Cakap-cakap PAS akan menilai semula kedudukannya dalam pakatan itu tidak berbangkit saat ini kerana ianya tidak pernah dibincang secara rasmi dalam mana-mana badan tertinggi PAS.
Menurut Abdul Hadi, menjadi amalan PAS apa juga keputusan berhubung polisi dan dasar parti mestilah terlebih dahulu dirujukkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Dewan-Dewan; Harian, Ulamak atau Majlis Syura.
"Dewan Harian bersama Dewan Ulamak adalah penting dalam memutuskan apa juga keputusan atau sebelum sesuatu tindakan hendak dibuat," katanya.
Menurutnya lagi cakap-cakap mengatakan PAS mungkin akan mengkaji balik kedudukan dalam Pakatan Rakyat itu adalah cakap-cakap individu yang mana ia bukan merupakan keputusan PAS dan ia tidak boleh dipegang serta bersifat perkara cabang, kecil.
"Sudah menjadi amalan PAS bila ada perkara penting ia akan dirujuk kepada akar umbi (ahli PAS) terlebih dahulu," jelasnya lagi ketika diwawancara di Institiut Jantung Negara (INJ) Selasa lalu.
Abdul Hadi dimasukkan ke IJN Ahad lalu untuk mendapat rawatan kerana mengalami stress. Beliau sudah dibenarkan keluar pada Selasa lepas.
Mengenai sikapnya terhadap DAP yang turut menjadi gabungan pakatan berkenaan ia tidak menjadi masalah besar kerana PAS sendiri dalam membina perpaduan Nasional yang beteraskan Islam tidak akan membelakangkan rakan-rakan bukan Islam.
"PAS akan tetap melayani rakan-rakan bukan Islam dengan penuh keadilan sesuai idengan prinsip Islam," tegasnya.
Mengenai reaksi Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS, Abdul Hadi menjelaskan pihaknya juga menyabut baik bagaimana ia perlu ditujuk kepada parti terlebih dahulu.
"Kita sudah lama mengajak Umno bermuzakarah berhubung isu-isu kepentingan bersama, jadi kalau dia pelawa kita kita bersedia, tetapi apapun keputusan bergantung kepada PAS," tekannya.
Wawancara sepenuhnya dalam Siasah di pasaran sekarang.
27 comments:
perhatian kepada:
*****************
sdr pengendali laman web ini
*******************************
SENTIASA AWASI DAN AMBIL TINDAKAN SEGERA KEPADA KOMEN2 YG TIDAK SOPAN.
*************************************
Cekalkan perjuangan.
aku sokong 100%.lebih baik dalam pakatan rakyat.
'PAS kekal bersama Pakatan' adalah pembohongan semata-mata.Melalui sumber-sumber yg dipercayai PAS sudah ada rancangan utk bergabung dgn Umno.Kalaulah ini menjadi kenyataan maka Umno semakin kuat dan PR pula tak payah bermimpi utk membentuk kerajaan.Aku seru kepada PAS supaya keluar drpd Pakatan dan sertailah Umno yg lebih terjamin masa depannya.
bn@umno, ko suka wat lawak bodo.poyo jer
Kini Malaysia sama dengan Thailand kerana masyarakatnya yang menghormati raja berpelembagaan. Thailand bergolak tetapi raja telah menjadi penyelamat sejak zaman imperialisme lagi. Kenapa Malaysia tidak boleh mengekalkan sistem beraja seperti di Thailand? Abe MIE kagum dengan mereka kerana 'orang Thai' tidak pernah menghina bangsa dan raja mereka tidak seperti kita di Malaysia.
