Tuesday, May 20, 2008

Mahathir mulakan plan B

Oleh: Hafiz Mohd Baqi

"Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada
menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana
Menteri Malaysia"
- Tun Mahathir

"Kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan
agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang
lemah dengan pemimpin yang rasuah"
- Anwar Ibrahim.
Selain daripada menyatakan kegembiraan atas
keputusan beliau dan menganggap tindakan itu
mengambarkan kehancuran yang sedang berlaku dalam
parti Umno, ada beberapa perkara yang perlu dilihat
serta dianalisis terutamanya oleh pembangkang.


Berpuluh tahun berada kancah politik Malaysia dengan
22 tahun daripadanya sebagai Perdana Menteri adakah
Mahathir meninggalkan Umno semata-mata kerana
emosi beliau yang terlalu kecewa dengan pimpinan
Umno sekarang yang disifatkan tidak demokratik, lupa
perjuangan, pembodek dan macam-macam lagi itu.


Mahathir memulakan apa yang boleh disebut sebagai
peperangannya dengan Abdullah tidak lama selepas
jawatan Perdana Menteri itu diserahkan oleh beliau
sendiri kepada Abdullah.


Sepanjang tempoh itu, satu-satunya yang boleh
dikaitkan dengan kemarahan paling ketara beliau
terhadap Abdullah hanyalah pembebasan Datuk Seri
Anwar Ibrahim daripada Sungai Buloh.


Isu jambatan bengkok atau AP dan kemudiannya
penguasaan budak-budak tingkat empat hanyalah asam
garam terhadap kemarahan tersebut. kecuali ada pihak
yang benar-benar yakin terhadap keikhlasan Mahathir di
atas kritikan terhadap Abdullah boleh menolak teori ini.


Manakala Anwar, selepas pembebasannya mula
menyusun langkah dan mengatur strategis satu demi
satu untuk mencapai hasrat yang beliau sendiri
uar-uarkan iaitu mahu menukar kepimpinan negara ini
atas slogan untuk perubahan.


Walaupun tidak melafazkan beliau sebagai orangnya,
namum atas dasar 'understanding' mahupun
berdasarkan percakapan umum yang persetujuannya
telah diolah dengan cukup teliti, dengan jelas dapat
dibaca hanya Anwar lah tokoh yang bakal ditabalkan
sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan
kepimpinan yang ada.


Melihat kepada senario pasca pilihan raya umum ke-11
baru-baru ini, kebarangkalian Anwar akan sampai ke
puncak kuasa semakin melebar.


Tidak hairanlah Anwar dalam reaksinya terhadap
perkembangan terkini Mahathir, seperti melihat ada agenda
besar disebaliknya.


"Kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan
agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang
lemah dengan pemimpin yang rasuah" katanya dalam
blog


Berbalik kepada Mahathir, si politikus licik ini sudah
menghidu kemungkinan-kemungkinan tersebut sejak
awal-awal lagi. Kekhuatiran beliau terhadap Anwar
menjadi Perdana Menteri tidak perlu dijelaskan
sekiranya memahami krisis yang berlaku pada tahun
1998.


Justeru, dari situlah usaha untuk memastikan Anwar
tidak berjaya sampai ke puncak kuasa diusahakan
habis-habisan oleh beliau.


Tetapi malangnya di bawah kepimpinan Abdullah
peluang Anwar terbuka luas. Sama ada Abdullah sendiri
mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri, itu persoalan
yang lain, hakikatnya di bawah Abdullah laluan Anwar
lebih mudah.


Langkah paling selamat perlu dilakukan oleh Mahathir
hanyalah mengantikan Abdullah secepat mungkin
kepada tokoh lain yang mestilah tidak mesra Anwar
sifatnya.


Berdasarkan apa yang Mahathir lakukan sepanjang
serangannya terhadap Abdullah selama ini dapat
dirumuskan hanya bertujuan untuk mengantikan
Abdullah secepat yang boleh.


Selepas pilihan raya, usaha itu semakin diperhebatkan,
malahan beliau sama ada secara terancang atau
kebetulan telah mendapat 'back-up' daripada sebahagian
Umno yang lain apabila semakin ramai secara terbuka
memberi tekanan atau mewakili suara mendesak
berlakunya peralihan kuasa yang diketahui Mahathir
adalah orang paling awal mencetusknnya.


