Tuesday, July 22, 2008

Majlis Syura PAS bermesyuarat esok

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat esok, 23 Julai di Kota Bharu.

Fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.

Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.

Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.

Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

52 comments:

utohkacil said...

PAS sudah matang, tahu yg mana baik dan yg mana buruk.

Tetapi jika YB2 PAS inginkan kekayaan, banyak harta wang ringgit ber juta2 mcm YB2 UMNO dan pecacai nye, SILA JOIN UMNO!

peon pencen said...

Klu PAS bergabung dgn UMNO:

a) UMNO akan dapat bernafas dgn selesa.

b) PAS pun boleh tumpang sekaki untuk mendapat 'habuan'

c) Rakyat(melayu) ....?????....

TokbatinSenoi said...

To To' Nik, To' Hadi dan To' Harun Din, mesyuarah le betui2, jgn mesyuarah na' masuk UMNO dah le.

Jangan cerite pasal ugame jer berdegor2 dan lain pulak yang jadi.

Same2 le kite berbuat kebaikan, almaklum le kite ni same2 dah jadi To' uban2, 'Malaysia kate pergi kubur kate maghi'

Ape lagi na' di kejor, peti2 kerande tengah menanti? buat2 le yang patut.

Kalu agaknye bengap2 sikit, belajor le lagi kat to' guru seme di Pondok http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

kpasu guy said...

Jangan bermain api. Kita percaya Pemimpin lebih matang sekarang.

aland said...

kenapa nak berbaik dgn UMNO? mintak UMNO bubar and mintak mereka masuk PAS utk perjuangkan Islam jika mereka benar2 ikhlas.
PAS bukan utk Melayu. PAS ditubuh utk perjuangkan Islam. Kalau nak perjuangkan umat Melayu baik aku sokong UMNO sahaja.
Nampak mcm pimpinan PAS pula yg terperangkap, itupun sbb Pak Lah dah bocor rahsia yg tersimpan sejak 9 Mac 2008. Buat malu org Islam je... harap Tuan Guru Nik Aziz dpt menyelesaikan masalah kurang akal pemimpin lain yg mencadangkan penyatuan umat melayu melalui kerjasama dgn UMNO. Nak pangkat sgt masuk je la UMNO tu

mattblacqkk said...

hehehe,

Adakah Presiden PAS takder kuasa untuk buat keputusan seolah olah berkuasa tandatangan surat sahaja...

kemuskilan....

1.Kenapa TGHH buat keputusan untuk jumpa...adakah dipaksa oleh orang2 tertentu?

2.Kenapa tidak beliau sendiri yang berjumpa coz dari pihak umno presiden sendiri yang hadir?

3.Adakah TGHH cuba untuk berada dipihak yang selalu selamat akibat dari apa apa kesan yang berlaku...

jika semua ahli pas bersetuju so TGHH akan berkata dialah pemimpin yang mengetahui kehendak ahli dan orang melayu.

Jikalau ahli menentang maka TGHH akan berkata beliau dah dapat mengagak niat umno itu sebab beliau tidak turut serta dalam berjumpaan itu tapi menghantar wakil untuk tahu rahsia pihak lawan.

PAS ...memerlukan seorang yang tegas dan mempunyai pendirian dalam membuat keputusan bukan seorang pemimpin yang lembik dan lemah macam PAK LAH.

KELEMBUTAN NIK AZIZ ADALAH LAMBANG KETEGASAN DAN KEKUATAN PAS.....

MD said...

Seorang kawan bagtau, beliau dan kawan-kawan setuju dengan prinsip pas. Tapi tak akan join pas sehingga Hj hadi tak lagi jadi presiden - Dan diganti dengan Husam. Saya tak tau kenapa?

Hamba Allah said...

salam untuk semua.

Tok Guru Nik Aziz pernah menyebut dengan syaitan pun kita nak berkawan......ini kan pula DAP. Pada suatu waktu dulu.

Kita lihat sekarang. Kalau dengan Syaitan, DAP tok Guru kata kita boleh berkawan, ni, UMNO setakat nak muzakarah, tak kan tak boleh???. Kalaulah UMNO tu lebih jahat daripada Syaitan sekali pun, sekurangkurangnya orang UMNO mengucap 2 kalimah syahadah juga.