MALAYSIA JUGA SEPERTI INDONESIA. RAKYATNYA HEBAT DAN PAKAR DALAM BANYAK PERKARA. TOKOH DUNIA DARI ASIA MUNCUL DARI INDONESIA. TOKOH ILMUAN DAN FALSAFAHNYA TIDAK KURANG HEBAT. KINI, INDONESIA IBARAT NEGARA SOMALIA ASIA TENGGARA. RAKYATNYA TERLALU RAMAI TETAPI PELUANG PEKERJAAN SEMAKIN SUKAR. AKIBATNYA MEREKA MENCARI SESUAP NASI DAN SYURGA PERUT KE LUAR NEGARA TERMASUK MALAYSIA, DA MEREKA JUGA TIDAK MAHU PULANG. KITA KE ARAH NEGARA INDONESIA RAYA.
pkrpasdap.blogspot.com
to bnumno:
bg aku dr pas bgabung dgn umno,baik pas bsendiri.ini krana umno hanyalh kudis atau kurap kpd pjuangn pas.umno dgn sekularnya,pas dgn islam sbnarnya.
kalu d tnya pd bdk 3 thun,saper yg plg baik ant tok guru n najib,dia org pn thu jwbi
Bagi kami orang yang dah pencen nie
berpendapat tak perlulah kita rujuk
kembali dengan UMNO biarlah dia berla
lu dengan talak tiga, kami orang yang
dah pencen tahu sangan dengan gelagat
orang UNMO, sekarang mereka benar ter
sepit samalah seperti tahun 1969,Biarlah sejarah terus berlalu,
lantak korang nak menafikan atau mempercayai apa yg telah dinyatakan di atas.Di dalam politik mmg apa-apa pun boleh berlaku walaupun di luar jangkaan kita.Tapi melalui sumber-sumber yg dipercayai mmg ada besar kemungkinan PAS akan menyertai Umno tidak lama lagi kerana lagipun PAS tidak sehaluan dgn DAP dan Keadilan.Siapakah korang yg ingin menolak gabungan PAS dan Umno ini?Krn gabungan ini adalah terletak di tangan pemimpin PAS.Kepada penyokong PR, adakah gabungan PAS dan BN ini membawa keburukkan kpd kita semua?bukankah hasil gabungan ini maka ia boleh memperkukuhkan dan menyatukan lagi orang melayu di samping dpt mempertahankan ketuanan melayu yg selama ini telah diperjuangankan oleh Umno?Fikir-fikirkanlah.........jgn telalu ikut emosi apabila membuat komen.segala yg dinyatakan di atas mungkin ada kebenarannnya.
Sokong kata-kata abe mie, "Orang Thai tidak pernah menghina bangsa dan Raja mereka, tidak seperti kita di Malaysia".
Betul abe mie, banyak contoh ketidak hormatan orang Melayu kepada Raja dan sistem beraja:
i) Semasa zaman Mahathir jadi PM dahulu, pindaan perlembagaan telah dibuat bagi mengurangkan kuasa Raja. Seluruh media ketika itu diarah kerajaan UMNO/BN untuk menghina Raja termasuk membongkar kisah harta dan kekayaan mereka, kenderaan mewah yang mereka gunakan dan mengungkit salah laku Raja-Raja Melayu. Akhirnya perlembagaan dipinda, kekebalan Raja-Raja dihapuskan. Yang tinggal kini kepada Raja-Raja hanya sedikit kuasa, termasuk mengisytihar puasa dan Raya.
ii) Selepas PRU ke-12 baru-baru ini, Idris Jusoh dan juak-juak UMNOnya telah bertelagah dengan Sultan Terengganu mengenai perlantikan MB, hingga UMNO mengibar kain rentang yang paling biadab menghina Sultan dengan menggelar baginda 'nate' (binatang). Betul kata abe mie, hanya orang Melayu UMNO saja yang sanggup mengeluarkan kata-kata biadab seperti itu terhadap Raja mereka yang pasti akan tercatat dalam sejarah yang tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang. Orang-orang Thai, walaupun beragama Buddha bukan sahaja tidak sanggup memaki Raja mereka, tetapi rela mati bagi mempertahankan Raja, tidak seperti orang UMNO yang biadab itu, betul kan abe mie?
iii) Di Perlis pula selepas PRU ke-12 dulu ada puak-puak UMNO yang keras kepala menentang titah Raja yang tidak ingin melantik Shahidan sebagai MB. Mereka menghina Raja dengan pelbagai kain rentang didirikan di seluruh Perlis mempertikai keputusan Raja. Malah ada orang UMNO yang sanggup menceroboh istana di Arau sambil menendang pintu pagar istana sebagai protes kepada Raja. Walaupun Perlis bersempadan dengan Thailand, tetapi mana ada orang
Thai sebiadab itu, abe mie kan?
