Friday, May 2, 2008

Mudah sahaja jika mahu kalah - Mohamad Sabu

RAWANG, 2 Mei: Para pemimpin dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat diminta bekerja untuk menyatukan sesama mereka bagi memastikan mereka kekal memerintah dan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, kejayaan yang mereka capai dalam pilihan raya ke 12 lalu kerana rakyat melihat mereka bersatu dan tidak saling serang menyerang antara satu sama.

"Jika mahu jatuh, bergaduhlah dan seranglah antara satu sama lain, sebagaimana kita buat semasa pilihan raya 2004 lalu," kata Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Selayang di Dewan Merdeka, Kuang 1 Mei lepas.

Lebih 200 para perwakilan dari 28 buah cawangan PAS seluruh Selayang menyertai mesyuarat agung itu.

Mohamad dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan khasnya DAP dan PAS sejak kebelakangan ini terutama dalam isu negara Islam.

"Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah," kata Mohamad.

Bagi beliau, semua orang tahu PAS dan DAP mempunyai perbezaan tetapi banyak juga persamaaan yang ada antara mereka.

"Jika kita cari perbezaan, kita jumpalah. Tetapi kalau kita ingin terus menang, kita kena cari persamaan antara kita dan bekerja dalam kerangka persamaan itu.

"Kita banyak persamaan. Dalam isu ISA kita bersama, memerangi kezaliman BN kita bersama, memerangi rasuah dan penyelewengan kita bersama. Jadi kenapa kita cari perbezaan antara kita.

"Terbukti rakyat menyokong kita kerana kita bersatu. Jadi kalau mahu kalah, mudah sahaja," kata beliau.

35 comments:

abumunzir al-jerluni said...

SETUJU! apa yang a. mat cakap...nak kalah cepat bergaduhlah sesama sendiri. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat(PR) perlu ingat! Rakyat undi PR dalam PRU 12 yang lepas bukan disebabkan kekuatan yang ada pada DAP. PAS dan PKR, bahkan belum tentu rakyat merestui agenda dan ideologi mana-mana parti dalam PR. Rakyat tolak BN kerana marahkan keegoan dan kezaliman kerajaan BN saja...belum tentu lagi PR boleh menang next election...jangan dok berangan & bermimpi sangat. Bersatulah...dan cari persamaan dan bina kekuatan serta tingkatkan keyakinan rakyat pada PR.

abe MIE 'TERJAH' said...

MAT SABU YANG SAYA KENALI
abe MIE cerita...
(http://malaysialoni.blogspot.com)

apabila pamimpin PR nak buat hari pekerja 4 mei 2008, saya nak tanya bila masa pula pemimpin PR membela kaum pekerja? Gambar MAT SABU pun menyibuk...

MB Kelantan- nak minta bantuan lebih daripada kerajaan persekutuan...MB Selangor- sampai sekarang dan orang selangor masih menunggu air free 20 meter padu pertama....Hassan Ali-dulu bukan main kata nak ganti Khir Toyo jadi MB, tapi hanya jaga bahagian agama aje...dia bukan pakar agama... dan KM Pulau Pinang- dianggap 'ulama segera' oleh PAS...

yang saya nak cerita pasal dia nie aje..

Mat Sabu- Dia pernah mewakili parlimen Kubang Kerian, tempat tinggal mak ayah saya, kelantan selama dua penggal...masa saya sekolah dulu sehinggalah habis belajar IPT, dia jadi YB tapi satu pun tak pernah dia buat...habuk ceramahnya adalah.

Dia tak pernah lawat kampung...itupun ada sekali aje dia melawat itupun orang kelantan kata- JAGA BINI MASING-MASING MAT SABU MASUK KAMPUNG- pada masa tu dia terlibat dengan kes khalwat dan mahkamah membebaskannya daripada tuduhan itu...


Mat Sabu orang pandai bercakap...Hillary Clinton dan Obama pun boleh kalah..andaikata Mat Sabu mahir cakap Inggeris dan warga US, dia dah lama mengalahkan kedua calon nie dan BUSH tak ada peluang untuk jadi Presiden.... bagus lah begitu...aman dunia nie...masalahnya dia lahir kat Malaysia...

Kalau Mat Sabu berceramah, lembu kat bendang pun lupa nak makan. kambing pun rela tak tidur kerana nak dengar dia cakap. ayam pun sanggup berjaga sampai pagi. itik pun sanggup panjat pokok nak dengar dia ceramah. angsa sanggup panjat kerbau nak pergi tempat ceramah.... memang mat sabu petah berpidato.... anwar ibrahim pun pernah berkata-pidato mat sabu. saya boleh kalah.

apa yang dia telah buat selama jadi wakil pembangkang?

kutuk-kutuk-kutuk adalah.. dia tidak pernah puji PAS bawah pimpinan tok guru baik...entah saya pun tak tahu kenapa... tapi bak kutuk, amboi bukan main speaker boleh pecah...

nie sekarang dok beria-ria nak masuk parlimen nak jadi gagak pula... nak batal kemenangan BN kat terengganu...

dia bukannya orang belajar tinggi sehingga PHD atau tamat sekolah pondok yang mahir baca kitab...kalau setakat baca bissmillah..pastu kata-?>:"PXJBVH#$ UMNO bodoh, kafir,,,..

ributganas said...

