Thursday, May 22, 2008

Kelantan buktikan kesederhanaan perlu dicontohi lain-lain negeri

Oleh Salma Husin
KOTA BHARU, 22 Mei: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin menyifatkan Menteri Kelantan sebagai 'mutiara ilmu' selepas kejayaannya mentadbir Kelantan sekian lama dengan berjaya.

“Kelantan telahpun membuktikan kejayaannya dalam pentadbiran menerusi aspek tertentu seperti kebajikan, kesederhanaan dan seumpamanya yang perlu diambil contoh oleh negeri-negeri Pakatan khususnya,”ujarnya.

Konsep kesederhanaan dan pembangunan insan yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan telah diterima oleh masyarakat umum khususnya di negeri itu sendiri, katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya dekat sini Rabu lepas.

Pertemuan yang memakan masa kira-kira 45 minit itu telah berlangsung di Pejabat Menteri Besar, di Kompleks Kota Darulnaim kira-kira pukul 8.30 pagi.

Hadir sama pada majlis itu bekas Ketua Pemuda PKR Negeri, Zamakhsari Ibrahim, serta lain-lain pimpinan PKR peringkat negeri.

Menurut Zamakhsari pula, dengan kunjungan wakil kerajaan Pulau Pinang itu dan sebelum ini Menteri Besar Perak, membuktikan Pakatan akan semakin utuh dalam memantapkan persefahaman untuk kepentingan rakyat.

26 comments:

abumunzir al-jerluni said...

Semoga Kelantan terus di bawah pemerintahan Islam & Ulama'. Islam memberi fokus utama kepada pembangunan Insan dan nilai-nilai kemanusian yang baik disamping tidak melupakan pembangunan material yang lain jugak. Ia sangat berbeza dengan ideologi-ideologi lain seperti Marxisme yang mengutamakan perubahan ekonomi dan industri untuk melakar sejarah.

Allah pesan kepada kita supaya fokus kepada mencari bekalan untuk akhirat terlebih dahulu disamping tidak lupa kepada urusan kita di dunia ini. Dunia ini ibarat R&R bagi menuju ke destinansi negeri abadi (Syurga).

irfandina said...

salam...

kalau melihat dari satu segi saya akui kelantan mempamerkan satu model yg baik untuk diikuti...dan saya sebagai umat melayu/islam amat berbangga dengan hasil pemerintahan pas dikelantan...

cuma para pemimpin pr yg lain perlu lebih bijak dalam mentadbir negeri masing2..ini kerana keadaan sosio-politik antara kelantan dan negeri2 lain seperti penang adalah berlainan...

kenapa saya berkata demikian...kerana di kelantan pas menjadi peneraju di dalam pemerintahan tetapi di negeri seperti penang dan perak pemimpin melayu di dalam pr seolah-olah hanya mampu menjadi pak turut...

sehingga ke hari ini para pemimpin seperti fairus sendiri masih lagi kelihatan seperti mencari-cari rentak dalam urusan pentadbiran..

buktinya...tengok saja bagaimana mb nizar yg terhoyong-hayang untuk membuat pendirian ketika si karpal singh cuba campur tangan dalam isu pengarah jaip....

kulatlapok said...

sejak PAS berkuasa di kelantan berbagai peraturan yang lebih islamik telah diperkenalkan. memang itupun yang dihasratkan oleh parti yang berlandaskan Islam. Islam dulu, kini sehingga ke akhirat, insyaallah.

seperti yang semua rakyat malaya tahu khususnya di negeri Kelantan sendiri pada awal pemerintahan Pok Nik,ramai yang tidak percaya akan kebolehannya mentadbir negeri yang pada ketika antara termiskin di Malaya.

Kini Kelantan antara negeri yang mampu membayar hutang dengan kerajaan pusat. Walaupun peruntukan pembangunan kerajaan negeri dinafikan oleh kerajaan pusat, Kelantan masih lagi mampu mengolah pembangunannya sendiri walaupun tidak serancak negeri-negeri yang dikuasai oleh BN.

Dari segi taraf hidup rakyatnya memang diakui sebahagiannya masih lagi hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan, namun ianya mampu diatasi walaupun perlahan.

Walaupun rakyatnya dikatakan ramai yang berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik diluar kelantan namun itu tidak bermakna kerajaan negeri mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada rakyatnya.

Malah penghijrahan rakyatnya sekurang-kurangnya boleh membawa mesej kerajaan negeri kepada orang luar dan menyakinkan mereka bahawa kerajaan mereka walaupun sederhana tetapi tidak korup seperti negeri lain yang lebih maju.

