Friday, May 23, 2008

Jawatankuasa pantau exco kerajaan dari PAS
Kuasa lantik Pesuruhjaya diserah pada negeri
PAS Temerloh gesa perubahan

TEMERLOH: PAS kawasan ini menggesa dua perubahan besar dilakukan dalam parti melalui usul-usul yang telah dibentangkan dalam muktamar meraka.

Melalui satu usul yang dibentangkan oleh Ahli jawatankuasa PAS Temerloh sendiri, Amiruslan Manaf, beliau mendesak parti itu diperingkat pusat mengambil tindakan segera memanggil untuk menasihati wakil-wakil PAS yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dikenal pasti tidak mempedulikan pandangan pimpinan PAS peringkat negeri.

Dalam usul yang sama beliau turut menggesa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa pemandu yang berperanan memantau wakil-wakil PAS khususnya yang menjadi exco kerajaan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PAS serta Pakatan Rakyat.

Sementara itu, seorang lagi AJK PAS Temerloh, Syed Putra Syed Ahmad menggesa satu pindaan dibuat ke atas Fasal 34 (4,5,6,7) Undang-undang tubuh PAS bagi membolehkan diadakan muktamat tahunan diperingkat negeri.

Muktamar itu kata beliau, untuk melantik para pimpinan negeri dan Dewan-Dewan oleh perwakilan dari kawasan-kawasan dari negeri tersebut seperti mana proses perlantikan pimpinan PAS Pusat melalui muktamar Agung tahunan.

Ikuti laporan perkembangan ini dalam akhbar Siasah Ahad 25 Mei ini

14 comments:

jelidaily said...

salam
memang wajar sekali,dilakukan supaya ahli-ahli pas yang bergelar wakil rakyat tidak terpesong dari kehendak akar umbi,muktamar ini juga dapat menerima kritikan dari ahli-ahli yang banyak memberi kemenangan dalam pilihanraya,yang mana sekarang ini banyak kedengaran suara-suara bisikan ahli yang tidak puas hati menempelak,pimpinan
paceroh.blogspot.com

MaSkBRaiN said...

Sayugia diingatkan bahawa pengundi2 memberi kemenangan Pas bukun kerana kewibawaan Pas, tetapi kerana isu2 semasa...yang paling ketara isu kenaikan harga barang2. Semoga jangan masuk bakul angkat sendiri!!!

liza said...

merujuk pada maskbrain=
org mengundi PAS sbb isu2 semasa,sbb tu la PAS menang bertuah..jgn igt rakyat bodoh mcm PAS!nsib baik je tu menang sbb PAS gunakan isu2 semasa.tp skang xde lak brg turun,so kwn2 kenaikan hrga brg ni mmg kdg2 di luar jangkaan kita!skang PKR,PAS n DAP berebut rebut gila kuasa.tgk kat Perak,sonang2 aje pecat mufti perak-24 jam plak 2,nmpk sgt diorg akn pecat sapa2 saje yg bkn kroni dia.nsib baik de cmpur tgn raja perak yg bijaksana 2..dulu mana ada raja nk cmpur tgn,tgk skang jd pe?raja pn geram tgk..

irfandina said...

salam...

inilah hakikat yg sebenarnya...pas sering mendakwa bahawa kemenangan mereka hasil dari kekuatan mereka...

sayang sekali kerana mereka lupa bahawa pada hari ini mereka kelihatan begitu lemah sekali...berada dibawah pengaruh pkr dan lebih buruk sekali mereka tidak berani bersuara berkenaan isu isu yg melibatkan kepentingan melayu/islam hanya kerana ingin menjaga hati dap.....

melihat kepada perspektif yg lebih luas..barangkali pendukung pas lupa bahwa ketika bn berkuasa tidak pernah sekalipun dalam sejarah raja/sultan terpaksa campur tangan menggunakan kuasa yg ada untuk memperbetulkan keadaan...contahnya lihatlah apa yg berlaku di perak...

semoga masih ada lagi pendukung pas yg rasional dan berani bersuara demi untuk kebaikan pas...secara peribadi saya merasakan bahawa negara ini memerlukan parti politik seperti pas...tetapi biarlah pas berpolitik secara jelas aras perjuangannya, tegas serta berani untuk terus mempertahankan prinsip asas perjuangannya....