HARAKAH KAAA, MANA MANA SISIAPAN BLOG PENCINTA PAS SEPATUTNYA LEBIH TERBUKA LAAA..PASAI APA TAK SIARKAN NIZAR MB PERAK KENA PINTAS OLEH SULTAN PERAK.

SEPATUTNYA SIAP BREAKING NEWS SEPERTI ITU DULU BARU LAA TELUS. INI CAKAP KPD ORANG LAIN BUKAN MAIN, TAPI SAMA SAHAJA DENGAN PENYOKONG MEDIA PEMBANGKANG.

NIZAR SEPTUTNYA LETAK JAWATAN LAA SEBAB SULTAN TELAH MENOLAK SATU TINDAKAN PEMECATAN JAMRY ZURY.

KALAU NIZAR BERMARUAH, APA LAGI YANG ADA KALO KREDIBELITY SEBAGAI BM YANG BARU NAK KERAS BUNBUNNYA BOLEH DIPERTIKAIKAN OLEH PIHAK ISTANA.

SESUNGGUHNYA PAS DAN PAKATAN RAKYAT DALAM EKAADAN MALU BESAR DENGAN APA YANG BERLAKU DI PERAK.

Unknown said...

oo sedap nye engkau cakap ributganas..

MAu cakap pasal MARUAH.. Apa ada ketua pimpinan kau UMNO si Dollah BADAWI .. letak jawatan ka?? bile 2 kali calonkan MB ditolak oleh SULTAN PErlis sama Terengganu ..SIap si PEguam NEGARA pun bagi statement.. macam penah dgr ke.. tapi bile yer??
Itu .. Rosul wahid sama Idris JUSOH ... menatang punye Sultan lantik Ahmad Said - ada letak jawatan ke jadi Ketua UMNO TERENGGANU??
HOW ni yg aku bengang ngan puak2 UMNO ni.. 1 jari tunjuk kat Pakatan Rakyat 9 jari tunjuk balik KAT DEPA!!!.
HOWDY cow...

irfandina said...

wow...tak sangka abg mat kita begitu prihatin dgn pakatan rakyat...alangkah baiknya kalau abg mat dapat menyuarakan keprihatinan yg sama apabila timbul isu-isu yg berkaitan dengan kepentingan umat melayu...maksud saya kenapa abg mat tidak dapat menjadi penggerak kepada penyatuan orang melayu tanpa mengira ideologi parti...apakah terlalu mustahil untuk pas dan umno kembali bertaut....mengapa pas dapat duduk semeja dengan DAP tetapi tidak dengan umno???apakah DAP itu sendiri lebih mulia dari umno???bukankah DAP dengan terang-terangan menolak konsep negara islam yg diperjuangkan oleh pas???apakah salah kiranya orang melayu kembali bersatu demi untuk kepentingan bangsa...come on abg mat...usahlah terlalu berdendam kepada saudara sebangsa...

irfandina said...

oppss...terlupa pula satu soalan kepada abg mat & pas supporter...kalaulah DAP menganggap pas adalah salah satu drpd komponen pakatan rakyat then kenapa di pulau pinang sampai arini takde satu pun post exco yg diberi kepada wakil pas...walhal pas menang satu seat kat permatang pasir....even wakil pas pernah buat official request untuk dapatkan exco seat yg incharge hal agama di penang pun sampai hari ni tak dapt response dari si Lim Guan Eng...bukankah terang lagi bersuloh yg DAP tu tak pernah ikhlas dengan org melayu...tak kirala pas or umno...kenapa abg mat tak pernah fikir ttg hal ni...satu lagi contoh...kalau dulu di penang exco seat untuk melayu ada 4 tp hari ni bila DAP take over cuma 2 exco seat saja yg di beri....bukankah itu contoh yg nyata betapa DAP tidak pernah ikhlas dengan pas@org melayu?????fikir-fikirkan lah.....

audiovideobook said...

Komen kat sini macam datang dari UMNO je...
Kenape tak pegi ke blog UMNO saje...tolong mereka betulkan UMNO yang sudah nak lingkup tu.....

irfandina said...

kalau komen yg semacam tu dianggap pro umno maka kita org melayu takkan kemana....apa salahnya kita bertukar pendapat...kan siasah ni terbuka kepada anybody...jgnlah bila ada komen yg tidak memihak kepada PR maka kami ni dianggap pro sesiapa...come on bukalah minda...kita bukan nak mencari salah sesiapa cuma nak mencari yang terbaik untuk bangsa dan agama kita...