Kita kata lah.macam-macam. UMNo syaitan, jahat, laknak. nazak. entah apa bahasa pun. TETAPI kita kena ingat PAS juga sebagai gerakan dakwah. nak dakwah kena masuk dekat bukan menjauhi. Macam kita nak ajar makhluk sedang nazak mengucap, mesti kita hampirkan mulut kita dengan telinga yang sedang nazak itu. Kalau laung dari jauh mana betul kaedahnya.

Kalau tuan jijik dengan UMNO, saya juga lebih jijik daripada tuan-tuan. Tapi untuk bermuzakarah apakah tidak boleh. sebab DSAI juga ada berjumpa dengan beberapa orang pemimpin dari BN. Tapi kenapa tidak timbul isu???

Sebab kita kena faham bermuzakarah tidak sama dengan masuk UMNO. UMNO puntak setuju, kita pun tak setuju. Perkara yang menyentuh parti politik masing-masing. Tetapi untuk kepentingan Islam dan Melayu. Kita usahakan supaya api kepanasan dapat diredakan.

Dalam Quran pun di sebut . Nabi Musa diminta berdakwah kepada Firaun, walupun nabi Musa tahu Firaun kafir.

Yang penting bermuzakarah, berbahas, berbloglah dengan fikiran bukan dengan nafsu. Mudah-mudahan kita semua menjadi hamba Allah yang terpuji dan dikasihinya.

bonzer said...

assalam.............

Pemimpin PAS usah risau buah ditangan dan pisau juga di tangan.Nak kupas.Nak Belah.Nak cincang.Nak Golek.Nak tebuk.Nak Baling ATAU tak nak buat apa-apa, atau biarkan ia begitu saja atau nak bentuknya mengikut kehendak kita.Semuanya terletak di tangan pemimpin PAS.

Selamat bermesyuarat.

TokbatinSenoi said...

Setan pun bulih mengucap due kalimah syahadat.'tapi masaalahnye die tak mahu sujud pade Adam jer'

Semue oghang pun bolih. Kalu ta caye cube sughoh.

' Eh betui ke seme cakap ni? entah ye!

aoazmi said...

Assalamualaikum Semua!

Bermuzakarah berkaitan agama, bangsa dan perpaduan melayu tiada masalah. Semua orang mahu berkawan tak kira musuh. Itu strategi samaada dalam 'bisnes' atau 'politik'. Tetapi kalau PAS bersekongkol dalam UMNO(turut serta dalam Kerajaan BN) tunggulah hari 'bencana' yang akan menimpa.
Kita jangan lupa sejarah PAS kena tinggal dulu dalam persepakatan. Orang tua-tua kata 'Jangan melepas anjing tersepit' sudahlah. Kata orang sekarang, ' Tipah tertipu'. Bila sesuatu parti itu kuat, teman atau kawan jadi lawan.

walahuaklam...

ALHAJ said...

Assalamu 'alaikum!

Minta kebenaran pakai gambar Nik Aziz untuk blog saya. Itu saja.

Terima kasih.

Alhaj

Hj.Mat said...

Assalamualaikum.
Saya dengan ikhlas minta PAS berfiker dua kali jika hendak berbaik-baik dengan UMNO.Ingatkah wahai pembesar
PAS apa yang berlaku pada tahun 1977
TGDNA tentu ingat sebeb itulah beliau
begitu berhati-hati dengan kelicikan
UMNO mereka ini tidak ubah seperti
anjing tersepit.kenapa dan mengapa
sebelum 8 March 08 mereka pekak telinga dan buta mata apa yang PAS
cakap minta bermuzakarah.terus membisu,
Saya mewakili warga pencen di Lembah Keramat tidak bersetuju bermuzakarah kearah pencatuman PAS dan UMNO walau pun UMNO tawarkan TPM 2, Jika pembesar PAS gila sangat nak jadi TPM 2 ayoh masuk UMNO saja semuga cepat kaya dan perut lebih buncit dari orang UMNO.
dan hilang serban seperti ustaz Nakasone.

utohkacil said...

Jam 12.30 pagi, 23.07.08 baru pulang dari ceramah Dato Dr. Harun Din, di Kampung Karintina, Batak Rabit, Teluk Intan,Perak.