Namun sejauh mana kejayaan itu, persoalan inilah perlu
dianalisis secara mendalam oleh pihak-pihak yang
mempunyai kaitan politik secara langsung atau tidak
langsung dengan perkembangan mutakhir politik
Mahathir ini.


Atas satu tujuan iaitu untuk memastikan jawatan
Presiden Umno sekaligus Perdana Menteri Malaysia
diserahkan kepada orang lain dari Umno sebelum
dirampas oleh Anwar, boleh jadi Mahathir telah gagal
strategi pertamanya kerana Abdullah masih lagi disaat
ini Presiden Umno dan Perdana Menteri.


Bagaimanapun boleh jadi strategi Mahathir diperingkat
ini berjaya kerana beliau (strategi serangan pertama itu)
hanyalah mahukan seperti mana yang berlaku ketika ini
iaitu mewujudkan tekanan-tekanan dari Umno terhadap
Abdullah supaya melepaskan jawatannya.


Justeru sebab paling besar kenapa beliau meninggalkan
Umno hanya berkisar kepada dua kemungkinan tersebut
iaitu sama ada memulakan strategi baru selepas
kegagalan plan A beliau atau memasuki fasa seterusnya
untuk menyempurnakan plan peralihan kuasa daripada
Abdullah kepada seorang yang tidak mesra Anwar.


Mana-mana daripada dua sebab di atas, Mahathir kini
telah memasuki plan B yang mana atas kapasiti beliau
bukan lagi ahli Umno, kemungkinan 'game' selepas ini
akan melibatkan parti-parti politik pembangkang dengan
lebih efisyen daripada apa yang parti-parti politik
pembangkang sumbangkan menjayakan perancangan
awal beliau - sama ada secara sedar atau tidak sedar.


Antara yang boleh diramalkan, tindakan Mahathir ini
akan menimbulkan suasana panik di kalangan Umno
yang secara tidak faham akan membaca partinya
sedang menuju kehancuran.


Sudah tentu momentum panik itu kurang berkesan
dengan Mahathir seorang sahaja yang keluar parti,
dengan strategi yang tersusun tindakan meninggalkan
parti ini akan berterusan dari masa ke semasa dengan
penyertaan pihak tertentu atas nama pengikut Mahathir.


Dalam masa yang sama, usaha untuk menimbulkan
rasa panik ini akan dibantu pula dengan
kempen-kempen pembangkang yang akan
menggunakan modal Mahathir keluar parti kepada rakyat
jelata supaya menjauhi Umno kerana parti itu semakin
kacau bilau.


Hasilnya, desakan supaya memulihkan Umno dari
kalangan ahlinya akan semakin hebat yang mana
caranya telahpun diletakkan ke dalam kepala mereka
sejak awal-awal lagi iaitu plan peralihan kuasa.


Sehubungan itu, mentafsir tindakan Mahathir keluar
Umno kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam
parti itu semata-mata perlu difikirkan banyak kali.


Seorang yang licik seperti Mahathir apa sahaja yang
dilakukan tidak dibuat secara membuta tuli bahkan
masa paling sesuai untuk beliau tinggalkan Umno ini
dipercayai dari kajian mendalam berdasarkan plan
strateginya.


Ada beberapa waktu yang boleh dikatakan Mahathir
sesuai untuk meniggalkan Umno, tetapi beliau hanya
memilih meninggalkan Umno setelah road show nya
menemui begitu ramai perwakilan serta pimpinan Umno
dalam perlbagai program yang dianjurkan selesai.


Paling ketara beliau telah meniggalkan mesej penting
kepada ahli-ahli Umno dalam ucapan terakhirnya
sebagai ahli Umno.


"Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada
menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana
Menteri Malaysia"

35 comments:

abumunzir al-jerluni said...
This comment has been removed by the author.
oshin22 said...

Mahathir nak kembali semula ke Sri Perdana!!!!!. Tolonglah ... jangan

abumunzir al-jerluni said...
This comment has been removed by the author.
abumunzir al-jerluni said...