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam warga Siasahdaily,

Samada PAS atau UMNO bila banyak melatah, kita kena tembak dan cedera parah pulak tu.Sesiapa sahaja yang membawa misi perjaungan Islam yang jelas SEHARUSNYA TIDAK BANYAK MELENTING dengan mainan provokasi pihak lawan. Pihak lawan ingin menguji dan mngobarkan perasaan kita, bolehkah kita tabah atau tidak...strategi ini digali khusus dari SYAITAN LAKNATULLAH ke atas golongan-golongan beriman.

Wahai golongan pemuda dan pejuang Islam, bersabarlah dengan karenah lawan kita. Dahulukan perbincangan dengan rakan-rakan barulah kita "tembak dengan hujjah mantap" penuh dengan ilmu dan menepati realiti yang tidak akan boleh disangakal lagi. Di situ kemenangan hujjah Islam perlu dilakukan. BUKAN AMARAH DAN EMOSI YANG MENGEMBIRAKAN SYAITAN LAKNATULLAH, KERANA KITA TELAH MASUK PERANGKAPNYA. Wal iyadhu biLlah.

Kalam terakhir ana, semua kalangan penyokong PR PERLU MENGAMBIL TANGGUNG JAWAB untuk bersatu sesama sendiri dengan PRINSIP PERJUANGAN YANG BETERASKAN KEILMUAN, KEBENARAN, REALITI SEMASA DAN HUJJAH AGAMA ISLAM YANG MANTAP SERTA MEMATUHI SUNNAH KERJA SEPERTI YANG DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT.

FIrman Allah swt bermaksud:

"Sekiranya kamu menolong Allah swt (al-Deenul Islam diperjuangkan), nescaya Allah swt akan menolong kamu, dan Dia akan meneguhkan lagi kedudukan kamu."

Jika UMNO ingin berbincang untuk perpaduan Melayu, mereka harus patuhi syarat Islam, bukan hanya kontrak sosial yang tidak seimbang dan ditujangi oleh semangat PUAK DAN PERKAUMAN serta HABUAN DUNIAWI YANG SEMPIT SIFATNYA. Maka hasrat untuk membentuk "Intent Society" - Pinjaman dari hasrat almarhum Rustam A Sani yang tak kesampaian itu - menjadi kabur arah dan tujuan kerana KETIADAAN DASAR UNGGUL, BESAR DAN UNIVERSAL yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh BESAR NEGARA juga.

Jutaan kemaafan jika canggung laras bicara hamba, tiada maksud mencederakan sesiapa selain memotivasikan kita semua.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

irfandina said...

saudara abu,

sekiranya sdr merasakan bahawa semua melayu di dalam umno itu menolak islam...maka saudara telah membuat satu andaian yang amat meleset...saya percaya majoriti org melayu didalam umno tidak pernah menolak islam....bukankah kita ini sebangsa dan seagama...dan seandainya pas begitu ikhlas dalam perjuangannya untuk menegakkan islam di bumi m'sia yang tercinta ini maka kenapa perlu pas bersekongkol dengan dap yang begitu jelas menolak islam yang diperjuangkan oleh pas???sekali lagi ingin saya lontarkan pertanyaan apakah melayu/umno itu terlalu buruk jika hendak dibandingkan dengan dap???seandainya pas mampu untuk melakukan sesuatu bagi merapatkan saf ummah melayu demi untuk kelangsungan islam maka kenapa perlu dibajai bait-bait supaya org pas terus menerus membenci org melayu/umno???

abe MIE 'TERJAH' said...

salam... kalau betul UMNO tolak Islam, maka UMNO adalah Kristian atau Buddha atau Hindu?

PAS Islam.

Kalau begitu malaysia selama 51 tahun merdeka adalah kalangan golongan kristian?Hindu atau Buddha?

PAS ada Hindu makkal sakthi...orang macam tu kira muslim ke?

saya ingat PKR dan DAP lagi islam dari UMNO.. sekrang orang dok pikir cam mana nak majukan melayu- bukan majukan bangsa PAS...benggak punya bangsa...

nak tahu rahsia beruk-beruk bodoh yang tak sayangkan bangsa dan tanah air sendiri- bangkitlah cina, mampuskan melayu layari website saya http://malaysialoni.blogspot.com

blues untuk rakyat said...

irfadina....

saya setuju apa pendapat kamu tu....

tetapi... walaupon dap tidak meletakkan 1 exco untuk parti pas..... tapi dia telah melantik 2 calon dari pas menerajui 2 majlis pembandaran....

sebenarnya sebelum dan selepas pilihan raya DAP dan PAS tiada dalam perjanjian pakatan....

hanya PKR berpakat dengan PAS dan PKR berpakat dengan DAP tetapi PAS dan DAP tiada dalam pakatan bersama....

cuma bulan lepas apa bila pas dan dap setuju jadi pakatan bersama selepas berbincang dengan PKR... setelah melihat DAP dan PAS berpakat menubuhkan pakatan di perak....

blues untuk rakyat said...

jika kita tengok di kedah...

pas pon tidak meletak calon dap sebagai exco walaupon dap menang 1 kerusi di sana...

tetapi selepas tertubuhnye pakatan bulan lepas...

wakil dap tu telah menjadi sebahagian dari kerajaan kedah... dan diletak sebagai salah seorang menerajui majlis pembandaran alor setar...

perhati.pantau said...

