Monday, July 21, 2008

PAS mengakui bertemu Perdana Menteri

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

20 Julai 2008,
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS).

27 comments:

Jeli-Semenyihdaily said...

salam
saya setuju pendapat yg dibuat oleh tok guru nik aziz bahawa perjumpaan berbentuk peribadi tiada masalah,pada saya umno sekarang begitu tersepit so pendapat saya dengan umno tak payah adakan muzakarah,kalau nak muzakah melibatkan diketahui pakatan,ramai dah peringkat akar umbi risau dengan perjumpaan oleh pas ini,mereka semua ini dah putus asa dengan sikap pas,umno bukan boleh dipercayai itula yg boleh diungkapi,kalau nak berjumpa jugak saya rasa kita patut bubarkan saja parti itu,kerana mesti perpecahan akan wujud dikala pemimpin tertinggi pas ingin bermuzakarah dengan umno,kenapa tidak berjumpa sebelum mereka kalah!
ahli parti pas yang tiada jawatan apa2

Siapalah aku said...

HATI HATI, UMNO SEKARANG TERDESAK, TINDAKAN UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN MUSUH MUSUH YANG KHASNYA MAJORITI MELAYU ADALAH UNTUK MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN DALAM PAKATAN RAKYAT.

INI DILAKUKAN UNTUK MEMBUATKAN DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DAN SETERUSNYA AKAN MENGUATKAN LAGI UMNO/BN WALAUPUN MENANG TIPIS DALAM PRU YANG LALU. SEKIRANYA DAP BERTINDAK MENARIK DIRI DARI PAKATAN RAKYAT, MAKA KERUNSINGAN UMNO TERHADAP KEDUDUKAN MEREKA SEBAGAI PEMERINTAH YANG GENTING SELAMA INI AKAN TERHAPUS SAMA SEKALI.

PERKUKUHKAN HUBUNGAN DAP,PAS DAN KEADILAN BAGI MENJAMIN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT YANG KINI DIGERUNI OLEH UMNO/BN.

R.Azmi bin Md Aris said...

salam,
saya terpanggil untuk bersama-sama didalam menyuarakan pandangan sebagai seorang melayu dan berugama islam di Malaysia ini. Memang diakui oleh semua pihak baik dari dalam atau luar pihak-pihak yang terlibat didalam kepartian mana-mana parti. Parti adalah sebagai satu wadah saja untuk kita meluahkan pandangan masing-masing kerana adanya sikap ikut telunjuk ketua. Oleh itu sebagai orang bawahan mana-mana parti adalah tugas kita menyokong mana-mana usaha yang boleh menyatukan kita semua. Ingatlah kita ini semua bersaudara dan jangan kita ada buruk sangka. biar kita berbeza tapi tetap bersatu.

utohkacil said...

Bangsa kafir laknat'tullah!

Walau di mana mereka berada, mereka TETAP ANTI ISLAM!

Sekarang mereka dah berani mencabar Islam untuk pengunaan perkatan "Allah", di gereja2 dan kitab2 risalah mereka. Tujuan untuk mengelirukan umat Islam.

Ini ada lah satu contoh dari beribu2 tuntutan yg mereka akan desak kerajaan.

Mereka akan berjaya, jika Islam terus berpecah belah seperti sekarang.

Melayu(Islam) sedang menuju ke arah ke hancuran, kerana pemimpin2 melayu hanya pentingkan kuasa, tamak dan 'sombong bodoh.'

MD said...

Bagustu PAS sambut undangan umno. Buat apa jual mahal. Soal pas dittipu itu soal lama, masa pas di bawah asri. Asri pun baik sangat ke?, dan berjiwa islam sangat ke? rasuah bagai mana?

bn@umno said...

Utohkacil,

Aku tak sangka begitu dangkalnya pemikiran kau dalam islam.Bukankah Allah tu bermaksud tuhan?semua makhluk manusia di bumi ini dijadikan oleh Allah, napa pula Allah hanya boleh digunakan oleh islam je?Biarkanlah mereka menggunakan Allah asalkan tidak melampaui batas atau memburuk-burukkan Allah itu saja.

hijau said...

aku pun tak pahamlah ari tu nafi kata tak pernah jumpa umno pun tapi sekarang baru mengaku pula macam mana ni??????.....

utohkacil said...

