Bagaimanapun, PAS mengambil pendekatan untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan akan terus berusaha untuk memperkuatkannya, katanya kepada Siasah.
Untuk itu, katanya, satu gagasan bersama antara parti-parti Pakatan sedang dirangka dan diteliti oleh para pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan.
"Kami di peringkat PAS sedang meneliti draf itu dan nampaknya tidak ada masalah besar untuk meluluskannya," kata beliau kepada Siasah.
Beliau mengulas usaha-usaha yang sedang dibuat untuk memancing PAS agar bersama dengan Umno sekarang.
"Memang sejak sebelum berjaya membentuk kerajaan di lima negeri Pakatan lagi, Umno siang malam berusaha untuk mendekati PAS dan mengajak bersama dengan mereka kononnya atas nama Melayu dan Islam," kata Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.
Katanya, setiap masalah yang timbul antara parti dalam Pakatan khasnya di Perak akan mendapat respon segera dari Umno untuk memancing PAS.
"Seolah-olah mereka menjejaki kita setiap masa. Matlamatnya satu sahaja, untuk mengajak kita bersama mereka," katanya.
Namun PAS, katanya, telah mengambil keputusan untuk menerima mandat rakyat agar bersama-sama dalam Pakatan.
Sementara itu, katanya, hubungan PAS dengan Istana Perak semakin rapat selepas kes Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.
"Raja Muda sendiri secara terbuka memuji pendekatan MB kita dan insya Allah kes Pengarah Jaip itu akan selesai tidak lama lagi," kata beliau.
52 comments:
PAS jangan terlalu girah untuk menguasai banyak negeri. Sebenarnya kemenangan di banyak kawasan pada PRU12 itu bukan kerana kekuatan PAS.
Fak.1.Orang2 UMNO protest YAB
AAB kerana kelemahannya.
2.Kaum cina hilang percayaan
kpd MCA dan P. Gerakan.
3.Kaum india marah S.Velu.
Jangan haraf sangat perkara begini akan berlaku lagi pada PER13 nanti.
Ingat peritiwa T'ggnu, PAS menang kerana rakyat tidak suka MB tua nya. Lepas tu bila YB Idris Jusuh ambil alih BN menang besar. Hayati lah peritiwa ini dan jadikan teladan.
Formula untuk PAS kekal relevent.
Berjuang bersendirian, PKR tidak mampu bertahan pada PEU13 nanti.
DAP, kerana parti ini lah orang2 melayu (Islam) tawar hari berada dlm PAS. Ternyata DAP tidak ikhlas, anti Islam dan melayu. Saya hanya penyokong PAS dan belum jadi ahli,
sikap DAP ini lah yg bikin saya ragu2 untuk jadi ahli PAS.
Apa PAS perlu buat, kukuhkan pemerintahan di Kelantan dan Kedah sahaja. Di Perak dan Selangor PAS MESTI BERGABUNG DGN UMNO untuk selamatkan Melayu(Islam).
KALAU PAS BENAR2 JUJUR MEMBELA MELAYU(ISLAM), PAS HARUS SANGGUP BERBUAT DEMIKAN DEMI BANGSA, AGAMA ISLAM DAN NEGARA.
Jangan pentingkan diri kerana kuasa yg ada pada PAS hari ini hanya sementara sahaja, INSHA'ALLAH.
warek-irang...
tak payah nk mengajar org.awak sendiri pun entah betul entah tidak.
salam YB sdr suhaimi,
disini bukan medan kutuk mengutuk, kita cuma beri pendapat sahaja. Klu nak terima, terima lah, klu tak nak terpulang lah.
Orang Bodoh-sombong sahaja yg tidak boleh ditegur dan boleh terima pendapat orang lain.
Beginikah sikap PAS,
Baru dicuba ALLAH menang seconet dah megah menggunung.
Nanti pada PRU13, kepada 'YB sdr suhaimi', disini saya berani bertaruh, klu PAS boleh bertahan lagi dengan sikap begini saya akan potong ...?...
Berita Hebat tentang ADUN Melor Kelantan yang ada 2 bini (ceraikan yang datang dari kemboja) dan bawa betina masuk ke rumah. Harap PAS bertindak tegas sama ada pecat dan hukum mati pada pemimpin PAS yang macam ini.
