Friday, May 30, 2008

Batal rancangan bubarkan Kem Majidee

KUALA LUMPUR, 30 Mei: PAS meminta kerajaan mengkaji semula pembubaran kem Majidee di Johor Bharu untuk membolehkan projek pembangunan dijalankan di situ kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.

Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub berkata, kedudukan kem Majidee di selatan tanah air adalah terlalu strategik dari segi keselamatan dan ia adalah warisan sejarah negara untuk dibubarkan.

"Saya mendesak agar rancangan untuk menjadikan kawasan itu kawasan komersial dibatalkan kerana Batu Pahat terlalu jauh dari sempadan untuk berfungsi dengan baik. Ianya dua jam perjalanan dari Johor Bharu ke Batu Pahat," kata Salahudin.

Sebuah akhbar harian Jumaat lepas telah menjadikan isu kem ini sebagai berita muka depannya dan menyifatkan pembubaran kem ini bertujuan keuntungan kewangan semata-mata.

Kem ini akan dibangunkan dengan pusat komersial dan perumahan. Ia bakal dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd dengan Tasik Zamrud Sdn Bhd.

Yang menjadi isu adalah, kem Majidee adalah kem yang paling selatan di Semenanjung. Ia sepatutnya dibubarkan selepas selesainya pembinaan Kem Skudai.

Projek itu belum bermula lagi, namun separuh dari tentera yang ada di situ, yang menempatkan Gerak Khas dan Briged Tujuh, telah dipindahkan ke kem di Kluang, Gemencheh dan Gemas.

Menurut satu sumber lain, mykmu.net, anggota Parlimen Johor Bharu, Shahril Samad adalah antara personaliti yang terlibat dalam usaha untuk menswastakan Kem Majidee ini untuk ditukarkan kepada projek pembangunan komersial pada pertengahan tahun 1990an lalu.

18 comments:

irfandina said...

salam...

secara peribadi saya meminati personaliti sdr salahuddin ayub...ketrampilan dan pandangannya mencerminkan betapa sifatnya penuh dengan keterbukaan..

tetapi sayang...juak2 serta sebilangan besar pendokong pas begitu jumud dan terlalu fanatik...

alangkah baik kiranya pemimpin seperti salahuddin dan ezam mohd nor dapat berganding bahu demi untuk kebaikan bangsa dan agama...

suhaimi said...

irfandina....
salahuddin memang bagus.yg tak bagus pengkritik seperti anda.tak habis nk kata pendokong pas jumud dan fanatik.anda sendiri terus takut dgn bayang2 sendiri.

Unknown said...

tak dapatkah kita sama-2 memikirkan cara yang terbaik untuk kita menyatukan kembali bangsa melayu yang semakin hanyut dengan permainan politik...bagi yang berkemampuan berilah pendapat,jangan hanya pandai menyalahkan sesiapa lihat sendiri kini melayu kemana arah nak dituju.....

suhaimi said...

kalau menegakkan islam utk menyatukan org melayu saya setuju.tp kalau nk menyatukan melayu sahaja takpelah...
esok di padang mahsyar Allah tak tanya bangsa kita apa,yg dia tanya islam mcm mana?kayt dunia dah tertegak belum.

irfandina said...

En Suhaimi...

puji salah tak puji lagilah salah...

ko ni mental agaknya.....sampai si kulatlapok pun dah tak pernah nak support ko lagi....

suhaimi said...

irfandina....

menjadi satu masaalah ke bila kulatlapuk tak support kat saya?awak nk suruh saya jadi mcm awak,yg tukang mengampu entah apa2.bila yg sana berkokok ooh...saya setuju 100%,yg satu lagi berkokok saya setuju 100%. pegilah.....

Hamzali said...

Saya rasakan komen Saudara Salehuddin tu banyak menjuruskan kepada politik daripada isu keselamatan sebenarnya. Faktanya pun tak berapa betul. Memang Kem tersebut mempunyai nilai sejarah dimana ianya merupakan kem utama diselatan tanahair dan di zaman British ianya juga merupakan kem dimana Komando ditubuhkan. Kalau dikaji dalam aspek keselamatan pula kem ini sememangnya tidak lagi sesuai ditempatkan tentera oleh kerana sekelilingnya telah membangun dengan pesat dan tentera disini terpaksa mengalami kesesakan tersebut terutama apabila berlaku deploymen tentera. Di kem ini juga mempunyai simpanan bahan letupan dan akan menjadi isu keselamatan pula apabila berlaku perkara yang tidak diingini terhadap tempat simapanan tersebut. Dalam aspek pertahanan barisan pertama pula, kalau kita kaji senario peperangan sekarang, kem Majidee akan menjadi sasaran hentaman pertama (First strike) jikalau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Oleh yang demikian biarlah perancangan strategic di serahkan kepada mereka yang lebih maklum. Oleh yang demikian janganlah aturgerak,latihan serta pembangunan dijadikan agenda politik. Banyak lagi benda lain yang lebih membina boleh dikomen.

suhaimi said...

hamzali..

kalau kau tak nk sesak sebab ada kem kat situ,dan takut dgn serangan pertama kau buat je kem kat dlm hutan.
kau ingat tentera dia pikir pasal 'first strike' ke? dia dah di ajarlah tak perlu takut pd musuh.sebab tu tentera tu di letakkan di hadapan walau apa2 pun perbarisan atau keraian.apalah......

idaman said...

salam.. sdr suhaimi saya rase org tu tak berapa cerdik kot

Hamzali said...