Dalam ceramah beliau dah diterangkan dgn jelas dan nyata bahawa PAS TIDAK ADA CADANGAN UNTUK BERGABUNG DGN UMNO.

bn@umno said...

aku cukup tak paham napekah penyokong PAS menentang keras gabungan PAS dan BN ni.kalau diikutkan penelitian dr sehari ke sehari mmg terbukti komponen parti PR sudah lemah dan dah tak ada tiang untuk berpauk lagi.lebih-lebih lagi isu liwat yg membabitkan DSAI yg mana ia betul-betul memburukkan dan melemahkan lagi PR.hasil drpd kelemahan PR skg, lebih baik PAS sertai BN yg lebih stabil dan kukuh dr segi pentadbirannya.Malah kalau diikutkan hal-hal kewangan ternyata BN mmg kukuh.Jadi persoalanya, adakah salah jika PAS yg berada dibawah PR yg lemah tu beralih bergabung dgn parti yg lebih kukuh spt BN ni?Tindakkan PAS bergabung dgn BN patut disokong oleh kita semua bagi menjamin kestabilan politik negara di samping memperkukuhkan lagi kerajaan Malaysia yg diperintah oleh parti Barisan Nasional dan dipimpin oleh DSAAB.

cyberluncai said...

Boh,

Aku rase typo kut, mung nok tulih abdullah badawi (presiden umno), jadi ustaz hadi???


Ustaz hadi ngan cikgu pa kena gi meeting untuk cerita gambaran sebenar??

utohkacil said...

Kenapa UMNO dgn tiba2 sujud merendah diri kepada PAS?

Sehingga kan hingga ke peringkat atasan berubah nada - 'nada sayu pujuk rayu'

Para pecacai2 pun ikut same memujuk rayu.

Wahai orang2 PAS, kasehani lah orang2 UMNO ini!

Takut2 nanti ada yg teguk round up, kerana ter lalu kecewa.

**********************************

agas said...

Aku tak sempat nak tengok web, sibuk pasal nak bagi duit kePok Loh
(91% keuntungan Petronas, entah berapa Trillion aku tak tahu, kau
semak / bacalah sendiri laman ini)

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Kalau PAS boleh bergabung dgn UMNO, aku pun selinder - oklah, kita berdamai semua. Bacalah web berguna diatas sebagai ilmu yg munafaat. Tinggalkan web yg menambah dosa & fitnah.Bolehkan

firdaus said...

kalau pas sertai bn, aku akan keluar dan tak akan ambik tahu pasal politik lagi.mati hidup semula pun tak mungkin aku percayakan puak umno, munafik dan pengkhianat agama...

jaliey-m said...

Pas akan masuk join UMNO .. kalau UMNO kembali kepada dasar ISLAM sebenar... bukannya Islam hadari

Abdrahim said...

Sdr. Pengarang,

Sebagai sebuah parti Islam yang matlamat utamanya sebagai "daie", sememangnya PAS harus memikirkan tawaran dan kesempatan yang dibukakan oleh UMNO sekarang ini.

Tetapi dalam keadaan sekarang iaitu selepas PRU 12, dimana UMNO dalam keadaan yang begitu nazak, akibat dari pukulan pakatan PAS,PKR dan DAP, apakah PAS mahu memberi nafas baru kepada UMNO.

Tujuan pakatan PAS, PKR dan DAP sebelum pilihanraya, adalah untuk menumbangkan UMNO/BN. Apabila parti itu sudah hampir tumbang, kenapa PAS berlembut seolah-olah mahu memberi kekuatan semula kepada UMNO.

Pada pandangan saya yang dangkal ini, "peperangan" menentangan kezaliman UMNO/BN belum lagi tamat dan pakatan antara PAS,PKR dan DAP masih lagi berjalan bagi menumbangkan kerajaan yang zalim.

Dalam hukum Islam, sekiranya kita mengkhinati perjanjian atau persepakatan dalam satu-satu perperangan, hukumannya amatlah berat.

Rasanya perkara ini pernah berlaku di zaman Rasulullah dimana orang-orang Yahudi pernah diperangi habis-habisan oleh Rasulullah, kerana mengkhianati perjanjian persetiaan yang telah dibuat dengan orang-orang Islam bagi menentang gabungan (macam BN) orang-orang musyrikin Mekah.

