KUALA LUMPUR, 21 Julai: Akhbar dalam talian milik kumpulanThe Star telah membuat poll mengenai muzakarah antara Umno dengan PAS. Berikut adalah keputusan poll itu sehingga kini (jam 2.45 petang Isnin)
Undian Mstar.com.my
Muzakarah Umno-PAS bakal menguntungkan parti?
Umno 59.7%
PAS 12.9%
Kedua-dua parti 27.4%
54 comments:
Apa salahnya ahli (atau parti) pas-umno berjumpa. Masa perang ke-2 pun ambasador usa-jepun masih bertemu dan minum bersama. Lagipun dalam politik xde permanent friends nor enemy. Selagi xde perjanjian atau mou - perjumpaan ini tidak bermakna apa-apa.
Nik Aziz kata kena tipu – biasalah tu. Nik aziz sendiripun pernah kena tipu semasa perjanjian air di kelantan. Gunakan lah khidmat peguam yang pandai sikit soal perjanjian. Janganlah jadi seperti Malaysia semasa perbicaraan kes batu putih - Hantar orang yang beringus saja. Tidak seperti singapura yang menghantar TPM mereka berkhemah di sana sehingga perbicaraan selesai.
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Akhbar dalam talian milik kumpulanThe Star telah membuat poll mengenai muzakarah antara Umno dengan PAS. Berikut adalah keputusan poll itu sehingga kini (jam 2.45 petang Isnin)
Undian Mstar.com.my
*************************************
Ini akhbar Bahasa Inggeris, dah tentu pembaca nye terdiri dari kaum cina dan india.
Kepada semua bangsa melayu dan umat Islam semua. Anda harus ingat, keputusan undian seperti di atas ada lah se mata2 dari pendapat atau undian bangsa cina dan india sahaja.
Ia hanya menampak kan UMNO sahaja yg untung. Tetapi sebenar nye yg untung ialah umat Islam dan melayu itu sendiri.
Bangsa kafir ini telah nampak bahawa mereka akan terhimpit jika semua melayu (Islam) bersatu.
Dalam hal menyelamatkan melayu(Islam) kita jangan kira parti lagi, yg penting nye perpaduan ummah.
"BERSATU KITA TEGUH BERPECAH KITA AKAN HANCUR"
Kalau PM dah umumkan yang pas-umno meeting dah berlaku 3 kali. Apa salahnya pas pun bgtau apa yang umno tawarkan. Ini kan masa transparen ni!
Kalau pas dah bagtau mereka ditawarkan itu dan ini...dan masih bersama kumpulan asalnya. Itu kan jujur namanya.
Cerita muzakarah UMNO-PAS bukan perkara baru. Sejak zaman Dr. Mahathir memerintah perkara ini telah dibangkitkan. Cuma ketika itu UMNO sangat kuat dari segi bilangan kerusi. Jadi biasalah, si-kuat itu selalu bongkak, bila PAS cabar untuk bermuzakarah, pelbagai alasan diberi. Akhirnya muzakarah tidak pernah jadi kenyataan.
Dan sekarang dalam keadaan lemah mereka mengharapkan ada muzakarah yang akan digunakan bagi menguatkan kembali parti yang kelihatan tempang di sana-sini itu. Kononnya atas nama perpaduan Melayu, kononnya atas nama Islam, muzakarah pelu diadakan. Tetapi apabila mereka kuat tidak banyak yang mereka buat untuk menguatkan Melayu, menguatkan Islam. DEB yang dilancar pada 1970 yang kononnya untuk memberi 30% kekayaan negara kepada Bumiputra dalam masa 20 tahun tidak pernah tercapai, bukan sahaja 20 tahun selepas DEB dilancarkan (1990), tetapi juga hingga kini iaitu hampir 40 tahun selepasnya keadaan tidak banyak berubah. Nasib orang Melayu tidak banyak berubah berbanding bukan Melayu. DEB hanya sebagai alat untuk mengenyangkan perut buncit taukeh-taukah UMNO yang berpakat mengagihkan kekayaan negara dengan taukeh-taukeh besar dari MCA, Gerakan dan MIC.
Dan sekarang selepas UMNO semakin parah, mereka bercakap mengenai muzakarah, betapa anehnya!! Kepada PAS, ingatlah sandiwara telah bermula. Mengapa tidak biarkan sahaja si-Luncai terjun dengan labu-labunya?
Sekadar bertemu sesama Islam tidak menjadi kesalahan.tetapi kalau pertemuan mempunyai niat lain dan terkeluar daripada tujuan sebenar, itu memang menjadi permasalahan lah.
Secara politiknya,memang dikatakan seolah2 bangsa Melayu berpecah. Ini adalah idealisme politik tetapi iqtikad masih kepada Islam.Mengapa persoalan Melayu berpecah perlu diperbesarkan? Jika bangsa Melayu berpegang kepada iman, insyaallah terselamatlah ia dari segala kerosakan. Tetapi kalau terang2 menolak keimanan sedangkan jasad bernama Islam,dah pasti balasan Allah menanti.
