Monday, May 26, 2008

Saya yang minta maaf dari Rashid, Wan Rahim

KUALA LUMPUR, 26 Mei: "Sayalah orangnya," kata anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi menjawab persoalan siapakah pemimpin pembangkang yang pergi meminta maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selepas pilihan raya umum lalu.

Menurut Wan Rahim, beliau bersendirian bertemu Rashid di pejabatnya di Putrajaya pada 13 Mac iaitu lima hari selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.

"Saya memang minta maaf kepada dia bagi pihak kawan-kawan yang keterlaluan membuat kenyataan terhadap dia," kata Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Siasah.

Dalam pertemuan itu, beliau juga meminta Rashid yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hujung tahun ini untuk meninggalkan legasinya tersendiri dalam SPR dengan membantu meningkatkan kualiti SPR.

Wan Rahim mengulas kenyataan Rashid yang sebelum ini mendakwa pemimpin parti pembangkang datang bertemu beliau meminta maaf dengan tindak tanduk mereka menjelang pilihan raya lalu.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS ada pergi memohon maaf kepada Rashid tanpa mengetahui tindakan Wan Abdul Rahim itu.

"Kami tidak boleh menerima tindakan-tindakan yang dibuat oleh SPR menjelang pilihan raya lalu, jadi tidak berbangkit kami pergi meminta maaf," kata Mustafa.

Antara yang tidak boleh diterima PAS adalah pemansuhan di saat akhir penggunaan dakwat kekal dan juga peraturan mati setem kepada borang penamaan calon yang tidak dikuatkuasakan semasa hari mengundi, kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Beliau yakin, tanpa peraturan dan pembatalan peraturan yang dibuat sendiri oleh SPR ini, PAS akan menang dengan lebih banyak kerusi lagi khasnya di Terengganu.

"Misalnya persoalan pengundian berganda ini, ia sememangnya berlaku di Terengganu dan jika peraturan dakwat kekal ini berjalan ia boleh menghalangnya dari berlaku," kata Mustafa.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali memberitahu Siasah, antara penemuan awal post mortem yang dibuat oleh PAS Terengganu adalah laporan dari Dungun yang mengatakan adanya unsur-unsur pengundian berganda melalui penggunaan kad pengenalan palsu.

"Setakat ini Jawatankuasa Post Mortem yang kita tubuhkan telah pergi ke Besut, Kuala Nerus dan Dungun. Antara laporannya tentang pengundian berganda ini," kata Yahya.

7 comments:

peon pencen said...

napa le minta maaf, betui salak ke?
tu le, lain kali "fikir dulu sebelum cakap, jangan cakap dulu baru fikir"

suhaimi said...

salam...

cari pasallah dat'o wan rahim ni.dah terang2 SPR 'double standart' dgn pembangkang setiap kali pilihanraya
tapi nk buat mcm mana dia dah pergi minta maaf tanpa berbincang dgn pemimpin yg lain.
biarlah pemimpin pas pergi 'settle down dgn dia.

Unknown said...

Mengapa buat tohmahan melalut2 samapai seluruh Malaysia percaya berita yang diada2kan. Ini politik kotor namanya. Dah menang baru na' mengaku salah. Inilah putar-belit politikus2.

kulatlapok said...

itulah hakikatnya bila pemimpin memiliki keperibadian yang tinggi. biarpun musuh tetapi kalau kita sendiri terlajak, apa salahnya memohon maaf.

Atas dunia je bertelagah insyaallah akan diketemukan jua diakhirat nanti.Janji Allah jangan kita putuskan hubungan sesama Islam.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

soba said...

Alhamdulillah.
Memang betul tu Dato Wan,apa salahnya Dato minta maaf jika ada salah walaupun sedikit.Itu sifat yang terpuji.Yang susahnya SPR tu terang2 salah dan banyak pula salah tu taknak juga mnta maaf.... Mungkin Rashid tak pernah salah.....kata rashid.

mat_terab said...

APA MASALAH NYA SI RASHID NI MEMANG LA ANGKUH... ORANG DATANG MINTA MAAF DIJADIKAN MODAL HENTAM ORANG BALIK DIA INGAT DIA TAK MATI KE MATI NANTI TERIMALAH BALASAN DARI ALLAH...
KERANA TIPU SELURUH RAKYAT MALAYSIA DLM PILIHANRAYA JANGAN INGAT DAH HENDAK MATI BARU NAK BERTAUBAT...NANTI TAK SEMPAT MENYESAL...

ikan said...

Saya rasa Dato Wan perlu maklumkan dulu sebarang tindakan pada pimpinan tertinggi parti, baru tak bercanggah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...