Pertembungan antara UMNO/BN dengan PR adalah satu "peperangan" bagi membenteras sebuah kerajaan yang zalim.

Oleh itu PAS tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh dilihat sebagai mengkhianati pakatan dengan PKR dan DAP.

Tidak menjadi kesalahan kalau mahu berkerjasama dengan UMNO dan tidak juga salah kalau tidak mahu berkerjasama dengan DAP atau PKR tetapi menjadi satu kesalahan yang besar sekiranya mengkhianati pakatan yang telah dipersetujui (secara langsung atau tidak langsung) samada dengan UMNO, BN, PKR atau DAP.

malinja bonzer said...

asalammualaikum

Muzakarah Umno dan PAS

Muzakarah ini sebenarnya menguntungkan UMNO DAN BARISAN NASIONAL.Namun begitu kemungkinan keuntungan kepada bangsa Melayu agak jelas.Keuntungan kepada Islam agak sukar dan kabur.

Kesan dari muzakarah ini,PAS akan menghadapi beberapa masalah:

1. Kehilangan kepercayaan dari parti gabungannya
2. Tentangan dan keyakinan dari ahli PAS

Untuk menjadikan muzakarah ini satu realiti disamping pengorbanan dan kesanggupan PAS maka Kerajan BN haruslah menyempurnakan beberapa tuntutan antaranya ialah

1. Menyerah keseluruhan geran tahunan yang belum diberikan kepada Kerajaan Kelantan
2. Memberi RM 100 juta setahun kepada kerajaan Kedah di atas pengorbanan rakyatnya membenarkan penggunaan kawasan tadahan air untuk keperluan bukan kepada rakyat Kedah tetapi juga Rakyat Perlis dan Pulau Pinang
3.Meneruskan semua projek yang dirancang selama ini yang melibatkan negeri-negeri kekuasaan PR
4.Menarik balik pelantikan JKKKP dan memastikan pelantikan JKKK hanya dilantik oleh kerajaan negeri.

Sekiranya Kerajaan BN khususnya UMNO dapat melaksanakan tuntutan ini barulah keuntungan kedua-dua parti politik ini setara.

SELAMAT BERMUZAKARAH.

KeAdilan PAS DAP said...

PAS sebenar sedang memegang 'suis'.PAS sepatutnya 'just say NO'. PAS sedang membodoh2kan dirinya sendiri. Mengapa beriya2 setuju bermuzakarah dengan UMNO. Sekarang dengarkanlah suara2 sumbang yang dilantunkan olih rakan2 dalam PAKATAN RAKYAT.

melayu islam said...

kepada mereka2 yg takut sangat pas dan umno bergabung2,apahal??? berani kerana benarla !! islam galakkan perpaduan.jangan jadikan bangsa kita lemah dengan pemikiran manusia yg tidak beragama islam.pas parti yg ada kuasa yang tersendiri.nak takut apa dengan umno??? waspada dengan syaitan2@ kafir laknatullah dalam DAP 2!!! mereka perlahan2 melemahkan orang muslim di negara kita.TENGOK!!TENGOKLAH BANGSA SEAGAMA KITA diluar sana,mereka 120% ditindas oleh kafir!!! takkan tidak sedar!!! bangsa seagama boleh diubah tapi kafir takkan sesekali!!fikirlah!!!

melayu islam said...

zaman dh berubah,dunia dah maju".. sedarlah wahai bangsa melayu islam,sesungguhnya kafir hanya menunggu masa untuk menjatuhkan kita.bersatulah!! tidak salah mengumpul wang berjuta2 asal halal!! kepada UTOHKACIL "lebih baik bagi duit kepada SAUDARA SEAGAMA DARIPADA BAGI KAT DORANG KAFIR2!!! GUNA OTAK CEK KAT ALQURAN,TGK MN2 ALERT yg tuhan bg kat kita" duit,ilmu,penting!!! kafir menggunakan duit untuk menjatuhkan muslim!!kau guna apa untuk beli makanan,berak??daun!!!??

umisa said...