Penyokong PAS 1964 hingga kini
PAS bukan penentu...jangan terlalu yakin dan angkuh! Pas menang baru-baru ni pun bukan sebab rakyat sudah menerima perjuangan PAS sepenuhnya. Boleh jadi PRU 13 PAS kalah teruk...jadi! berhati-hati! jangan mudah selesa...
salam...
sdr warek-irang...
saya menyokong 100% statements sdr...saya percaya inilah harapan serta impian majoriti org melayu beragama islam di m'sia....
jgn dipedulikan manusia fanatik dan jumud seperti suhaimi serta beberapa kerat pemimpin pas yg sewaktu dengannya...
mereka ini tidak pernah sedar bahawa pada hari ini pas kelihatannya tidak ubah seperti lembu yg dicucuk hidung....
ambil contoh pada pru yg lepas...yg bersengkang mata dan bersusah payah ialah petugas pas...tapi yg beroleh hasil selepas berjaya memerintah ialah pkr dan dap....
bila dah berkuasa terpaksa pula tunduk kepada kemahuan serta keinginan pkr dan dap....
pas begitu lesu dan kelu lidahnya ketika berhadapan dengan isu2 yg melibatkan kepentingan org melayu/islam...tetapi begitu lantang bersuara membela ketika membabitkan isu2 yg melibatkan non-muslim....
kenapa semua ini berlaku????kerana pemimpin pas masih lagi diawang-awangan bahawa kemenangan mereka tempoh hari kerana golongan non-muslim menyokong mereka...
sayang sekali jika mereka masih lagi dibuai mimpi indah...bangun dan sedarlah wahai PAS....jgnlah kerana kejayaan yg tidak seberapa maka anda semua sudah boleh mendabik dada....
kepada sdr ahmad awang...ambillah contoh ustaz azizan razak...seorang mb yg begitu low profile dan begitu komited dgn tugasnya...tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan yg boleh menghiris hati umat melayu serta bercakap besar seperti anda....
warek irang....
bertaruh bukan sifat saya sebagai pendokong pas.awak cari org lainlah.sikap bertaruh ni mcm berjudi.dgn org umno awak boleh ceritalah pasal bertaruh ni.
satu lagi jgn tersilap ckp,nak potong2,nanti makan diri.
osshin...
biar mahkamah yg selesaikan,jgn pandai2 nk hukum org.hukum islam mana yg awak ambil utk hukum org yg ceraikan isteri sendiri?
irfandina....
jgn sibuk nk kata kat ust ahmad awang,lihat dulu diri awak.kami dlm pas tak perlukan pengkritik seperti anda.tiada sumber untuk mengkritik,nadanya sama sahaja dari dahulu.........
kenapa lah saudara suhaimi berfikiran mcm org tak pi sekolah...apa lah salah kalau kita menerima pandangan orang lain...sedarlah bangsa melayu??? dengan sikap yang saudara tunjukkan akan membuatkan orang muda khasnya makin malas untuk dekat denagan perjuangan pari islam......
Sdr Suhaimi ni memamg bongok, bongkak, ta'sub. Pasal ia seorang, rosak susu PAS sebelanga. Ia patut masuk jadi ahli parti komunis saja.Kalau Jadi pemimpin mungkin jadi diktator mata satu. Macam cerita kartun sahaja telatahnya.
uhaimikalau nk mengkritik,biarlah kritik dgn usul periksa dulu.org menang salah,kalah.. lagi salah.
betul ke PAS mcm di cucuk hidung?takut dgn DAP, di pergunakan oleh PKR lah mcm2 lagilah.
engkau org ingat nk perintah negara ni mcm pinang anak dara org ke? lepas nikah bawa balik suruh isteri kita buat apa kita nak.ni soal pemerintahanlah.nk kena berbincang dahulu antara parti2 yg menang,check & balance dulu baik buruk setiap apa yg hendak di buat.
nk mengkritik memang sedap.tapi tak guna akal utk mengkritik.bila pemimpin pas kata lebih sikit je,mulalah,kata pas menang bukan sebab kekuatan pas lah,jgn harap pas nk memerintah lain2 negerilah,mcm2lah.tp lupa pulak nk kata yg kemenangan pas ni dtg dari ALLAH.