A'ah! Dr. M memang licik orangnya...hanya orang yang berfikiran cetek sahaja akan mudah terpedaya dengannya. Tadi, ada majlis perasmian sambutan Jubli Perak UIAM di Dewan Kebudayaan oleh Pak Lah. Namun, tidak pula kelihatan Presiden UIAM iaitu Dato' Seri Sanusi Junid (orang kuat Mahathir). Adakah dia memboikot majlis tersebut?

irfandina said...

salam...

saya amat bersetuju dengan artikel ini...sememangnya itulah strategi sebenar dr m...musuh beliau yg sebenar ialah anwar ibrahim bukannya pak lah...dr m begitu takutkan anwar kerana episod 98 masih lagi menghantui beliau....

saya begitu pasti bahawa penggal ini adalah penggal terakhir pak lah..maka seharusnya beliau diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan....kenapa dr m kelihatannya begitu tergesa-gesa ingin melihat najib menggantikan pak lah...sebabnya beliau tahu bahawa seperti ada sesuatu yg sedang dirancangkan oleh pak lah...

dalam politik tidak ada yg mustahil...dan jangan terkejut dalam keadaan pak lah yg begitu terhimpit oleh dr m dan najib maka pak lah akan menoleh perhatiannnya kepada anwar...

dan tidaklah sesuatu yg mustahil untuk melihat anwar kembali kepangkuan umno...perlu diingat anwar tidak pernah keluar dari umno tetapi dr m yg menolak beliau dari umno...

kalau itulah yg akan terjadi...maka meloponglah segelintir pendokong pas yg arrogant dan besar kepala...

abe MIE 'TERJAH' said...

3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH

Satu tu, Abdul yang terlalu pintar dan bijak, satu lagi abdul yang pandai menabur janji dan satu lagi abdul yang selalu menerima ancaman dan suka cari gaduh.

cerita lanjut
jumpa di website
http://pkrpasdap.blogspot.com

mie said...

insyaALLAH (",)

suhaimi said...

irfandina...

lain kali sebelum beri pendapat check & balance dulu.anwar memang tak keluar umno,tp dia di pecat sebagai tim perdana menteri dan keahliannya.kalau dah kena pecat tu maknanya takde apa2 dlm umnolah.itu pun tak faham ke?

blues untuk rakyat said...

bluesuntukrakyat.blogspot.com

bluesuntukrakyat.blogspot.com

bluesuntukrakyat.blogspot.com

bluesuntukrakyat.blogspot.com

bluesuntukrakyat.blogspot.com

bluesuntukrakyat.blogspot.com

blues untuk rakyat said...

pas terlopong....?

he...he...he.....

pas da biasa macam tu......

tak jadi kuman pon.....

UMNO pon pernah belot pada pas....

S46 pon pernah belot pada pas.....

keadilan tak tau la..... insyaallah.... tak kotttt....

tapi masih ujud lagi.. da 40 tahun lebih da.....

kalu depa nak masuk umno pon bukan jadi masalah pada pas.....

yang pasti.... waktu itu keadilan akan kehilangan separuh dari penyokongnye la.....

itu yang pasti.......

salam.....

Web Sutera said...

Sdr Irfandina,

Pas terlopong? Pas bukan mengejar kuasa. Apa Pas mahu ialah keadilan Islam tertegak di Malaysia. Kalau bukan tahun ini, tahun depan, kalau bukan PRU12, PRU13. Kalau bukan abad ini, abad depan. Kalau bukan zaman ini, zaman anak cucu kita. InsyaAllah. Islam pasti menang!

Pas bukan gila kuasa macam UMNO

Web Sutera said...

Sdr Suhaimie,

Relax. Perjuangkan hak anda. Islam pasti menang! Itu janji ALLAH!

Hamzali said...

Satu analisa yang simplistik dengan sedikit realiti tetapi banyak biasnya. Tun Dr Mahathir PM yang paling berjaya setakat ini. Beliau mempunyai visi yang terancang dan banyak dibuktikan berkesan. Rajuknya terlalu parah hingga keluar parti. Pak Lah adalah orang baik tanpa 'wisdom' mungkin sejarah akan mengecop beliau sebagai orang yang menghancurkan UMNO. Tapi adakah Anuar Ibrahim sahaja opsyen yang ada? Kalau demikian UMNO sememangnya gagal di dalam merancang pemimpin pelapis yang berkemampuan. Ntah le, pemerhati politik pun keliru. Dato' Sri Najib jikalau ambil alih pun 'he will be eaten alived by DSAI'. Apatah lagi dengan kekuatan pakatan pembangkang yang bertapak di Parlimen kini adakah mampu ditangkis oleh BN yang diwakili pemimpin yang korup dan tamak. Sekian wallahualam.

Jurufoto said...