Salam,
Kepada pemimpim PAS yang gila pangkat tolong jgn nak hancurkan PAS, kalau kamu semua tergila2 pangkat sila masuk umno tolong jgn bawa Pas masuk, kami walaupun bukan ahli Pas tetap sokong PAS,Tetapi jika YB PAS inginkan kekayaan dunia , banyak harta wang ringgit berguni guni mcm YB UMNO dan pecacai nye, SILA JOIN UMNO! Macam MR Nakasone Ahmad

melayu islam said...

2 peonpencen...kau dh pencenke?? bedosake dapat habuan?? keje halal habuan halal jgk!!kau keje dulu tak penah mengularke? tak penah tesilapke??? bl islam bersatu mestila rakYAT JUGA AKAN UNTUNG!!! kau mgkn dh puas bekerja,dpt habuan drp kerajaan mgkin, jd jgnla tidak bersyukur plak!!

umisa said...

Buat melayu islam,
apa bodoh sangat awak ni, kalau rembat duit kamu kata boleh walau bagi kat melayu, awak ni fahaman apa, WAHUDI ka, macam tu kau rembat anak kau pun tak dosa la, bogok punya manusia, serupa lembu
ada otak & fikiran ALLAH bagi gunakan dengar betul

melayu islam said...

2 aland!! melayu penting,islam lagila penting.kalu digabungkan kan lebih sempurna!!!umno x pas =kukuh!!! jangan piki guna kaki'akalkan ada. bodohla sanggup bekerjasama dengan dap2.dorang2 maharaja kafir kat malaysiani!!saki baki darah komunis!!sdare dorang kat singapore sane!! melayu hanya ada tanah air kat malaysianije.china,india banyak negara,itupun tamak lg nk kongker malaysia!!melayu kena sedarla!!!

utohkacil said...

Sebenar nye PAS bukan tak boleh tolong UMNO, tetapi selagi masih ramai manusia seperti 'abe mie, shadan, bn@umno dan rakan2 yg se pemikiran dgn mereka itu, PAS akan lebur dgn sendiri nye dlm kelompok UMNO!

Jika cina telah memerintah P.Pinang dari mula BN berkuasa,
mengapa melayu(Islam) tidak boleh memerintah di mana majority penduduk nye ber agama Islam.

Lihat bagaimana keadaan melayu P.Pinang pada hari ini?
Seperti melukut di tepi gantang!

Orang Melayu(Islam) harus berbangga kerana melayu(Islam) boleh memerintah sendiri seperti di Kelantan!

Orang2 Kedah juge harus pertahankan pemerintahan Islam di Kedah,

"BUKTIKAN MELAYU(ISLAM) BOLEH MEMERINTAH!"

melayu islam said...

apahal tarikh tak betulni?? takde updaterkee??

TokbatinSenoi said...

Di Hari mengundi PRU 12 dulu di Kuala Selangor. Saya menyaksikan satu panorama yang sangat berbeza bagi PAS, dimana orang India dan cina mengebarkan bendera PAS, walau pun berpakaian seluar pendek.

Apakah PAS akan meyaksikan sekali lagi Di PRU 13? 'Memang PAS dah lupa daratan'

melayu islam said...

memangla melayu di penang ketinggalan,sebabnya pas dan umno tidak bersatu!!! sama2 jaga dan sama2 beri peringatan baru betul!! ahli takkan kemana kalau besama PR, SEBABNYA IA PAKATAN KHAS UNTUK KEADILAN PADA KAFIR2 LAKNATULLAH SAJA.MEREKA nak menghancurkan islam dengan menggunakan pemimpin islam yang boleh diperalatkan saja!!!macam anwar ibrahim.kalau masuk pas terus kan bagus,,dia takut nak masuk pas nanti itu haram ini haram.bukan ikhlas sangat die2...perasan tak yang dibelakang pkr ramai kafir2 yg anti islam!!!!

melayu islam said...

nak tahu kenapa KAFIR2 SANE Tiba2 mengundi PAS??? sebab dorang nk pecahkan kuasa islam!!! dorang otak berniaga,yg penting dorang dapat kongker kuasa dan harta byk2.jangan terlalu angkuh wahai penyokong pas!!! kamu kena baca sejarah tamadun dunia sejak dari zaman selepas nabi adam lg!!!kafir MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK MENJATUHKAN ISLAM!!!SEDARLAH!!! KAFIR TETAP KAFIR,MRK TAKKAN SESEKALI TUNDUK PADA ISLAM.

utohkacil said...

