Thursday, July 10, 2008

Bapa daif rayu bantuan untuk bawa pulang anak

MELAKA : Seorang bapa, Mustafa Maiduni, 42 amat memerlukan bantuan orang ramai untuk membawa pulang dua anaknya yang tinggal di Indonesia.

Kedua-dua anaknya Mohd Ridzuan Mustafa, 6 tahun dan Ferry Aditya Mustafa, 4 tahun kini tinggal dengan neneknya di Tangjung Pura, Langkat, Medan, Indonesia.

Mustafa yang bekerja sendiri sangat bimbang dengan keadaan anaknya kerana menurut maklumat yang beliau perolehi, anaknya berada di dalam keadaan tertekan dan tidak menentu.
"Anak saya terutama yang tua seringkali berkurung di dalam bilik dan tiap-tiap hari beliau akan menunggu saya datang bersama adiknya berhampiran jalan di rumah mertua saya".

"Bila tanya siapa yang beliau tunggu, anak saya menjawab tunggu ayah, setiap kali kereta berhenti di jalan tersebut beliau akan memberitahu orang ramai bahawa ayahnya sudah sampai",kata Mustafa dengan sayu.

Mustafa memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk tambang pergi balik beliau dan isterinya mengambil anak-anaknya.

Menurutnya sebelum ini beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi memohon bantuan, namun Mohd Ali meminta beliau berusaha sendiri mengumpulkan wang sebanyak RM7,000 tersebut.

Beliau juga pernah berjumpa dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Ustaz Abdul Halim Tawil bagi memohon bantuan namun hanya RM700 sahaja yang diluluskan kepada beliau melalui agensi di bawah MAIM.

"Saya tiada kerja tetap dan tidak mampu untuk menyimpan sebanyak itu, kalau saya mampu tidak perlulah saya berjumpa mereka" ujar Mustafa kecewa.

Beliau memohon sudi kiranya para pembaca menghulurkan derma untuknya dengan menghubungi talian 016-6537473 atau talian 017-9002958 (Ustaz Khirul Che Salleh) atau 06-2841780 (Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau boleh juga datang sendiri ke rumahnya di alamat Bt 3 1/2, Kampung Bukit Pulau, 75150 Bukit Baru Melaka.

17 comments:

utohkacil said...

Ni dah tentu kes ahli PAS atau PKR.

Itu sebab si Ali Rustam tu tak mau bantu.

Kepada pejuang PAS&PKR, sila tampil kehadapan membantu dgn ikhlas.

Begitu juga yg bukan ahli PAS, membantu lah demi kemanusiaan.

SIAPA INSAN KERDIL INI? said...

Untuk Pengetahuan beliau ahli Umno dan pengundi BN tetapi dianaktirikan oleh Ali Rustam. Inilah nasib rakyat miskin, sentiasa dianaktirikan

esohor said...

utohkecil tak nak tolong ke?
setakat nak suruh orang lain tolong - ali rustam pun boleh buat cam gitu hehehehe

bn@umno said...

kalu nak sokongan yg lebih drpd rakyat Malaysia, Penyokong PR perlulah menyuruh DSAI menderma kerana hasil dermaan DSAI sekurang-kurangnya org taklah pandang hina sangat kat DSAI yg dituduh meliwat tu.

utohkacil said...

sdr esohor,

tahukah anda?

Bersedekah ni mana boleh di sebut2

utohkacil said...

sdr bn@umno,

klu nak bersedekah se ringgit dua,

tak payah le sebut2 DSAI.

hijau said...

saya ada cadangan apakata pergi umah NAJIBBB....sebab dia kata aritu rakyaat bilamasa boleh jumpa pemimpin mcm dia contoh si sepol labahau tu

hijau said...

saya ada cadangan apakata pergi umah NAJIBBB....sebab dia kata aritu rakyaat bilamasa boleh jumpa pemimpin mcm dia contoh si sepol labahau tu

bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...

hijau,

Ko ni betul-betul muka yg tak tau malu dan teballah, apabila terdesak mulalah ko dan penyokong PR nak tagih simpati meminta pertolongan drpd pemimpin BN dan apabila senang bukan main lagi ko dan penyokong PR kutuk kerajaan BN jahatlah,bodohlah, pilih kasihlah, diktatorlah,siallah,bongkaklah dan bermacam-macam lagi.Ape jenis manusia ko ni?kalau dah tau kerajaan BN tu bersifat tak adil, kenapa masih nak minta pertolongan drpd pemimpin BN?kenapa tak usaha sendiri?

Hamzali said...

Bab ni aku tak faham. Orang Malaysia isteri di Malaysia macam mana anak boleh terlepas ke ke Indonesia? Ni aku tafaham ni. Memang lah boleh beri 10 ke 20 RM tu tak de masalah. Duit subsidi minyak pun boleh sedekah. Tapi aku ta faham leeee. Konpius.

cewek said...

huhuh.. aku setuju.. pa kata p rumah najib.. ala setakat nak derma sikit apala kes sangat.. beli kapal selam buleh ja pun...

peon pencen said...

YB DS Najib memang jenis orang yg ber murah hati, si Saifool yg tak cukup syarat kelulusan pun dia boleh rekomen untuk dapat biasiswa.

Tapi bab anak malang ni memang dia tak boleh tolong! Mcm DS Rustam juge,
kan bapa budak ni mungkin ahli PAS atau PKR.

shadan said...

diaorg pandai ngutuk jer...suruh ler dia beri duit kat org 2...sampai sekarang pun org ni dia x beri sudahlah...ckp x serupa bikin........

ilham_sufi said...

to semua-

dah la org tuh dlm ksusahan,tp korg smpat lg bdebat.kesian lah kat dia.ktepikan smgt kpartian.sma2 tlg dia.plg koman pn bdoa agr allah pmudahkan urusan dia n mga dketemukan
dgn anak2 dia.

korg blum ader anak mgkin x rasa.bla dh kna bru thu perasaan dia.

sma2lah kta rkyat msia mbntu stkt yg tmampu

hijau said...

pemimoin umno hanya boleh tolong raakyat apa bila dekat nak pilihan raya saja itu pun mesti mau masuk tv kalau tak takada la jawab nya nak cari publisiti la katakan nak tunjuk yg depa mengambil berat hal rakyat pantang keluar tv kisah rakyaat mesti sampai punya tu pun bawak tv sekali sebab nak ambil gambar depa nak bagi tau yg depa pemimpin yg berjiwa rakyat pi mampus lah umno dok tipu macam tu la kat org melayu yg bodoh macam bn@umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...