Dari segi pembangunan insan, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berjaya membuktikan kepada Malaya bahawa sekolah aliran agama dibawah pengelolaannya antara berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang seluruh Malaysia.

ps* Semoga Kelantan lebih maju dan berjaya berlandaskan Islam.

https://kulatlapok.blogspot.com

suhaimi said...

salam...

apa yg kau merepek ni irfandina? kau ingat mb perak tu siapa? dia bukan calang2 org.dia tahulah apa dia buat.dia tak melanggar pun hukum hakam islam.kalau dah takde 'modal' baik diam je....

kulatlapok said...

betullah cakap suhaimi tu..!!

irfandina perlu berhati-hati beri pendapat.Rasanya secara peribadi kau memang tak kenal siapa MB Perak tu. Sila cari profile beliau, baru awak tahu..!!

Kalau ada masa kita boleh jumpa dia, low proflie, anytime boleh jumpa (kalau tak sibuk lah)

https://www.kulatlapok.blogspot.com

Anonymous said...

Asmk
Saya tumpang gembira melihat usha dan kerjasama yang sedang giat dilakukan di antara negeri-negeri di bawah PR. Syabas!
Saya rakyat Terengganu dan tumpang gembira dan bersyukur di atas kejayaan PAS mendapat mandat yang lebih besar dalam PR12 untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga kejayaan yang sama akan berulang di Terengganu, insyaAllah.

Kulatlapok - saya gembira membaca comment anda - waras dan rational. Pada saya, amat tepat. InsyaAllah, akan cuba melawat blog saudara dari masa ke semasa. Tahniah, blog baru nampaknya.

Suhaimi dan Kulatlapok – bagus kerana cepat sekali mempertahankan MB Perak. I too, have confidence in him. Semoga beliau berjaya membawa perubahan, insyaAllah.

Sekian.

meon_peon said...

kalau melihat dari satu segi saya akui Kelantan mempamerkan satu model yg baik untuk diikuti...

dan saya sebagai umat Islam amat berbangga dengan hasil pemerintahan PAS di Kelantan...

kenapa saya berkata demikian...

kerana di Kelantan PAS menjadi peneraju di dalam pemerintahan...

alangkah baik sekiranya PAS menjadi peneraju di dlm pemerintahan negara dgn mendapat sokongan majoriti org2 Melayu itu sendiri...

Masa Utk Berubah...

Unknown said...

SALAM..
sahabat sahabat yang dikasihi dan dihormati..
marilah kita panjatkan doa dan tidak putus asa berjuang tok menyaksikan suatu masa nanti MALAYSIA dibawah pemerintahan ISLAM!
Tiada yang lebih baik melainkan ISLAM. ISLAM tok semua. Buat non-muslim jangan risau tentang kedudukan anda. Sesungguhnya dibawah pemerintahan PAHLAWAN RASULLULLAH S.A.W di Madinah, non-muslim adalah terjaga kebajikan mereka. Kerana RASULLULLAH memperjuangkan "KEBEBASAN BERAGAMA"
SALAM SEJAHTERA TOK SEMUA

ummufawwaz said...

Semoga kelantan terus diperintah oleh PAS Takbir!!!!!!!forever.....

Unknown said...

saiful mat jabar..

boleh tak ko TERENGGANU pon diperintah oleh PAS?
hehe
TAKBIR..ALLAHUAKBAR!!

Unknown said...

kelantan MAJU?? tp aku slalu blik kelantan,xde maju pn,mundur adala..jgn hnya sbb dua tiga bgunan tggi dh dikatakan maju.. maju beerti rakyatnya xpyh mengharapkan bantuan dr tmpt lain-cthnya berhijrah ke negeri lain.mcm aku,perak,aku xpayah nk berhijrah g kelantan sbb perak dh maju.. tp skang dh diambil aleh oleh PAS n the geng :(

suhaimi said...

liza...

awak nk maju mcm mana lagi?nk maju mcm KL?
Kalau awak nk betul2 maju awak ckp kat kerajaan pusat jgn sekat bantuan kewanganlah.apa hak kerajaan negeri beri dgn tuluslah,br rakyat kelantan tak berhijrah kat tempat lain.
habis kat johor ni,ramai rakyat berhijrah dan kerja kat Singapura,maknanya johor ni tak majulah?
Allah suruh majukan umat manusia dulu,isi dgn makanan rohani,jgn lawan tuhan,barulah seiring dgn pembangunan.lepas tu baru boleh bersaing dgn sihat....

kulatlapok said...

