KUALA LUMPUR, 18 Julai: Siasah melalui Zulkifli Sulong telah diberikan peluang untuk turut terlibat secara langsung dalam Debat bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Selasa lalu.
Berbangga juga kerana yang mewakili Shabery adalah Tan Sri Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Penal, seperti Siasah diberikan peluang untuk bertanyakan dua soalan sahaja iaitu satu kepada Anwar dan satu lagi kepada Shabery.
Kepada Shabery, kami telah bertanyakan soalan berikut:-
"Bercakap soal minyak adalah harta masa depan, seingat saya, semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Datuk Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Apa sebenarnya pemikiran Datuk Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga untuk rakyat masa depan ini."
Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar yang memberikan kepercayaan kepada Siasah untuk bersama-sama beliau dalam Debat yang diadakan ala debat antara bakal Presiden Amerika, yang julong-julong kalinya diadakan di negara ini.
Berbangga juga kerana yang mewakili Shabery adalah Tan Sri Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Penal, seperti Siasah diberikan peluang untuk bertanyakan dua soalan sahaja iaitu satu kepada Anwar dan satu lagi kepada Shabery.
Kepada Shabery, kami telah bertanyakan soalan berikut:-
"Pada tahun 2006, kerajaan naikkan harga minyak 30 sen. Hasilnya, kerajaan dapat RM4.3 b darinya. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen, kerajaan baru belanjakan RM834.75 juta untuk prasarana pengangkutan sejak dari tarikh itu. Kenapa perkara ini berlaku? Dengan kenaikan kali ini pula, kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial membelanjakannya, apa jaminan kerajaan dalam membelanjakan wang dari penjimatan RM13 bilion ini."
Soalan ini kami pilih berdasarkan perbandingan yang dibuat dengan janji kerajaan yang dibuat ketika menaikkan harga minyak pada tahun 2006 lalu. Penjimatan sebanyak RM4.3 bilion itu katanya untuk mempertingkatkan prestasi pengangkutan awam di negara ini.
Namun selepas sekian lama berlalu, tidak jelas kelihatan apakah prasarana pengangkutan awam yang ditingkatkan oleh kerajaan. Ini sangat menyusahkan rakyat tambahan lagi selepas harga minyak dinaikkan secaran mendadak baru-baru ini.
Ketika inilah, rakyat akan memilih pengangkutan awam selepas tidak tahan menanggung kesan dari kenaikan harga minyak. Namun, tidak satupun sistem pengangkutan awam yang menyelesakan rakyat samada bas, teksi apatah lagi LRT, Komuter dan Monorel.
Cuba naik Putra LRT atau Komuter. Manusia di dalam gerabaknya macam ikan sardin terutama diwaktu puncak iaitu pagi ketika orang ramai mahu pergi kerja atau petang ketika mereka mahu pulang dari kerja.
Dalam pada itu, jawapan Menteri Pengangkutan kepada soalan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dalam soalannya di Dewan Rakyat, mendedahkan segala-galanya.
Dalam jawapannya pada 3 Julai lalu, Menteri Pengangkutan berkata, sehingga kini kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam telah meluluskan pelaksanaan sembilan projek bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam negara dengan keseluruhan kos berjumlah RM834.75 juta sahaja.
Mana pergi duit bernilai RM4.3 bilion yang dijimatkan dan dijanjikan untuk pengangkutan awam itu?
Dengan kenaikan harga minyak kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM13 bilion. Kalau RM4.3 bilion kerajaan terkial-kial untuk membelanjakannya, apa nasib RM13 bilion ini. Ini soalan kami di Siasah.
Tetapi nampaknya Shabery tidak menjawab soalan ini bahkan menuduh wakil Siasah tidak mengikuti perkembangan isu ini.
Kepada Datuk Seri Anwar, kami tanyakan soalan berikut:-
"Bercakap soal minyak adalah harta masa depan, seingat saya, semasa Datuk Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Datuk Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Apa sebenarnya pemikiran Datuk Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga untuk rakyat masa depan ini."
Dalam jawapannya Anwar menjelas, beliau memang menubuhkan Tabung Warisan itu dengan harapan untuk kepentingan anak cucu kita di masa depan.
Namun selepas beliau keluar, tidak ada lagi pihak yang berminat dengannya dan projek itu berkubur begitu sahaja.
Inilah sedikit peranan Siasah. Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar yang memberikan kepercayaan untuk bersama-sama dalam detik bersejarah ini dan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi kami dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Debat ini.
11 comments:
salam///
Saya sokong debat yang di adakan oleh kerajaan mengenai kenaikkan harga minyak baru-baru ini....
sedih juga tengok cara wakil kerajaan yang membahaskan isu ini...banyak lari dari tajuk tapi sama jugalah dengan DSAI....kalau berikan cara turunkan harga minyak guna pendekatan yang disukai oleh rakyat...bukan berbanding fakta.
Harap DSAI dapat terangkan cara yang jelas lagi untuk turunkan minyak...
Apa-apa pun, debat berkenaan adalah satu pendekatan yang berani oleh kerajaan dalam menerangkan kepada rakyat mengenai kenaikkan harga minyak.
