Wednesday, July 9, 2008

Muktamar PAS bakal bincang usul keahlian bukan Islam

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Beberapa PAS kawasan di seluruh Malaysia dipercayai akan membawa usul ke Muktamar Tahunan PAS ke 54 nanti untuk membolehkan isu keahlian bukan Islam dalam parti Islam itu dibincangkan secara terbuka.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, beliau difahamkan, beberapa kawasan termasuk Dewan Pemuda PAS membincangkan usaha untuk membawa usul ini.

Mujahid mengulas isu keahlian PAS yang mula dibincangkan sejak sekian lama tetapi sehingga kini belum mendapat kata putus dalam parti itu.

"Saya lebih cenderung untuk membuka keahlian bukan Islam ini sebagai ahli bersekutu buat permulaan ini. Ia amalan biasa mana-mana persatuan. Lepas itu, kita lihatlah perkembangannya," kata Mujahid.

Beliau juga mencadangkan agar mereka akan berada dalam satu dewan setaraf dengan dewan-dewan yang ada dalam PAS sekarang.

Untuk membolehkan perkara ini berlaku, perlembagaan PAS terpaksa dipinda dan struktor baru PAS juga perlu dibentuk.

Langkah ini, kata beliau, perlu untuk membolehkan mereka bergerak dalam PAS secara yang sah berbanding dengan hanya ahli kelab yang tidak berdaftar sekarang.

Sekarang ini, orang bukan Islam bergabung di bawah Kelab Penyokong PAS.

Ketika ditanya persoalan yang timbul kalau-kalau mereka terasa hanya sebagai ahli kelas dua dalam PAS, Mujahid berkata, perkara itu tidak timbul kerana ini hanya permulaan sahaja selepas kedudukan mereka tidak ada langsung dalam PAS selama ini.

16 comments:

suhaimi said...

salam.....

muktamar kali ini moga2 dpt selesaikan masalah keahlian bukan islam.keahlian kelab bukan islam makin bertambah.merisaukan umno dan barisannya.......

idaman said...

kalu dah smua pakat nak ikut PAS abih sapa nak ikut kaum yg makin pupus tu....???

bn@umno said...

tak kesian pd Datuk Amir ke?bukankah Datuk Amir dah cakap bhw beliau akan meninggalkan PAS jika ada kaum lain yg menyertai PAS.Lupakanlah rancangan untuk membincang usul keahlian bukan islam di dalam PAS tu.PAS hanya bertopengkan islam je tapi perjuangan lebih kepada berkepentingan politik dan perkauman.PAS mmg parti perkauman dan perlu dilupuskan kerana di negara kita sudah tak sesuai lagi parti yg berasaskan perkauman.PR masih mentah perlu lagi belajar dgn pemimpin BN cara-cara untuk menjaga dan mentadbir negara yg mempunyai berbagai bangsa dan kaum, kerana itulah BN boleh tahan sampai skg krn tidak mengamalkan perkauman dlm pentadbiran.PR mmg terbukti parti perkauman.

utohkacil said...

sdr bn@umno,

klu UMNO bukan parti perkauman, kenapa ramai kaum cina dan india tinggalkan BN dan sokong DAP,PKR dan PAS.

utohkacil said...

klu si amir sorang tu aje nak keluar PAS, lantak kan aje dia keluo!

ilham_sufi said...

to bnumno:

bca btul2 knyataan datuk amir tuh...
ni bca spintas lalu.....fahami yg tsurat,mgertilah d sbalik yg tsirat.

suhaimi said...

salam....

barua2 umno ni mana pandai membaca.dia ambil yg best2 je utk jadi bahan hentaman.lepas tu dia palu gendanglah keliling kampung.ni jenis takde maruah punya org.......

TokBatin said...

Tok Batin: ‘ Selalunye orang yang tahu hukum2, ikut Quran, ikut Nabi, ikut ulama’ ahli seghoge, betul ke?

Tuhan: ‘Ish melalut2 le kamu ni Tok Batin, deme2 tu baru na’ cari seghoge Entah dapat entah tak ade. Semuenye cerite gile’ Nak ke syurga macam mane, tempatnye pun tak tau dimane?’

utohkacil said...

Laman ni dah jadi tambah meriah sejak kebasukan si badut(tok batin) ni.

suhaimi said...

salam....

tok batin ni mengarut! aku memang malas nk layan.

TokBatin said...

Tok Batin: ‘ Ya Tuhan! seme dah lupe name Mike, almaklumlah otak seme dah seme masukan kebakul sampah, Bolih ke ganti yang lain ke?’