Bukan orang UMNO kafir....tetapi kebanyakan orang UMNO mudah sangat dan ramai yang melakukan perbuatan2 fasiq yakni yang melanggar hukum agama....dan mempunyai sikap yang taksub pada bangsa sendiri seperti bangsa Arab sebelum Islam dulu....

BraderJHEM said...

Persoalan nya..kenape baru skrng ni pulak puak-puak Melayu UMNO beriya2 benar nak perjuangkan hak melayu?? Kalau UMNO yang menang utk 5 negeri kalah tu, saye tak fikir mereka akan bersuara utk hak ketuanan melayu..Dah lama sngt mereka berkuasa..50tahun... Kenape bila dah kalah baru nak sedar dgn ketuanan melayu?? Pooorrah..UMNO...Tu dulu kat Penang, berape lama BN yg memerintah, melayu terpinggir merempat, tak pulak nak sibuk utk membela ketuanan melayu...Bnyk perkara lah kalau nak di persoalkan apekah UMNO benar2 ikhlas dlm perjuangan utk membela melayu?? Umum mengetahui, ramai pemimpin UMNO yg lebih mementingkan tempolok mereka sahaja. Saye turut hadir dalam satu perjumpaan UMNO bhgn Gombak dgn Pengerusi UMNO Selangor, TSMat Taib, boleh di katekan kesemua yg bersuare meluahkan rase kecewa dgn ketua bahagian yg wajah nye sukar di lihat bile berkuasa dahulu..bnyk bantuan yg tak sampai ke cawangan.Mat Taib pun tak terkate ape bila perkara itu di sampaikan kpd beliau, malah mereka turut meramalkan, jike senario seumpana ini berterusan,maka dlm PR13 nanti jgn harap lah nak menang ape tak lagi nak menawan Selangor dari kerajaan sedia ade...Puak2 UMNO kene sedar perkara ni, begitu juga di pihak Kerajaan Negeri yg di kuasai oleh Pakatan Rakyat, jike gagal menrealisasikan ape yg terkandung dlm manifesto PR hari tu serta bersengketa sesama sendiri, nasib yg sama akan menimpa mereka. Mat Taib ade berkata yg rakyat selangor ni kebanyakannye adelah masyarakat Urban, boleh dapat sumber informasi dari pelbagai sudut, so UMNO tak boleh nak perbodohkan masyarakat selangor khususnye...Saye yakin yang kerajaan Pakatan Rakyat ni akan terus memberi perkhidmatan yg baik supaya akan mendapat mandat seterus nye dlm PR13 nanti..InsyaAallah....

Hamba Miskin said...

salamualaykum..
..Pertamanya saya di sini ingin mengatakan malu jadi melayu..tapi saya bangga jadi seorang islam. Sebabnya Islam tidak mengenal apa saja bangsa yang memeluk agama Allah ini. kalau ada sesiapa di sini yang havoc sangat nak kata bangsa melayu ni bagus sangat,pergi mekah nanti masa nak masuk tanah haram..isytihar diri anda orang melayu,jangan kata diri anda orang islam. kalau nak rasa kena halau lah..
Come onlah wahai bangsa melayu..ingat bangsa kita ni bagus sangat ke? Bangsa cina lebih dahulu peluk islam dari bangsa kita yang ikut agama keliling busut dan makan benda tak sembelih termasuk lah bab*. Allah bagi kita akal. Kemana kita nak prgi kalau nak bawak isu melayu ni. Nak pergi jumpa US,bincang dengan bush yang UMNO ni sekarang dah pecah belah?. Apapun saya salute dengan jemaah PAS yang mempunya strategi tersendiri dalam daawah. Biarlah kata kata kita ni pahit,janji Allah tahu apa yang kita lakukan. Bukan senang nak berdaawah,nabi s.a.w sendiri kena baling batu,pergi berperang semata-mata Nur Islam. Apa orang UMNO buat selama 50 tahun merdeka? Kepala otak penuh hedosnime,meng kayakan kroni ( DEB ). Singapore pun tergadai....poraahhh!! Seburuk2 PAS,orang tu tahu cari makan sendiri. Aku bagitahu kamu semua yang masih berpikiran mazhab melayu ni,insaflah sebelum terlambat.

Faris said...

Karang nih .. marilah perkayakan amalan terhadap Allah dan mohon pertolongan dari Allah .. dalam dok kalut hang itu .. hampa ini .. orang KAFIR LAKNATULLAH dah menang law suit.