Takder kesan dgn Mahazalim keluar UMNO... Kata Musa Hitam "duri dlm daging" dah tak ada lagi.. Pak Lah perlu dan wajib pertahankan diri.. Ayuh Pak Lah, lawan.

Jurufoto said...

Keahlian Mahathir ahli no.1, dan Hasmah ahli no.2 dlm UMNO... Husain Onn dan Tun Razak takder no keahlian ker???? Sababnya, skrg ni UMNO baru yang telah di haramkan oleh Mahathir bila dh kalah masa lawan dgn Tengku Razakiegh dahulu. UMNO rosak kerna Mahathir. Pak Lah terima tempias dari zaman Mahathir lg. Tetap x sokong Mahathir

irfandina said...

salam...

nampaknya ada diantara kawan2 yg kelihatan begitu keberatan untuk menerima kemungkinan anwar kembali kepada umno....

saya juga bersetuju seratus peratus bahawa satu hari nanti perjuangan islam pasti akan menemui kejayaan...tetapi perlu diingat selagi pas masih bekerjasama dengan dap maka selagi itulah impian hanya akan tinggal impian....

bukankah dap secara terang-terangan menolak islam untuk dilaksanakan di m'sia...tetapi pada masa yg sama bukankah menjadi objektif perjuangan pas dari dulu lagi untuk menegakkan negara islam???

atau apakah pas sudah melupakan objektif asal perjuangannya?????

tetapi ingin saya tekankan disini sebenarnya pas masih boleh menjadikan impiannya sebagai kenyataan dengan syarat pas perlu mendapatkan sokongan 100% orang melayu di malaysia...secara tidak langsung bermakna pas perlu bekerjasama dengan umno...

tetapi malangnya pada hari ini pimpinan pas nampaknya bagitu taksub dengan kemenangan yg diberi oleh Allah pada tempoh hari sehingga mereka seakan akan terlupa dengan matlamat asal perjuangannya....

kalau anda semua sering menuduh umno itu terlalu buruk keadaannya maka apakah menjadi satu dosa sekiranya pimpinan pas memulakan langkah pertama kearah penyatuan umat melayu/islam dinegara ini???

dengan keadaan umno yg agak rapuh pada masa ini bukankah ia masa yg paling sesuai untuk pas mengambil inisiatif diatas???

dan sekiranya pimpinan umno menolak saranan tersebut maka saya percaya pada ketika itu org melayu tidak lagi mempunyai alasan untuk menolak pas....

bukankah semua org islam itu bersaudara????

suhaimi said...

aku tak faham dgn irfandina ni,org memperjuangkan islam di katakan taksub dgn kemenangan.org yg atas pagar ni memang macam nilah agaknya.
tak perlu bekerjasama dgn umno utk menegakkan hukum islam.dgn sesiapa pun boleh,asalkan mereka itu faham mengenai konsep islam dan negara islam yg hendak di laksanakan.org islam seperti awak kena fahamkan islamlah dgn org2 yg bukan seagama dgn kita.bukan tentang islam mcm mana umno buat.
tok guru nik aziz pernah cerita yg dia pernah jumpa dgn Tun mahathir utk menubuhkan kerajaan islam di kelantan.bila di terangkan kepada Tun,Tun diam je,lepas tu esok dia hentam tuan guru balik.
itulah dia umno,yg kata berjuang utk bangsa dan agama.tak percaya dgn hukum hakam agama sendiri.bukan setakat tu,di perlekehkan pula..
saya ingat awak kena fahami dululah dasar umno itu sendiri,baru awak boleh hentam pas.

kulatlapok said...

salam semua,

nampaknya situasi politik negara semakin menerima goncangan dua angin yang berbeza alunannya. Satu agak ganas dan seentiasa garang membadai yang dinamakan AGIN MATHIR dan satu lagi agak lembut bayuannya yang lebih dikenali ANGIN ABLAH.

Kedua-dua musim angin ini dikesan oleh kaji cuaca politik baru kini melanda negara MALAYSIA. Keadaanya agak membimbangkan apabila kedua-dua angin ini nanti bertembung pada suatu tempat yang akan mengkibatkan kesan yang lebih besar penduduk yang bernama bangsa MELAYU.

Selepas tsunami PRU12 tempoh hari bangsa Melayu agak bernasib baik apabila sebahagian jutaan MELAYU masih lagi dapat berpaut pada dahan UMNO. Manakala yang lain bertebaran terapung di permukaan PKR dan PAS.