Perangai tidak hormat Raja itu, seperti kata abe mie, hanya milik orang Melayu, tetapi bukan semua Melayu begitu, ia khas menjadi milik orang Melayu UMNO sahaja.
Sejarah telah mencatat dan membuktikan apa yang abe mie katakan itu memang betul: Melayu (baca : UMNO) tidak hormat Raja!!!
To Hj. Mat.
Lame ke mike dah pencen?
Seme ta' ade pencen pun, alkmaklumlah keghoje seme menyumpit kera ke, tupai ke dan macam2 lagi le.
Jangan le mike layan sangat oghang2 virus kude Trojan Umno dlm blog ni. Deme dah le panjang ekornye, kalu mike layan lagi panjang le ekor deme.
TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi sudah banyak kali menjelaskan PAS tidak akan menyertai BN kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah pengalaman menganggotai BN pada 1974 dahulu. Ketika itu UMNO yang lemah dan tersepit menjemput PAS masuk BN, tetapi selepas UMNO kembali stabil PAS dihina serta ditendang keluar dan dipijak-pijak dengan kejam hingga parti itu berpecah tiga (PAS, BERJASA dan HAMIM). Tetapi sekarang orang PAS, mereka tidak akan mengizinkan diperlakukan kali kedua begitu. Seperti kata Mahfuz itu semua jarum UMNO yang lemah dan tersepit untuk menjerat PR. TG Nik Aziz kelmarin berkata beliau tidak akan membiarkan PAS dihina dan berpecah tiga seperti 30 tahun dahulu gara-gara percayakan tembelang UMNO. Dan terbaru TG Hj Hadi selaku Presiden PAS baru menyatakan PAS tetap akan kekal dalam PR.
Untuk makluman bn@umno, pengasas-pengasas UMNO sendiri pun iaitu Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn pun keluar UMNO dan mereka meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO. Justru jika pengasas UMNO pun tidak meninggal dunia sebagai ahli UMNO, mengapa orang yang masih hidup dalam parti yang kukuh seperti PAS hendak masuk UMNO pula? Dr. Mahathir, seorang lagi orang penting UMNO pun sudah keluar UMNO, mengapa anggota UMNO yang lain tidak keluar dan bubarkan sahaja kapal tua yang hampir karam itu?
Namun apa yang bn@umno kata ada juga betulnya, "Dalam politik memang apa-apa pun boleh berlaku", sebab yang akan berlaku kelak ialah kemasukan beramai-ramai orang UMNO ke dalam PAS dan PKR, atau mungkin juga DAP!!!
Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.
Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.
Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.
Sila layari http://tokbatinsenoi.blogspot.com/ atau http://www.malaysiawaves.com/2008/07/pendedahan-dalang2-yang-hendak-membawa.html untuk pendedahan lanjut.
salam..
kalau bersatu untuk kebaikan apa salahnya...kalaupun semasa penggabungan dahulu pas seolah-olah dipermainkan umno tetapi bukankah ketika itu kepimpinannya berbeza dengan sekarang....
sampai bila orang melayu/islam di negara ini akan berpecah-belah...bukankah ini masa yg sesuai untuk kita bersatu demi untuk kebaikan generasi sekarang dan akan datang....
pepatah kan ada menyatakan buang yg keruh dan ambil yg jernih....