Malaysian Catholics win right to challenge 'Allah' ban: lawyer http://asia.news.yahoo.com/080505/afp/080505051536asiapacificnews.html

irfandina said...

kepada kengkawan pendokong pas...

saya ingin memperbetulkan sesuatu disini...apabila disebut perpaduan melayu..secara langsungnya saya merujuk kepada perpaduan islam...bukankah dinegara kita apabila disebut melayu secara automatiknya ia dirujuk kepada islam...perpecahan melayu bermakna perpecahan sesama islam...adalah tidak bijak untuk kita menuduh bahawa org melayu ini seperti org arab yg terkenal dgn sifat asabiyahnya...jgnlah terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa sesiapa saja yg bercakap tentang perpaduan melayu maka mereka ini pro umno..saya amat yakin bahawa anda semua juga dapat melihat bahawa betapa diperingkat akar umbi juga perpecahan diantara org melayu/islam begitu ketara situasinya...tak kiralah apa jua sebabnya sedangkan kaum lain begitu bersatu dalam satu suara dalam memperjuangkan hak mereka tanpa mengira ideologi politik...seharusnya kita sebagai org melayu/islam di negara ini perlulah sama-sama menyumbang sesuatu agar perpaduan diantara sesama kita dapat kembali kearah yg sepatutnya...demi untuk ISLAM yg tercinta.....

meon_peon said...

Islam menyatupadukan semua bangsa...

TAKBIR...

zack imran said...

kepada irfandina yang sememangnya Be End dari kecik...awk saya dapat gambarkan sebagai seorang ketinggalan dalam politik semasa.. kenapa pas tak nak kerjasama dengan umno, sebaliknya dap? anda memang ketinggalan...
umno memang tak menolak islam, tetapi tak amalkan islam. yang diamalkan adalah islam hadhari... Islam Hadhari? hairan betul... kononnya islam hadhari memperkasa islam... islam xperkasa sebelum ni? islam itu syumul...menyeluruh dan lengkap. Jgn jadi pro-bn dan membenarkan kezaliman pemerintah berleluasa... satu lagi, ikutilah perkembangan politik semasa , baca akhbar atau blog BN dan PR... dan nilailah sendiri. Jangan membohongi hati kalau dah ternyata salah...

zack imran said...

re : ributganas.....

saudara/ri ributganas, dalam harakahdaily.net bertarikh 7 mei 08 ada menyebut pasal MB Nizar dan Sultan Perak..so, x tmbul media PR utamakan berita yang menguntungkan PR sahaja... media pro-bn yang cuba polemikkan hubungan MB-Sultan...
sedar kit k...

zack imran said...

satu lagi kepada irfandina, kenapa pas nak bersama umno? umno la bersama pas dan masuk PR... sebab umno dah pincang dan tak relevan sekarang sedangkan pas makin relevan dan semakin diterima rakyat...

irfandina said...

sdr zack...jgnlah terlalu emosi bila berkata-kata..jgnlah terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa saya ini condong kearah sesiapa...anda kelihatannya begitu amarah terhadap umno...tetapi anda gagal menjelaskan sebab musabab kenapa pas sanggup bersekongkol dengan dap....jgnlah terlalu bersifat menghukum..apakah umno itu terlalu buruk keadaannya...apakah tiada langsung kebaikan yg telah dilakukan....jgnlah hanya kerana parti anda telah berjaya dalam pru 12 maka anda beranggapan bahawa anda telah berada dalam zon selesa...ingatlah bahawa didalam dunia ini tiada sesuatu yg bersifat kekal...tak kiralah umno atau pas...yg selalu saya tekankan disini ialah perlunya untuk kita org melayu bersatu hati dan bersatu suara demi untuk kebaikan kita dan generasi akan datang...kalau itu dianggap sebagai sesuatu yg keterlaluan...maka tidak kemanalah bangsa kita...sampai bila pun kita perlu tunduk kepada bangsa lain demi untuk survial bangsa kita sendiri...

pemuda-tertekan said...

ASSALAMUALAIKUM..knapa ahli2 UMNO masih kurang cerdik...takut sgt DAP nak kuasai bgsa kita,,cuba fikir DAP cuma kuasai negeri..yg kuasai negara masih org melayu...memangla kalau KM Cina mesti dia nak jaga bgsa Cina,,jadi TKM pula bertgungjawab keatas org Melayu..kalau tk kerana menteri2 UMNO Png yg terlebih pandai memerintah selama ni,,bgsa melayu tk jadi mcmni...tugas pakatan rakyat amat besar dan mencabar untuk mengembalikan maruah org melayu yg telah tergadai..dah berapa puluh tahun bg peluang UMNO bela bgsa tapi satu pun tkda...dah kalah p/raya nak tunjuk HERO pula kononnya nak bela bgsa melayu ...meloyakan..kami anak jati penang dah meluat dgn UMNO...go to hell

zack imran said...