umno atau pas...kedua-duanya adalah parti yg didokong oleh org melayu/islam...

semoga ada cahaya dihujung terowong yg panjang....

irfandina said...

salam...

inilah hakikat yg sebenarnya...pas sering mendakwa bahawa kemenangan mereka hasil dari kekuatan mereka...

sayang sekali kerana mereka lupa bahawa pada hari ini mereka kelihatan begitu lemah sekali...berada dibawah pengaruh pkr dan lebih buruk sekali mereka tidak berani bersuara berkenaan isu isu yg melibatkan kepentingan melayu/islam hanya kerana ingin menjaga hati dap.....

melihat kepada perspektif yg lebih luas..barangkali pendukung pas lupa bahwa ketika bn berkuasa tidak pernah sekalipun dalam sejarah raja/sultan terpaksa campur tangan menggunakan kuasa yg ada untuk memperbetulkan keadaan...contahnya lihatlah apa yg berlaku di perak...

semoga masih ada lagi pendukung pas yg rasional dan berani bersuara demi untuk kebaikan pas...secara peribadi saya merasakan bahawa negara ini memerlukan parti politik seperti pas...tetapi biarlah pas berpolitik secara jelas aras perjuangannya, tegas serta berani untuk terus mempertahankan prinsip asas perjuangannya....

umno atau pas...kedua-duanya adalah parti yg didokong oleh org melayu/islam...

semoga ada cahaya dihujung terowong yg panjang....

suhaimi said...

salam...

saya rasa maskbrain,liza dan irfandina mesti org islamkan?tapi saya hairan,awak bertiga bersungguh-sungguh betul menentang sebuah parti ISLAM yg selama ni bermati-matian utk menegakkan islam.
saya sedihlah melihat awak bertiga,awak kata mcm2 pada sebuah parti islam.awak lupa bahawa kemenangan ini dtgnya dari ALLAH.mungkin juga awak tak percaya dlm islam itu adanya rukun 'IMAN' yg ke enam.ataupun awak tak mengaji tentang 'aqidah'?
saya rasa liza ni dia kurang sikit,mana ada mb perak pecat mufti? bukankan yg di tukarkan YDP majlis agama negeri perak.lain kali kalau nk ckp,check & balance dulu?jgn main hentam je.nampak tak ALLAH dah tunjuk? dia beri tunai lagi.

MaSkBRaiN said...

Batu api! Batu Api! Batu api yang paling laris diMalaysia ialah Berita TV3.

nasri muarat said...

Saya bersetuju dengan tuntutan perubahan itu.. kita tolak pemimpin yang tidak memahami hasrat dan kehandak rakyat...saya akan komen dalam blog saya IBNU ZAKASI at www.nasrimuarat.blogspot.com

irfandina said...

salam...

sdr suhaimi...kenapa awak ni tak habis2 dengan hujah dangkal penuh emosi????

kenapa perlu dikaitkan soal politik dengan akidah...kami tidak pernah menentang islam...kami juga tidak menolak perjuangan islam cuma apa yg kami timbulkan disini ialah kelemahan2 yg ketara oleh pas...

mengapa sdr begitu dangkal sekali dalam berhujah...sdr nampak begitu terdesak sekali untuk berhujah hinggakan terpaksa menggunakan islam sebagai perisai...

saya pinta biarlah kita bertentang pendapat secara ilmiah dan menggunakan akal yg diberi oleh Allah secara bijaksana...

sekali lagi saya pinta jgnlah sesekali mengggunakan islam sebagai perisai untuk mempertahankan diri...

bersikaplah secara gentleman...andai sdr berani untuk bertentang pendapat dengan kami maka gunakanlah fakta dan jgn sesekali digunakan akal yg sempit...

dua permata said...

Kepada semua, taatilah pemimpin dan berikanlah nasihat yang baik. Jangan tuduh menuduh, tanpa bukti yang sahih. Semaklah dengan pihak yang mengetahui. Ingatlah setiap perkatan yang dicatatkan dalam blog ini ada ALLAH SWT yang melihat dan ada malaikat yang mencatitnya. Kepada semua, lihat dan renungilah manifesto PAS semasa piliharaya dahulu.

MaSkBRaiN said...