Kemungkinan besar kesan dari pertembungan angin ini jika tidak berhati-hati akan mengakibatkan bangsa MELAYU yang masih tinggal berpaut pada UMNO akan terungkai pada tangkainya.

*ps - PKR & PAS intai peluang penyokong. Untung sabut timbul, untung batu tengelam.

Wallahhualambisawab.

blues untuk rakyat said...

betul cakap irfandina....

tapi tang mana yang umno nak perjuangkan islam....

nik aziz dari dulu sampai sekarang memberi 'JAMINAN' jika umno mahu memperjuangkan islam depa dalam pas ramai2 akan masuk umno....

ni pasai rasuah pon kat dalam umno tak abis2 lagi.....

kulatlapok said...

Secara keseluruhannya sandiwara TDM ini kita boleh melihat betapa terlalu kecewanyanya beliau dengan kepimpinan Pak Lah. Setiap kali dan dimana sahaja beliau berucap sudah pastinya kepimpinan Mr. Cool itu sering kali dipertikaikannya.

(Apatah lagi kalau ianya dijolok pulak oleh wartawan yang dahagakan berita panas untuk menguntungkan kantung syarikat masing-masing).

Nampaknya semangat dan kesungguhan TDM untuk memaksa Pak Lah turun dari kerusi empuk yang katanya untuk sementara sahaja masih tidak diendahkan oleh Mr. Cool itu.

TDM sehingga ini masih tidak berputus asa mendakwa akan berbuat apa sahaja asalkan Pak Lah dapat diturunkan dari kerusi rebutan yang disayanginya itu.

Kira benarnya pelan B yang dirancangkannya itu berjaya syabas kepada TDM diatas segala usaha dan penat jerihnya dan ianya memberi satu kemenangan kepada TDM dan keluarga beliau yang sendirinya yang secara tidak langsung merencanakan 'KEHANCURAN PERPADUAN BANGSA MELAYU'.

ps* Kelantan yang sering ditomah sehingga kini aman makmur bersama PAS.

https://www.kulatlapok.blogspot.com

meon_peon said...

tetapi ingin saya tekankan disini sebenarnya PAS masih boleh menjadikan impiannya sebagai kenyataan dengan syarat PAS perlu mendapatkan sokongan 100% orang Melayu di Malaysia...

oleh yg demikian, marilah kita bersama2 keluar drpd UMNO & sertai PAS krn UMNO memperjuangkan MELAYU ttpi PAS memperjuangkan ISLAM...

Islam Utk Semua...

suhaimi said...

saya setuju dgn pendapat meon peon......islam lebih penting daripada ketuanan melayu.sebab esok Allah tak tanya bangsa kita apa,ketuanan ke apa ke.yg dia tanya pasal islam.dah tegak belum islam kat muka bumi ni......

Unknown said...

buat KULATLAPOK..
pe mksd anda Kelantan kini aman makmur bersama PAS??
buat pengetahuan anda,sy ada ramai saudara Kelantan, tp apa yg sy peratikan rmai rakyatnya mengeluh dgn keadaan mereka yg terlalu miskin,senarionya mcm di India. klu anda dtg ke kelantan,berapa byk rakyatnya yg menderita??sbb itu ramai rakyat kelantan xbetag duduk di negeri sndiri,maka berduyun duyunlah mereka merantau mencari rezeki kat negeri org(esp KL) yg rkyat Kelantan aka PAS laung2kan sbg tmpt maksiat..n skang pe cite diorg cr rezeki kat KL?? amat bertentangan skali ngan prinsip diorg..dhla merempat kat ngeri org,buat hal pulak kat tmpt org..bwk blik duit ke negeri Kelantan byk2,n bnda buruk pn ditinggalkan,last2 negeri lain yg de rekod buruk.Klu korang x percaya sila rujuk dgn rekod Polis bhg jenayah.rakyat kelantanla plg ramai bermasalah.apa mcm PAS? kelantan yg satu tu xmmpu nk kawal,ngeri lain nk kwl?? bila UMNO dh bentuk siap2,cantek bkn main(mengaku tu kejayaan PAS),dan bila de pincang sket(tuding jari kat UMNO)-

suhaimi said...

liza....