irfandina, hanya islam yang boleh satukan melayu...malah islam menyatukan semua. tak perlu kita bincang isu ketuanan melayu selepas umno kalah teruk PRU baru ni...knapa sekarang baru timbul isu ketuanan melayu? selepas 8 mac baru tmbul isu ni...hairan. umno kalah tak bermakna ketuanan melayu hilang. kita tengok zaman nabi sekalipun, banyak puak dan qabilah. tapi islam menjamin dan menghormati semua hak mereka dan hidup bersatu padu, islam yang syumul, bukan hadhari.hadhari mengharu-BIRUkan ada... nabi MUHAMMAD SAW tak pernah pun wujudkan ketuanan arab atau ketuanan bani hasyim dahulu...setiap rakyat diperintah dengan adil.
apa yang kita lihat di malaysia sekarang, umno yang menghancurkan melayu sendiri. kalah baru nak berkokok, kembali ke tunjang asal,melayu. dengan penghapusan biasiswa, agihan kekayaan negara kepada kroni dsb, tulah yang menghapuskan hak istimewa melayu dan mencemari kontrak sosial sendiri...saya setuju ketuanan melayu dan ketuanan rakyat malaysia diperkuatkan setelah apa yang dikihianati umno, perompak bangsa sendiri. soal survival, melayu tak leh survival ke? selepas umno kalah, baru melayu tak leh survival? melucukan....
seterusnya,sememangnya tak kekal sesuatu di dunia ni kecuali ALLAH SWT.tp yang pasti, islam akan menguasai dunia sebelum kiamat seperti di dalam surah mujaadilah ayat 21.

peon pencen said...

anybody batter than Mat Sabu?

peon pencen said...

testing! 1 2 3 testing!

irfandina said...

kepada pendokong pas..jgnlah terlalu berbangga diri...kalau nak dibandingkan antara umno dan pas serta pkr sekalipun...umno masih mendahului...jgn lupa bahawa umno menang sebanyak 75 kerusi parlimen sedangkan pas kurang dari 30 serta pkr juga kurang dari 40 kerusi...sengaja tidak saya bangkitkan perkara ini dari awal kerana saya sendiri melihat keputusan pru yg lepas adalah sesuatu yg membawa kebaikan kepada kita semua...sekurang-kurangnya pemimpin2 diatas telah mulai sedar dgn kesalahan mereka...bukankah sekarang ini telah banyak pembetulan yg telah dibuat....isu tol sebagai contoh...dlm masa 3 bulan lagi kita akan dapt lihat hasil kajian kementerian kerja raya berkenaan usaha untuk mengurangkan kadar tol...tapi sayang sekali sikap anda para pendokong pas dan pkr nampaknya terlalu arrogant...begitu berbangga dgn kemenangan yg tidak seberapa ini...seharusnya anda semua perlu terus berusaha untuk memenangi hati rakyat...bukan berkata-kata dengan bagitu angkuh sekali....nampaknya anda semua terlalu ghairah kepada kuasa...tidak ubah seperti kepimpinan tertinggi PR...sebagai contoh janji2 manifesto masih lagi tidak dapt ditunaikan (ambil contoh isu cukai pintu di s'gor)...sudah mula memasang angan2 untuk berkuasa di peringkat federal...jgnlah terlalu bersifat bongkak dan besar diri kerana sesungguhnya anda semua baru diuji dengan kemenangan kecil...tetapi sayang kelihatannya seperti kaduk naik junjong...amatlah malang kita sesama bangsa terus-terusan berpecah-belah...sedangkan bangsa lain sedang menikmati akibat dari perpecahan kita....

peon pencen said...

masa ini bukan lagi masa kita kata-mengata,kutuk-mengutuk,serang-menyerang.
Sedarlah bahawa kita orang melayu sudah berada dalam bahaya. Dalam perhatian saya, saban hari melayu kata-mengata, tuduh-menuduh dan ada yg sampai mencarut dan maki hamun sesama bangsa sendiri.
Lihat lah bangsa lain setengah patah perkataan pun tidak ada menunjukan mereka berbalah walaupun Gerakan/MCA kalah.
Cina/India tidak pernah memuji UMNO/PAS - ini parti melayu. Mereka guja tidak pernah mengukut DAP/MCA/MIC. Tetapi orang melayu dari zaman YM Tungku ARP hingga kehari ini bercakaran macam kucing/anjing. Hasil dari baercakaran ini sangat menguntungkan mereka terutamanya DAP. Mereka sedang mentertawakan kita orang melayu. Akhirnya pada hari ini kita telah banyak kehilangan - DEB, kuasa raja2, hak istimewa bumiputera dll. Keuntungan bagi mereka tak payah saya ceritakan. BERHENTI LAH MENGATA ORANG INI TIDAK BAIK ORANG ITU TIDAK BAIK. ADALAH LEBIH BAIK JIKA KITA SESAMA MELAYU BERBAIK2. SUPAYA BANGSA LAIN TIDAK MEMANDANG KITA TIDAK BAIK.