Mmg benarlah seperti yg dijangkakan,keupayaan Shabery Chek berdebat dgn DSAI jauh berbeza.Mmg Shabery berani mempertaruhkan kariernya utk melonjakkan kredibiliti dlm Umno melalui Debat ini tetapi jika soalan yg dikemukakan oleh Saudara Zulkifli pun tidak dijawab dengan betul, nampak ketara Shabery Chek seorang yg tidak faham soalan dan beliau sebenar2nya yg POPULaris...
DSAI you are great!!
ala orang nak cari glomour baru jadi menteri dah nak tunjuk terer...konon lain yang di tanya lain yg dijawab bodoh punya menteri...
Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.
Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.
Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.
Sila layari http://tokbatinsenoi.blogspot.com/ atau http://www.malaysiawaves.com/2008/07/pendedahan-dalang2-yang-hendak-membawa.html untuk pendedahan lanjut.
Salam para prihatin politik sekelian,
Kepada pemudakini, pendekatan DSAI adalah terbaik jika dikira waktu kesempatan yang hadir, menyatakan fakta perlu penjelasan dan ruang masa yang lebih luas. Ya saya akui itu disukai rakyat yang terhimpit sekarang, Rakyat raja sebenar bukan pemerintah.
Apapun kira Tahniah kepada Dato' Sabery yang berani muncul (walau apa niat sekalipun ) antara egois pengecut. Minda Dato'itulah sebenarnya mewakili dan mengambarkan ketidakmatangan perpolitik BN UMNO khususnya
Assalamualaikum Semua!
Saya mula nampak harapan dengan peningkatan dan percambahan pendapat tuan-tuan semua yang agak berkualiti. Tidak merapu dan hina menghina sesama kita. Ini lah yang kita mahu agar laman ini menarik para pemikir dan profesional menyertainya. Bagi mereka-mereka yang suka provokasi jangan dilayan. Curahkan idea-idea anda yang bernas serta pendapat-pendapat pro dan kontra yang logik akal tidak beremosi sangat.
Jadikan debat Anuar vs Shabery Cheek sebagai iktibar yang mana pendapat picisan, yang mana pendapat atau cadangan yang intelektual walaupun terdapat juga provokasi dalam perbahasan itu. Tahniah kepada tokbatinsenoi kerana memberi sedikit info untuk renungan kita bersama.
Salam..
salam...
pertama sekali tahniah kepada editor siasah yg dipilih sebagai salah seorang yg terlibat dalam sessi debat tempohari...
saya rasa kita tidak perlu untuk menegakkan soal siapa yg menang atau kalah...sebenarnya yg beroleh kemenangan ialah rakyat jelata...
juga tahniah kepada shabery chik yg berani tampil untuk berdebat dengan dsai...secara tidak langsung shabery chik telah membuka ruang untuk dsai tampil dalam media arus perdana...
bukankah itu kejayaan yg sebenar???
kepada editor siasah...sungguhpun anda mewakili dsai pada malam tersebut saya mengharapkan agar anda mengekalkan peranan akhbar siasah yg berkecuali dan tidak berpihak kepada sesiapa..
teruskanlah untuk terus bersuara demi untuk kepentingan majoriti rakyat....
Calon yang harus dihantar berdebat dgn DSAI seharusnya adalah seseorang yang pakar dalam bidang ekonomi iaitu Menteri Perdagangan bukan Menteri Peneragan yang lazimnya akan menjadi VIP dalam persembahan kebudayaan. SC tidak dapat menjawab "to the point as that is not his forte." Akhirnya dia gagal untuk membuktikan debatannya perihal kenaikan harga minyak. Sebaliknya dia celupah dan membabi buta dengan mengemukakan kisah DSAI semasa DSAI menjadi timbalan PM which is totally irrelevant! Sepatutnya UMNO mencalonkan Dato Najib atau Dato Ahmad Albar dan boleh juga Dato Rafidah Aziz untuk perdebatan ini. Barulah kena. Kalau nak hebat lagi, Pak Lah lah. Kalau UMNO nak menebus reputasi atau kemaluannya, adakan lagi lagi sesi serupa ini. Believed DSAI is ever ready and honoured to be in a debate session with Pak Lah.
To Avovagar:
The old stuffs you recommended for debate with DSAI are just good for nothing. Ayor lior die orghang meleleh lah. They are non-economists for sure. Baik sughoh deme temankan seme menyumpit kera atau tupai jer. ‘what is wrong with this idea?’ yeh! Yeh! Yeh!
Saya amat tertarik dengan soalan yang berkait dengan pengangkutan awam.Saya sendiri pengguna setia pengangkutan awam di KL; dulu, kini dan selamanya.Dari dulu sampai sekarang, dah macam-macam pelan saya dengar nak dibuat/telah buat untuk naiktaraf pengangkutan awam di Kl. Tapi keadaan masih sama.Komuter/LRT jadi macam tin sardin. Bas Intrakota lembap tahap cipan. Bas kat Putrajaya pun lebih kurang jer. Ntah apa lar dah jadi dengan bajet berbilion ringgit tu....Sama ada pelan-pelan tu jadi ke tak, wallahualam.Tapi,entah2 bajet dah habis.Saya, dan lain-lain pengguna setia pengangkutan awam juga yang merana.uwaaaa.....
Post a Comment