Sedara Suhaimi,

Awak keluar je saya mesti di belakang awak. Dont worry, be happy.

Diaorang ni sebenarnya nampak kemajuan yang telah dikosmetikkan oleh BN.

Sayang sekali, ibarat kata KARAM SING WALIA "penglihatannya tajam tapi kabur".

http://www.kulatlapok.blogspot.com

suhaimi said...

salam....

kulatlapuk,

sepakat membawa berkat...

irfandina said...

salam...

sdr suhaimi dan kulatlapok...

jgn ditonjolkan sangat sifat fanatik kamu...nanti yg rugi pas juga kerana ramai akan beranggapan inilah wajah sebenar pas....penuh dengan sifat ekstrim dan enggan berlapang dada menerima perbezaan pendapat...

sedarlah bahawa pas masih memerlukan sokongan yg lebih lagi dalam perjuangan politiknya...jgnlah dengan kemenangan yg tidak seberapa ini telah membuatkan manusia seperti anda berdua seolah-olah telah lupa diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata....

jgnlah sesekali kita menjadikan diri kita sebagai liabiliti dalam sesebuah wadah perjuangan....

suhaimi said...

irfandina.......

saya lebih rela pas tak di sokong oleh org2 mcm anda.walaupun hanya pas menang di kelantan sahaja pun saya dah sgt bersyukur.asalkan perjuangan menegakkan islam terus berjalan.
kalau perbezaan pendapat bertentangan dgn islam nk buat apa?pas mesti pertahankan.ada sesetenggah manusia dia nkkan islam,tp hentam islam pun boleh tahan juga.dia nk islam tu ikut peredaran zaman,seharusnya,zaman mengikuti islam.barulah selamat dunia dan akhirat.manusia mcm ni kat dunia pun tak guna,kat akhirat pun Allah benci.
bukankah Al-Quran itu Allah turunkan sesuai utk manusia walau apa zaman sekalipun?
saya percaya pas akan berjaya untuk menegakkan hukum ALLAH di di malaysia ini,walaupun tidak ada undi dari anda.

Anonymous said...

Apakah yang bolih dilihat olih mata kalau tidak ada cahaya Illahiyat?
Mata hanyalah urat2, daging, cecair dan tidak bolih dikategori melihat.
Orang tidur pun mempunyai mata, tetapi tak dapat melihat.
Orang buta pun punya mata, tetapi berjalan terkial2.
Kerbau pun punya mata tetapi yang dilihatnya rumput itulah yang sedap, ta' pula ia melihat 'Kentucky fried chicken' itu menyelerakan.
Jadi mata apakah yang sebenar2nya melihat?
Kalaulah dikatakan gunakan otak dikepala, maka tidaklah berbeza ia dengan kepala lutut kalau tanpa kuasa keTuhanan.
Nilai2 kemurnian tidak akan ada sekali2 kalau kita gunakan kepala lutut. Akal adalah seperti kepala lutut.
Pada manusia itu ada sekeping daging 'hati', kalau ia baik maka baiklah seluruh maya. Kalau ia rosak maka rosaklah seluruhnya.
Blog adalah laman mengetengahkan cerita2 kosong, dan tidak lebih dari itu sebab kita ta'ada kerja lain na' buat.

irfandina said...

salam...

sekali lagi sayang sekali kerana pas mempunyai pendukung spt suhaimi...saya merasakan pendapat sdr bahawa sdr sudah berpuashati sekiranya pas hanya dapat memerintah kelantan adalah satu pendapat yg seolah-olah merendahkan taraf para pejuang pas di negeri lain...

kenapa begitu dangkal sekali pengetahuan anda????apa anda selama ini tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai objektif perjuangan pas ke????

itulah apabila disuruh berlapang dada dan bersifat rasional anda menolak...tapi tengok tembelang anda dah pecah...nampak sangat betapa rendahnya tahap pengetahuan anda dalam soal politik didalam m'sia....

kalau setakat mempunyai satu negeri maka pas tidak akan mampu melakukan perubahan secara total di m'sia...secara tidak langsung segala susah payah dan jerit perih para pejuang pas akan hanya menjadi sia2....

memalukan saja.....

meon_peon said...

kalau setakat mempunyai satu negeri maka PAS tidak akan mampu melakukan perubahan secara total di M'sia...

secara tidak langsung saya doakan smoga segala susah payah dan jerit perih para pejuang Islam akan terus diberkati....