Sabo2 le sikit, 'melayu Islam.'

Baru masuk Islam agak nye.

Tiba2 ngamok je!

Bawak2 le banyak besabo!

mengucap!!!!!!

TokbatinSenoi said...

melayuislam to ghopenye, die soghang jer na masuk seghoge, seme ni die ta' bagi. Terpakse le seme caghi jalan lain na' kesane. Ya Rabb tunjukan seme jalan lughus, jangan bagi seme bidadari sampai 70 oghang dah le! sebab seme kat dunie ni soghang pun ta' terghabih.Bende seme ni ade satu jer, kalu banyak ta' ape le.

Jeli-Semenyihdaily said...

salam
tahniah kepada bn kerana berjaya memijak pas dan menghuru harakan parti pas,itula dia bn.....
PUKULANNYA HABIS,SANGGUP MEMBUNUH DEMI SURVIVAL POLITIKNYA.....
TAHNIAH SEKALI LAGI....BUAT BN

putra revolusi said...

Tunggu sajalah keputusan mesyuarat Majlis Syura. Tetapi saya sangat-sangat yakin PAS telah begitu dewasa untuk tidak sekali lagi memasuki perangkap UMNO yang sedang tenggelam dan terkapai-kapai tangannya mengharapkan bantuan pihak lain bagi meneruskan talian hayatnya.

Saya juga yakin jika PAS tidak teringin untuk menyelamatkan talian hayat UMNO, parti yang hampir karam itu pasti akan menghulurkan tangan persahabatan dengan pihak-pihak lain pula yang dijangka dapat menyelamatkannya - seperti PKR dan DAP. Yang penting bagi parti oportunis itu ialah ia boleh diselamatkan. Selepas selamat pisang pun berbuah dua kali...jadilah mereka seperti harimau luka yang membaham penyelamatnya. Sepatah kata abe mie: "...dalam politik, semua boleh jadi..."

TokbatinSenoi said...

Si melayuislam tu ade ke patut na' sughuh DSAI masuk PAS , endak ke die? Besok lusa die sughuh Karpal Singh dan Lim kit Siang masuk PAS. Lepas tu die sughuh Pak Lah, Najib, Mahathir pulak masuk PAS. Senang nye cakap! macam goring ikan jer nampak nye. Ke senang kalu sughuh die orghang ni jangan berpolitik, lagi senang habih!!

Ya Rabb Seme mintak kalu seme masuk seghoge nanti, Mike bagi seme tido jer terghus meneghus dah le!, sebab korghoje2 dunie ni seme ta' endak bawak ke ahirat.

bn@umno said...

