KUALA LUMPUR, 29 Mei: Apakah benar adik timbalan perdana menteri, Datuk Ahmad Johari terlibat dalam usaha untuk membangunkan 11 hektar tanah milik Universiti Malaya?
Inilah persoalan yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Namun, timbalan menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron yang sepatutnya menjawab persoalan itu tidak mengesahkannya kerana soalan tambahan dari Mohd. Nasir bin Zakaria [PAS-Padang Terap] tidak dijawab beliau.
Nasir dalam soalannya bertanya, adakah pihak kementerian akan membenarkan permohonan Universiti Malaya di atas inisiatif sektor swasta untuk membangunkan 11 hektar tanah Universiti Malaya, yang sangat bernilai daripada segi sejarah dan sebagainya?
Secara tidak langsung menyebabkan universiti hilang fokus terhadap core business untuk melahirkangraduan kelas pertama, katanya.
"Adakah syarikat yang terlibat untuk membangunkan tanah tersebutsalah seorangnya adalah merupakan Dato’ Ahmad Johari Abdul Razak, yang merupakan adik Timbalan Perdana Menteri kita?" soal beliau.
Bagi Nasir, tindakan ini akan menjatuhkan lagi ranking Universiti Malaya dalam ranking universiti di dunia.
1 comment:
takde ke yg minat nk komen pasal adik TPM ni?kalau pasal pakatan rakyat,terutama PAS cepat je pengkritik2 yg sewaktu dgnnya nk komen.
Post a Comment