Sekejap kata gunakan akal 'check n balance'. Sekejap Kata " datang dari Allah". Yang selalunya guna kepala lutut, cakap2 putar alam.
salam...
suhaimi...kekadang saya agak terkeliru apakah anda ini seorang pendokong pas yg tulen...
untuk pengetahuan awak...sikap awak yg bongkak,takbur dan begitu jelas dangkal pemikiran ini adalah bertentangan sekali dengan akhlak orang islam...
berkenaan dengan tuduhan sdr terhadap saya bahawa nada kritikan saya...ingin saya jelaskan bahawa dengan sikap bongkak sdr yg amat ketara maka apa perlu untuk saya menukar nada kritikan saya???
kalaulah sdr dapat berlapang dada maka sdr boleh memainkan peranan untuk menonjolkan imej yg lebih positif terhadap pas...
tapi sayang...sdr HAMPEH!!!!!
maskbrain....
yg selalu guna kepala lutut awaklah orgnya.sebab tu tak faham2 org beri penerangan.
irfandina...
kalau begitu teruskanlah.saya pun tak rugi apa2.
suhaimi...
kalau dah camtu replynya saya rasa sdr ni penyokong DAP bukan PAS..
sdr sengaja memberi komen yg fanatik seolah-olah sengaja untuk memberi imej negatif kepada pas....
irfandina...
saya penyokong pas ke dap ke,tu tak penting.yg penting saya penyokong islam.
Hmmmm....namapak sangat orang melayu dah jauh dari Islam....apa2 yang ada jenama Islam semua di kritik...MELAYU PORAHHHHHH.....
Percepatkan daftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan politik...dan buat satu bendera atau lambang parti...supaya rakyat lebih yakin dengan pakatan....
ABE MIE NAK UCAP SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ULAMA PAS.
Apa lah ulama? Tak ada kasihan. Kata Siti Aishah, isteri keduanya yang berasal dari Kembodia berketurunan Cina (muslimah), Ulama PAS nie dah tak pernah melihat dia dan dua orang anaknya sejak berselisih faham pasal dia hendak 'tambah cawangan baru ke-3'.
Kesian ada, marah ada. Sebagai orang Islam yang menganggotai parti Islam, bayangkan kalau Aishah mengambil tindakan keluar agama? Dah lah PAS hanya parti politik saja bukan parti dakwah.
Apapun, tahniah dan syabas buat Wan Ismail- ulama PAS- dan selamat pengantin baru walaupun rumah kata bye-bye dan kubur kata hai-hai.
pkrpasdap.blogspot.com
Salam semua!
Pandangan dan kritikan perlu diterima secara positif. Setiap insan perlukan kepada kritik dari orang lain. Kerana ia cermin diri.
Sepatutnya kita berterima kasih kepada pengkritik.
Menolak kritikan boleh dianggap sombong. Saidina Ali pernah menceritakan, sahabat yang baik ialah yang memberi ingatan dan bukan pujian. Kerana pujian hanya untuk ALLAH.
Manusia banyak kekurangan. Manusia saling tampung-menampung antara satu sama lain.
Salam untuk semua.
salam...
sepatutnya bila menerima kritikan memanglah sepatutnya kita berlapang dada dan berterima kasih kepada yg memberi kritikan...
tapi sayang...manusia seperti suhaimi begitu bongkak sekali mempertahankan sifatnya yg dangkal dan enggan berlapang dada...
SAH! Suhaimi ni bukan dari kaum PAS.
Orang PAS yg tulin tidak berfikiran sedemikian rupa.
Dari cara dia menulis dah tahu jenis apa manusia ini.
Jangan layan lagi si bahlul ni.
SAH! SDR SUHAIMI NI BUKAN DARI KAUM PAS!
Ini lah manusia munafik, sombong bangkak dan !*&%$#???.
Jangan LAYAN sibahlul sekor ni LAGI.
Buat buang masa aje.
warek irang....