irfandina said...

sdr...terima kasih kerana memberi komen yg sepatutnya...inilah yg cuba saya tekankan dari awal...sesungguhnya walaupun kita ini hanya golongan di peringkat akar umbi tetapi jika kita bersatu suara menyeru kepada perpaduan bangsa maka setidak-tidaknya para pemimpin di peringkat atasan akan mendapat signal bahawa suara dibawah mahukan supaya org melayu kembali bertaut...tanpa mengira sempadan politik...dan para pemimpin inilah yg perlu mencari jalan bagaimana untuk melakukan yg terbaik untuk kita semua...kepada kawan2 dari PR yg sebangsa dan seagama...marilah kita sama-sama melakukan sesuatu demi untuk mengelakkan perkara2 yg lebih buruk dimasa hadapan....

meon_peon said...

Marilah kita bersatu utk menegakkan syiar Islam yg dibawa oleh junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w...
Bersama Di Bwh Kepimpinan Ulama...

TAKBIR...

Mujahidin said...

salam kepada semua

kpd irfandina, jgn tertalalu takut dengan dap. jgn cepat melatah. tenang ja. sebahagian sj pemimpin dap yang tidak bersetuju dgn negara islam yang dibwa oleh pas. Lim Guan Eng menjadikan kepimpinan Umar Abd Aziz sebagai contah kerajaan negerinya. kenal tak siapa umar abd aziz? kita tidak boleh mempersoalkan niat seseorang walaupun dia bukan islam. siapa kita nak menuduh DAP terang2 tak ihklas?? anda dapat lihat ka HATI mereka? PERSOALAN NIAT DAN HATI URUSAN ALLLAH DAN HAMBANYA. setakat mana pelaksanaanya, kita tunggu dan lihat. jgn terlalu terburu2 menghukum dan membuat kesimpulan terhadap PR yang masih baru memegang tampuk pemerintahan.tlg beri masa kepada semua pemimpin PR untuk melaksanakan janji2 yang telah dibuat. sebagai rakyat yang bijak, kita kena lihat dalam semua aspek. masa baru beberapa bulan. tak kan pemimpin PR nak jalankan semua yang dijanjikan dalam satu waktu. mesti berperingkat2. jika sebelum ni kita boleh bersabar dengan KERAJaan DULU yang memerintah selama 50 tahun, knp kita tidak dapat bersabar dengan PR yang baru beberapa bulan memegang pemerintahan ngeri.

tak mungkin lagi PAS dan UMNO akan bersama. PAs pernah bersatu dgn UMNO dahulu tetapi PAs disisihkan begitu shj. UMNO bersatu hnya untuk mengambil kesempatan ke atas Pas apabila rakyat sudah ramai muak dengan tipu daya UMNO. knpa dah kalah teruk baru nak bincang isu bersatu bersama PAS? IRfandina anad perlu tahu lebih banyak tentang politi tanah air. perlu lihat dalam skop yang lebih luas.

berkenaan dengan melayu. saya nak bertanya apa nilai bangsa di akhirat? HIDUP MELAYU2 yang diperjuangakan oleh UMNO? melayu ni tak da nilai satu sen pun di mata ALLAH. walaupun dalam perlembagaan bertulis yang mana bangsa melayu adalah ISlam tetapi ISlam bukan untuk bangsa Melayu shja. BErapa ramai orng melayu yang murtad? adakah mereka nak dikira sbgai ISlam? terang2 pemimpin UMNo mem[ersendakan Alquran dan hadis? menghina UNDANG2 ALLAH? bagaimana status islam mereka? anda jawabla sendiri.

tentang bersatu dengan orang bukan ISlam. Rasulullah pernah berkerjasama dengan orang2 yahudi di madinah dalam sistem pemerintahan ISlam pertama. kita boleh berkerjasama dengan org bukan ISlam selagi mereka boleh menghormati dan tidak menghina AlQuran dan Syariat Islam. apa masalahnya PAs bersatu dengan Dap dlm pkatan. mgkin sebelum ni PAs dan Dap sukar untuk duduk bersama tetapi senario politik dlm negara sangat berbeza kerana malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama. mana mungkin PArti Yang MEMperjuangkan Satu Bangsa Shj dapat memrintah. msti perlu bekerjasama dgn Kaum dan Agama Lain SELAGI MEREKA MENGHORMATI ISLAM.

irfandina, nampak mcm semgat melayu dahsyat. hentam PAs bekerjsama dan Dap. knp anda tidak melihat dan memepersoalkan UMNO bekerjsama dengan MIC dan MCA?? dua2 parti bukan islam??

anda mempersoalkan tentang kerajaan ngri p.pinang. saya nak bertanya IRFANDINA yang pandai sangat berbahas tantang politik. siapa yang menggadaikan Penang kepada bangsa Cina?? UMNO la yang gadaikan maruah org melayu di penang. UMNO yang menyerahkan PEnang kpd PArti Gerakan dahulu sedangkan pada ketika itu UMNo menang Mjoriti di penang. knp baru skang nak terkejut mempersoalkan ketuanan melayu? sedangkan UMNO la yang menggadaikan ngri p.pinang itu.