Pada pendapat saya, teras kekuatan Melayu ialah ISLAM.Melayu dahulu kenal usul alif, sim, lam dan mim. Tersematnya rahsia tasawuf disebalik huruf2 yg membentuk perkataan Islam ini.Maka fahamlah umat akan rahsia kekuatan Islam itu.
umno skrg umpama anjing tersepit bagai retak menanti belah, skrg mengharapkan pas melepaskan "nye" masa tgh kuat dulu bukan main berlagak lagi mereka sampai akan sapu bersih semua krusi skrg umpama tergigit lidah sambil menunduk kpla memohon simpati.Pas jgn mudah trtipu dgn pihak ini ingatlah masa kita susah dulu mereka anggap kita ni sampah pengganas pembelit semua yang buruk saje.....
Memang tak salah pemimpin Melayu dan Islam bertemu utk membincangkan masalah ummah . Tapi kenapa selepas BN kalah banyak kerusi dalam PRU 12 barulah UMNO sibuk2 ttg muzakarah ? Kenapa bukan sebelum itu ? Saya setuju dengan pendapat Tuan Guru Nik Aziz , kita boleh biarkan PAS ditipu oleh UMNO dalam isu yg sama 2 kali . Kita kena berhati2 . Perjuangan PAS dan UMNO banyak yang berbeza nya .
Salam Perjuangan,
Islam memang menggalakkan muzakarah terutama yg melibatkan kepentingan ummah.
Bagaimanapun, tujuan dan matlamat sebenar muzakarah perlulah jelas. UMNO perlu menunjukkan keikhlasan sebenar sebelum muzakarah diadakan.
Ini perlu kerana UMNO saja yg beria2 dgn muzakarah ini!
Soal untung rugi bukan perhitungan sekiranya tujuan muzakarah adalah sebenar2nya untuk kebaikan Umat Islam amnya org Melayu bukan sekadar retorik semata-mata.
Bukankah UMNO di bawah PakLah lebih banyak retorik sahaja!
Bila dijemput, terimalah jemputan. Sekarang umno dah terbuka hati untuk muzakarah. Terimalah dengan tangan terbuka. Mungkin juga boleh gunakan flatform ini untuk bertarbiah - demi kebaikan islam.
Zaman bermulanya islam, tidak ada siapa yang ingin berdamai dan bermesyuarat dengan Islam. Selepas nampak cahaya islam dan mereka berkembang dengan pesat ramailah yang ingin menjadi sekutu islam. Dan nabi tidak menutup pintu untuk itu. Ingat tak perdamian hudaibiyah - ramai juga pengikut nabi yang tidak bersetuju...
Saya cadangkan alim ulama pas menasihati pas supaya muzakarah ini memberi kebaikan kepada umat islam - dan sama-samalah berdoa. Lepastu bertawakkal lah kepada allah semuga perkara yang tidak baik tidak berlaku di kemudian hari.
Soal pas pernah tertipu - saya pun tidak impress dengan pas semasa asri dulu!!! Ingin saya katakan "Padan muku - buku bertemu ruas; sama-sama kings of corrupts"
Saya sendiri mangsa pilih kasih untuk mendapatkan biasiswa Kelantan state masa asri. Hanya anak cucu wakil rakyat kelantan saje yang dapat (mereka juga sebagai penemu duga) - sebelum menghadiri temuduga lagi, mereka ni dah tahu mereka dapat (Termasuk seorang kawan baik saya).
Siapa untung, siapa rugi, belakang kira. yang penting umat yang untung. muzakarah perlu diteruskan, tanpa mengenepikan syura. kalau syura ditolak, hancur jadinya.
umno masih melayu, cuma tersilap sikap. jika PAS dapat ubah trendsetting dalam umno sekarang yang dah terlalu bobrok kepada murni dan ketauhidan, itu lebih bermakna. jangan pula PAS dimamah oleh kebobrokan umno.
sedangkan israel bangsa yang kejam tapi sangat menjagai bangsanya. sesama Islam pula mesti lebih menyantuni sesama muslim.
Saudara Pengarang,
Muzakarah tidak salah. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, PAS tidak akan menafikan perkara itu tetapi kesesuaian masanya sahaja yang menjadi soal.
Muawiyah, apabila dia melihat tenteranya hampir kalah ditangan tentera Saidina Ali dalam peperangan siffin, beliau telah meletakkan Al-Quraan di hujung mata tombak sebagai tanda mengajak umat Islam kembali kepada Islam.
Melihat keadaan itu, Saidina Ali mengatakan kepada tenteranya, itu satu helah Muawiyah untuk mengelak dari kekalahan dan beliau memerintahkan peperangan diteruskan.
Tetapi desakan tenteranya supaya menerima gencatan senjata itu, akhirnya Saidina Ali terpaksa akur.
Natijah dari peristiwa itu, satu gencatan senjata telah dibuat yang dinamakan Majlis Tahkim.
Dalam Majlis Tahkim ini, Muawiyah yang terkenal liciknya itu dan sememangnya tidak berniat untuk membuat perdamaian telah melantik Amru Ibn As sebagai wakilnya dan Saidina Ali diwakili oleh Abu Musa.
Kerana gagalnya Abu Musa membaca niat buruk Muawiyah itu, dia telah bersetuju mengistiharkan Saidina Ali turun dari jawatan khalifah dan Amru Ibn As kemudiannya telah mengistiharkan Muawiyah sebagai penggantinya.