Manifesto yang mana? harga minyak, beras....dah mula melambung. Yang susah ra'yat yang dijanjikan kata2 manis manifesto. Tuhan memang dah tau apa yang na' ditulis dilaman blok ini pada azaliNya. Malaikat memanglah kerjanya mencatit apa yang ditulis.

jelidaily said...

saudara saudari yang komen ni,mcm maskbrain,liza,irfandina semacam orang umno ,banyak menghentam tanpa hayati pejuangan pas berbanding dengan perjuangan umno,cuba bezakan pemimpin pas dengan pemimpin umno,anak dato nik aziz,nik adli adakah kaya raya mcm anak tun dr mahathir dan anak pm sekarang ni kamaluddin(scomi) yang pernah diistiharkan orang melayu terkaya dan adik timbalan perdana menteri (nazir razak) yang sehari dua ini telah diistiharkan antara org yang terkaya,bandingkan semua kaum kerabat,anak2 pemimpin pas dan kaum kerabat pemimpin umno adakah mereka simple,sederhana, tak sombong dengan rakyat,tak bawak kereta mewah,pergi lah kemana pun,hatta jkkk pun semuanya kaya raya,tiada istilah perjuangan bagi mereka,hanya perjuangan kaut duit menjadi falsafah mereka,apa yang umno sumbangkan kepada orang melayu,bahasa melayu? deb siapa yang untung?siapa yang menaungi petubuhan pekida? ni bukan nak mengata tapi pengalaman saya,nak ceritakan,kawan saya menjalankan satu bisnes dan dia telah menyewa dengan salah sorang penyokong umno disalah satu kawasan,tapi anda nak tahu apakah yang orang umno itu lakukan di halaunya kawan saya itu dan membawa kaki pukul yang datang dengan tubuh yang sasa lalu perkenalkan dirinya orang kuat pekida yang mana beliau nyatakan dengan sombong pertubuhan itu perdana menteri naungi,lalu menghalaunya kawan saya itu tadi tanpa membayar satu sen pun duit deposit,siapa yang mengamalkan budaya samseng.
cerita lagi dikampung saya orang2 tua semua kecut perut kalau sebut nama dr mahathir disemasa dr mahathir menerajui negara dahulu,begitula takutnya rakyat kepada pemimpin2 umno,berbanding dengan dibawah pakatan semuanya rasa selamat dan banyak tuah menyebelahi rakyat dari pemimpin,berbanding di semasa umno.
dikampung saya juga ahli umno berebut-rebut ingin memegang tampuk kuasa samada penghulu,jkkk,dan sebagainya kerana mereka yakin boleh mendatangkan duit yang banyak.
di kelantan contohnya sekarang semua rakyat terbela tak kira dia ahli bn atau pakatan,masa bn perintah kelantan,BAJA pemimpin bn akan pastikan hanya penyokong umno yang akan dapat penyokong paslangsung tidak dipedulikan ,malah diugut dengan ugutan bermacam2. kesian kalau anda tengok,saya ulaskan ini berdasar hakikat bukan untuk menyebelahi parti mana,kalau tidak bagus saya akan cakap tak bagus,tapi setakat ini kerajaan kelantan tidak wajar dipertikaikan kerana sumber adalah alquran dan hadis, dan keadilan adalah satu keutamaan tidak kira anda pas atau pakatan,bn,india,cina atau siapa pun anda akan dibantu!,..
tepuk dada tanya selera,dan jika ulasan saya ini menyingkapkan kesangsian pada diri anda,sila datang sendiri ke kelantan

ulasan ini adalah ikhlas

suhaimi said...

irfandina...

kalau tak guna islam sebagai landasan dan rujukan,nk guna apa?nk guna hujah daripada akal sendiri dgn sewenang2nya mengeluarkan apa sahaja pendapat asal terlintas di fikiran.
kalau tak guna islam sesatlah kita.dalam kehidupan pun guna islam,dlm bersaudara oun guna islam,dlm jual beli pun guna islam,bahkan kahwin pun guna islam.esok mati pun guna islam.
sekarang ni siapa yg sebenarnya sempit pemikirannya?

meon_peon said...

Islam Itu Syumul...

Bersama Menjana Islam Yg Syumul Di Kalangan Ummah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...