langat masa dia jadi boss kat btn dulu...dato' hassan kita ni pun penyamun jugak tapi ramai orang tak tau...selagi namanye manusia tak kira parti ape pun semuanya poket nombor satu ... soal bangsa takde yang same macam zaman tun razak dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...