Jadi ahli-ahli dan pemimpin PAS harus membaca semula sejarah terkenal ini. Jangan berulang lagi peristiwa seperti yang berlaku dalam Majlis Tahkim.
Wassalam.
TOK GURU ke TOK GARU?
Kelantan negeri kelahiran abe MIE yang sangat sayangi begitu bangga dengan kelahiran Tok Guru. Orang pecaya yang Kelantan adalah Serambi Mekah seperti Acheh yang dilanda Tsunami sedangkan Patung Buddha yang sedang tidur di Kelantan adalah yang terbesar di Asia.
Tok Guru seorang alim ulama, bukan ularmak macam orang lain. Tok Guru pernah kata, wanita tidak boleh 'main politik' takut dibelakang nanti orang akan ikut, dan berdosa. Tak elok.
Tok Guru pernah kata PAS akan bekerjasama dengan sesiapa termasuklah Syaitan asalkan dapat menumbangkan UMNO. Kalau begitu, UMNO bukan syaitanlah. Jadi UMNO apa dan PAS apa? Bukan makhluk ciptaan Allah ke dari kaum Adam dan Hawa?
Tok Guru pernah memberitahu UMNO tidak faham demokrasi dan tidak pernah mengamalkan demokrasi dikala orang Kelantan dikenakan itu ini sehingga mereka 'boring' tinggal di Kelantan. Abe MIE pun sudah lama berhijrah, sejak tahun 1994 lagi, balikpun sebab ada Emak aje kat kampung. Apa ada di Kelantan? Memang orangnya berbudi bahasa dan barang makanan agak murah di sana. Tapi Kelantan tidak ubah negeri KAMBODIA kerana tiada pembangunan dan pertanianpun tidak mampu melawan Kedah.
Tok Guru pernah berkata, haram dan kemudian harus (kemudian menjadi tak apa) bila hiburan ingin bertapak di Kelantan. Mak Yung, Dikir Barat dan Wayang Kulit sudah wujud sebelum kelahiran Tok Guru dan perasmian PAS lagi. Bahkan permainan itu wujud dan bertapak sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan Kelantan. Dulu Tok Guru haramkan semua itu, tetapi Tok Guru benarkan nyanyian tradisi orang CIna. 2004, Tok Guru halalkan apa yang diharamkan kerana PAS dah nyaris kalah.
Tok Guru pernah berkata, Tuhan (Allah) juga mencarut dengan mengemukakan petikan dari ayat al-Quran. Kalau begini sifat Allah, maka ramailah orang Islam akan mencari petunjuk sama ada dari agama Kristian, Buddha atau Sekular (falsafah Barat). Mereka dikatakan murtad. Jauh api dari panggang untuk orang kafir memeluk Islam. Buat apa peluk agama yang Tuhannya mencarut!!
Tok Guru pernah kata Tuhan (Allah) mencarut macam itulah PAS boleh mencarut tapi carutnya hanya pada orang UMNO. Kat DAP yang terang-terangan menentang Islam, tidak pula PAS berkata sedemikian. kenapa?
Tok Guru pernah berkata, orang UMNO adalah orang utan. Dan mungkin Tok Guru tidak selalu bermain dengan manusia jadi Tok Guru tidak biasa dengan manusia berbanding orang Utan. abe MIE hendak tanya, mana yang lebih baik bekerjasama dengan orang Utan atau Syaitan?
Tok Guru pernah mengatakan perempuan tidak boleh menjadi khariah (pembaca al-quran). Suaranya haram untuk didengar dan menjadi aurat. Betul juga. Kalau begitu bagaimana ketika orang meninggal dunia? Adakah orang perempuan perlu baca Yassin dalam bilik berasingan dengan jenazah?
Tapi kenapa Tol Guru benarkan Wan Azizah jadi penceramah di markas PAS dan buat roadshow ke Kelantan. Nurul Izah kira perempuan, tapi suaranya tidak menjadi aurat. Kalau abe MIE kata Teresa Kok, lain lah.
Tok Guru pernah kata, Tun Dr. Mahathir sebagai nyanyuk ketika dia menjadi PM dahulu? Tapi bila TDM keluar UMNO, Tok Guru suruh dia masuk PAS. Mungkin untuk mendapat rawatan penyakit nyanyuknya. Tok Guru lupa atau Tok Guru memang sudah lupa yang Malaysia maju dan berada ditahap ini kerana siapa? Pak Lah pun Tok Guru kata macam-macam.
Karpal Singh pernah kata, langkah mayat dia dahulu kalau PAS nak tegak negara Islam, Tok Guru diam gigit jari aje. Tok Guru mengikhtiraf Lim Guan Eng sebagai khalifah Islam yang ke-5, iaitu sama taraf dengan Umar bin Abdul Aziz. Harakah pernah kata begitu.
Tahu tak, Tok Guru yang disayangi oleh pelusuk rakyat Kelantan dan penyokong PAS, adakah Tok Guru pernah menghina dan mengaibkan DAP yang sememangnya kafirun sebagai musuh Islam dan seteru PAS yang parti mengamalkan 100% Islam?