Amin...

suhaimi said...

irfandina...

awak tak ckp pun saya tahu pasal tu.pas takkan dpt melakukan perubahan secara total kalau hanya kelantan saja di perintah.
bermula di kelantanlah perjuangan islam itu subur ke merata pelusuk negeri2 yg di perintah hari ini.kalau nk di harapkan umno dan menyokongnya seperti awak,tak ke mana2 perjuangan islam itu dpt di kembangkan.awak hanya pandai hentam pas tanpa ragu2,sedangkan parti islam seperti paslah yg menyelamatkan negara dari musuh2 islam di dalam umno dan barisan nasional...
bagi saya anda yg tidak faham tentang objektif perjuangan pas,sebab tu anda tidak senang dgn pandangan rakan2 yg menyokong pas di negara ini.muhasabahkah diri anda sebelum membuat sebarang ulasan mengenai perjuangan 'parti islam semalaysia' PAS.........

Anonymous said...

Cuba ingat semula:
1. Rukun Islam itu lima perkara.
2. Rukun Iman itu enam perkara.
selain dari itu hanyalah furu' atau cabang2 fatwa yang disumberkan dari Alquran dan Hadis.
Fatwa2 tidak mestinya diterima bulat2 kerana ia perlu dibahaskan.
Mengapa pula anda menuduh pembahas 'unIslamic' dan 'anti-PAS', padahalnya kami adalah pengundi yang setia, dan tak pernah mengundi selain dari PAS. Apakah PAS kini tidak menerima keritikan2 yang membina?

suhaimi said...

maskbrin... mcm mana pulak awak kata 'Fatwa' yg di keluarkan tak semestinya di terima bulat2 dan perlu di bahaskan?
sedangkan sebelum mengeluarkan sesuatu 'fatwa' para ulama akan membahaskan dahulu hukum yg perlu di ketegorikan.yg pro & kontranya perlu di ketengahkan terlebih dahulu.baru ulama akan ber 'ijtihat' tentang hukum sesuatu perkara itu.itu 'qaedah' hukum.
sebagai contoh,'mufti' mengeluarkan 'fatwa' bahawa merokok tu haram,maka haramlah.tp kerajaan kata tak haram.
nak buat apa lantik mufti kalau apa apa pandangan mereka di ketepikan.
saya rasa anda perlu 'check & balance sebelum mengeluarkan pendapat anda.
wasalam.......

Unknown said...

salam sejahtera

suhaimi dan kulatlapok..
ALLAH bersama orang2 yang berjuang di jalannya, menjadikan RASULULLAH S.A.W sebagai role model.

'membangun bersama ISLAM'

meon_peon said...

kalau setakat mempunyai satu negeri maka PAS tidak akan mampu melakukan perubahan secara total di M'sia...

secara tidak langsung PAS memerlukan sokongan drpd semua pihak utk melakukan perubahan...

perubahan akan dpt dilakukan sekiranya konsep Islam itu dpt difahami & diterima oleh semua pihak terutamanya org2 Melayu itu sendiri...

pokok pangkalnya perubahan itu adalah dtgnya drpd diri anda sendiri...

Allah tdk mngubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha utk mngubahnya...

INSYAALLAH,
ANDA MAMPU MNGUBAHNYA...

peon pencen said...

SlmKum,
Warek ni baru nak intai2 masuk sama buat komen.

Dah lama saya sanjung tinggi YB Tg Guru yg perintah Kelantan tu. Saya berasa amat bangga kerana Melayu (Islam) boleh memerintah.

i)Kelantan boleh bertahan di bawah PAS kerana kepimpinan YB Tg Guru.
ii)Komitment Rakyat Kelantan terhadap bangsa dan agama.
iii) Kesederhanaan gaya hidup para pemimpin PAS.

Saya kira klu rakyat Kedah dan Pemimpin PAS di Kedah boleh menghayati gaya kepimpinan dan rakyat Kelantan, PAS akan boleh terus berkuasa di Kedah.

Bagi negeri Perak, senarionya berlainan, kemenangan PAS dibanyak kawasan adalah dari sokongan kaum cina dan india.
PAS kena ubah strategi memerintah di Perak untuk kekal. Ahli dan penyokong PAS mesti perlahakan bunyi nada Negara Islam nya.

suhaimi said...

warek irang...
nk tambah sikit,pemimpin pas juga kena beri penerangan yg tepat dan berkesan kpd org bukan islam di perak.baru mereka tidak takut pd islam dan dpt hidup aman makmur di bawah pemerintahan islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...