Melayu Islam,

Kenapakah ko nak salahkan bangsa lain(cina atau india) jika orang melayu ketinggalan dr segi ekonomi atau perniagaan?kenapa tak salahkan diri sendiri?Melayu ketinggalan disebabkan oleh sifat melayu itu sendiri yg malas berdikari dan berusaha sekadar hanya mengharapkan bantuan drpd kerajaan shj.kalau macam nilah minda orang melayu, melayu tidak akan kemana dan tidak boleh bersaing di arena global.Kalau diperingkat global, dunia luar tak pandang pun Malaysia ataupun melayu sebab bagi dia orang, melayu wujud ke tak wujud ke sama je langsung tak memberi kesan langsung kepada mereka.bg dia org melayu is 'nothing'.Cuba korang sebutkan orang melayu yg berpengaruh dan berjaya di peringkat global?langsung tak ada agaknya ye.Cuba korang tengok negara yg majoriti orang cina atau berketurunan cina seperti china, Hong kong, taiwan, Singapore, korea dan jepun yg dahulunya sama taraf malah ada yg mundur dr kita skrg ni mereka sudah 15 tahun lebih maju kehadapan drpd kita dr segi pembangunan, ekonomi, perdagangan dan bermacam-macam lagi.manakala cuba korang tengok pula negara yg majoritinya orang melayu spt Malaysia, Indonesia dan Brunei, adakah negara-negara ini disegani oleh dunia luar?dunia luar langsung tak pandang pun.Kita ambil contoh jiran kita iaitu singapura(majoriti orang Cina) yg dahulunya sama taraf dgn malaysia malah tak ada pun sumber-sumber semulajadi yg boleh menjana pendapatan kepada negera mereka.tengok apa dah jadi dgn singapura skg, bukan main maju dan berkembang lagi dia orang malah disegani dan dihormati oleh dunia luar.malah yg melucukan negara luar boleh kenal Singapore tapi tak kenal malaysia walaupun kita berjiran, tengok begitu besarnya pengaruh Singapore di luar sana walaupun hanya sebuah pulau yg kecil.malah India skg sudah pun sudah mula mengarak langkah utuk bersaing di peringat global dan skg India pun sudah maju drpd malaysia sudah.hanya orang melayu di malaysia saja masih bermimpi di negara sendiri, hanya mengharapkan bantuan drpd kerajaan bukannya atas daya usaha sendiri.Satu lagi sifat buruk org melayu adalah mempunyai sikap dengki dan dendam di mana tidak dapat melihat bangsa lain maju drpd bangsa sendiri.kalau dah tau bangsa lain sudah maju dr kita, kita sepatutnya berusaha lebih gigih lagi untuk bersaing dgn dia orang.Bangsa cina dan india dinegara ini langsung tak 'rampas' pun hak orang melayu cuma yg membezakannya hanyalah mereka lebih berusaha dan berdikari itu je.Mereka sebagai rakyat malaysia pun berhak menuntut hak mereka sebagai warganegara.Disebabkan melayu terlalu dimanjakan oleh kerajaan maka wujudlah sikap melayu pada hari ini.sikit-sikit minta bantuan kerajaan, sikit-sikit minta bantuan kerajaan sampai bilalah perkara ini akan berlarutan?Fikir-fikirkanlah.........

abu 'izzulislam said...

Dalam Islam,ada akhlak sesama Muslim. Apabila kita di ajak bermuzakarah, akhlak sebagai Muslim perlu menerima dengan kondisi2 yang dipersetujui..kena faham istilah muzakarah yang lebih kepada berbincang..jika dalam muzakarah tersebut UMNO tetap tidak mahu menerima prinsip PAS (dasar perjuangan PAS adalah Quran dan Sunnah, segala yang bercanggah secara automatik tertolak), maka PAS tetap akan bertegas..Tok Guru pernah beberapa kali menegaskan, 'jika UMNO mengubah dasar perjuangan drpd kebangsaan kpd perjuangan menegakkan Agama Allah, maka PAS akan dibubarkan'..Namun, selagi mana UMNO bergerak atas landasan nafsu dan akal, bukan atas landasan Islam, jangan harap nak bergabung dengan PAS!
=mcm mustahil pemimpin UMNO nak menerima Dasar kehidupan yang Islam gariskan. wallahu'alam.

p/s: menghormati dan meletakkan keprcayaan kepada Ulama' yang benar adalah akhlaq dalam Islam. Pastinya ulama'2 ada perancangan mereka berdasarkan Quran,Sunnah dan sirah Islam.Kita yang tak tahu ilmu agama dengan mendalam kena mengakui kelemahan kita.tk

umisa said...

Salam, BN@Umno
jangan salahkan MELAYU yg sepatutnya salah adalah bn@umno mereka lah permusnah bangsa melayu projek sepatutnya dapat pada kaum bumiputra terlepas pada umnoputra, tolong kaji sebab apa malaysia tergolong negara mundur, saya rasa awak tersilap letak Negara Brunei didalam ranking malaysia, negara Brunei perdapatan dia 7 kali ganda dgn Malaysia,
ambil contoh guru
Malaysia Gaji guru RM1800
Brunei Gaji Guru B$4000=RM10,000
ini berpandu jagi isteri saya sendiri,

peon pencen said...

Sah! si bn@umno ni fail SRP(LCE).

Tulis pun fakta banyak yg tak betul'merapu' semanjang mcm orang sasau!

Renti kan le nulih, belajo le lagi, banyak2 baca buku dan rajin2 baca surat khabo.

bn@umno said...