Tok Guru percaya tak yang diri Tok Guru sekarang dan membawa masa depan PAS ke arah negara Palestin? Kita mengutuk rakyat Palestin kerana berpecah belah pada dua belah, iaitu Hamas dan Fatah, tapi tindakan Tok Guru tidak ubah menjadi Hamas? Palestin lawan dengan batu sedangkan Israel lawan dengan senjata dan nuklear. Di Malaysia, Tok Guru berjaya membalingkan batu kepada orang UMNO sedangkan UMNO hanya membalingkan sebiji pasir ke muka PAS. Siapa memang, Tok Guru pun tahu.
Tok Guru tidak pernah menegur pemimpin PAS lain sebagai sesat apabila Presiden PAS, Haji Abdul Awang berpeluk dan bermesra satu ketika dahulu dengan Lim Kit Siang. Tok Guru juga membela Anwar dan menyuruh dia jangan bersumpah dikala masalah ini semakin merumitkan. Kenapa? Sekiranya ANwar adalah ahli UMNO, apa pendirian Tok Guru?
Tok Guru percaya tak yang Tok Guru adalah Ulamak PAS dan akan diadili di hadapan Allah kelak. Tiada peguam bela tidak kira Karpal Singh atau Sivarasa lagi sebagai pembela Tok Guru.
Kenapa Tok Guru melarang orang Melayu bersatu untuk menuju ke arah kebaikan?
Kalau UMNO telah melakukan kesilapan dan pengikut PAS percaya yang PAS adalah parti kurdus (suci dan tidak pernah sezarahpun melakukan dosa), kenapa tidak PAS menegur UMNO semasa bermusyakarah kelak. Adakah Tok Guru tidak ingin melihat orang Melayu senang dan bersatu-padu, bukan macam bangsa Palestin!!
Tok Guru malu ke sebab sebelum ini kata-kata Tok Guru kepada UMNO dengan begitu jijik dan jelak sekali. Kalau ditukar kata-kata Tok Guru kepada UMNO, ia boleh diibaratkan segunung najis babi dan setasik najis anjing, begitulah busuknya.
Dengan menerima UMNO, PAS akan menjilat semula air liurnya dan memakan najisnya sendiri. Tok Guru tidak pula menganggap tindakan ini bererti PAS merendahkan diri sebagaimana Rasulullah s.a.w menjinakkan musuhnya dengan kalamullah.
Adakah sifat dan ajaran Islam Tok Guru ialah JANGAN MAAFKAN ORANG? KALAU ORANG ITU INGIN BERBAIK DENGAN KITA, KITA PERLU HINA DAN MENGHINANYA? atau Tok Guru ingin menjaga hati sahabat kafir dari DAP dan PKR (Parti Kafir Rakyat)?
Biarlah orang Melayu bersatu. Tok Guru jangan menjadi rasaksa untuk memusnakan bangunan dan jalan-jalan yang akan didirikan atas dasar permaufakatan dan kerjasama dengan UMNO nanti. Tok Guru akan meninggalkan dunia ini apabila 'Altraman' datang mengambil nyawa. Biarlah kami generasi kini menentukan dunia kami.
Abe MIE mengucapkan syabas kepada pemimpin PAS kerana 'tidak jual mahal' dengan ingin berkerjasama antara orang Melayu dan Islam. Pedulilah CIna DAP dan PKR yang tidak ingin melayu bersatu. Lantaklah Anwar Ibrahim.
Janji orang Melayu bersatu dan lupakan perselisihan faham yang akan menjadi sejarah suka-duka dalam politik Malaysia. Maaflah kerana itulah sifat dan ajaran Islam bukannya membunuh sesama saudara yang sama bangsa, sama negara dan sama Tuhannya, iaitu Allah.
Tok Guru memang alim dan ramai pengaruh, semua orang tahu. Tapi kini tok guru sudah jadi rasaksa dan akan 'berGARU' sebab melihat perpaduan Melayu sebagai bencana kepada Islam dan kebangkitan HINDU di Malaysia sebagai pelopor kepada kebangkitan ISlam bukan sebagai ancaman.
http://pkrpasdap.blogspot.com
sdr abe mie,
Siapa kah anda untuk mempertikai kan Tuan Guru?
Sejauh mane kah ilmu keagamaan anda?
Ada kah anda pernah jadi Imam sembahyang di surau atau mesjid di tempat tinggal anda?
Ada kah anda pernah mengajar ilmu2 keagamaan di mana2 tempat?
Berapa ramai kah anak murid anda yg anda telah khatam anda ajar mengaji al Quran?
Tunai kah solat anda 5 waktu sehari semalam?
Tunai kah puasa anda sepanjang bulan Ramdan?
Sudah kah anda menjejak kan kaki anda ke tanah suci Mekah?.......?????????
MENGHINA TUAN GURU ADALAH SATU PERBUATAN YG HINA DAN TERKUTUK.
salam sejahtera
Patung Buddha terbesar di Asia.
Satu saja -senang pantau
Baik untuk pelancongan
Baguslah tu nak jaga nenek kita,mak kita, adik perempuan kita,kakak kita dan bini kita.
Bukan syaitan .......iblis
Kelantan tak maju tak mengapa.Bangunan Kedai dan Pusat Perniagaan Kepunyaan Melayu.
Halal,harus,makroh,haram.Ada masa halal, ada masa harus, ada masa makroh dan ada masa haram. Biasalah tu. Budak tadika pun tau.