ALHAMDULILLAH....
terima kasih atas kutukan anda terhadap saya....
sdr suhaimi,
SAME SAME KASIH!
saje tanye je....
kenapa mesti nak kutuk pas saje...
kenapa tak bagi pandangan parti lain jugak....
kalu kuar artikel pas je... kutuk kow-kow....
keluar artikel UMNo pon kutuk pas kow-kow....
keluar artikel parti tak kira parti penbangkang yang lain pon kutuk pas jugak kow-kow....
ada tu aku tau ada penyokong umno jugak yang konon dari PR kononnye, abik peluang kutuk pas dan anwar ibrahim kow2 jugak atas nama ( memberi pendapat dan pandangan)....
sdr 'blues untuk rakyat'
jangan salah faham, kat sini mana de 'kutuk PAS kow-kow' spt sdr tulis tu.
tak leh ke bezakan 'kutuk' ngan .pendapat' atau 'pandangan'?
klu tak leh, dok yam2.
ok la.....
tapi macam awak warek-irang cuba bagi pendapat atau pandangan kat UMNO kan lagi bagus....
awak kan pejuang parti melayu tu....
luahkan apa yang terpendam kat umno tu....
apa kurang.... apa lebih... apa yang patut buat... apa yang tak patut buat.....
tak payah la hang nak sebok pasai parti pas dengan keadilan.... depa ada penyokong depa sendiri nak bagi nasihat ke ... nak puji ke.....
apa namaaaaaa.......
salam....
warek irang bukan setakat kutuk,tp siap maki2 kat org.bagi saya dia tak guna utk parti dan perjuangan.yg dia boleh hanya agenda 'ketuanan malayu' yg umno sebuk2 skrg ni.
salam sejahtera..
-lagu ini ditujukan khusus buat suhaimi dam umumnya pula untuk seme muslim yang berjuang menegakkan nama ALLAH di atas muka bumi-
KAWAN… apalah yang kau kesalkan
kerna TUHAN kau kehilangan kawan
kerna KEBENARAN dihina
jangan kau ragu dalam KEIMANAN
kadang-kadang kawan jadi lawan
kadang-kadang lawan jadi kawan
apalah disedihkan hati
setiap insan di dalam kekurangan
jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para rasul mulia
lebih terseksa menderita…
mereka bahagia dalam derita
mereka kaya di dalam papa
mereka memadai dengan Tuhannya
itulah kebahagiaan di waktu sempit seorang diri
kawan janganla disedihkan hatimu..
jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja dtimpa malang
ingatlah para rasul mulia lebih terseksa menderita…
tetapi mereka merasai ramai walaupun keseorangan
KAWAN...
HIJJAZ
-iLUVislam-
nomi...
thanks...
ya, u r welcome ya ikhwan...
Warek-irang
Saya sokong komen awak. Untuk Suhaimi, Kenapa emosional sangat? Takut menerima kebenaran? Apa yang akan berlaku masa hadapan tiada siapa yang tahu tetapi sejarah menjadi kajian dan analisa dibuat gunakan kebijaksanaan dan mata hati bukan emosi. Kerana emosi lah banyak Melayu yang rugi.
hamzali...
kebenaran apa yg saya takut?kebenaran org melayu akan rugi jika pembangkang memerintah?siapa2 pun takkan tahu masa dpn sendiri.pembangkang pun tak tahu yg mereka akan menang begitu punya banyak.
kalau tak tahu baik diam2 je.tak payah nk sebuk2....
salam...
ini antara topic yg paling hangat dibincangkan...tapi dah dikata bahawa pas yg selalu menjadi sasaran..
kalau meja editor membaca komen ini diharap selepas ini diperbanyakkan cerita mengenai umno...at least biar para pendukung pas mempunyai peluang untuk memberi pendapat or kritikan mengenai umno...
dikala itu kita akan dapat melihat betapa org melayu/islam umno sentiasa berlapang dada dan rasional untuk menerima apa saja komen dari para bloggers sekalian...
bukan orang umno berlapang dada.....
tapi da tak berani nak cakap lagi da....
cume ada segelintir yang liat nak terima kenyataan...
tapi masih ada lagi ke orang umno....?
sdr Hamzali,
kan warek-irang ni dah lama pengalaman politik,
pihak yg kalah sahaja dan tahu akan kalah yg sukar mahu menerima kenyataan.
Tujuan warek ni cuma beri pendapat aje, supaya kita sama2 berfikir sama ada pendapat ini ada logiknya.
Klu tak logik ngan le marah2 sangat. Klu ianya logik sama2 le fikirkan apa nak buat seterusnya.
salam...
lamalah sgt............