Umisa,

Mmg betul pendapatan per kapital orang brunei tinggi tetapi drpd segi pembangunan,ekonomi, perdagangan,kewangan, dan bermacam-macam lagi brunei jauh ketinggalan berbanding Singapura yg hanya berasal drpd sebuah pulau yg tak ada apa-apa sumber-sumber semulajadi dapat menjadi sebuah negara yg maju dan terkenal di seluruh pelusuk dunia.Malah singapura juga mempunyai pengaruh yg amat besar di arena global atau antarabangsa berbanding Brunei.Mmg terbuktilah negara-negara yg mempunyai majoriti orang melayu mmg mundur.

utohkacil said...

Sah! si bn@umno dah gile!

Tiba2 je dah puji Singapura.
Kan ke Singapura dah di miliki oleh bangsa cina? UMNO yg sedekah kan Singapura kpd cina.

Sekarang UMNO sedang sebok jual 'Pembangunan Wilayah Seri Iskandar' kepada cina Singapura.

Malu ke nak puji Malaysia negara tanah tumpah darah sendiri?

UMNO PENGKHIANAT KEPADA BANGSA DAN NEGARA !!!!!!

bn@umno said...

Utohkacil,

Aku bukan nak puji singapura tapi aku nak korang belajar drpd orang-orang cina di Singapura macam mana dia orang boleh membangun dan maju drpd malaysia dgn hanya berbekalkan sebuah pulau kecil yang tak ada apa-apa sumber alam semula jadi.kalau nak harapkan belajar drpd melayu, tak taulah ape nak jadi dgn malaysia ni.Bodoh betullah ko ni dan akal pun sempit.

agas said...

Aku tak sempat nak tengok web, sibuk pasal nak bagi duit kePok Loh
(91% keuntungan Petronas, entah berapa Trillion aku tak tahu, kau
semak / bacalah sendiri laman ini)

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Kalau PAS boleh bergabung dgn UMNO, aku pun selinder - oklah, kita berdamai semua. Bacalah web berguna diatas sebagai ilmu yg munafaat. Tinggalkan web yg menambah dosa & fitnah.Bolehkan

utohkacil said...

Sah! semua penyokong UMNO dlm blok ni dan sasau!

Dulu bila hamba puji Singapura, dema kate saya pro Yahudi!

Ni tiba2 pecacai umno seko ni pula puji2 Singapura.

Klu tak puji, ape bende sebut2 Singapura se bagai contoh!

Itu le 'bangsat umno' cakap puto2

utohkacil said...

Budak tadika pun boleh hentam si bn@umno ni, dia bagi contoh kemajuan Singapura.
************************************
Pemimpin Singapura tiada yg kaki rasuah, tibai menibai dan puto memuto mcm pemimpin UMNO di Malaysia.

Itu sebab Singapura lebih 10 kali lebih maju dari Malaysia.

jentera said...

Kepad bn@umno;

Hayati dan fahami ayat 31 Surah An-Nur:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) ;

dan memelihara kehormatan mereka

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Kalau tak paham isi kandungan ayat ini, sila rujuk kitab2 muktabar/ ulama' muktabar;

ilham_sufi said...

bnumno said:Aku bukan nak puji singapura tapi aku nak korang belajar drpd orang-orang cina di Singapura macam mana dia orang boleh membangun dan maju drpd malaysia dgn hanya berbekalkan sebuah pulau kecil yang tak ada apa-apa sumber alam semula jadi.kalau nak harapkan belajar drpd melayu, tak taulah ape nak jadi dgn malaysia ni.Bodoh betullah ko ni dan akal pun sempit

-btul gak tuh bnumno....btapa bdohnya pmimpin melayu umno selama nih sampai tak tau nk uruskan sumber yg ader.sbb ader org mlayu umno la batu putih tlepas,mslh beras pn blh jd kalut,n ska mnipu rakyat.

-umno hnya akn tgl nama dlm msa 2 thun dr skrg.krana ianya akn diflush dlm mgkuk tndas bsama2 njis kkotoran yg dbawanya.

amiiiinn

G-Heart Muslim said...

Perjuangan untuk Islam mestilah dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan kewajipan. jangan mudah mengalah dan putus asa. Allah sentiasa bersama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...