Tuhan mencarut
Allah maha berkuasa dan maha bijaksana
Cakap baik-baik tak faham.Sesuailah dengan mencarut.
Bacaan yasin (mayat ada dalam rumah)
Betullah pendapat tu.Pura-pura buat tak tau pula.
Suruh bini tukar baju depan orang ramai.
Bekerjsama dengar orang yang mau dengan islam atau tunduk kepada islam.
Siapa yang benar ? Wan Azizah tu dah ada suami oi. Bini orang pun tak kenal.
Sampai hati anda mengiakan kenyanyukan mantan presiden anda.Kami akan cuba ubatinya.
Takkan nak kata kat monyet.
Karpal Singh tak mati lagiiiiiiii.
Orang islam tidak menghina dan mengaibkan orang lain. Kalau degil dan ketegar sangat.
Umno jelous ke?
Betul tu Pas baling batu Umno guna senapang dan kereta kebal. Siapa Israel???????????
Orang teraniaya kita kena tolong.
Dulu ahli Umno dan sekarang PEN. PR.Tak pernah jadi ahli pas.
Terima kasih mengaku Nik Aziz ulamak. Sayang juga engkau kat dia.
Melayu islam akan berusaha membuat kebaikan.
Belum bermuzakarah pun dah nak tipu.
Salah tu .Bukan segunung tetapi sebanjaran najis babi dan selautan najis anjing.
Pas akan menerima Umno berada dibawahnya.
Berapa kali maaf laaaaaaaaaa.Maaf punmasih buat perkara yang sama.
EH ! kuatnya tok guru.
Biarlah kami generasi kini menentukan dunia kami.
(macam dunia anta yang punya)
Abe mie mengucapkan syabas..............
Hai merayu-rayu nampaknya.
Umno mudah lupa...................
Umno mulai gelisah dan tidur tak lena.
ISLAM PASTI MENANG.
nampaknya PR dah goyang dan tak lagi bersefahaman dan kukuh seperti sebelum ni.tahniah juga diucapkan kepada PAS yg telah membuat keputusan yg cukup tepat dgn keluar drpd PR bagi menyertai BN.Mmg diakuai skg ni BN memerlukan sokongan drpd PAS untuk menguatkan lagi jentera BN.Tindakkan PAS ini patut diberi pujian.
beza pas kerjasama antara dap dan umno.
dap -sememangnya parti yang dipimpin oleh orang bukan islam dan tidak tahu apa-apa tentang islam. jadi adakah kita hairan kalau mereka menentang undand-undang islam sedangkan mereka tak tahu keindahan islam dan ditambah pula dengan puak munafik(umno) yang menakut-nakutkan orang bukan islam dengan mengatakan jika hukum islam didaulatkan semua orang bukan islam akan kudung kerana tangan mereka akan dipotong.
umno -parti yang membela bangsa untuk mencuri kekayaan negara untuk keluarga dan kroni mereka.mengkhianat kepada agama islam dengan menakut-nakutkan orang bukan islam dari mendekati agama islam. menghalang ulama-ulama tersohor dari menyampaikan kuliah-kuliah dan ceramah agama kerana tidak tunduk kepada mereka. contoh paling mudah ialah datuk harun din dan ust ismail kamus yang secara terang-terangan dihalang dari memberi kuliah atau ceramah agama di selangor sebelum diperintah pr.banyak lagi tapi fikir-fikirlah sendiri...
Salam perjuangan kepada saudara2 ku.
Pandangan saya demi Islam dan Melayu teruskanlah perjumpaan tersebut. Soal siapa untung siapa rugi pada saya tiada siapa yang rugi,yang pasti menang ( untung )ialah umat Melayu dan Islam itu sendiri.Inilah pengorbanan yang perlu di lalui oleh sama UMNO atau PAS
Demi perjuangan Islam sebenar.Mungkin inilaj Hikmah yang telah Ditunjukkan olehNYA dalam kemelut politik sekarang.Yakin berjaya buang lah Sikap Ego tu jauh-jauh, Berdoa sahaja pada ALLAH SWT semuga mendapat pentunjuk.
untung untuk menbelit saja la tu, pada pemimpim pas berhati hati dgn puak umno ni,mereka ini kaki tikam belakang
Salam bahagia,
Kami member-member pencen di LK tidak
bersetuju bermuzakaran dianta PAS &
UMNO,kita semua ahli PAS sedia maklum
bahawa UMNO sekarang dan nyawa-nyawa
ikan,dulu semasa mereka kuat amboi
mak bukan main sombong bertambah
bongkak,orang seperti ini tidak patut
ditolong,biarkan ia dengan labu-labu
nya.
Sekian,wassalam.
Pada mula nye hamba bersetuju PAS tolong UMNO.
Setelah melihat gelagat buruk penyokong UMNO di laman ini, hamba sama sekali tidak bersetuju PAS menolong UMNO.
Ada yg sanggup kutuk Tuan Guru.