Abe Mie,
pernah ker pergi keIndonesia?atau bercakap ikut pusat jer? tahukah kamu bahawa jumlah jutawan ( bkn jutawan sejuta rupiah ) Indonesia melebihi dari jumlah bilangan rakyat Malaysia.
salam ofeice boy....
kamu nie sekolah ke tak?
abe MIE tak cakap ikut pusat, tapi cakap ikut buntut macam anwar ibrahim
pkrpasdap.blogspot.com
pg lah duduk kat thailand & indonesia..
sudah hampir sah dah PAS akan menyertai Umno kerana PAS sudah tak ada keyakinan lagi di dalam PR.Tindakkan Pas patut diberi pujian.
kpd pemimpin pas jangan sesekali tunduk pada setan bertopeng kan manusia kami tak rela pas menyertai umno kalau terjadi juga kami rela masuk dap atau pkr jangan terjadi spt 30th lalu kepimpinan yang dulu sama dgn yg skg kan slogan mereka sama UMNO DULU KINI SELAMANYA....
pepatah kan ada menyatakan buang yg keruh dan ambil yg jernih....
tp jgn sampai yg keruh bercampur pulak dgn yg jernih...
renung2kan & selamat beramal...
awas?
Dengan ular anaconda umno, kena ingat kisah yang lalu macamana mereka membelit kita ,jaga2 lah wahai pemimpin pas jangan megejar jawatan habis semua tersungkur
HATI HATI, UMNO SEKARANG TERDESAK, TINDAKAN UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN MUSUH MUSUH YANG KHASNYA MAJORITI MELAYU ADALAH UNTUK MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN DALAM PAKATAN RAKYAT.
INI DILAKUKAN UNTUK MEMBUATKAN DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DAN SETERUSNYA AKAN MENGUATKAN LAGI UMNO/BN WALAUPUN MENANG TIPIS DALAM PRU YANG LALU. SEKIRANYA DAP BERTINDAK MENARIK DIRI DARI PAKATAN RAKYAT, MAKA KERUNSINGAN UMNO TERHADAP KEDUDUKAN MEREKA SEBAGAI PEMERINTAH YANG GENTING SELAMA INI AKAN TERHAPUS SAMA SEKALI.
PERKUKUHKAN HUBUNGAN DAP,PAS DAN KEADILAN BAGI MENJAMIN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT YANG KINI DIGERUNI OLEH UMNO/BN.
HATI HATI HELAH UMNO........
abe mie!,
napa naik kapcai?
dah tak mampu beli petrol ke?
pas nak join umno? buang masa ja lagipun umno kan parti pengkhianat agama takkan la ulamak pas begitu bodoh nak bergabung dgn puak munafik ni(umno)? yang dah bunuh ulama dalam peristiwa memali dulu, yang memperalatkan mahkamah utk menghalang kelantan melaksanakan hukum allah iaitu hudud, yang merobohkan masjid di kampung bujal terengganu, yang menghasut bukan islam dan menghina hukum allah apabila menakutkan orang bukan islam kepada agama islam dengan mengatakan bila pakai undang-undang islam habis semua orang bukan islam kena potong tangan, dan banyak lagilah sejarah yang menunjukkan kepada kita wajah umno yang sebenarnya, munafik dan pengkhinat agama islam kita yang suci...
UMNO adalah parti penyangak. Bila dia sesak baru cari PAS tetapi bila dia kuat dia akan kutuk PAS macam-macam sehingga macam orang tak beragama. Kita tak lupa propagandanya yg mengatakan Tok Guru Nik Aziz kata Tuhan mencarut yg diulang-ulang di tv, PAS parti sesat dsb. PAS pun pernah ditipu oleh UMNO dahulu semasa PAS menyertai BN.
Sekarang jika MCA keluar daripada BN, UMNO akan hilang kuasa. Inilah sangat ditakuti oleh UMNO. UMNO akan cuba berpaut kepada kuasa memerintah dengan cara apa sekali pun.
Saya sangat setuju dengan Tok Guru Nik Aziz bahawa orang mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali dilubang yang sama. UMNO adalah 100% sekular dan tidak akan menerima Islam sebagai asas politik.
Untuk kepentingan dan masa depan negara kuasa memerintah UMNO perlu ditamatkan secepat mungkin dan PAS jangan sekali-kali memberikan talian hayat UMNO.
Post a Comment