Tuhan: ‘ Padan muke kamu’

Tok Batin: ‘ shadan, bn@umno, abe mie tu sape?

Tuhan: ‘ Deme2 tu virus kuda Trojan PAS dan PKR’

Tok Batin: ‘PAS dan PKR tak ade pakai Anti virus kot’

Tuhan: ‘ Mane ade pakai ape pun. Cube Tok Batin tengok betul2, seluor dalam pun ta’ ade’.

Tok Batin: ’ Tak berdose ke ngintai telor dan ce.. deme2 tu?’

Tuhan: ’ Kamu ni Tok Batin, betul2 le kude kepang. Dose kamu dan pahale kamu mane ade! sebab kamu dah gile. Tengok baru je suhaimi kate kamu mengarut! Itu le lain kali jangan meghepek2’

Tok Batin: ‘Terima kasih le bagi seme gile. Merdeka! Merdeka! Merdeka!’

utohkacil said...

tokbatin ni memang ada bakat terpendam sebagai 'penglipurlara'

Klu ada pertandingan akademi atau raja penglipurlara, dah tentu tokbatin jadi johan.

Saya sokong tokbatin, teruskan dgn 'misi murni' anda!

Marilah same2 kita berhibur bersama tokbatin.

agas said...

Keuntungan IPP RM7,630,629 juta, subsidi dipotong 5% setiap tahun
Selasa, 8 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Parlimen
Parlimen 8 Julai (SK) – Dewan hari ini diberitahu bahawa keuntungan sebelum cukai yang diperolehi syarikat Independent Power Produser (IPP) pada tahun kewangan 2006/2007 adalah sejumlah RM7,630,629 juta.

Jumlah itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Devamany S. Krishnasamy (BN-Cameron Highland) dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam sesi soalan jawab lisan.

Meskipun pada soalan asalnya Guan Eng turut meminta menteri berkenaan mendedahkan jumlah subsidi gas terhadap IPP yang terpaksa ditangguh kerajaan namun menteri berkenaan tidak menjelaskan perkara itu dalam jawapannya.

Walaubagaimanapun, setelah digesa Guan Eng, menteri itu akhirnya mendedahkan perkara tersebut dengan menyatakan nilai subsidi yang disumbangkan kepada syarikat itu adalah sejumlah RM35,695 juta setahun.

Nilai ini berdasarkan harga jualan gas kepada syarikat itu, sebanyak 70% lebih rendah daripada harga pasaran. Subsidi tersebut hanya akan dikurangkan 5% setiap tahun mulai Julai 2008 sehingga dihapuskan sepenuhnya 15 tahun dari sekarang.

Dengan keuntungan yang begitu besar serta diberikan ganjaran subsidi yang begitu tinggi (70%), jelaslah kenyataan Guan Eng dalam soalan tambahannya bahawa kerajaan BN memelihara kroni-kroni melalui syarikat IPP itu.

Menurut beliau lagi, 27 juta rakyat marhein pula terpaksa menanggung kesan kenaikan harga petrol berikutan tindakan kerajaan menarik semula subsidi akibat langkah penstrukturan subsidi bahan api itu.

KITA RAKYAT DINAIKAN DGN HARGA MINYAK. KRONI SENYUM DAPAT HARGA SUBSIDI. HARGA GAS YTL / TNB TIDAK NAIK. AKU KERJA PETRONAS TAK DAPAT BONUS DITAHUN INI. KEUNTUNGAN PETRONAS 65% BERSAMAAN RM336 BILLION DIBERIKAN PADA POK LOH. BUAT JAMBATAN DIPENANG HANYA 2BILLION ITUPUN KRONI MCA DAPAT. MANA PERGI DUIT BAKINYA, BIJIH TIMAH, GETAH, KELAPA SAWIT DLL...BERAPA TRILLION LAGI. KITA RAKYAT DIBEBANI, (YG MISKIN TIAP MALAM CURI BESI BURUK ....PENYOKONG KUAT BN MASA NGUNDI BARU INI-TOKROK NAK TAN KEDAROH JUGA)

fadlah said...

bg die org kelab penyokong PAS je lar..

ilham_sufi said...

yang kaya tetap kaya.yg miskin trus jd papa.itulah khendak pmimpin negara.kalau dulu mula2 mmimpin nk cari syurga,tp skrg mmerintah nk cari harta.

aku stuju bka keahlian kpd org bkn islam.tp jwtn2 ptg trus org islam pgang.hikmahnya: at least dia org akn
npk kbenaran bla bsama pmimpin islam,mana thu allah bka hti mreka mmeluk islam.

-hari ahad korg sume syp jek,gna msa pjabat ek.

Datin Azura said...

ada cite baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...