Irfandina, kesimpulannya, Allah tidak memandang hambanya dari Bangsa Apa. tetapi Allah lebih muliakan jika hambanya beriman dan bertaqwa sekalipun di dari bangsa Cina, India, Iban, Kadazan dll, mereka lebih mulia dari seseorang yang berbangsa melayu tetapi hidupnya terang2 menolak Perlembagaan AlQURAN.

INGATLAH,MANUSIA HANYA DAPAT BERSATU DENGAN IKHLAS DAN KUAT HANYA ATAS NAMA ISLAM BUKAN ATAS SEMANGAT KEMELAYUAAN.

"ISLAM ADALAH YANG TERTINGI, TIADA LAGI YANG LEBIH TINGGI DARINYA"

zack imran said...

salam.... setuju sangat dengan pandangan mujahidin tu....
ISLAM IS THE WAY oF LIFE!!

Hamzali said...

Tok sah dok gaduh pasal ISLAM dan MELAYU sebab ia dua perkara berbeza sama sekali. Melayu hanya orang Siam dan Indonesia mungkin Filipina. Orang negara lain mungkin tanya apa dia Melayu tuu????? Sapa dia Melayu tu????. Tapi cakap kita orang ISLAM, imigresen, kastam serta pegawai keselamatan Airport kat US, UK, Jerman serta beberapa negara lain akan pusing kepala tengok. Tu lah bertapa besarnya nama ISLAM tuu. Jadi bawa lah nama besar tersebut dengan bangganya, tak jadi Melayu pun tak apa sebab jadi Melayu pun dok asyik kena tipu dek Melayu juga. Jadi bangsa ISLAM yang maju makmur serta bertakwa. Tanya diri sendiri dimanakah aku niii. Setakat dok merapu dalam ni tidak akan berlaku apa-apa cma seronok menaip je le.

naqib said...

Dalam soal agama dan prinsip sebenarnya kita tidak boleh bertolak ansur dengan DAP. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan PAS dewasa ini walaupun pun dah lama jadi ahli saya mula ragu2 dengan pemimpin PAS yang gila dan tamakan kuasa politik sehingga sekarang ini banyak membela kafir harbi Hindraf yang terang2 menentang islam dan kaum cina DAP yang menentang islam. Saya dapat rasakan tika ini kita banyak membela kafir dan kaum kafir dari membela melayu islam dari semua sudut. Saya dapat lihat PAS dan PKR sekarang amat rakus untuk mendapatkan keuntungan politik dari bangsa lain. Sehingga bangsa kafir ini dah naik tocang. Kita bangsa melayu semakin terpinggir. Lihat saja pemberian biasiswa oleh kerajaan BN kepada bangsa kafir baru baru ini! Ini disebabkan tekanan PAS dan PKR sehingga kerajaan pun mendapat tekanan dan masing2 menunjukan rasa tanggungjawab terhadap bangsa lain sehingga mengabaikan bangsa sendiri. Begitu juga jawatan dalam kerajaan sekarang dah dimonopoli oleh Kafir jahannam dan bangsa yang bukan islam. Tidak lama lagi semua jawatan dalam kerajaan dan segala kemudahan dinikmati oleh bangsa lain yang mana tidak akan dinikmati oleh melayu islam. Mat sabu pulak nak suruh bagi zakat pada kaum lain. Dah gila sokongan agaknya Mat sabu ni! Sebab dah kalah dan nak meraih undi. Tak lama lagi tabung masjid pun nak diserah kan pada kafir. Hoi mat sabu,Orang melayu lagi banyak papa kedana dari bangsa lain yang tak ditolong lagi! aku dah sokong kau sekian lama sehingga ke Kelantan pergi undi kau. Tapi kalau inlah caranya. Kiirim salam ajelah PRU akan datang.Seadrlah bangsa ku. Bangsa lain pandai berpolitik tapi bangsa kita asyik bergaduh sama sendiri dna menjatuhkan sama sendiri sehingga Islam dihina oleh hindraf dan kafir laknat lain pun PAS cuma diam aje. Mana Negara Islam? Dengan Karpal Singh pun dah goyang. Bagi yang taksub dengan PAS, fikir fikirkanlah. Pemimpin PAS bukan maksum. Mereka pun manusia yang ada nafsu dan sekarang nampak kerakusan nya sehingga mengadai muruah dan prinsip untuk menegakan Negara Islam! Allahu Akbar. Kemana PAS akan pergi selepas ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...