Sdr Suhaimi
Awak menulis guna akal ke guna lutut. Kalau menulis untuk seronok seronok tak apa lah tapi kalau untuk memberi pendapat dan berbincang fikir le panjang sikit. Kem itu dibina pada zaman British lagi. Masa tu Singapura pun dalam Malaysia. Anggapan ancaman dari selatan hanya timbul dekad ini saja sebelum itu tak ada. Kalau saudara ambil peta ukur jarak Kem Majidee dengan Singapura jarak dengan daratannya tak sampai pun 40KM. Lepas tu baca lah majalah persenjataan yang Singapura ada dan ukur jaraknya agak-agak sampai tak kat Kem Majidee tu. Jadi kalau kem dah kena hentam segala peralatan, stor simpanan serta komunikasi habis le. Oleh yang demikian kita kena atur semula kedudukan kem tentera untuk menghadapi ancaman yang sebegini. Sejajar dengan pembangunan Johor Bharu, maka adalah elok kem ini di tempatkan di kawasan yang memberi ruang untuk tindak balas apabila berlakunya ancaman. Siapa yang dapat projek tu saya tak nak lah masuk campur. Kalau tahu ada elemen pilih kasih atau pun korupsi dalam rancangan pembinaan tersebut, itu saya tak mahu masuk campur lah, tetapi mempertahankan kem Majidee menggunakan modal strategi dan pertahanan hadapan dan sebagainya saya rasa tak betul sebab memang ianya tidak betul semata-mata. Buka Minda. Jangan jadi Pak Kadok ayam menang sabong kampung tergadai. Pertahanan negara ini bukan sahaja memrlukan rakyat yang mempunyai jati diri tetapi juga perlu sedar diri.

suhaimi said...

hamzali...
guna kepala lutut kau.kau tak payahlah nk merepek meraban...skrg ni kalau setakat org nk serang bukan kira jauh atau dekat,kalau nk serang,serang juga.senjata yg singapura ada canggih2 belakalah.kalau duduk dlm hutan pun dia boleh sampai punya.tak payah nk bazir2 buang2 duit pindah tepat lain.kem malidee tu dah cukup luas dah,kat mana2 pun tentera boleh 'landing'.
CIQ kat tambak johor kau tak nk pindahkan?kalau dia nk serang baik dia serang CIQ dulu.dah tentulah CIQ paling dekat dgn singapura.kalau dia tak serang CIQ,berkampunglah tentera2 kita kat sana bila perang nanti.
lepas ni kau nk balas komen kau guna kepala apa???...........

irfandina said...

salam...

kau ni suhaimi...pantang dikomen balas...melenting macam kera makan belacan...

relakslah bro...hamzali tu kasi pendapat dari segi aspek ketenteraan dan keselamatan...dan saya dapat merasakan bahawa hamzali ni pastinya ada background army...

dahla dia tu baru nak join the club...patutnya blog siasah ni kita gunakan untuk sama2 berkongsi pendapat...bukan nak hentam semborono je.....

suhaimi said...

salam...

irfandina....saya pun ada background army.....tp saya tak haranlah,awakkan rakan2 sewaktu dgnnya....

Hamzali said...

Tu lah dia pemikiran sempit sesetengah yang menulis di blog ini. Sendiri tak faham apa yang nak dikatakan. Main tulis je ikut suka nak tulis. Kita dah masuk ke kurun 21 dah ni. Apa kena mengena CIQ jika berlaku peperangan. CIQ bukan lah 'Essential Points' atau pun 'Key Points'. Transmitter atas Gunung Jerai lagi penting daripada CIQ. Untuk maklumat, CIQ tiada value strategic, Pejabat Menteri Besar Johor pun tidak ada value startegic. Yang ada ialah empangan air Liggui empangan air Jerai, Highway kita tu. Saya bukan army tetapi saya baca tentang strategi. Jadi kena faham apa nak tulis supaya kita boleh berbincang dengan lebih rasional dan menambah pengtahuan. Sebab berdebat sampai terbakar komputer pun bukannya orang peduli tetapi sekurang-kurangnya kita tahu apa pendapat orang lain. Jangan jadi Katak bawah tempurung. 'Think out of the box'. 'Be critical' and finally we all can at least learn something from each other. KAPISH?

suhaimi said...

hamzali...

apa takde kena mengena pulak?yg ckp takde kena mengena engkau,tentera tak ckp.bukankah CIQ tu 'man entrance'.ada kena mengenalah.engkau ingat musuh nk biarkan tentera berkampung kat situ?dia bom dululah...takkan dia nk biarkan...apalah....itu pun tak boleh pikir ke?guna kepala lutut ke apa?
sebelum nk kondem org,pikir dulu,apa kata org, 'check and balance'.bye...bye...

irfandina said...

salam...

sabar...

suhaimi said...

sorry...

Maharoms light & deco pte.ltd said...

kalu itu anak pak samad, sejak dari dulu kenal masa itu tahun kunci 1988 , dia sudah tukar itu color, semua orang jb kena tipu.shahrir oh shahrir ku sangka intan rupanya kaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...