Friday, May 23, 2008

Dupont Circle 2



Hari ini, 22 Mei di Washington DC, hari kedua kursus. Dua gambar teratas diambil dari dalam bas. Gambar Dupont Circle yang lebih dekat.

Masih belum melawat seluruh DC, cuma melihat Lincoln Memorial dan tempat-tempat lain dari dalam bas, dalam perjalanan ke restoran tempat makan tengah hari.

Pemandu bas membawa kami sekitar DC sekejap, kerana masih awal untuk makan tengah hari.

Dupont Circle tempat menarik untuk duduk menikmati cuaca pagi dan sinaran matahari petang.

Lagi catatan di politikpop.blogspot.com - Haris Zalkapli

3 comments:

Jeli-Semenyihdaily said...

salam!
alhamdulillah semoga wartawan kita lebih canggih dari wartawan mereka,cuma ada beberapa perkara yang perlu dikomen dan dicadang sedikit tentang akhbar siasah ini,supaya salah satu akhbar yang kita sayangi ini kekal menarik dan menjadi pilihan pembaca,
1)kenapa setiap kali keluar siasah edisi cetak,tajuk yang di pilih tidak banyak membantu dalam jualan akhbar itu sendiri
2)kalau boleh nama siasah yang digunakan tajuk muka depan itu,boleh tak ditukarkan warna hitam kepada warna merah,pendapat saya hitam adalah warna membosankan dan jugak apabila warna hitam yang digunakan terkena cahaya matahari,ianya akan pudar,merah amat menarik dan banyak membantu seperti yang telah dilaksanakan oleh akhbar harakah,dan lain2 akhbar harian lain
3)tak lupa juga nak ucap tahniah kepada akhbar siasah kerana lain dari yang lain disebabkan banyak rencana,itu tak boleh dinafikan,maklumat itu penting!
4)boleh tak akhbar2 alternatif wujudkan kelab atau persatuan pengedar2 dan kelab pembaca akhbar alternatif,di seluruh malaysia semoga akhbar ini mendapat info tentang apa yang pembaca suka dan tak suka,melalui seisi dialog yang diadakan dengan persatuan itu.disebab pemerhatian saya yang selalu berdampingan dengan pembaca dan rakyat bawahan mereka meneliti tajuk muka depan dahulu,barulah mereka akan mendapatkan sesuatu akhbar itu
5)kalau boleh akhbar harakah,siasah cari kaedah yang menarik atau temubual yang menarik dan jangan ambil tentatif yang ringan,kerana takut,menyamai akhbar sinar yang mana kita tahu akhbar kita sekarang banyak dibayangi dengan akhbar sinarharian, so tidakla akhbar kita tidak menarik minat para pembaca
semoga apa yang saya komen dan cadangkan ini diambil positif oleh pihak editor semoga kita sama-sama menaikkan ranking kelarisan akhbar kita,semoga berjaya
paceroh.blogspot.com
hurry_london@yahoo.com

irfandina said...

salam...

kepada editor siasah...semoga akhbar anda akan terus dengan prinsip tidak berpihak kepada sesiapa dalam setiap laporannya...

semoga sukses...

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

Siasat sewajarnya menjadi akhbar yang bukan hanya menjurus kepada hal siasah tetapi perlu menjadi akhbar siasatan yang ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...