SDR BN@UMNO,

HAMBA DANGKAL ATAU ANDA bodoh!

Tujuan gereja kristian mengunakan perkataan 'Allah' se mata2 untuk mengeliru kan umat Islam.
Terutama nye muda mudi yg cetek dan lemah pengetahuan tentang agama Islam.

bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...

utohkacil,

Allah, Tuhan dan God semuanya adalah sama iaitu yg kita sembah. jgn pulak kau nak kelirukan orang yg cetek pengetahuannya mengenai Islam.Skg ni banyak buku-buku islam yg diterjemah kepada Bahasa Inggeris menggunakan perkataan 'God' iaitu merujuk kepada Allah.Kerana God dan Allah adalah sama tak ada bezanya.malah orang kristian pun tak mempertikaikan penggunaan 'God' di dalam buku islam yg diterjemah kepada bahasa Inggeris.Jadi kenapakah kau pulak yg jahil mengenai islam nak mempertikaikan penggunaan Allah oleh orang Kristian?biarkanlah mereka nak guna Allah ke tuhan ke god ke asalkan tidak disalah guna itu jee.

utohkacil said...

sdr bn@umno,

saya kira anda belum lagi terjumpa atau terbaca risalah dakyah pengembang dan penyebar agama kristian yg sedang pesat di jalan kan di negara ini.

Jika anda ada terbaca salah satu risalah itu anda akan tahu dan berasa gentar.

Jika silap haribulan ada kemungkinan anak cucu anda akan terpengaruh dgn agama tersebut.

Risalah yg di sebarkan dgn mengunakan perkatan 'Allah' itu menghurai kan se olah2 Islam dan kristian itu sama.

"In Islam and Kristian there is only one God, that is 'Allah' and Jesus is the son of 'Allah'"

utohkacil said...

sdr bn@umno,

Allah itu hanya SATU. Tetapi perkataan God itu untuk lebih dari satu

Bagaimana agama Hindu dan Buddha sebut tuhan mereka? - Kan ke perkataan God. Mengapa agama Hindu dab Buddha tidak mahu sebut Allah?

Mengapa kristian di Europe dan di America atau di mana juga tidak sebut tuhan mereka Allah?

aku kecewa said...

salam,,

disini ingin saya ingatkan kepada pemimpin pas.. jangan jadi bodoh,,
hang kata umno nie memang dah teruk cakap itu cakap nie tang umno.. yg tiba2 nak berkerja sama ngan umno niee... nak buat apa?????????(untuk bincang nasib org islam@org melayu ker) kenapa sekarang?? kenapa tak masa umno yg dah nak tumbang nie? kenapa tak masa umno tengah kuat dan bongkak dulu??

ayo ayo~~ sudah lupa ka apa umno dah buat pada pas dulu?? dia tendang hang keluar dari bn macam tak ada maruah... mana pi maruah dan pemikiran hang semua nie pemimpin2 pas??? hang tak tau ka apa kesan dia~!!! ni aku nak bagi tau parti pas akan berpecah belah silap satu negeri pun hang tak perintah.. kenapa nak jadi bodoh nak dengar tawaran dari bn??

rakyat dah bersuara untuk pilih parti pakatan rakyat untuk mentakbir negara.. dah jemu pada janji penipu umno.. jangan khianati amanat rakyat yg pernah mengundi pas keadilan n dap

ingat lah bertapa licik nya umno jangan jadi terlalu lembut atau jadi bodoh pada janji umno...

aku yg sungguh kecewa!!!!!!!

aku kecewa said...

bn@umno..

god" digunakan bahasa untuk org2 kafir.. memang la maknanyer sama..
ke ka nie org kafir??

allah mana boleh digunakan oleh org kafir..perkataan allah tu sendiri mengadungi makna2 tertentu.. jangan main sedang cakap jer kalau tak tau apa2.. ka nie tak pernah katam quraan ker?