mcm mana dia org tak bermasalah,kalau dah tempat yg mereka datang untuk mencari rezeki pun banyak benda tak baik.kalau kat kelantan takde benda2 mcm tu,tiba dtg KL,mcm2 ada.tersentaklah mereka.
bila hukum islam tak jalan nilah jadinya.bila berlaku nk salahkan rakyat org lain.tak fikir pulak sebab apa boleh jadi benda2 mcm ni.
kerajaan umno yg awak sayang patut di persalahkan,kenapa tak jalankan hukum ALLAH kat muka bumi?jgn nk salahkan rakyat kelantan.
pasal rakyat2 kelantan susah yg awak bangkitkan.cuba kalau kerajaan pusat beri batuan dgn telus,benarkan 'Investor2' masuk kat negeri kelantan,jgn takut2kan 'investor',sudah tentu rakyat kelantan takkan berhijrah ke tempat lain.
hasil minyak yg di temui di perairan kelantan di jalankan cari gali,dah tentu kelantan akan lebih maju dari negeri lain.
awak dah pergi SABAH ? tu negeri umno,negeri paling miskin di malaysia,kedua TERENGGANU pun negeri umno,kenapa tak ckp negeri tu? kenapa kelantan? sebab apa? sebab PAS yg memerintahkan? itulah awak.gajah seberang laut nampak,tikus depan mata,awak buat tak tahu jeee.....

irfandina said...

salam...

nampaknya blog siasah menjadi semakin popular...

bagus juga ada manusia fanatik seperti suhaimi dan kulatlapok...

sekurang-kurangnya dengan cara penyampaian pendapat sdr berdua yg sempit dan bongkak itu akan membuatkan lebih ramai yg akan berani memberi pendapat bertentangan dengan sdr berdua....

apa saja perkara negatif yg diperkatakan mengenai pimpinan pas akan terus dipertahankan dengan membabi buta...

suhaimi said...

irfandina....

selagi pas tidak melanggar hukum
hakam ALLAH,selagi itulah saya dan rakan2 akan terus mempertahankan parti yg berpaksikan ISLAM ini.
biarlah apa pun anda nk kata,fanatik ke,apa ke yg penting saya fanatik utk agama saya sendiri.
jikalau 'saidina umar' masih hidup,dan memimpin sesebuah parti islam,saya rasa anda lagilah tak senang duduk.anda tentu tahukan siapa 'saidina umar'?itu khalifah islam yg semua org takut dan hormati.maknanya tak salahlah kalau saya fanatik pun.......

Anonymous said...

Begitulah politik....anwar ibrahim pun sama saja.untuk jadi PM dia sanggup wat apa je...lompat parti la...gila kuaa betul.... nak tuduh Mahathir dia pun sama je...apa yg dia wat masa jadi menteri 18 tahun dulu.....betul juga pepatah melayu ada mengatakan
"Tepuk dulang paku serpih.Katakan orang dia yang lebih"

irfandina said...

salam...

untuk rakan2 yg merasakan bahawa mereka adalah fanatik agama seperti sdr suhaimi...

untuk pengetahuan anda tidak ada istilah fanatik didalam islam...islam menyeru semua penganutnya mengamalkan segala ajarannya...tidak perlu bersifat fanatik...

jgnlah dianggap pas itu sebagai islam...kerana didalam islam tidak pernah diajar supaya pengikutnya bermusuh dengan sdr sesama islam...

tapi sayang pendukung pas yg fanatik seperti suhaimi sanggup bermusuh dengan saudara sesama islam hanya kerana perbezaan ideologi politik...

anda tidak seharusnya berkata bahawa golongan yg bertentang pendapat dgn sdr tidak akan senang dengan pemerintahan islam....

kenapa sampai sanggup berkata sedemikian...kalau anda merasakan bahawa anda seorang pejuang islam tulen seharusnya anda mempamerkan sifat islam yg sebenarnya bukannya bersifat angkuh dan suka menghukum org lain....