Seperti anjing tersepit, belum di lepaskan dan tunjuk garang nak gigit.
salam........
tak payah runding apa2 dgn umno,membazir je.jgn di tolong parti yg bongkak seperti umno.biar dia terlungkup.
skrg ni tumpukan usaha utk membentuk kerajaan yg baru.kalau boleh ah tak mahu dgr pasal umno ni.biar dia jadi pembangkang pulak.di tengah2 dia nk melingkup ni.lanyak habis2 biar terlungkup terus.tingkatkan usaha utk melanyak umno yg nazak ni.
utohkacil,
ko ni mmg seorg yg tak ada pendirian.sekejap sokong BN dan sekejap sokong PAS.Parti mana yg ko perjuangkan sebenarnya ni?ko ni mmg tak guna tapi aku puas hati jg sekurangnya ko pun sokong BN juga.Suhaimi, bila pula ko nak sokong BN seperti Utohkacil yg dah mengalih sokongan kepada BN?
sdr bn@umno,
anda sah dilahirkan oleh seorang ibu sindrom down dan berbapa kan moron,
Dah ber puluh kali saya nyatakan bahawa saya BUKAN penyokong PAS atau PKR. Jauh sekali UMNO yg dah BUSUK.
Anda boleh lah di kategori kan dlm kumpulan manusia bangang, bahalul dan biul!
Orang UMNO banyak dah jadi 'gila bayang'
Kita cakap sikit aje 'mcm puji UMNO', dah di kata kan sokong UMNO.
Gila punya orang!
Saya merupakan penyokong amat setia PAS... tapi pada masa ini saya telah merasakan dikhianati dengan sokongan yang telah saya berikan pada PRU yang lepas, ia itu mengganti kerajaan baru, mengganti kerajaan yang teramat korup dan tidak memperdulikan Agama, Bangsa atau Negara tetapi lebih bagi menjaga perut ahli UMNO terutamanya. Sayang seribu kali sayang, PAS telah tersalah anggap bahawa mereka menang besar baru2 ini atas kehebatan mereka. Dengan episod terbaru ini, saya sebagai orang Melayu Islam hilang hormat kepada kebijaksanaan pemimpin PAS. Saya risau lepas ini sokongan dari kaum India dan Cina juga akan meninggalkan PAS. Marilah kita melangkan semula kebelakang dan lihat BN & UMNO mengganas selama 50 tahun lagi atas kebodohan PAS. Salam
Kalu na' bunuh diri senang jer, minum racun roundup ke,racun seghangge ke, racun tikus ke, pilih je racun ape yang disuke.
Masuk UMNO kire2 mcm bunuh diri je, takut mati meghagan weh!
salam....
aku takkan menyokong umno dan tetap dgn 'pas' selagi 'pas' dasarnya ISLAM.
Aku cukup yakin apabila PAS dan BN bergabung maka pengikut PAS akan beralih menyokong BN.
salam.......
tak dapat jack.........panggil umno tukar dasar dululah.cantas pemimpin2 yg rasuah dan tolak islam dulu....baru boleh cerita...
Kaldai bin baghal bin unta bin kuda kayu bin kuda kepang A/L SAMY VELLOO
salam..
Saya tumpang gelak je nengok puak2 umno ni.Syabas pada para pendebat PR yang matang. Gitu lah caranya kalau nak ajar,lebih lebih lagi abe mie dan bn umno:)
Taasub pada Allah
Solawat pada Nabi
kalau pas sertai bn, aku akan keluar dan tak akan ambik tahu pasal politik lagi.mati hidup semula pun tak mungkin aku percayakan puak umno, munafik dan pengkhianat agama...
SALAM
CAKAP ABANG MIE TU MCM TOK BETUL JE,BELAJAR AGAMALA SIKIT KALAU DEMO DOK PERTIKAI TOK GURU DEMO PERTIKAI QURAN DAN HADISLA YANG TAK MEMBENARKAN ITU DAN INI,APALA ABE MIE TU,BALIK BELAJAR JAWI BALIK LA....ORE CINA X APELA DIA ORG MANA ADA LAW,
DEMO NI JEBEK PACEROH..
Tengok tak dalam akhbar hari ni - Singapura dan mengaum kerana kesilapan kita dalam perbicaraan Batu Putih?
Harapkan Dr Rais Yatim is better person with our previous ministers - when dealing with singapura on the issue of Batu Putih.
Good luck Dr. Rais.
Soal muzakarah pas-umno tu teruskan lah. Tak semestiya akan berakhir dengan pas masuk umno, boleh juga umno masuk pas.
Sorry ayat ni "...Harapkan Dr Rais Yatim is better person with our previous ministers - when dealing with singapura on the issue of Batu Putih" salah.
Ia sepatutnya berbunyi;
"...harapkan Dr Rais Yatim is a better soul than our previous ministers (and head of ministers, AGes, dan Kaki jual harta dan tanah Negara) - when dealing with singapura on the issue of Batu Putih".
Ape nak di laungkan lagi hal P.B.Putih,
UMNO dah dapat 'putih mata'
Tidak cukup dgn P.B.Putih, UMNO dah mula jual 'Wilayah Pembangunan Seri Iskandar' kepada cina Singapura.