"(Allah, Tuhan dan God semuanya adalah sama iaitu yg kita sembah. jgn pulak kau nak kelirukan orang yg cetek pengetahuannya mengenai Islam.)" --> god ka nie banyak jenis ke kalau org chine god dia patung ada ker sama dengan allah??
bodoh bangang betul ka nie.. org islam sembah allah

shadan said...

sdr aku kecewa,
aku rasa ko ni bodohlah..PAS 2 x sekuat mana pun,kat kelantan jer dia kuat negeri lain x kuat pun..ko cuba tgk kedah,perak dan selangor...nasib baik negeri ni semua ada sultan..klu x ada sultan cina yg perintah..klu nak harap PAS sahaja x jd...bukalah fikiran ko 2...ds hadi awang cuba fikirkan malaysia ni utk melayu ko pulak x setuju..klu PKR 2 lg terpesong dia sanggup buat melayu cina india sama rata...

utohkacil said...

sdr shadan,

anda kata Malaysia ini untuk melayu?....... kah! Kah! Kah! lucu nye... teramat lucu......

Nyata anda telah fail SPR@LCE....

Cuba anda cari balik buku sejarah persekutuan tanah melayu.

Baca betul2 bab 'Tungku Abd Rahman menuntut kemerdekaan.' apa yg terkandung dlm pejanjian semasa menuntut kemerdekaan pada masa itu.

hijau said...

bn@umno.ko paham tak apa makna allah utk org islam??? klu d benarkan selain islam gunakan nama tu takut satu hari ia di salah gunakan ko mungkin tak pe apa hal generasi depan yg tak paham ttg agama?? nanti mereka ingat gereja tu pun sama macam masjid boleh pi sembahyang di sana tok paderi nya pun boleh di imamkan juga lain kali nak cakap guna akal bukan ikut logik

labulabi said...

aku setuju pendapat TGNA

aku juga takut puak UMNO/BN makan pelahap/ lapah PAS sekali lagi

tapi kalu nak muzakarah juga:
1. mintak UMNO/Bn bebaskan semua ISA JI ke ISA apa ke yang ditahan sebab politik - lepaskan mereka ni dulu, sebagai bukti jaga islam dan melayu
2. mengaku dan minta maaf dalam peristiwa ibrahim libya di baling - sejarah dia aku ada baca - terang terang radzi perlis tu cerita sebijik sebijik apa yang berlaku - masa musa gaduh ngan mahathir dulu (sape pertikai kes ini - hangpa pegi jumpa radzi perlis tu - sembang ngan dia - dari a sampai z dia boleh sembang - itupun kalu dia tak putar lidah).
3. buka pintu masjid seluruh negara, kepada anak kariah buat keputusan pilih AJK masjid.
4. buka pintu masjid supaya diimarahkan oleh anak kariah seluruh negara
5. bantu semua negeri samarata mengikut perlembagaan - jangan anak tirikan negeri PR - cukai kutip serupa - pasai apa peruntukan disekat
6. beri kesedaran pada melayu dan islam mengikut hukum islam yang betul - jangan kona kona.

dan banyak lagi yang berkaitan islam dan melayu yang dizalimi oleh UMNO/BN selama 50 tahun mengganas.

kalu perkara semudah ini tak dapat dibuat - wahai pemimpin PAS, tolong jangan gadai maruah pejuang islam-melayu yang bertungkus lumus membantu menjayakan PRU 12, ujian tuhan yang sedikit (kejayaan yang masih kecil) jangan menghanyutkan kita dan memporakperandakan kita.
hayatilah kata kata TGNA tu.

agas said...

Aku tak sempat nak tengok web, sibuk pasal nak bagi duit kePok Loh
(91% keuntungan Petronas, entah berapa Trillion aku tak tahu, kau
semak / bacalah sendiri laman ini)

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Bacalah web berguna diatas sebagai ilmu yg munafaat. Tinggalkan web yg menambah dosa & fitnah.Bolehkan

agas said...

Tuan Guru, saya rasa benda ini berulang sebagaimana, yg kita telah alami pada zaman tun razak (PAS bersatu dgn UMNO/Perikatan) bila hussin onn take over, kita terbiar. UMNO ambil kesempatan dizaman dia lemah PM - Abdullah.
Nanti zaman Najib jadi PM kita dibiarkan....mati & berkubur.

Lagi pun cuma 4 tahun lagi kita akan take over msia - paling lambat undi ke13 ini. Banyak penyokong pas akan hampa, kerana yg ditembak / dipukul oleh polis & ada juga yg berada dimasukkan ISA. Alang - alang kita lawan, biarlah pembangkang dapat bentuk kerajaan

aku kecewa said...