MrKooL said...

aku UMNO... bkn PAS. Tp aku pantang kalau org kata bab negeri ni.
Bodo la Lisa ni. Liza ni beckp mcm org bodoh jer. Rakyat Kelantan hidup senang je. makan ok jer. pakai ok jer. kedai kopi berlambak. maju jer. Liza ni penah dtg kelantan ke? Klo penah dtg ternyata ko ni buta mata hati. Klo x pernah dtg....mmg katak bawah tempurung lah ko. Kalau ko tu mcm katak bawah tempurung tayah la nk komen negeri orang. Rakyat Kelantan lebey byk melancong klo ko nak tau. Bkn mcm ko tu....otak sempit !! Nk berckp tu...buat la kajian dlu....analisa dlu. Baru leh berckp. Dtg Kelantan dok sebulan. Baru leh tau.Jgn dok dgr kata org jer. Aku dr kecik dok kelantan ok jer. Rakyat kelantan x mcm yg ko dgr Liza oiiii....mmg la ramai yg dok kat negeri lain. Tp tu dr zaman dlu lg. Bkn baru dlm 18 thn ni jer.

suhaimi said...

irfandina...

kalau anda tidak setuju dgn apa yg saya katakan,tidak mengapa,saya pun tidak rugi apa2.tetapi saya tetap dgn pendirian saya dan menolak total pandangan anda tentang PAS dan Umno bukan parti yg berlandaskan islam.

rezwanrazali said...

aku sokong sapa-sapa yang marah orang kutuk Kelantan. Jangan kutuk bab negeri. Dan aku percaya.. hanya makhluk yang belum pernah pijak kelantan atau wartawan yang tak ikhlas je yang berani kata Kelantan mundur..
p/s.. aku bukan anak negeri Kelantan atau tinggal di Kelantan. aku nun jauh dari Kelantan. tapi atas dasar kejujuran.. ku akui bahawa Kelantan makmur. harta, adab dan agama.. ikhlas.

rezwanrazali said...

aku sokong Mr. Kool.. tak yah la cakap bab politik.. aku ni bukan orang kelantan, dan bukan tinggal di kelantan sekarang. tapi aku akui.. negeri yang paling makmur adalah Kelantan. Mana ada menteri besar yang jadi imam sembahyang dan imam segalanya kat tempat/negeri lain?.. bagitau aku mana negeri yang bangunan dan perniagaannya banyak dikuasai oleh orang melayu tanpa perasaan dengki.. kalau nak komen.. biar ada fakta. kalau tak.. baik takyah komen. duduk diam lagi bagus.. kena la ikhlas dalam membri komen weih..

rezwanrazali said...

aku sokong Mr. Kool.. tak yah la cakap bab politik.. aku ni bukan orang kelantan, dan bukan tinggal di kelantan sekarang. tapi aku akui.. negeri yang paling makmur adalah Kelantan. Mana ada menteri besar yang jadi imam sembahyang dan imam segalanya kat tempat/negeri lain?.. bagitau aku mana negeri yang bangunan dan perniagaannya banyak dikuasai oleh orang melayu tanpa perasaan dengki.. kalau nak komen.. biar ada fakta. kalau tak.. baik takyah komen. duduk diam lagi bagus.. kena la ikhlas dalam membri komen weih..

Anonymous said...

assalamualaikum...

kulatlapok said...

SALAM UNTUK IRFANDINA,

TAK LUPA JUGA RAKAN SEPERJUANGANKU;
SUHAIMI, MRKOOL DAN REZWANRAZALI.

AKU RASA SI IRFANDINA NI IRIHATI DENGAN KEMAKMURAN SERAMBI MEKAH. AKUPUN BUKAN ORANG KELANTAN TAPI MARI DARI SELATAN. TAPI AKU LIHAT KELANTAN MAKMUR DALAM SEDERHANA. SEPERTI KATA DR. KHIR YANG MAHUKAN UMNO SEKARANG BERKONSEPKAN MODERATE (BARU PERASAN NAK MODERATE).

APAPUN IRFANDINA DAKWA KELANTAN TERUK TETAPI MENGAMALKAN KONSEP SEDERHANA. MALAH KELANTAN ANTARA NEGERI YANG TERMAMPU BAYAR HUTANG KEPADA PUSAT. TIDAK SEPERTI NEGERI MAJU YANG DIPERINTAH OLEH BN TETAPI MENJADI PEMIUTANG TERTINGGI DENGAN PUSAT.

KELANTAN DALAM KESEDEHANAAN TETAPI MEMULIAKAN AGAMA ISLAM LEBIH DARI SEGALANYA.ITU SEBAB IANYA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH. (PRU12 BUKTI RAKYAT KELANTAN MASIH SAYANGKAN POK NIK)

PS*BIARPUN MEREKA MISKIN HARTA TETAPI RAKYAT KELANTAN TIDAK MISKIN HATI.HIDUP KELANTE

htpp://www.kulatlapok.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...