UMNO BODOH DAN TAMAK HARTA KEKAYAAN
Ada lagi ka percacai bn@umno kat sini ingat dah mampus,
salam sejahtera,
muzakarah pas & umno perlu bagi membincangkan pemerintahan berlandaskan islam
napelah penyokong PR ni mempunyai otak yg sempit sangat dan tak boleh fikir secara rasional.PR sudah terbukti lemah, biarkanlah PAS bergabung dgn BN apa salahnya.Yg aku tak paham sampai skg ni pencacai PR pulak yg nak buat bising padahal pemimpin PAS setuju pun bergabung dgn BN.pencacai PR tak ada hak pun nak halang tindakkan PAS ini.BODOH punya pencacai PR.
PAS tidak akan bergabung dengan UMNO selagi dasar perjuangan bukan untuk menegakkan Islam (satu2nya agama yang diredhai oleh Pencipta yang Maha Kuasa).
Cuma,dalam teknik dakwah,kita perlu menerima jemputan mad'u untuk sebarang perbincangan,sperti yang sering dilakukan oleh Rasul yang sangat2 dikasihi,Muhammad s.a.w. tq
bn@umno yg bodoh ke atau pecacai PR yg bodoh?
Klu tengaok gaye penulisan dan pemikiran ke dua2, ternyata dan sah si 'bn@umno' ni berada dlm kategori manusia yg ber 'IQ-0'
kalau pr lemah takkan dapat menang 5+1 negeri (w.p kl) dan kalau bn kuat apasal terlepas 5+1 negeri ni padahal sebelum pru12 cakap berdegar-degar nak rawat kelantan lah, nak rampas kelantan lah dah macam-macam lagi tapi lepas pru12 terhegeh-hegeh pujuk pas ajak buat kerajaan campuran di perak ngan selangor...
Persoalan sebenar ialah APA UNTUNGNYA PAS BERADA DALAM PR? Apakah dapat menjadi Menteri Besar Perak itu satu keuntungan?
PAS perlu sedar bahawa pertambahan ketara sokongan terhadapnya dla PRU12 adalah disebabkan pertambahan mendadak undi kaum Cina dan India. Kaum Cina tidak selesa bila Najib kata Malaysia adalah sebuah negara Islam. HINDRAF pula bakar semangat kaum India dengan cerita UMNO merobohkan kuil Hindu dan bunuh ethnic India.
Kaum Cina dan India sokong PAS kerana PAS kata Malaysia BUKAN negara Islam. Dan dlm menifesto pilihanraya PAS, PAS telah MENGGUGURKAN MATLAMAT PENUBUHAN NEGARA ISLAM. PAS telah ganti NEGARA ISLAM dengan NEGARA KEBAJIKAN. Negara kebajikan bukan perkara baru. Banyak negara-negara barat seperti UK, Peranchis dan kebanyakan negara EU menggambarkan negara mereka sebagai 'Welfare State' atau 'Negara Kebajikan'.
DAP secara jelas mengatakan mereka boleh bekerjasama dengan PAS atas dasar PAS tidak lagi memperjuangkan konsep Negara Islam.
Sebaik sahaja PAS menghidupkan semula hasratnya untuk menubuhkan negara Islam, persepakatan dengan DAP akan bertukar menjadi persengketaan.
Jadi, bagaimana PAS nak buat perkiraan untung dan rugi. Apakah untung jadi MB Perak TANPA ISLAM, atau untung dapat melaksanakan Islam TANPA JAWATAN MB.
Sedangkan UMNO boleh bekerjasama dengan PAS di dalam melaksanakan Islam DAN boleh beri jawatan MB Perak dan Selangor kpd PAS.
sdr tanahmelayukita,
Anda bukan dlm gulungan Pakatan Rakyat.
Tahu kah anda ape matlamat dan tujuan PR ditubuhkan?
Perkara2 yg anda persoal kan itu tidak ada kena mengena dgn PR.
Matlamat PR adalah untuk menumbang kan kerajaan BN. Itu saja.
SINI PUN KAU ADA ABE MIE KAU JAHAT LA MIE MACAM B........GGGGGG KUAT FITNAH KAU JAHAT LA KAU ABE MIE
TAK USAH LA KAU JADI PENABUR FITNAH ABE MIE . KAU JAHAT MIE SANGAT KAU BUAT KOMEN SUKA2 TAPI JELAS KAU JAHAT SANGAT JAHAT MACAM DAJAL SERUPA B.....G BETUL KAU JAHAT ABE MIE KAU JAHAT MIE JAHAT
sde melayusedar,
Tak yah le di tengkin2 sesangat si 'abe mie' tu.
Kesiah dia. Tengah demam paneh teruk tu, dek terkena sumpah Tuan Guru.
Takut dia jadi gile pulak nanti.
Sdra Peon Pencen, Saya bersetuju bahawa matlamat jangka pendek PR ialah untuk tumbangkan BN. Tetapi setiap parti dalam PR ada matlamat jangka panjang yang berbeza.
Parti yang paling tersusun dlm PR, iaitu PAS, dahulu kurang menggunakan 'strategy' dalam memperjuangkan Negara Islam. Sebut saja PAS, orang Cina dan India sudah takut. Tetapi dengan adanya pemikir-pemikir dari kalangan professional seperti Husam Musa, Khalid Samad dan Hassan Ali, PAS mula ada strategy memukau, sehingga penganut extremis Hindu pun boleh menjulang bendera PAS. Tetapi ini tidak akan menghalang PAS dari terus memperjuangkan penubuhan Negara Islam, di mana di dalamnya orang-orang 'kafir zimmi' akan mendapat perlindungan, tapi tidak akan diberi hak tertentu, termasuk mengundi.