Slm'kum, apa khabar semua?
sikit nasihat kpd sdr Suhaimi,
Klu kita penyokong (orang kuat) parti, tak leh le emosi sangat.
Klu ada sesapa beri pendapat atau teguran, jangan terus hentam dia.
Ini bukan budaya kita.
Jangan tiru budaya UMNO samseng dan keras kepala. Sekeras keras kepala apa pun leh pecah. Macam kepala keretapi kalau berlanggar leh pecah juga.
lantuhok....
takpelah kalau keras kepala pun...
salam lantuhok betul tu kita jangan buat perangai mcm org UMNO TAK BOLEH TEGUR LANSUNG dia org ingat malaysia nie kepunyaan UMNO ke? tapi jangan la sampai org kata yg bukan2 btul tak suhaimi?
Meski politik itu sifatnya flksibel,Pas tidakperlu terpikat dgn ajakan UMNO utk bersama mereka dgn justifikasi "Demi Melayu dan Islam". Bunyi sedap, membela Bangsa Melayu, memartabatkan Islam". Sebuah dongeng,karut, dusta alias pembohong.Dapatkah individu yg Aasyhi itu membela agama? Faham Islam belum tntu apa lagi memeliharanya-jauh sekali.UMNO tak usahlah kata memartabatkan Islam, dari kenyataan politik saban hari perlekeh agama Islam. Kalau mahu memartabatkan agama Islam,UMNO kena ambil smua ajaran agama Islam untuk diterapkan dalam pentadbiran pemerintahan.Kalau ISA tiada dalam ajaran agama Islam sebab Islam sgt menghormati hak individu, maka ikuti ajaran itu barulah dikatakan memartabatkan agama.Demikian pula slogan mempertahankan Melayu.Sekadar mempertahankan kewujudan Melayu itu gampang sekalipun para pemimpinnya sudah kaya raya membaham projek2 yang diperoleh melalui kuasa.Rakyat melayu bagaimana? Pemimpin2 UMNO di berbagai peringkat secara ikhlas saya katakan jauh dar membantu rakyat Melayu.Awas "Rakyat Melayu" itu bergelut dengan kemiskinan di bandar di desa.Laporan TV tidak sama dgn realiti.Oleh yang demikian terlalu jenuh, muak, muntah dgn slogan Demi Bangsa Melayu" jika itu dari pemimpin UMNO. Adakah kekuasaan itu sekadar menjaga Bangsa Melayu sahaja? Apa Istemewanya bangsa Melayu.Yg benar adalah mempertahankan bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia tanpa kasta.Jgn ada bangsa yg istemewa dari bangsa lain dalam malaysia.Semuanya sama-sama istmewa. Jadi sudahlah UMNO,kamu sudah kaya raya.Rakyat malaysia masih papa kedana,miskin, mundur,hidup di bawah garis kemiskinan.Para pemimpin UMNO dalam keadaan lemah hanya memperalatkan PAS utk memperkukuhkan kekuasaan.PAS itu kan komunis yang lebih bahaya dari semua ideologi.Dari itu,PAS satu2nya parti yang tegasmemperjuangkan dan mengamalkan ajaran Islam kekal dengan Pakatan rakyat demi maruah.UMNO yg sedang nazak hanya menunggu waktu utk digiring ke tiang gantungan bagi mempertanggongjawabkan segala dosa2yg tlh dilakukannya selama 50 tahun.UMNO...bye bye "Gaman".Aramaitiiii....
idaman....
that's right...
salam WAREK-irang apamegah nya UMNO apa rasa kebal sangatke umno tu? apa hinanya PAS? awat busuk sangat ke ulamak PAS?bila umno nak mampus baru cari PAS awat ingat PAS tu BALACI umno ke?sedar la sikit sediri buat silap sendirila tanggung jangan kata atas dasar perpaduan bangsa melayu sebelum nie tak ingat pun ttg tu...umno skrg nie bukan nak menyenangkan rakyat malah menyusahkan rakyat adala...
salam...
kepada kengkawan semua...relaksla jgn nak tension sangat...
salam...
'tension'lah minyak naik...
salam...
saya pun tension gak...entahla..
kalau berterusan mcm ni,nampak gayanya,naik motor jelah pergi keje.
salam
err.. moto pon ok ape?
Post a Comment