SAUDARA SHADAN,

MEMANG KO NIE YG BAHAHLUL..HEHE..
TEMAKAN FAKTA2 YG KELUAR DARI MEDIA2 UMNO.. MELAYU TETAP ADA KEDAULATAN NYER.. TAK ADA SATU PUN PARTI DALAM MALAYSIA NIE MAMPU MENAFIKAN HAK2 ORG MELAYU.. YG KO JADI BODOH KONON NYER TAKUT MELAYU TAK ADA HAK X ADA KUASA KENAPA.. PERCAYA PADA FITNAH UMNO YG KUASA ORG2 MELAYU MULA TERHAKIS.. KO NIE KURANG FAKTA SEJARAH.. KO PI BALIK BACA BUKU SEJARAH SIKIT HAHAHA..
LAGI PUN KO BUTA KER SELAMA NIE SAPA YANG HAKISKAN HAK2 ORG MELAYU KALAU TAK PARTI UMNO YG MENINDAS RAKYAT TU..

KALAU PAS@PKR TAK KUAT TAKAN LA BOLEH DINAFIKAN 2/3.. NIE KO LG SATU TIDOQ~~ KO TENGOK LA NANTI PILIHANRAYA AKAN DATANG..

LU FIKIR LA SENDIRI...!!

abu 'izzulislam said...

kepada yang masih belum belajar Tauhid/Aqidah Islam dengan mendalam,sila cari lebih lagi Ilmu. Kalimah Allah adalah lafzulJalalah, kalimah tertinggi yang tiada tandingan dengan apa-apa kalimah yang lain..Tuhan maksudnya bukan Allah, tapi Allah adalah Rabb yang layak disembah,tiada yang lain selain Dia. Kristian menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan Muslim,bukannya saja2.dakyah mereka pelbagai.. wallahu'alam.

peon pencen said...

Biasa le tu,

Orang UMNO mcm 'bn@umno' ni, agama nye 'ok', tetapi pemakaian nye 'ko'!

ilham_sufi said...

TO BNUMNO:

ALLAH HANYA BERHAK DIGUNAKAN OLEH ISLAM SHJ SBB ALLAH ITU ESA.ESA ITU MAKNANYA TUNGGAL.

KRISTIAN TAK LAYAK GNA PKATAAN ALLAH SBB MREKA MGAMALKANN KONSEP TRINITY.TRINITY TU 3 TUHAN.BKN ITU DH JELAS BTENTANGAN DGN MKSUD ESA.

GOD ADLH PKATAAN UMUM.BKANNYA MJURUS KPD TUHAN ORG KRISTIAN.ITU PKATAAN INGGERIS.

SBLM BKATA2 FKIR DULU.APA TUJUAN GEREJA GNA PKATAAN ALLAH KALU TAK UTK MYESATKN.

SEBAB TUH BDOSA BESAR KTA SAMAKAN ALLAH DGN KONSEP TINITY DLM AJARAN AGAMA KRISTIAN.

ADER BACA AL-QURAN?KE SIMPAN JEK BUAT PHIASAN (NI BIASANYA DLAKUKAN OLH ORG2 UMNO)

agas said...

BN@UMNO & pengikut ajaran HADHARI, hendaklah taubat nasuha dan kembalikan pada Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Hadhari menghalal Zina, fatwa dari Dr Masitah, Pok Loh sendiri sentuh kapala bahu Michle Teo dan beribu satu HUKUM yg diharamkan oleh Allah SWT tapi dihalalkan oleh Hadhari. Taubatlah sebelum malaikat maut menjemput nyawa kamu, terutmanya BN@UMNO

agas said...

Islam untuk semua, bersatulah rakyat Msia.#PKR,PAS,DAP & lain-lain parti yg ingin mengikut dibawah Pakatan Rakyat. Bersatu bagi menjelaskan hukum Islam sebenar yg dikehendaki oleh Allah SWT. Yang mana disekat oleh UMNO/BN sebelum ini. Ustaz-Ustazah bebas berdakwah dibawah PAKATAN RAKYAT. Takbir

agas said...

http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98

best akui mamtan PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...