PKR tidak lebih dari parti untuk melonjakkan Anwar untuk menjadi PM. Anwar memang hebat, tetapi ucapan-ucapannya sudah tidak lagi disulami ayat-ayat Al Quran sebagaimana semasa dia menjadi Presiden ABIM dahulu. Apa yang menyedihkan umat Melayu ialah apabila menifesto PKR dlm PRU12 yang lalu BERJANJI untuk MEMANSUHKAN Dasar Ekonomi Baru. Kalau pun ada seorang dua pemimpin Kerajaan mengamalkan kronisma, janganlah sampai kita janji kepada pengundi Cina dan India nak mansuhkan DEB.
Di antara parti PR, DAP paling teguh pendiriannya. Parti yang mewarisi perjuangan PAP Singapura ini tidak sekali-kali berganjak dari matlamat-matlamat 'Malaysian Malaysia' di mana semua bangsa yang menjadi warganegara mendapat hak yang sama, tanpa ada perlindungan-perlindungan seperti DEB. Ini bermakna di dalam negara yang diperintah DAP, hanya taukeh-taukeh yang kuat kewangannya akan dapat kontrak melalui tender terbuka, sementara kontraktor-kontraktor Melayu yang kurang keupayaan kewangannya akan hanya gigit jari.
Satu lagi masalah kita dgn DAP ialah parti ini tidak mahu menerima hakikat bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam. Pemimpin-pemimpin DAP menggunakan berbagai fakta sejarah untuk mengatakan bahawa Malaysia di bentuk sebagai negara sekular. Ini yang Tanahmelayukita kurang faham tentang PAS. Bila dua tiga pemimpin PAS bermuzakaarah dengan PM, macam mereka dah buat satu kesalahan besar. Tapi PAS boleh bersama DAP yang jelas MENENTANG konsep Negara Islam.
tak payahlah bmuzakarah.teruskan dgn agenda mguatkn pakatan rakyat,
mmg umno melayu tp melayu haprak.
umno spatutnya bmuzakarah dgn khinzir2 d bukit pelanduk.biar najis khinzir2 itu djadikan azimat buat umno.
berkawan dgn musuh yg nyata(DAP) adlh lbh baik dr musuh dalam selimut(UMNO)
PAS sebenar nye tidak sehebat yg kita sangka kan.
Kemenangan PAS yg begitu memberangsang kan pada PRU12 yg lalu adalah se mata2 dari kaum 'pemberontak' dari UMNO yg anti DSAAB, kaum 'pemberontak' dari MCA, Gerakan dan MIC yg meluat dgn BN.
Kaum2 pemberontak ini akan kembali ke dlm kem2 asal nye jika keadaan telah sesuai bagi mereka.
Jadi anggap sahaja kemenangan PAS ini hanya sementara sahaja.
TETAPI
Jika UMNO masih belum pulih dan berada dlm keadaan kucar kacir, PAS boleh mempertahan kan kedudukan nye.
Melihat perkembangan mesyuarat cawangan UMNO yg sedang rancak berjalan, UMNO tidak akan pulih tetapi ianye akan bertambah parah.
Assalamualaikum...
Salam 1 MALAYSIA.Percantuman antara UMNO-PAS dilihat masih tidak begitu menyakinkan.UMNO menampakkan respon terbuka,positif dan ikhlas dalam membentuk perpaduan umat Islam berbanding Pas yang seakan-akan kurang yakin dan masih berfikiran 'JUMUT' didalam penyatuan ini.
Umat Islam Malaysia telah berpecah kepada 3 komponen parti.Manakala bangsa lain faham dan tahu apakah yang terbaik untuk mereka supaya mereka mendapat haq yang sama gagah dengan umat islam melayu.Nik Aziz perlu mempertimbangkan dan memperhalusi apa yg di perkatakan oleh Mufti Perak Harussani jika beliau beranggapan Tan Sri Muhyiddin tidak layak untuk membincangkan soal menyatupadukan umat Islam Malaysia ini.
"kita tidak perlu risau golongan yang mengakui dan berusaha memperbetulkan kesalahan mereka,kita perlu takut kepada golongan yang beranggapan mereka sentiasa berada di landasan
yg benar dan sentiasa menganggap orang lain salah"
Demi Allah penyatuan ini insyaallah akan memberi impak yang baik dan berguna untuk umat Islam Malaysia.
Kepada Tuan Guru Nik Aziz, Ana rasa Anta dah tiba masa mengikut jejak langkah Che' Dett. Bagi lah org lain uruskan hal ni. Apa yg ada di perak dan selangor semua hancur, kalau setakat nak kan kuasa pemerintahan dengan berkongsi kuasa dgn komponen yang tak bertanggung jawab,lebih baik bersatu dengan UMNO. Kilang Arak di Selangor ni masih macam biasa operasinya.Pusat rumah2 maksiat di Selangor ni dan bertambah 2 kali ganda sejak tahun 2008.. Anta semua buat apa sebenarnya... Allah Huakbar...
wassalam 1 MALAYSIA
Post a Comment